menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, July 27, 2011

seindah cerita...bila cinta itu pahit macam kopi...

senyum…
memang lebar saya tersenyum apabila ader orang kata cinta itu pahit macam kopi… kelakar pun ader memandangkan saya adalah penggemar kopi, jadik kenyataan kalau cinta itu macam kopi sekalipun, masih lagi saya suka… cuma, saya mahu tanya sesuatu, apakah dari kopi yang pahit itu kita tidak dapat buat minuman yang manis serta lazat???... boleh bukan???...

hal yang sama jugak apabila bercakap mengenai cinta…memang saya bukan pakar, bukan jugak doctor cinta bahkan saya sering termenung jika diajukan persoalan begini… tetapi bercakap mengenai perkara yang boleh dibincangkan, saya hanya tersenyum... kenapa saya tidak pernah mahu bertanya kepada diri sendiri, benda yang pahit, yang membuatkan saya tidak selesa, pasti ader cara membuatkannya lebih indah serta bahagia bila menikmatinya…

bahagia…
derita…

siapa dalam dunia ini yang akan pilih derita bila dihadapannya terbentang luas jalan menuju kebahagiaan???...siapa yang akan pilih kesengsaraan jika kesenangan itu sudah dijanjikan???...semua orang akan mengejar kegembiraan dan meninggalkan kesedihan di belakang, tetapi tahukah kamu bahawa ader orang lebih rela memilih derita daripada merampas senyuman orang lain???...ader orang lebih senang menyusuri jalan yang berliku, penuh dengan cubaan dan penderitaan daripada memintas laluan orang lain untuk kegembiraan yang sementara???...

tidak mungkin…
mungkin kamu tak pernah tahu…sebab itu pada kamu, orang yang menahan diri dan mengawal perasaan serta mengorbankan kepentingan diri demi memastikan kamu bahagia hanyalah si bodoh yang kalah serta perlu dilupakan…salahkah dier berikan kamu peluang menikmati bahagia dengan orang yang kamu sayang serta cinta sepenuh jiwa demi memastikan dier dapat kekal disamping manusia itu sebagai kawan sahaja???...kamu tidak pernah akan mengerti sebab aper yang kamu lalui hanyalah satu bentuk kemanisan yang kamu sendiri tidak perlu bersusah payah untuk kecapi…

senyum lagi…
nipis…
sambil menghilangkan kebosanan dan menikmati secawan kopi yang tidak pahit, bahkan satu kurniaan yang tidak bertepi…


“ kawan sejati akan menjaga kita seperti seorang ibu, marah kita seperti seorang bapa, kacau kita seperti seorang kakak, buat kita meluat seperti seorang abang dan akan menyayangi kita lebih dari seorang kekasih…betul ehhhh???...saya sendiri kurang pasti…”



masih adakah yang tidak mempunyai masalah dan cerita dalam hidup...


citarasa…
ceritadunia-amyza adalah sebuah tempat di mana saya menulis segala macam benda mengenai hidup saya dan manusia di sekeliling saya…sebab itu ia dipanggil ceritadunia-amyza…mungkin tidak terus datang dari ceritadunia-amyza, tetapi masih di kawasan lingkungan diri saya…

masalah dan cerita…
ader orang mempunyai masalah dan dipendamkan…memilih manusia tertentu untuk meluahkan, berkongsi cerita suka dan duka…seorang kawan baik pernah menyatakan pada saya begini…

"jujurnya kamu seorang yang baik…seorang yang suka memendam rasa, sentiasa mahu gembirakan hati orang lain walaupun tiada siapa yang jaga hati kamu…kamu nak ibu terutama sekali keluarga kamu gembira, dan kalau kamu tak suka dengan seseorang sekalipun, kamu tetap akan buat baik dengan nya dan simpan perasaan marah itu dalam-dalam…"


saya lebih suka pendam perasaan sendiri…
saya suka menulis sebagai satu bentuk perkongsian kerana saya percaya, di luar sana, masih ramai yang mempunyai masalah tersendiri dan mencari ruang untuk berkongsi…saya suka meluah kan perasaan saya melalui tulisan kerana sekurang – kurang nya saya tidak menyakit kan hati sesiapa…bukan mudah untuk mencari seseorang yang sedia menjadik telinga untuk saya…
tapi, itu semua dulu…

sekarang saya sudah ader dier…
dier ler tempat untuk saya luah kan segala nya…
pahit manis hidup saya, hanya dier yang tahu…
menjadik telinga, penasihat dan pendamai hati buat saya…
terima kasih sayang…

sekurang-kurangnya, itu aper yang saya rasa…
tidak, saya bukan marah sesiapa…
saya gembira sebenarnya…
kerana saya punya tempat meluahkan bicara…

“ melalui suatu proses mematangkan diri sejak mula serius dalam menjalinkan hubungan dengan kamu…kamu telah banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar semenjak saya bersama kamu…”

Tuesday, July 26, 2011

nak jadi hebat tak perlu jadi orang lain...



saya sekadar mahu berkongsi cerita nie dengan kawan – kawan…cerita yang pernah diceritakan kepada saya semasa saya menuntut di universiti dulu…diceritakan oleh salah seorang pensyarah saya…

diceritakan dalam satu kisah, ader seorang lelaki yang bekerja sebagai pemecah batu di sebuah bukit…pada suatu hari, lelaki ini termenung mengenangkan nasib diri yang dirasakan malang…dier terpandang matahari, lalu dier berkata…

” kalau jadik matahari kan best, besar, kuat dan boleh bakar siapa yang dier nak bakar…”

tiba-tiba datanglah awan menutup sebahagian matahari itu…lalu lelaki itu berkata…

” bestnya kalau boleh jadik awan, awan mampu tutup matahari yang saya kata kuat tadi…”

lelaki tadi terus memerhati si awan tadi…apabila melalui kawasan berbukit, awan tersebut melanggar bukit lalu bentuknya berubah menjadik kecil-kecil…lalu lelaki itu berkata…selang beberapa minit, lelaki tadi tersedar…

” ehhhh, saya lagi ler hebat sebab saya mampu memecahkan batu di bukit yang saya kata hebat tadi…”

tamatlah cerita ini dan kesimpulan daripada kisah ini, boleh diambil satu pengajaran iaitu…

” nak jadik hebat tak perlu jadik orang lain!!! jadik lah diri sendiri…”

“ daripada kisah nie, dapat saya simpulkan bahawa,kalau kita nk jadik hebat…jadik lah diri sendiri, tak perlu jadik orang lain…andaikata itu terjadik, maka kita hanya lah melihat bayangan orang itu sahaja didalam diri kita…dan bukan nya diri kita yang sebenar nya…”


dalam hati saya ada kamu...kamu penyemai benih cinta dihati saya...


kadang-kadang kamu bising tengok saya degil, nakal, kuat merajuk…
kadang-kadang kamu fikir saya bakal mencarik yang lain…
kamu kata kamu takut saya hilang dari kamu…
tapi kamu perlu tahu, dalam hati saya hanya ader kamu…

kamu takut saya menoleh pada kenangan lalu…
kamu perlu tahu, kalau pun saya menoleh ke belakang…
saya hanya mahu mempelajari sesuatu…
untuk saya lakukan yang terbaik untuk kamu …

kalaulah kamu boleh lihat hati saya…
baru lah kamu tahu yang betapa dalam nya cinta saya pada kamu…
seperti hari – hari pada saat saya mula mengenali kamu…
detik terindah dalam hidup saya...



Sunday, July 24, 2011

saya hindari dier demi kamu...si penanam hati, si jantung hati...



saya sudah hindari dier…
saya sudah mula menjauhkan diri dari dier…
saya sudah mula mengurangkan dier dalam setiap inci tubuh saya…
sungguh sesungguh sungguh nya…

kerana aper???...
kerana saya sayang akan kamu…
saya tahu saya mungkin akan tewas jika dier berada berdekatan dengan saya…
saya cuba habiskan dier dengan laju…
saya cuba bunuh keinginan saya pada dier…
walau tubuh saya kesejukan…
walau tangan saya menggigil…
walau air hidung mengalir…
 
saya pernah tewas kerana dier…
tewas setewas tewas nya…
empat tahun saya bergelumang dengan dier…
dier sentiasa melingkari setiap nafas saya…
saya bangun kerana dier…
saya gagah kerana dier…
saya mencarik dier setiap masa…
walau saya tahu dier bakal menyebab kan saya parah…

best jugak menjadik manusia degil…
best jugak menjadik manusia yang keras kepala…
ternyata memang best…
tetapi saya lebih mahukan dan memerlukan kamu…
saya tahu kadangkala saya terlalu berkeras…
saya tahu itu…

dier mungkin ketagihan saya yang sukar dipisahkan…
tetapi demi kamu, saya sudah mula menjauhkan diri…
dier tidak dapat menjamahi bibir saya lagi walaupun dier sentiasa menggoda saya dengan aromanya…
saya rindukan dier tapi saya harus tabah…


saya akur dengan teguran kamu…
saya akur dengan perintah kamu…
saya tahu dier tidak sesuai dengan saya…
saya dah jauh kan diri saya dari ketagihan teh ais itu...

saya lebih sayang kamu…
jaga diri kamu…
jaga diri…
 

saya sayang kamu dan saya sayang semua yang kamu sayang...



saya sayang kamu…sungguh - sungguh saya sayang…saya tidak ader perkataan lain lagi untuk memberitahu kamu bahawa saya memang sayangkan kamu…saya sayangkan kamu kerana kamu sendiri…jadik jika kamu menjadik orang lain, mana mungkin saya akan terus sayangkan kamu…

maksud “menjadik orang lain” itu TIDAK boleh digunapakai dalam keadaan bila kamu menjadik miskin, bila kamu menjadik kurang upaya, bila kamu menjadi tua, bila kamu sudah tiada aper - aper kerana dalam keadaan itu pun saya masih sayangkan kamu…percaya lah, sayang saya pada kamu tidak akan pernah berubah sekira nya itu terjadik pada kamu…

maksud “jika kamu menjadi orang lain” itu adalah apabila kamu berubah, sikap dan perangai kamu, tingkahlaku dan peribadimu, perkataan dan perbuatanmu, kepada sesuatu yang sangat - sangat jauh dari diri kamu yg sebenar…maka semua itu akan merubah kasih sayang saya terhadapmu…kerana saya hanya sayangkan kamu…bukan orang lain…


tetapi dalam masa yang same jugak…saya sayang semua orang yang kamu sayang, dan saya sayang semua aper – aper yang kamu sayang…sbb saya tahu, bila saya sayang semua yang kamu sayang…maka kamu akan lebih menyayangi saya…kesayangan kamu adalah kesayangan saya jugak…dengan menyayangi orang – orang yang kamu sayang, maka saya akan lebih menyayangi dan mengenali kamu…kerana orang – orang yang kamu sayang lah yang membentuk dan menjadik kn diri kamu adalah kamu…

"percaya lah, sedaya upaya saya akan cube untuk menjaga hati orang – orang yang kamu sayang"




kalau kamu tak percaya pada pasangan kamu...jangan ada laman sosial...



salam untuk semua pembaca dan pengemar blog…
nape ntah arini tetiba jer ase mcm nk berkongsi dengan sume pasal tajuk nie…cerita yang selalu sangat saya dengan dari kawan - kawan…

  • “aku dah putus ler dengan c dier, sbb dier ader gurlz len…aku tau pun sbb aku tgk dari akaun fb dier"...
  • “menyampah nya aku, ader ati nk ngorat pakwe aku dalam fb”… 
  • gatal nya pakwe aku nie, asyik mengayat gurlz jer dlm twitter”… 
  • “aku ader terbaca comment sowang gurlz nie di blog pakwe aku, gedik nya dier"...
dan mcm mcm lagi ler yang saya dengar dari kawan – kawan…sume nya asyik bercerita mengenai benda yang same…mcm dh jadik trend plak sekarang nie…

laman sosial…

setiap hari pengguna laman sosial meningkat dengan pantasnya dan kebanyakan manusia yang saya kenali menggunakan lama sosial mengikut kemudahan dan kesukaan masing-masing…

laman sosial jugak mencatatkan peningkatan punca hubungan terlerai apabila salah diguna pakai…ini direkodkan dan ader dicatatkan dalam media massa dan jugak elektronik…saya terlupa bila tetapi hujung tahun lepas dan awal tahun ini, ia menjadi catatan yang kononnya perlu diingati oleh semua orang…amat menakut kan bukan…
ader benarnya perkara itu…

cuba fikir kan dalam-dalam sampai mata jadik biru…
kelabu???...


disebabkan mempunyai pengalaman daripada kawan – kawan yang banyak bercerita mengenai nya kepada saya…(yang pastinya ader baik dan buruk dalam hubungan serta laman sosial)…saya tidak terkejut apabila seorang kawan mengadu betapa hubungan dier semakin hari semakin keliru dan celaru serta dihiasi bunga dan duri cemburu apabila laman sosial menjadik tempat dier mengintai pemilik taman hati yang kononnya sebuah pasu…

facebook atau mukabuku…

aper yang cuba di sembunyikan kadangkala akan terbuka tanpa sengaja apabila ader pihak lain yang tidak tahu aper - aper menandakan dengan perkara yang pada seseorang sesuatu yang rahsia…contohnya, gambar seseorang dengan sesiapa yang pada zahirnya seseorang tidak mahu dilihat oleh pasangan yang mungkin akan cemburu buta…benda begini kadangkala kita tidak dapat kekang daripada terjadinya…
twitter…

buah hati yang sering menjadik pengarang jantung hati, sekali gus menjadik pujaan hati setiap masa…luluh hati bila mendapat tahu orang yang paling di sayangi mempunyai kekasih hati lain…tambah tambah pula, berita tue dapat tau dari laman sesawang twitter…pasangan berkicau dengan sesiapa sahaja sehingga tidak menyedari pasangan sedang makan hati…ahhhh, bukankah ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja (kecuali pasangan menjadi akaun itu sebagai rahsia peribadi dan meletakkan kunci privasi - macamlah tiada cara benda ini akan dapat dibaca juga kan???...)

senyum…
hidup ditentukan oleh diri sendiri…
kalau boleh menjerit tanpa ader siapa yang peduli sekalipun, itu tetap kehidupan yang perlu dijalani…
itu udara yang perlu di hirup setiap hari…
ttu tenaga yang di gunakan untuk kekal berdiri…
berjalan atau berlari…
senyum sekali…
ketawa lagi…



kalau rasa tak kuat dan tak mampu tanggung lihat laman sosial pasangan, jangan tengok…itu sahaja yang boleh katakan…

dan yang punya laman sosial, peringatan buat diri sendiri dan kawan - kawan jugak, janganlah sampai menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu…biarlah benda itu menjadik talian penghubung jika jauh (atau dekat sekalipun)…bukanlah ia menjadik penyebab dan penambah statistik bilangan benda negatif untuk tahun dua kosong satu satu yang sudah nak sampai penghujung nie...

“ nie sekadar berkongsi cerita untuk kawan – kawan dan cerita dari kawan – kawan “




Saturday, July 23, 2011

sahabat sejati adalah harta yang tidak ternilai harga nya...


teman…
sahabat sejati...
sebagai manusia biasa, saya memerlukan kehadiran seorang sahabat sejati di dalam hidup…hidup nie tidak akan lengkap tanpa kehadiran seorang sahabat, lebih lebih lagi sahabat sejati yang boleh menjadik cermin siapa diri saya…

sahabat sejati...
mengatakan yang sesungguhnya…

sahabat sejati akan mungkin mengatakan, "berat badan kamu dah naik yer???" atau "kenapa kamu berpakaian begitu, amat tidak sesuai untuk kamu"…mengapa???...kerana sahabat sejati melakukan itu tidak lebih untuk kebaikan saya sendiri…tidak pernah sahabat sejati berhenti daripada menjadik alarm yang tidak berhenti memperingatkan saya bahawa saya menjadik diri saya sendiri kerana itu lah yang terbaik untuk saya…

menyampah???...tidak mungkin sama sekali…sahabat sejati tidak akan menjatuhkan saya…sahabat sejati mengatakan hal yang sesungguhnya sekalipun kesan nya amat menyakitkan hati…sahabat sejati mengatakan sesuatu yang terkesan “mendalam” tetapi sahabat sejati melakukan itu untuk menunjukkan keperihatinan yang sangat besar bagi diri saya…


sahabat sejati...
mengantar saya menggapai impian…

sekalipun sahabat sejati mengatakan hal-hal yang benar tentang saya, sahabat sejati tidak akan menghakimi atau mengkritik saya… sahabat sejati adalah pemberi pendapat yang terbaik, sekaligus sahabat paling sporting yang menyatakan bahawa semua impian saya akan dapat saya capai…walau pun kadang – kadang hal itu amat mustahil sekali…

sahabat sejati saling mendukung, saling percaya dan saling mengingatkan tanpa sikap menghakimi…sahabat sejati menjadi kotak untuk menampung impian saya sekaligus tempat mencurahkan air mata saat impian saya tak tercapai dan melambung terlalu tinggi untuk diraih…        
     

sahabat sejati…
tidak meminta balasan aper pun…

mungkin saya pernah saling meminjam barang atau wang pada sahabat saya dan ini adalah wajar…tetapi di luar itu semua, seorang sahabat sejati tidak mengharap aper pun dari saya…tidak mengharap kan saya akan memberikan sesuatu dalam bentuk material atau keuntungan lain…sahabat sejati hanya ingin berkongsi kesenangan bersama saya dan saling merasai kesenangan itu bersama…

sekalipun saya dalam keadaan susah, bersedih, jauh hati dan tidak memiliki aper pun, sahabat sejati akan selalu ader di samping saya…masih menjadi sahabat sejati yang sama baiknya seperti pada saat saya gembira dan bahagia…sahabat sejati selalu berkorban tenaga, buah fikiran, masa, dan berbagai hal lain untuk saya…tidak mudah melakukan semua itu tanpa balasan, sahabat sejati ader lah harta yang harus saya jaga…

sahabat sejati...
tidak akan mengubah saya…

sahabat sejati menerima aper pun diri saya, aper pun pemikiran saya dan sahabat sejati tidak akan meminta saya untuk berubah menjadik orang lain…mungkin sahabat sejati akan mengingatkan saya bila terlalu banyak mengambil makanan yang tidak sihat dan masih gemar mengambil minuman berkarbonat, tetapi sahabat sejati melakukan itu untuk kebaikan diri saya…sahabat sejati mungkin mengingatkan saya untuk tidak lagi selalu menangis setiap kali menghadapi masalah…tetapi sekali lagi, sahabat sejati melakukannya untuk kebaikan diri saya…


jika saya tidak suka dengan pilihan filem kesukaannya, sahabat sejati tidak akan memaksa saya untuk menonton filem tersebut…jika saya tidak suka kedai makan kesukaannya, sahabat sejati akan lebih memilih mengunjungi kedai makan itu seorang diri tanpa mengajaksaya kerana sahabat sejati tahu bahawa saya tidak suka…sahabat sejati menghormati saya, keputusan saya dan hal-hal yang tidak saya suka…as simple as that

sahabat sejati...
mahu menjadik pendengar untuk saya…

banyak orang yang kelihatan mendengar masalah saya dan bersimpati, tetapi hanya itu saja…kemudian mereka akan berlalu…tetapi seorang sahabat sejati tidak melakukannya, sahabar sejati akan mendengar aper pun yang saya katakana…bahkan bila memerlukan waktu berjam-jam…saat saya mencurahkan hati dan pemikiran saya, sahabat sejati benar-benar mendengarkan saya…melihat mimik wajah saya, menggali aper yang sedang saya rasakan dan sahabat sejati selalu tahu saat saya sedang berbohong mengenai perasaan saya ketika itu…

sangat sedikit orang yang mahu mendengarkan saya hingga mendalam, ini bukan satu pekerjaan yang mudah…kerana lebih banyak orang yang akan menghakimi dan mengkritik saya, itu lebih mudah daripada mendengarkan…sahabatsejati saya akan selalu mendengarkan saya tanpa kritik…kerana itu, saya lebih memerlukan seorang sahabat sejati yang mahu mendengarkan saya dibandingkan hanya bersenang-senang dan terlihat cool dengan beberapa orang, tetapi sebenarnya saya kesepian dan keseorangan…

“ setiap orang memerlukan sahabat sejati “




Wednesday, July 20, 2011

aper yang perlu kamu tahu...


setiap hari pada saat kamu tak call saya…saya jugak mungkin tak akan call kamu, saya buat mcm tak tahu jer…tetapi percayalah, sebenarnya saya berada disisi telefon dan mngharapkan kamu menghubungi saya sbg bukti kamu rindu untuk nak dengar suara saya…

bila kamu bagitau yang kamu amat rindukan saya…saya buat mcm tak tahu jer…tetapi percaya lah, dlm ati saya betapa hepy nya saya…        
                  

setiap kali saya merajuk, sebenarnya saya hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuk saya…

saya tahu yang kamu perlukan kepercayaan dari saya…dan percayalah, yang saya percayakan kamu sepenuh nya…

saya tidah pernah sesekali melebihkan kawan kamu daripada diri kamu…

saya akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik berkata yang saya berpendidikan tinggi…tetapi percaya lah, saya tidak akan pernah meninggikan diri apabila saya berada disisi kamu…

saya mungkin mempunyai ramai kawan lelaki dalam hidup saya…dan saya mungkin akan selalu bercerita dgn mereka...tetapi percayalah, cinta saya tak pernah berubah terhadap kamu...

saya tahu perkara yang paling susah di dalam dunia nie adalah untuk saya mengubah orang lain…jadik aper yang perlu saya buat, saya cuba ubah diri saya untuk serasi dengan kamu…

sikap ambil berat saya kadang - kadang merimaskan kamu…tetapi percayalah, saya sebenar nya terlalu sayang kan kamu…saya cube untuk menjadik yang terbaik untuk kamu…

saya lebih suka memikirkan masa depan kita…oleh tue, kamu harus paham sekiranya saya begitu memilih dan cerewet dalam segala segi…

sekiranya saya menitiskan air mata kerana kamu, tue bermakna saya benar – benar sedang bersedih memikir kan kamu…

saya jugak mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu…nie kerana saya tidak mahu kamu jugak turut bersedih bersama saya…

saya paling suke dengan sikap tegas kamu…tue bermakna kamu mempunyai pendirian yang tetap…

pada hari – hari tertentu, saya mungkin akan selalu teringatkan kamu…tambahan lagi di saat – saat saya melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisi saya…

jangan sesekali terlalu menduga dan menguji saya…kerana saya tidak setabah mane dan saya jugak risau yang saya tak boleh nak buat yang terbaik untuk kamu...

“tetapi percaya lah, saya berasa bertuah kerana saya berjaya berada dihati kamu”

Tuesday, July 19, 2011

sensitif nya tajuk nie bagi saya...cinta tak semesti nya memiliki...

bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menggangap bahawa cinta kita tak diterima...
”cinta tue tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan dan meninginkan untuk dicintai”
wujudnya cinta tue dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab...aper yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat tue jugak...
“kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima” 
tapi...lain bile kita meninginkan sesuatu yang kita cintai...keinginan tue lah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada...
“jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu”
jangan sia sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu...
“keinginan memiliki mungkin tidak kesampaian”
tapi...
percayalah pada diri...
selalunya cinta yang kita berikan seadanya... 
takkan pernah bertepuk sebelah tangan...



ada sesuatu yang saya kejar kan sekarang jadi saya perlu korban kan sesuatu...



berkorban dan pengorbanan tue adalah sesuatu yang tak dapat dipisah kan untuk mencapai kejayaan dan impian...memang betul kan mcm tue...saya harus merelakan sesuatu yang amat saya senangi, untuk saya dapat mencapai dengan lebih dekat lagi impian saya tue... seperti saya merelakan waktu main dan waktu muda saya berlalu begitu sahaja kerana saya mengejar impian saya yang satu...iaitu untuk menyiapkan ijazah saya dan mendapat kan master saya...akhir nya impian saya tercapai jugak...dan kini saya menimpikan Phd dan ingin melanjut kan pengajian saya tue di England...impian terbesar dalam hidup saya...

tapi sekarang, saya jugak memimpikan sesuatu yang besar dalam idup saya...sesuatu yang saya jugak tercari - cari selama nie...saya jugak sedar, yang saya tak mampu utk nak capai kedua – dua nya serentak...jadik sekarang, saya harus memilih...mane satu yang patut saya kejar kan dahulu...
 
memilih salah satu, dan meninggalkan impian yang lagi satu...idup nie tak boleh memilih semuanya...betul begitu...tapi saya ingin mendapatkan kedua – dua nya serentak...dan ader kah saya harus melalui step by step atau saya harus melupakan salah satu daripadanya...atau mungkin jugak saya harus berusaha bersungguh – sungguh untuk mendapat kn kedua – dua nya sekali...

“ader sesuatu yang saya kejar kan sekarang sebelum saya berusaha mencapai impian saya, jadik saya jugak harus korban kan sesuatu”

“may allah bless”

 

Tuesday, July 12, 2011

sushi terbaik bila saya makan bersama kamu...



dh lame c dye suwuh saya masuk kan cite nie dlm blog...tp baru arini saya ader kesempatan untuk nk bercerita pasal nie...pasal kali pertama c dye mkn sushi...makan plak dengan saya yang dh sememang nya menjadik makanan kegemaran saya sejak dari dulu lagi...

cerita nya bermula mcm nie...

sushi adalah sejenis makanan dari negeri matahari terbit, jepun…walau pon saya tk penah lagi smpai sane, tp tue lah makanan kegemaran saya…memang pantang jumpe, mesti nk beli pnye…paling sket 10 jenis sekali beli…selalu nya beli dekat tesco jer, klu g tesco memang wajib ler beli…


sushi memang sedap, pape rasa dan pape jenis pon sedap…sume jenis saya suke…tk kire lah same ader salamon tk masak ker, pedas ker, pahit ker sume saya suke…kire nya mcm memang kena dengan selera lah…

c dye…
tapi kali nie berbeza rasa nya, nape erk …sedap yang teramat sangat…ooo, upe upe nya sedap sbb mkn dengan c dye…

memang tk penah mkn sushi, kata nya tk lalu sbb salamon nya tk masak…tk pon, masak tk cukup garing…tapi kali nie, saya paksa jugak c dye mkn…nk jugak c dye rasa betapa sedap nya sushi tue sebenar nya…last last dengan kerelaan ati, c dye pon mkn jugak sushi yang saya suap kan tue dengan mata yang tertutup…sbb takot terkeluar balik kata nya bile mkn…tp bile sekali dh mkn, ase mcm nk lagi plak…haaaaaa, kn ker dh kata…sushi memang sedap…last saya suap kn c dye adalah sushi salamon dengan limau…nk tau aper c dye kata, sedap sgt upe upe nya…puas nya ati bile berjaya pujuk c dye untuk mkn sushi…

tue ler alkisah nya sushi…sekarang c dye pon dh mcm saya, suke sushi…pasni nk ajak c dye g mkn sushi lagi lah…dh lame jugak tk mkn sushi nie…sedap nya hingga menjilat jari…