menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, October 30, 2011

kebahagiaan itu milik kita...

pagi yang indah dan ceria…
kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, memang amat menyeronok kan…kebahagiaan yang dibajai dengan perlahan, menempuhi segala kepayahan, insyaALLAH akan berkekalan…cuma perlu bersabar dengan segala ujian yang mendatang, ujian yang sememang nya menjadi adat dalam perhubungan…segala yang berlaku dan akan berlaku adalah urusan Maha Pencipta…sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa bukan???...
senyum…

kadang kadang, dugaan demi dugaan yang dialami sebelum ini membuatkan saya membiarkan sahaja beberapa persoalan terjawab dengan sendirinya…tunggu dan bersabar supaya dugaan itu berlalu pergi, membawa segala keruh dihati…harus punya kekuatan diri untuk menempuh semua ini…
tetapi saya amat bersyukur, kerana aper sahaja dugaan yang dihadapi…sang buah hati, tidak pernah sesekali pergi meninggal kan saya…malah sang buah hati sentiasa berada disisi memberikan semangat dengan kata kata perangsang supaya banyak kan bersabar serta banyak kan berdoa…terasa bertuah nya diri ini saat itu…terima kasih sayang kerana sentiasa berada disisi saya di saat suka dan duka...

panggilan telefon sewaktu mulut dipenuhi dengan air kelapa atau pon tangan dicalit dengan kuah kari gulai mamak, yang sememang nya menjadi kegemaran sy…tetap menjadi perhatian utama…dengan pantas deringan telefon dijawab, kerana tidak mahu si jantung hati menunggu lama di talian…

perasaan sebegini aneh sebenar nya…bukan semua orang dapat merasakan perasaan sebegitu…hanya yang terpilih sahaja yang bertuah…benar kan begitu…semua mahukan kebahagiaan, tp untuk mengecapi kebahagiaan itu sendiri sebenar nya bukan lah sesuatu yang mudah…untung sebenar nya kepada yang dapat memiliki kebahagiaan dengan cara mudah…

tp perlu di ingat…jangan sesekali membina kebahagiaan atas keperitan dan air mata orang lain…jangan sesekali memintas jalan orang lain, takut nanti kebahagiaan yang di bina itu hanya sementara sahaja…tidak mahu keadaan sebegini berlaku bukan…banyak lagi cara yang boleh di buat untuk mengecapi kebahagiaan yang kekal abadi…


“ terima kasih sayang, kerana kamu bersama saya untuk mengapai kebahagiaan ini…kebahagiaan yang kita impikan…berkat kesabaran, akhir nya imian kita menjadi kenyataan “

Monday, October 24, 2011

cinta saya terhadap kamu sentiasa bernyawa...


manusia macam saya ader terlalu banyak benda yang dimahukan dalam hidup…
impian dan cita-cita yang tinggi menyebabkan saya tidak kisah berkorban bila mahukan sesuatu… 

tidak…
perhiasan, pakaian ataupun benda berteknologi terbaru bukanlah satu keperluan jika dibandingkan dengan kehendak hati saya yang lain…mengejar impian satu persatu dan saya yakin, walaupun saya merasakan diri saya terlampau lambat dalam mendapatkan aper yang semua orang mungkin ader…tetapi masih ader orang lain yang lebih lambat dan mungkin juga masih belum punya aper – aper…terbiasa mendapatkan aper yang dimahukan sendiri membuatkan saya tidak percaya kebergantungan pada orang lain akan membuatkan saya bahagia…

yer…
itu mungkin penyebab saya dikatakan degil, keras kepala hanya kerana saya tidak pernah mahu menoleh meminta bantuan kecuali terdesak sebagai laluan keluar terakhir apabila terhimpit…membuka mulut meminta bantuan ibarat merendahkan diri saya yang tidak punya aper - aper sebagai cagaran dalam hidup…dan sejak saya belajar bahawa dalam hidup ini tidak ader benda yang perlu ditangisi, kecuali pada sesuatu yang benar-benar layak…saya tahu ketawa dan senyuman adalah mengapa saya perlu lebih bahagia…

cinta…
yer, kerana cinta ini lah saya masih bernyawa…
kerana cinta yang mendalam ini lah saya masih mampu berdiri dan ketawa…
kerana cinta yang tidak berubah ini lah saya kekal ceria…
yer, kerana cinta…

cinta ini…
cinta yang tidak pernah melukai hati batu…
cinta yang tidak pernah membuatkan saya beku…
cinta yang tidak pernah melalaikan waktu…
cinta yang tidak pernah menjadikan saya berlalu…
cinta itu.

cinta dier…
cinta pada keluarga…
cinta pada manusia sekeliling…
cinta pada Yang Maha Pencipta…
cinta pada kamu yang satu…
cinta yang tiada tolak banding nya…

cinta itu kenapa saya masih bernyawa…
cinta itu yang menjadikan saya tidak kenal erti putus asa…
cinta itu penyebab saya lebih kuat mengejar cita-cita…
cinta itu menjadikan saya manusia…

cinta…
itu harta yang saya pertahankan dalam diri yang masih menghirup udara…
betapa berkali-kali saya jatuh, saya tahu saya masih punya cinta…
sakit, bercalar dan terluka, saya paksa diri untuk bangun demi cinta…
mengubati diri sendiri dan bertahan itu sahaja saya perlu untuk teruskan hidup di alam nyata…
saya masih rasa diri diperlukan di atas dunia…

cinta…
sebab itu saya seorang pencinta keluarga…
sebab itu saya masih ketawa jika kawan buat saya terasa dan terluka…
sebab itu saya kenal diri dan tidak putus asa…
sebab itu saya tidak mahu gagal demi mencari rahmat Yang Maha Esa…
sebab itu saya cinta kan kamu dengan sepenuh jiwa dan raga saya…

sebab cinta…
yer, semuanya sebab cinta…
cinta yang wujud dalam diri…
cinta yang menjadikan saya manusia…

cinta saya terhadap seseorang yang bergelar kamu…
tidak pernah terpadam walau pun aper jua rintangan yang datang…
kesungguhan kamu buat kan saya menjadi seorang yang amat bertuah…
memiliki kamu adalah satu keindahan dalam hidup saya…
kamu adalah segala nya…
cinta saya terhadap kamu sentiasa bernyawa… 


“ tiada semua mampu berpatah balik dan memulakan sesuatu dari mula, tapi semua orang mampu bermula hari ini, saat ini dan mempunyai pengakhiran yang baik “

“ jika kita terus kekal menunggu tanpa melakukan aper - aper dengan asyik tertanya-tanya aper kah ini yang patut kita buat…kita mungkin tidak akan dapat berbuat aper - aper langsung…pengalaman itu yang kita panggil atas setiap kesilapan (dan mungkin juga kebaikan) yang kita pernah lakukan “


Sunday, October 23, 2011

saya belajar tentang awak setiap hari...


selamat datang kasih sayang…
selamat datang segala dugaan…
selamat datang pahit manis kehidupan…
selamat datang kebahagiaan perasaan…
selamat datang kegembiraan…
selamat pulang kedukaan…

saya…
setiap hari adalah proses pembelajaran…
pembelajaran yang menyeronokkan….
setiap aper yang dilalui ibarat kelas Sosiologi - belajar mengenai manusia dengan lebih mendalam dengan memahami tabiat, perbuatan, naluri dan sebagainya…aper yang dihadapi setiap hari adalah perkara baru yang membawa kepada perkongsian yang menggembirakan setelah melalui kepayahan yang panjang…

saya…
saya kata awak tidak mendengar…
tetapi pada awak, awak sudah mendengar…
awak sudah berikan perhatian dalam setiap butir bicara…
bahkan awak boleh mengulangi setiap perkataan yang saya bicara kan…
tetapi pada saya, awak sekadar mendengar…
aper yang saya mungkin harapkan lain… 
mengapa saya tidak pernah bersyukur dengan kehadiran awak…
tidak begitu!!!
ini adalah satu proses pembelajaran sebenar nya…

dan di situ saya sedang belajar…
dan awak juga perlu belajar…

saya…
saya kata awak tidak ambil kisah…
padahal saya adalah manusia yang awak paling ambil kisah…
manusia yang awak jaga dengan sepenuh hati…
tetapi itulah, naluri awak dan saya tidak sama…
awak dan saya perlu memahami persamaan dalam menilai perhubungan…
saya mungkin perlu tengok awak sangat mengambil berat…
awak mungkin perlu tunjukkan yang awak paling mengambil berat…
aneh???...
mengapa saya tidak pernah bersyukur dengan kehadiran awak…
tidak begitu!!!
ini adalah satu proses pembelajaran sebenar nya…

dan di situ saya sedang belajar…
dan awak juga perlu belajar…

dan aper yang saya pelajari itulah sebenarnya bakal menguatkan saya dan awak dalam perhubungan… 
saya akan menikmati satu rasa yang lebih baik (mungkin) setelah saya lebih kenal awak dalam menyulam rasa…dan saya sudah memahami nya…awak adalah insan yang terbaik untuk saya…


awak, ingat lagi kata kunci kita berdua???...
kata kunci hati kita berdua…
awak ingat lagi???...

masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya…

masa mula-mula kita bercinta, awak cuma nampak luaran hati saya…
dan lama kelamaan, awak sudah berada di dalam hati saya…

awak berdiri di luar hati saya…
awak ketuk perlahan-lahan…
awak datang setiap masa, setiap hari…
awak menyatakan yang saya adalah pilihan yang terbaik untuk hidup awak…

saya berikan awak kata laluan…
awak buka dengan perlahan…
awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ…
awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya…
lembaran demi lembaran awak baca…

awak, kadang kadang ader halaman yang sukar untuk difahami, tetapi awak tetap tabah untuk cuba memahami nya…

awak cuba untuk lebih mengerti…
betuah kan saya kerana mempunyai pencinta seperti awak…

awak, hati yang awak masuki adalah hati saya…
kamus yang awak perlukan adalah saya…
awak, terima kasih kerana menjadi pendamping saya yang terbaik…
awak memang mengkagumkan…

“ kalau di tanya saya bagaimana menghirup udara yang kadangkala menyesakkan nafas dan menendang nyawa???...jawapannya mudah sahaja…awak lebih tahu aper penapis untuk membiarkan saya terus bernyawa dan menikmati bahagia “

“ benar sekali cinta itu adalah penawar…kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan…sesuatu                                                                             yang indah…bagi saya, keindahan saya adalah awak “ 

Saturday, October 22, 2011

kalian dan kamu, pengubat luka di hati ini...


selepas ini saya harus menunaikan tanggungjawab saya…
kembali bertugas sebagai seorang tenaga pengajar…
terima kasih atas sokongan kalian…
kalian semua insan yang hebat…
nasihat kalian buat saya lebih kuat hari ini…

pagi ini saya menatap gambar nya…
kamu yang bisa membuat saya ketawa…
tersenyum menghilangkan rindu di hati ini…

ohhh yer, saya mahu kembali mengajar…
doakan yang terbaik untuk saya yer???...
sayang kalian semua…
saya doa kan kebahagiaan hidup kalian…
untuk kamu, semoga hidup kita sentiasa di bawah lindunganNya…
amin…

 

Tuesday, October 18, 2011

cemburu buta itu kanser pembunuh jiwa...



cemburu…
emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan takut kehilangan sesuatu - kalau dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia… kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan dariapda gabungan beberapa emosi seperti marah, malu dan juga kecewa…Ohhh, dan ya, cemburu bukan dengki, lain maknanya ya???senyum…

cemburu…
ini juga boleh diibaratkan sebagai salah satu elemen dalam perhubungan…tidak kira dalam hubungan cinta, hubungan kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja…kita tidak dapat menolak bahawa sifat cemburu itu adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri…cemburu memang wujud, sama ader sedikit, sederhana, ataupun banyak sehingga dikatakan membabi buta...

cemburu…
dalam kuantiti yang sedikit…
biasanya begini boleh melancarkan hubungan…sebagai contoh, jika ader pasangan bercinta, sedikit rasa cemburu mungkin akan mewarnai hubungan tersebut…cemburu mungkin dalam erti kata sengaja mahu bermanja ataupun jika masih sedang belajar, berlumba-lumba sesama sendiri untuk mencipta kejayaan bersama…cemburu pada tahap ini biasanya akan saling menggalakkan pasangan dan tidak membawa kepada sesuatu yang memudaratkan…

cemburu…
dalam nisbah yang sederhana…
pertengkaran sudah tidak dapat dielakkan…ader sahaja yang mahu dicetuskan walaupun ternyata timbul dari salah faham…tercuit sedikit, hati sudah terguris tetapi tidak disimpan lama…segala permasalahan mahu diselesaikan dengan secepat mungkin bila punya ruang dan peluang…aneh dengan hati sendiri dan keliru dengan keputusan yang mahu dicari walaupun ternyata, cetusan unsur luar dengan kehadiran elemen ketiga menggoyahkan ibarat angin sepoi-sepoi bahasa…

cemburu buta…
dalam skala yang besar…
kebiasaannya mengikut nafsu amarah, terlindung segala kebenaran dan masing-masing mahu menegakkan pendirian walaupun ternyata ader sahaja kesalahan, tetapi tegar mahu terus diabaikan kerana diri merasakan kesalahan itu bukan berpunca daripada mereka… silap sedikit, retak yang muncul akibat cemburu tahap sederhana hanya menunggu masa yang sesuai untuk terbelah dan musnah dalam peringkat seterusnya…membiarkan unsur luar menguasai tanpa mahu duduk berdiskusi lebih memudaratkan situasi…
 
macam yang saya pernah tulis sebelum ini…kepada siapa kita buka hati kita, kita juga punya kuasa untuk menutup dan mengambilnya kembali…cemburu ini ader sedikit persamaannya dengan cinta secara literasinya…benda yang baik, dalam kuantiti sedikit akan memberikan kesan baik, tetapi jika terlampau banyak, ia akan menyeksakan…

 
cinta…
satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya…
dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti…
dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat…
tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan…
itu yang saya rasa, pandangan peribadi saya sendiri…
ketagihan???...
itu pasti…

itu sahaja…
fikirkan yang terbaik buat diri sendiri dan manusia di sekeliling kamu…
aper kah mahu kebahagiaan dikorbankan berpunca daripada nafsu sendiri???...
itu, sila jawab sendiri…

“ menghabiskan masa menelaah sesuatu walaupun entah aper lagi dicari manusia beku “

“ jika ader sesiapa yang cuba menjatuhkan kita, menikam kita dari belakang dan memusnahkan kita, jangan risau…itu sebenarnya telah membuktikan satu perkara lain iaitu kita lebih hebat, lebih bagus dan berada di atas mereka…kan??? “

Sunday, October 16, 2011

buku dan jurnal saya...entah mengapa saya mahu kan ia saat ini...


salam semua…
saya menulis sambil memujuk hati untuk lebih kuat…
tabah amyza, persaingan hanya akan buat kamu lebih hebat…
saingan dan kutukan akan buat kamu lebih kuat…
diam, duduk bersimpuh…
tabah…

kejayaan sudah muncul dengan jayanya…
betapa hanya Yang Maha Esa tahu saya sudah boleh menarik nafas lega…
tersekat, menggelupur, tapi itu biar saya rasa…
sengsara dan air mata…
itu juraian kasih yang saya damba…
sakit saya tahan, saya telan semua…


entah kenapa saya mahukan ini…
buku buku saya dan journal jurnal jurnal saya…
jangan tanya kenapa saya mahukan benda yang tidak pasti…
ader rasa yang sedang mati…

tenaga saya sedang disedut pergi…
nyawa saya mengalami evolusi…
saya mahu diam sendiri…
buku dan jurnal adalah peneman hidup saya…
peneman setia saat ini…