menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Thursday, June 28, 2012

awak dan nescafe...

“ kalau ader Nescafe, ader awak, yang mana satu saya perlu pilih yer??? “
pilihlah yang menenangkan awak…
“ saya pilih Nescafe “
saya tunggu sebelah…lepas minum, saya datang pada awak…
ehhhhh, mungkin saya datang dulu…sebab Nescafe merangsang adrenalin “
tak…kopi buatkan awak tenang…saya yang buatkan adrenalin awak bergerak laju, kan???

ader yang menyatakan bahawa mereka pasti menangis kalau kopi memang berbanding mereka…kopi menjadi pilihan kekasih hati berbanding mereka yang merupakan seorang manusia…tapi, tahukah kamu bahawa kopi tidak akan tersedia sendiri???...mungkinkah anda yang diminta untuk menyediakannya???...secara tidak langsung, kamu sebenarnya yang dipilih…kiasan dalam kehidupan kadangkala aneh untuk difahami…  

Tuesday, June 26, 2012

terbang bebas...

hidup yang kita mahukan seringkali hanya tinggal impian…bukan kita tidak berusaha kearah yang kita impikan, tetapi mungkin usaha itu tidak mengcukupi, tidak berhasil dan belum ader rezeki (yer, semuanya jawapan tipikal) dan kemungkinan untuk manusia macam kita-kita semua untuk berputus asa adalah amat tinggi…mana ader manusia yang tidak kecewa apabila yang mereka usahakan atau kerjakan secara bersungguh-sungguh tiada hasil pada penghujungnya – tetapi akhirnya, kita perlu kembali kepada kenyataan bahawa kekecewaan itu nilai yang ditentukan oleh manusia itu sendiri…

kecewa dengan maruah yang di injak…
kecewa dengan perpisahan yang tiada sepatah kata…
kecewa dengan nilai kasih sayang yang disalah ertikan…
kecewa dengan kebenaran yang di sampaikan dengan tidak benar…
kecewa dengan janji yang dimungkiri…

tetapi, hanya kita sahaja yang tahu, berapa lama mahu tenggelam dalam rasa kecewa – menanam diri sendiri dalam kenyataan menyakitkan bahawa usaha tidak berbaloi dan macam macam lagi…bukankah lebih baik bangkit dan ukir senyuman untuk diri sendiri???...
“ sampai bila awak mahu menunggu??? “
“ sampai saya penat “

“ bila pula awak akan penat “
“ entah, saya tak tahu “

“ kenapa awak tak mahu dapatkan hak awak kembali “
 “awak tahu aper kegembiraan sebenar main layang layang??? “

 “main layang layang??? “
“ yer “

“ saya tak faham aper yang awak maksudkan “
“ main layang layang menggembirakan bukan sebab ia bebas terbang di udara “

 “jadi sebab aper??? “
“ sebab ia terikat kuat pada tali yang mengawalnya…sejauh mana ia pergi, tali itu tetap akan dapat menariknya kembali kecuali ia putus ataupun rosak “

“ layang layang akan jatuh “
 “jatuh pun ia akan tetap kembali ke sisi…ke bumi “

 “saya tak faham “
 “saya tak perlukan awak untuk faham “
 
“ sebab tiada siapa yang akan memahami penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali diri mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa ”

Monday, June 25, 2012

kamu, hujan dalam hati saya...

kamu....
nampak tak saya nie…

saya yang berdiri dalam hati awak…
kadang kadang saya duduk bila kaki saya lenguh…

saya tak pernah minta untuk masuk dalam hati…
saya sedang peluk hati awak itu ketika saya sedar…

kamu…
saya selalu hulurkan sebotol air bila cuaca terlalu panas untuk tekak kamu…
pada saya, peritnya tekak kamu, perit lagi saya merasa…

tapi air itu…
setelah diminum…
tidak dihadam melalui tekak ker rongga hati…

tak dapat menyejukkan…
hanya melebur segala rasa saya…

suatu saat hati saya ditikam…
dari saat ker arah minit menuju jam…
ditikam lumat lumat sampai parah…

barulah saya sedar, kamu…
sudah turun hujan dalam hati saya…
iyer, menghapuskan kemarau itu…

tapi kenapa tak mampu membasuh luka tikaman itu yer???...
kerana kumasih terhenti di sini…
“ saya merahkan beberapa jaridan ketawa dengan kebodohan sendiri…untuk aper saya mengoles inai di jari takkala tekanan yang dihadapi tidak berkurangan, bahkan merencatkan aper yang disusun atur demi mencari kegembiraan yang nyata…aneh “

Wednesday, June 20, 2012

sinnis limitasi...

akhirnya dier menemui aper yang dier mahukan dalam hidup…hidup dier yang biasa biasa, seperti suatu ketika dulu masa dier baru kenal dengan gaya hidup yang satu itu…saat dier menelaah satu demi satu bahan bacaan yang dikumpulkan, dier sedar bahawa banyak yang dikorbankan saat dier cuma duduk senyap tanpa berbuat aper aper…itu masalah bila dier berdiam tanpa mahu ambil berat banyak benda (yang kalau diambil tahu hanya menyesakkan jiwa)…

bila orang kata kesabaran manusia ader had, ader limitasi, dier seperti mana manusia lain juga mempunyai tahap kesabaran serta toleransi tersendiri…mungkin sejak kebelakangan ini, hadnya bertambah tinggi (atau dier bertambah bosan) – dier lebih suka mengikut haluan dan kata hati yang selama ini dipegang erat dan walaupun pernah dikhianati berkali kali, dier masih percaya akan kata hati (serta logik akal)…
“macam mane kita nak tahu yang seseorang itu sukakan kita???”
“ader kah kamu juga suka orang itu”

“tak juga…mungkin sebab dier selalu perhatikan saya”
“kadangkala orang perhatikan kita dengan sebab yang kita takkan tahu”

“rasa macam dier suka saya”
“kamu rasalah kan???...mungkin yer, mungkin tak”
 
bila seseorang lebih banyak membawa masalah dan kesedihan dalam hidup kamu, aper yang kamu perlu lakukan???...masih menunggu dengan setia???...masih mahu teruskan senyuman penuh pura pura???...segala jawapan yang didapati mungkin akan positif – sebab manusia baisanya akan kekal dengan orang yang memberikan kesan yang mendalam dalam hidup mereka – tidak kira baik atau buruk…cuma, kadangkala ader masanya kita perlu tunjukkan pintu keluar pada manusia sebegitu…supaya mereka tahu, kedukaan yang mereka benamkan akan digantikan dengan kegembiraan daripada manusia lain (mungkin)…

persoalannya  - sampai bila mahu teruskan derita???...

“ tidak semua hubungan akan berakhir dengan gembira…kadangkala aper yang dilalui ader lah sebagai fasa persediaan untuk hubungan lain yang lebih membahagiakan “

Tuesday, June 19, 2012

sahabat sejati...

hari yang sepatutnya menggembirakan bertukar jadi satu hari penuh dengan duka hati, dunia terasa kabur…kabur dunia yang setiap kali berlaku, setiap kali itulah dier tahan air mata agar tidak tumpahdan sabar dengan kerenah yang pelbagai rasa…memang sepatutnya dier simpan dan tahan sahaja, tapi kuat mana kah dier mahu kemam segala kesakitan selama bertahun tahun dari remaja hingga dier dewasa kini???...benda yang sama berulang setiap kali dan dier tersepit lagi diantara manusia manusia yang dier sayang…

dari berdua, kami pernah bergaduh, bermasam muka, tidak bertegur sape dan sehingga dier pergi dan kembali semula sejak sekian lama, kami kembali lagi berdua di bawah satu ikatan yang sama…kadangkala kami hidup baik baik sahaja seperti manusia lain…kadangkala hidup berantakan – penuh warna drama hingga dier menjadi manusia yang kurang emosi, gunakan logik akal dan kurangkan drama dalam hidup dier yang tidak sempurna…itulah hubungan kami, persahabatan yang sudah terlalu lama – terlalu akrab sehingga kini walaupun masing masing sudah punya hala tuju hidup sendiri…kami berlainan jantina, tapi kami serasi tanpa sebarang perasaan cinta...itu lah “S”, dan sekarang S telah pon mendirikan rumah tangga bersama isterinya tersayang…

sejak kecil, dier sering lihat benda yang sama…benda yang pernah buat dier terfikir semua benda yang dier lalui (dan perlu dier lalui pada masa akan datang hanyalah penipuan) mana ader istilah bahagia wujud – mana ader istilah kasih sayang pada manusia, mana ader kisah gembira yang semua orang tayang di kaca televisyen  ataupun di layer perak, hatta dalam buku cerita…pada dier, semuanya itu dongeng yang maha sempurna…kegembiraan bukan milik dier – dan tiada siapa pun tahu bahawa dier melatih siri dier senyum setiap kali kesakitan, kesedihan mendatang dalam jiwa dier – hidup dier yang caca marba…

tapi, sampai bila dier nak menolah benda yang dituntut oleh agama???...macam S cakap pada dier, aper benda sekalipun, dier kena bali pada agama…sudah tentu…sebab bila dier pernah tak percaya akan wujudnya institusi keluarga, dier cari seba paling kukuh untuk dier percaya pada benda yang disuruh oleh agama…lagi pula, dier sebagai pendidik institusi pendidikan tinggi, kalau benda begitu pun dier tak dapat nak didik diri dier – mungkin lebih baik dier tampar diri sendiri kn???...

betapa sakit dier hadapi benda begini seorang diri – dier tahu yang S akan ader untuk dier (selain dari Allah tentunya) seorang sahabat baik yang dier jujurnya tak kisah nak kongsi semua benda dengan S…yer, kadangkala benda ini mungkin kedengaran sangat peribadi, tapi dengan siapa lagi dier mahu kongsi kesakitan – sekurang kurangnya, S akan cadangkan dier beberapa penyelesaian (dan S sangat tahu yang dier lebih banyak gunakan logical berbanding dengan emosi)…
berbual dengan S (guna telefon gengam sebenarnya) – buatkan dier lepaskan segala masalah yang bertimpa dan dier hadap seorang diri saat ini…mungkin sesetengah orang akan mengecam dier dengan aper yang dier lakukan, tapi dier percaya, dengan berkongsi, buka sedikit ruang untuk dengar, tahu pendapat lain sekurang kurangnya, buat dier lega…dengar pendapat (walaupun mungkin dier tak buat pada masa sekarang) – dier tahu yang dier ader pilihan (mungkin) yang lenih baik pada masa akan datang…benda yang selama ini membuatkan dier tersepit, terperangkap tanpa jalan penyelesaian – dengan buka ruang bicara dengan sahabat yagn jujur – dalam erti kata, S akan memberikan pendapat tanpa menyebelahi mana mana pihak, dier rasa hidup dier lebih bermakna…
(agak caca marba penulisan manusia beku ini - kali ini…sengaja dier menulis begini supaya hanya yang tertentu sahaja yang dapat mengupas makna tersirat disebalik setiap perkataan…kamu kamu yang mengenali manusia beku ini dengan rapat sahaja dapat meneka aper kah maksud yang ingin disampaikan kerana kamu kamu memahami kisah dier)

Sunday, June 17, 2012

puan mulia...

Puan Mulia antara orang yang paling pandai membaca saya…sekilas aper yang terpancar di wajah saya, sudah dapat ditebak aper yang bersarang di minda sehingga perubahan kurang beberapa nani-saat sudah dapat diterjemah…pembaca paling menakutkan, pembaca yang mengerti air muka puteri sulung yang dilahirkan hampir dua puluh enam tahun lepas…

- Ibu, ader kah Ibu tahu yang Ibu akan tengok muka sebegini setiap hari untuk beberapa ketika???...muka yang tiada sebarang perasaan ceria –

sudah terdidik sejak azali, bahawa setiap kali saya menghadapi masalah, kesakitan itu akan saya alirkan kepada diri sendiri…tidak sesekali kemarahan itu saya hamburkan kepada manusia yang menghiris setiap inci urat dan kapilari jantung serta hati saya…di saat darah membuak panas, kemarahan, kesakitan, bahkan ader lagi yang datang mencurahkan asid masam, menitiskan perahan limau bagi membiarkan ia membengkak dan tidak mengerti erti kemaafan kepada diri sendiri…
itu saya…

tanggung kesakitan sendirian walaupun itu kesalahan orang lain lukakan…
mengomel perlahan menghadapi dinding biru wakaupun saya tahu tiada jawapan kedengaran…
menulis penuh emosi di buku lakaran sambil warnakan hujung setiap catatan…
manusia kosong seperti saya yang hanya bias menulis, bait aksara dibaca dalam bisu oleh kalian…
mungkin tanpa perasaan…
mungkin punya belas kasihan…
bahkan, kononnya ader yang ihsan…
tapi saya, tetap begini sejak sekian…

- ader sebab mengapa gelaran saya selama ini berubah dan diketahui oleh beberapa orang sahaja…sesiapa pun tidak boleh baca sakit yang saya rasa -
ibu : kenapa setiap kali kamu senyum mata kamu berkaca???...
saya : saya terlampau gembira …
ibu : ini ibu kamu, dari sebalik senyuman kamu ibu tahu perasaan kamu…
saya : ader kah ibu rasa saya akan menitiskan air mata…
ibu : simboliknya anak semacam kamu…
saya : kenapa???...
ibu : kerana kamu terlampau banyak cerita dan kisah dalam satu wajah…ibu tahu kamu seboleh nya cuba mengembirakan hati semua yang sayang kamu…kenapa???...
saya : sebab saya masih seorang manusia dan seorang anak...

diam, tahan…
menunggu penuh diam dan berusaha menjadi budak baik hampir setiap hari saya lakukan…
ahhhhh, sakit menunggu dan mengharapkan sesuatu yang tidak akan jadi kenyataan…
hakikatnya, saya bukan gadis yang dikurniakan kecantikan…
menjadi manusia yang cukup sifat sudah buat saya sujud kesyukuran…
cantik, menarik pastinya jauh dari jangkauan…tidak pernah saya idamkan…
impian???...

ketawa perlahan…
manusia beku ini selalu lepaskan ketawa dan sembunyikan tangisan…
makanan dihadam mencari gurauan…
senda dan tingkah menjadi satu santapan…
tinggalkan kesakitan…
paksa diri ukir senyuman…
walaupun terpaksa berpaut di dahan…
meskipun perlu tegakkan diri dan dongak ke hadapan…

Tuesday, June 12, 2012

cinta juga punya tarikh lupus yer...

semakin bertambah usia, semakin meningkat satu demi satu takah kerjaya, semakin banyak jugalah undangan ker majlis perkahwinan…boleh dikatakan bilangan kad kahwin yang sampai ker rumah, adalah berkadar langsung dengan penambahan usia…lebih lebih lagi musim mengawan pertengahan tahun hampir tiba, lebih banyak yang menimbun diatas meja peribadi…tahniah buat sahabat sahabat seperjuangan yang sudah pun mendirikan rumah tangga, hargai lah aper yang kamu ader yer sahabat – kerana tidak semua bernasib baik macam kamu yang punya manusia yang mencintai…

lelaki dan perempuan sama sahaja…dalam bercinta, kedua duanya mahukan yang terbaik dalam memastikan bahawa jalan crita hidup mereka tiada percikan duka…tiada sengketa ataupun air mata serta raungan dari mana mana atma…ehhhhh, peritnya kamu punya terlampau banyak drama…sebab tue kita tak mampu kata aper aper apabila rancangan di televisyen menghidangkan terlampau banyak iklan…iklan itu sebagai penghibur tatkala mata mula bengkak menahan air mata ataupun hati yang panas minta hati dipujuk…
itu hakikat manusia…percayalah…kita sebagai manusia memang ader sedikit kelemahan mengharapkan lebih pada manusia lain dalam sesuatu perkara…bukan kerana kita tamak, tetapi kerana kita tahu kita mampu buat yang terbaik dan lebih kepada manusia yang kita sayang…ahhhhh, tengok sahaja mana mana pasangan bercinta di dalam filem ataupun drama (tak pastilah kalau dalam kehidupan reality sekarang pun ader), tapi pertuturan begini pasti ader kalau kamu ingat ingat balik cerita lama…
teruna : untuk kekasih tercinta, lautan api juga sanggup direnangi…
dara : benarkah cinta…
teruna : jangan kata bukit belakang rumah, gunung tertinggi dunia pasti akan mampu ditawan…
dara : cinta benar pada kita…
teruna : pastinya demi kasih sayang kita…
lebih kurang begitulah…akan memberikan banyak apabila mereka menyenangi seseorang, apabila perpisahan terjadi, cuba bayangkan yang kalian ader menyimpan sebuah computer kesayangan (contohnya Samsung galaxy tab) di dalam bilik…tiba tiba jiran sebelah meluru masuk dan menghempas computer tersebut…aper perasaan kamu???...nahhhhh, mungkin itu contoh paling mudah bagi menyatakan betapa sakitnya hati manusia yang kamu lukai walaupun hakikatnya kamu mungkin tidak sengaja…
mungkinlah...
dan bila seseorang dengan megahnya menyatakan bahawa cinta dan kasih sayang terhadap seseorang itu punya tarikh luput, satu benda sahaja yang terbayang dalam kepala ini…cinta dan kasih sayang manusia ibarat makanan dalam tin…bila dah tiba tarikh luput, kita ambil tin tersebut dan baling dalam tong sampah…
gedegang!!!...
bila kita meletakkan sesuatu itu di tempat yang tidak sepatutnya, ader kah kita menyedari bahawa kita sedang menempah kesakitan yang bukan sedikit???...bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada manusia di sekeliling kita…ahhhhh, jadi manusia jangan terlalu ego sangat boleh???...

manusia memang pelik…
begitu banyak kasih sayang di atas dunia ini, mereka masih memilih perasaan benci sebagai kekuatan dan sumber tenaga untuk hidup…bila kebencian adalah sumber tenaga terbaik mereka, kasih sayang dan perasaan yang menggembirakan bukan lagi satu benda yang menjadi nikmat…benci, muka bengis, bibir melengkung dan dahi berkerut adalah satu kebanggaan…
aneh…
manusia…
masa…
satu bentuk pengkhianatan yang langsung tidak boleh dimaafkan…menjalani kehidupan dan memerhatikan dalam diam serta memanjatkan doa kesyukuran dapat mendengarkan suatu perkhabaran rupanya adalah balasa dosa silam…dosa kerana tidak pernah mahu menunggu dan terbang meninggalkan…hanyut terbang bersama salju tebal dan meninggalkan kepingan putih  mahu menunggu dan terbang meninggalkan…hanyut terbang bersama salju tebal dan meninggalkan kepingan putih yang tidak berguguran…menanti hiba penuh ketidakpastian dan hanya bersandarkan kepada pengamatan rakan…ternyata, yang dikejar tidak kesampaian, yang dilepaskan membunuh kesepian…
hidup ini kadangkala terlampau banyak warna…
penuh dan sesak hingga kita mahu memilih satu warna sahaja…
warna yang menggambarkan siapa diri kita…
benda yang melambangkan perasaan kita…
“ dier tidak kalah apabila dier berada di bawah, tetapi dier hanya akan kalah kalau dier tidak pernah mahu bangkit semula menghadapi dunia nyata…ini bukan ego atau ayat sionis seorang manusia, cuma berapa lama kamu mahu biarkan diri terbaring dan menangisi sesuatu yang tidak akan pernah pulang ke pangkuan??? “

penunggu dan menunggu tidak sama ertinya...

ader sesetengah manusia yang tidak perlu ditunggu kehadiran mereka…mereka hanya datang bila memerlukan sesuatu ataupun manusia lain dijadikan sebagai tempat terakhir bagi meluahkan serta aper sahaja…selain daripada itu, manusia lain disekeliling mereka hanyalah satu tempat persinggahan yang sedia ader…

macam tempat rehat dilebuh raya, semua tahu ianya ader, tapi kita tidak akan sentiasa berhenti ditempat yang sama…kadangkala, kita berhenti bila perlu ataupun teruskan sahaja perjalanan jika berhenti bukan satu keperluan…manusia sedemikian adalah begitu…penantian manusia lain ( yang mungkin penuh cinta, kasih sayang ataupun mendambakan kebahagiaan ) – pada mereka adalah sesuatu yang tidak bermakna…itu bukan keperluan mereka yang perlu ditunaikan…mereka hanya datang ( atau kembali ) – jika mereka memerlukan sesuatu daripada si penanti…kalau tiada, untuk aper mereka kembali???...

malangnya, manusia sedemikian wujud terlampau banyak atas dunia…sifat curang sudah jadi pakaian mereka dan untuk menambahkan lagi rasa kurang sempurna itu, mereka tidak pernah meninggalkan pakaian lama yang mereka suka…sebab kadangkala yang baru, mereka menjemu kerana mengikut peredaran masa…yang lama, tidak hilang gaya dan rasa walaupun mungkin sudah dimamah usia…

begitu juga dengan perasaan mereka…
“ penantian amat menyeksakan…perasaan yang dialami oleh si penanti tidak sama dengan perasaan yang dialami oleh si pembuat penanti…kamu faham akan maksud ini bukan…tunggu sahaja hukum karma, itu janji Tuhan yang pastinya “
 

Monday, June 11, 2012

peluang dan cabaran, nilainya cuma satu...

memang betul kadangkala peluang hanya datang sekali dalam hidup…peluang yang datang kemudiannya mungkin tidak akan sama seperti yang kita mahukan…malangnya, aper yang kita mahukan biasanya tidak akan muncul kembali – kecuali atas sebab tertentu yang kita sendiri mungkin tidak akan jangka…manusia lemah mana dapat tahu benda yang menjadi rahsia Yang Maha Esa bukan???...

begitulah juga dalam perhubungan…kadangkala, peluang yang datang dalam membina bahagia itu hanya sekali…manusia yang setia itu barangkali hanya akan muncul sekali sahaja – di antara yang sudah terlampau banyak kalian curahkan rasa suka…barangkali, rasa sayang selama ini hanya palsu dan sekadar permainan tidak dijangka memandangkan dalam proses pencarian siapa paling layak bertakhta di jiwa…mungkin hanya dier yang mampu mencairkan hati yang penuh dengan noda ( dan permainan saling bertukar cinta itu ) kemungkinan tidak sedar dan terus mempermainkan manusia sedemikian rupa…

peluang hanya datang sekali ( mungkin )…kesabaran manusia dalam memberikan peluang yang sangat nipis…yer, kalau di bicarakan tentang peluang yang Tuhan diberikan untuk manusia, pastinya itu sudah jadi kisah lain…tetapi dengan manusia yang banyak kelemahan, lebih lebih lagi yang melibatkan perasaan dan emosi, manusia perlu prihatin sebenarnya…ader kah peluang itu sudah habis manusia gunakan…

“ setiap manusia ader peluang masing masing, bezanya cuma bagaimana manusia itu sendiri menggunakan peluang yang ader…peluang datang dari perbagai persepsi manusia, hadapilah peluang dengan akal yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa “

keperitan menjadikan manusia pendendam...

penderitaan…
kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh seseorang itu mengubah mereka kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak mampu kenal walaupun mereka yang memiliki jasad di mana nyawa bersemaditanpa diketahui dimana kedudukannya…
senyum pahit…

penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran – seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah…kita memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan…jika hati kita masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan…banyak di antara yang kamu menderita adalah pilihan kamu sendiri – ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa…percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu cekal dan tanpa bicara…

cinta tidak berbalas…
kasih sayang yang diperlekehkan…
maruah yang diinjak…
jiwa yang rosak teruk akibat susah senang yang tidak dihargai…
bahagia yang hanya sementara…

itu hanya sebahagian daripada penyebab kenapa manusia boleh berubah secara drastik menjadi makhluk menakutkan dan berupaya membuat sesuatu lebih daripada kebiasaan mereka…lari dari tabiat yang mereka sendiri tidak pernah impikan…kesakitan dan derita yang mereka biarkan menimbun dan menggunung dan tiada tempat mahu dilepaskan, menjadi ledakan itu hanya menunggu detikan masa dan pemula pembakaran sahaja…sedikit sebab sahaja menuggu masa ia meletup…
iya kan???...

kebiasaan manusia selalu dikaitkan dengan jantina…
perempuan akan jatuh hati dengan aper yang mereka dengar…
lelaki pula tertarik dengan paras rupa…
jadi aper yang membuatkan perempuan lebih suka menghabiskan masa dengan bersolek dan berdandan dan lelaki pula menipu dengan ayat ayat manis…
begitukah???...

jadi siapakah yang lebih kuat memendam rasa???...
siapa pula yang menjadikan tekanan perasaan itu sebagai dendam???...

masalah dengan lelaki adalah mereka membuatkan perempuan menyangka mereka jatuh cinta sedangkan mereka hanya sekadar suka berkawan dan masalah dengan perempuan pula, mereka menjadikan lelaki menyangka mereka tidak jatuh cinta sedangkan, hati sudah membuak menahan perasaan…aneh bukan???...perasaan manusia adalah sesuatu yang menarik untuk dibaca dan dikaji walaupun kenyataannya, kesakitan itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan…
kalau kita tidak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam untuk menghilangkan kesengsaraan dan kesedihan mereka…bukan sebaliknya kita menjadi pensel mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka…itu sangat daif namanya…hidup ini ader hukum karma nya, tunggu sahaja giliran kamu nanti…pasti akan berbalas jua…

padam segala dendam…
padam segala derita dan hapuskan semua tanpa perlu mengalirkan airmata…
kalau perlu pergi untuk menghilangkan diri sementara, pergilah dan carilah semangat yang baru demi mengelakkan kita jadi pendendam dan membuatkan manusia lain sengsara dengan nafsu serakah dan amarah yang kita pendam…

kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata…terbang melayang tatkala tangan mahu mengenggam dengan pantas…mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini…
kecewa???...
istilah itu tidak akan dapat lari dari diri…
cuma, berapa lama dapat membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan buatan???...
itu satu persoalan yang berlegar dalam hati…
diam, biarkan suasana sepi…

manusia macam dier ader satu kelemahan yang sangat menyakitkan…dier paling takut kalau dier membuatkan orang disekeliling rasa marah dan terasa hati dengan dier…sungguh, dier memang takut bila dier terjebak dalam satu keadaan atau situasi dimana dier todak boleh menang langsung demi menjaga manusia lain di tepi dier…kelakar bukan???...

satu proses pelarian…
bukan…
ini satu proses kehidupan…
dier memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan…
bertanggungjawab dalam aper sahaja yang dier lakukan…
berikan yang terbaik sementara dier masih punya kesempatan…
ukir senyuman…
lepaskan nafas perlahan…
tiada lagi sebarang jawapan…
“kebenaran dan kenyataan sangat sukar untuk ditelan…ataupun ader kah kerana terlalu menyakitkan, diri membiarkan ianya ditelan masa dan menahan segalanya”

“tiada siapa mahu tahu ini, tetapi kadangkala manusia yang sangat kamu dambakan adalah manusia terbaik yang tidak perlu muncul dalam hidup”

“dier menipu ketakutan dier memutuskan hubungan dengan segala keraguan dier, mengikat hubungan dengan kepercayaan serta ketakutan, dan berkahwin dengan impian dan cita cita dier sendiri”

“aper yang kamu tahu tentang mimpidan impian seorang manusia beku???...tidak…kamu tidak pernah tahu bahkan lebih suka menggelarkan dier manusia yang tidak tahu bersosial…dier terima dengan senyuman sebab dier anggap kamu manusia bijaksana”

“sudah berkali saya katakan, perkataaan “dier” di dalam setiap penulisan saya adalah kata ganti bagi diri saya sendiri…kalau kamu peminat setia blog dan tulisan saya, kamu akan tahu maksud nya dan tidak akan bertanya lagi berulang ulang kali”
 

Monday, June 4, 2012

di sebalik duka hati, pasti terselit jua rahmat tuhan...

kadangkala ader orang yang dier enggan simpan lagi dalam fikiran…kalau fikiran itu mampu dibuang semudah dier memadam papan putih ataupun fail yang menimbun di dalam komputer peribadi, pasti nya sudah senak perut tong sampah yang mengandungi fikiran sedih dan jahat itu barangkali…kenyataannya, aper yang harus selalu di ingat pada manusia yang hadir dalam hidup tanpa mengira aper kah ia membawa kebaikan atau tidak sebenarnya mampu membunuh jika kenangan yang ditinggalkan mengandungi racun yang tidak mampu dibuang begitu sahaja…

terkilan, bila hati sudah terlampau teruk cedera, manusia yang di sayangi sudah tiada lagi dalam bayangan mata…kesedihan yang di berikan buat dier menutup mata setiap kali kesakitan itu menjelma…sudah hilang segala raungan dier bila mana kamu datang dan pergi meninggalkan luka dalam yang langsung tidak mahu dier kenangi…bukan dier tidak sayang, mahu dilepaskan tetapi sukar nya yang sudah tidak macam dulu lagi…sikap nya yang dulu buat kan dier jatuh cinta padanya…

setiap kali dier menimbus diri, dan bercadang mahu mati dari sisinya, kamu akan datang dan belai dengan kata – kata yang membuatkan dier senyum hingga ker telinga…hilang segala derita sementara bagaikan manusia sakit diberikan ubat penyembuh – penenang jiwa…malangnya, kesakitan yang dier terima selepas itu tidak mampu ditanggung oleh buaian manis sedemikian rupa…

sehinggalah dier jumpa entah siapa yang dier sendiri tidak tahu latar belakangnya – senyuman kamu sudah mampu buat dier berdebar tidak tentu hala walaupun dier sendiri sedar senyuman itu bukan untuk dier …kadangkala dier cuma berharap keadaan begitu akan sama dengan manusia yang dier suka, tapi ternyata impian dier tidak pernah terlaksana…

maka, dier biarkan dengupan jantung dier mengkhianati dan menikmati senyuman manusia yang entah siapa itu…mungkin kamu jelmaan manusia yang dier impikan – tapi mungkin sahaja hanya ilusi yang bakal membunuh tanpa dier sedari…

“ tetapi malangnya, melepaskan seseorang tidaklah sesukar melepaskan kenangan tentang mereka dalam hidup kita…kerana apabila mereka pergi, yang tinggal hanyalah kenangan sama ader baik atau buruk, pahit atau manis – itu sahaja bukti mereka pernah hadir dalam hidup kita “