menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, July 31, 2012

terdidik sejak mula, tabah berusaha...

bila kita kata dalam hidup ini, kita perlu bergerak ke hadapan – itu bukan bermaksud kita tidak patut menoleh ke belakang…bukan untuk tenggelam dalam ingatan dan kenangan, tetapi untuk belajar sesuatu agar kesilapan yang sama tidak akan berulang kembali…

kadangkala kesakitan kali pertama belum pernah mematangkan kita…kita mencuba untuk kali kedua – dan walaupun pengakhirannya masih tetap sama tetapi jalan ceritanya sudah berubah daripada yang pertama…mungkin lebih banyak masalah sudah dihadapi dan berjaya diatasi sebelum memilih keputusan yang berat sedemikian rupa…

tetapi, bagaimana untuk terus bergerak ke hadapan apabila kenangan menghantui dan bagaikan mengekori rapat seperti bayang bayang, ramai yang mula berputus asa dan membiarkan diri tenggelam dalam kesakitan…serasa lebih baik sakit dan derita daripada mulakan segalanya semula kerana takut untuk mengecewakan manusia lain yang ader dalam jalan cerita walaupun kehadiran mereka tidak membantu langsung diri…

yer, kadangkala manusia lain yang mempunyai watak tertentu dalam hidup kita akan membantu kita melalui segalanya…tetapi, tidak mustahil mereka hanya sekadar watak tempelan yang kita boleh abaikan…sesetengah orang merasakan, mengambil berat hal orang lain adalah kewajipan sosial mereka…kira macam khidmat percuma untuk masyarakat…baik, memang baik selepas segalanya berakhir – kamu boleh lagi berhubung dengan mereka…
 
tetapi, jangan jadikan alasan kehadiran mereka membuatkan kamu terperangkap dalam situasi lama…kenapa mahu terus menanggung kesakitan dan hadam kesengsaraan semata mata mahu menjaga hati orang lain???...diri percaya setiap daripada kita berhak menentukan kebahagiaan sendiri, memilih jalan hidup yang kita mahukan kerana kita yang menjaga hati dan kenal dengan diri…kamu boleh terus meletakkan orang lain di tempat paling tinggi dan menginjak hati sendiri guna kaki, tapi siapa yang akan tanggung sakit nanti???...

kamu sendiri tahu jawapannya…
it takes a strong heart to forgive, but it takes an even stronger heart to say, “I’ve had enough” and walk away for good

“ sesetengah manusia suka membiarkan diri mereka terperangkap dalam waktu silam tanpa mahu mengasihani diri sendiri yang mereka laungkan mereka sayang sepenuh hati “

Monday, July 30, 2012

setiap benda ader tarikh luput bukan...

bukan roti sahaja ader tarikh luput…
bukan makanan sahaja boleh mereput…
bukan rambut sahaja boleh menjadi kusut…
tapi perasaan juga boleh merosot…

kadangkala kita perlu sedar…
tidak semua benda kita boleh sambar…
tidak semua benda kita boleh langgar…
kerana manusia ader had sabar…
ader suatu ketika kita perlu berhenti…
kerana segalanya tidak akan kembali…
ader yang datang dan kekal di sisi…
ader yang muncul dan berlalu pergi…

hakikatnya, kesakitan itu akan wujud dalam diri…
kesengsaraan bakal merayau dalam arteri…
membunuh perasaan dengan sakit tidak bertepi…
hanya demi kelangsungan nyawa atas bumi…

sebab itu segalanya ader permulaan…
dan jika ader permulaan, pastinya ader pengakhiran…
tidak semua nya kan berkekalan…
itu lumrah kehidupan…
“ hanya kerana orang buat baik pada kamu, itu tidak bermaksud kamu boleh ambil kesempatan pada dier “

Sunday, July 29, 2012

keputusan beserta jawapan...

kadangkala kita tidak perlukan jawapan yang ditunggu sekian lama…kita cari jawapan sendiri menggunakan gerak hati dan naluri yang kita percaya…kerana akhirnya, sekuat mana kita berusaha tetapi tiada hasilnya – kita juga yang akan terdetik rasa kesal dan kecewa…walaupun begitu, kegembiraan dan bahagia itu ader di mana mana – yang berusaha mencari akan temui dan hidup dalam senyuman bukan pura pura…berapa lama lagi mahu hias wajah dengan senyuman palsu demi tanam kesakitan dan penderitaan yang tidak berkesudahan – hadam segala kepahitan dan teruskan lakonan???...

sampai satu peringkat kita akan lebih lelah…letih dengan segalanya…ader pilihan untuk rehat atau berhenti sahaja…jangan dikorbankan diri sehingga akhirnya memakan diri sendiri…setiap manusia layak untuk bahagia dengan manusia lain atas dunia dan ternyata, peluang kalau tidak dihargai, kita sendiri juga yang akan rugi…
“ salah satu keputusan yang sukar untuk dilakukan dalam hidup adalah sama ader untuk memilih untuk berlalu pergi ataupun usaha lebih keras lagi  “

selalunya manusia akan pilih untuk berusaha terlebih dahulu sebelum mereka memutuskan untuk berlalu pergi selepas aper yang diusahakan tidak berhasil dan hanya menambah kerunsingan jiwa…jadi, bagaimana pula dengan diri sendiri???...
“ kadangkala kita sudah ader jawapan dan keputusan, tetapi kita masih degil untuk halang diri daripada percaya diri sendiri “

Saturday, July 28, 2012

keikhlasan terima seadanya...

semua orang mengharapkan pasangan masing masing menerima mereka seadanya, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ader yang memilih antara satu sama lain atas sebab tertentu seperti kekayaan, kecantikan, kemewahan, kepandaian – tetapi jarang kita mendengar orang memilih disebabkan agama semata mata sejak dewasa ini…mungkin ader, tapi pandangan fizikal dan materialistik telah mengaburi pemilihan…

dan, dier percaya bahawa – aper jua pilihan atas dunia ini, semestinya pandangan peribadi sendiri sudah diambil kira dan tidak tertakluk dengan alasan mengambil hati orang ataupun menurut semata mata sahaja…bukankah setiap dari kita mempunyai akal fikiran sendiri dan boleh memahami aper yang dimahukan dalam hidup???...

secawan Kopi O dimulakan dengan biji kopi…
betapa enaknya, bukan lagi satu misteri…
cuma, aderkah ia untuk hiasan ataupun minuman peribadi???...
biarkan tangan yang memilih nanti…

harganya mungkin sedikit mahal si Frappucino…
ader yang menunggu sambil berfikir…
mata meliar dan terpandang tembakan espresso…
hati terdetik – ader kah sama dengan Kopi O…

Kopi O dan Frappucino kini…
ader kah mereka boleh semeja berkongsi???...
 
“ dalam diri setiap manusia ader raksasa mereka sendiri…tolong jangan kejutkan kalau tak mahu menempah bahaya “

Wednesday, July 25, 2012

indah nya kata hati...

alhamdullilah…
dier dikurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri dier…manusia yang buat manusia macam dier kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan…awan selepas hujan selalu nya cerah bukan???...terima kasih atas kurniaan…terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan…

usai berbuka tadi dier nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika dier masih lagi tertinggal dibelakang…tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan dihati – tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya…tiad alagi gigi mengigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluan gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri…
now I know why you fade away just like bubbles from my life…thanks heart…u become stronger & never beat for useless brat anymore…

sekarang dier tahu kenapa dier boleh buat keputusan paling berat dalam hidup dier…kenapa dier boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan dier sendiri – bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri yang dier sayangi..terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah…
Kopi O…
itu yang lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino…
InsyaALLAH…

“ sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah…dan anugerah itu adalah amanah “

Tuesday, July 24, 2012

kedegilan bukan satu pilihan...

dalam kehidupan, ader benda yang kita terpaksa hadapi dengan tambahan kesabaran…selalunya kita mungkin hanya sekadar bersabar, tetapi ader yang eprlu tambah kesabaran bila berhadapan dengan manusia yang kita hormati dan sayangi lebih daripada segalanya…yer, kita mungkin sudah pandai buat pilihan sendiri dalam hidup – mengatur kehidupan dengan jalan yang kita mahu tanpa ader tekanan daripada sesiapa yang boleh buat diri menyesal di hujung cerita…ahhhhh, kadangkala derita itu sudah cukup panjang dan kita hanya mahu satu kepuasan dalam membina kebahagiaan…
satu takah daripada dua…
kita berhadapan dengan mengawal suara, bercetia dengan melihatkan kepada tindak balas…mungkin sahaja daripada cara kita bercerita dan memberi penerangan disulami rasa suka, makanya, aper yang diperkatakan mampu untuk dihadam dan diathermia…takah paling susah mahu ditakluk Berjaya – kerana kita tahu, demi hidup bahagia, senyuman daripada takah ini paling bermakna…

tekah kedua nampak lembut, tapi bahaya…
sudah jadi darah barangkali – dari keturunan diturunkan dari satu generasi ker satu generasi, bahkan terkenal dalam mana mana lipatan sejarah sekalipun, kebolehan berpegang pada janji adalah sangat tinggi…barangkali, dier mewarisi sifat begini tanpa dier sedari – tetapi bagaimana generasi muda lain, dier ader sifat memberontak yang tinggi…bila dier tahan sampai berkorban diri, dier tahu ader garis paling halus antara kasih sayang dan kebodohan tidak bertepi…bila deir buat keputusan, halangan di takah kedua muncul kerana mahu berpegang pada janji…dier geram, tapi dier tahankan sahaja…

bulan ketujuh dalam takwim Masihi hampir tamat dan dier berdoa agar nombor bergerak dengan cepat…habiskan tempoh menunggu supaya takah kedua bakal dier takluki…pada dier, untuk aper berpegang pada janji bila berhadapan dengan manusia yang hanay bertopengkan sisa daki dan manis mulut mengatur cerita sana sini???...
ader sebab mengapa kita tidak boleh campurkan mocha dengan
Nescafe…
ader sebab juga kenapa Frappucino lebih enak bila kita tambakkan espresso…
walaupun kenyataannya, ia semua berasal dari
 biji kopi…

Monday, July 23, 2012

kopi O suam dan frappucino...

setiap manusia punya alasan tersendiri untuk meneruskan kehidupan…barangkali ader yang hanya hidup sebagai tanda menghargai dikurniakan nyawa di atas dunia tanpa menghiraukan ssama ader hidup mereka baik atau buruk belaka…yang penting, menghargai nyawa…mungkin ader yang begitu – tapi deir percaya, setiap daripada kita sangat mengerti tujuan kita hidup dan masih berusaha untuk meneruskan kelangsungan kepercayaan diri serta matlamat…

ader yang enggan menarik nyawa sendiri sebab mereka sangat memgerti bahawa hidup ini adalah pinjaman paling bernilai dan tiada aper yang dapat mengganti…ahhhhh, nyawa tidak dapat dibeli menggunakan harta sebanyak mana pun…kalau tidak boleh sogok malaikat maut sekalipun kamu kaya melimpah ruah hingga tiada ruang mahu bergerak dalam rumah…begitukah???...
dan, dalam kesinambungan meneruskan hidup – mempertahankan nyawa, mungkin kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan terlibat dalam pelbagai bentuk hubungan…ader yang baik baik sahaja dan bawa bahagia…ader yang bikin hati gulau, resah dan memancarkan sinar amarah…ahhhhh, hak masing masing, kata namanya manusia – unian itu hanya buat kita lebih manusia (dan juga tabah)…

ader orang kata, kita dipertemukan dengan orang yang salah untuk mempersiapkan diri berjumpa dengan mansia lain yang lebih baik – jadi aper sahaja yang berlaku, mungkin kita sudah jadi terlampau tabah macam ader orang itu…dan, manusia yang berbeza daripada kita – mungkin lebih baik daripada yang menyerupai kita hampir dari semua segi…
“ kamu minum kopi lagi “
“ minum…kenapa “

“ bulan puasa pon minum kopi “
“ saya rasa saya memang hidup dengan kafein “

“ jadi, hidup macam mane sejak kebelakangan ini “
“ baik, macam saya beritahu kamu, manusia kadangkala perlu berbeza “

“ ohhhhh, sama konsep dengan kopi??? “
“ kadangkala Kopi O Suam boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino “
 
“ lebih baik untuk kekal sendirian dengan alasan yang munasabah, berbanding dalam hubungan dengan alasan yang salah dan menyusahkan “

kopi perangsang adrenalin mengalir laju...

bulan ramadhan sudah bermula dan ketagihan dier pada kopi serta yang sewaktu dengannya masih tidak dapat dibendung…sudah masuk hari ketiga, dier teruskan kegiatan dier seperti hari hari lain, bulan bulan lain – secangkir kopi atau pun di pada waktu saban pagi…itu rutin yang tidak dapat ditinggalkan…malangnya, dengan kekuatan kafein – sebelum sampai petang, air dalam badan mula berkurangan dan kesan ketagihan muncul…tapi, tidak mengapa…ini yang perlu ditanggung…

alhamdullilah…
teman baik dier juga sukakan kopi dan bila mengatur bicara tetang kopi, perbualan kami boleh berlarutan sehingga menghidangkan kopi semasa majlis yang dier sendiri malas untuk dibicarakan…indah kalau dapat begini – sebab dalam banyak banyang majlis yang dier hadiri, kebiasaannya hanya the tarik (minumam rasmi Malaysia mungkin) yang diletakkan sebagai kaunter khas selain pencuci mulut lain…selamanya kopi itu enak barangkali dan yer, dier percaya, kita perlukan teman yang cukup rapat – kenal jiwa kita dalam luar bila menikmati dadah adiktif itu…bukankah minuman kopi bertaman lebih enak???…
“ minum kopi “
“ minum sikit…saja nak aroma kopi…rindu baunya “

“ takut teringin ker??? “
“ mungkin…aroma kopi banyak cerita dalam hidup…jadi bila saya sedih, saya eprlukan kopi untuk buat saya gembira “

“ jadi saya harap saya boleh jadi kopi awak “
“ awak harap begitu??? “

“ yer…jadi setiap kali awak sedih, saya akan ader untuk awak “
 
“ kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang kita boleh hadam depan mata sendiri…sakit mungkin, tetapi kekal tenang dan teruskan hidup macam biasa “

Sunday, July 22, 2012

pembelajaran tidak hanya dari buku...

tidak semua benda yang kita ketahui begitu sahaja…ader benda yang kita perlu belajar…ader benda yang kita perlu lakukan penyelidikan untuk mengetahui aper yang berlaku ataupun hanya mahu menyedari sebaris nama manusia yang kita habiskan masa bersama…kita boleh buat dalam diam, kita boleh canang satu dunia – itu semua hanya terpulang pada kita…

mungkin ader benda yang perlu kamu belajar bila kamu berhadapan dengan manusia aneh yang beku…depan orang lain dier manusia ceria yang petah berkata kata…depan kamu, habiskan waktu bersama, tapi aper yang ditanya, dijawab sepatah demi sepatah…kekurangan yang melata hingga dier tidak nampak kelebihan diri buatkan dier enggan buka diri pada sesiapa akibat takut dikhianati…mungkin kamu akan dapat peluang berada dalam hati bila dier mula belajar mengenal diri…
“ sekurang kurangnya, kamu tahu dier mahu belajar kan???...
dan, kamu juga perlu belajar barangkali “

cinta itu ibarat biskut yer bagi kamu...

sekejab datang…
sekejab hilang…

sekejab muncul…
sekejab tenggelam…

sekejab sayang…
sekejab terbang…

sekejab perlu…
sekejab lesap…

sekejab rindu…
sekejab tidak tahu…

sekejab rasa macam milik sendiri…
sekejab rasa macam bukan lagi…

sekejab rasa masih cinta…
sekejab rasa nyah kamu sahaja…

sekejab ader…
sekejab tiada…
aper kamu fakir perasaan manusia itu bagaikan iklan biskut di peti momokan bersuara???...sekejab ader, sekejab tiada…datang dan pergi bila kamu suka???...sentuh dengan kasih sayang sekejab cuma dan mengahrapkan kesannya akan kekal selama lamanya???...

aper kamu fikir perasaan manusia itu bagaikan almari baju???...kamu buka, capai aper kamu mahu, simpan aper kamu perlu dan hanya buka kembali bila kamu mahu ambil sesuatu???...itu bukan perkara main main…kamu kacau jiwa manusia yang padanya setia adalah tunjang utama, tapi kamu sailing hatinya dengan senjata kata kata…
dier bukan perwira…
dier bukan adiwira…

dier cuma marhaen muda…
dier cuma anak biasa biasa…
“ selepas tiada lagi khabar berita, kamu perlu sedar bahawa kamu mungkin tidak lagi diperlukan selepas tanggungjawab dan janji bukan lagi bermakna aper aper “

Wednesday, July 18, 2012

intuisi gulau dalam jiwa...

tanpa perlukan penerangan lanjut tidak perlukan hasil kerja secara saintifik – ader sesetengah manusia disekeliling kita yang mampu meneka dengan tepat aper yang berlaku dalam hidup kita…sampai rasa macam diimbas dengan mesin otak…hatta mesin itu hanya mampu membaca sesetengah perkara, dan secara rasionalnya – pemikiran kita tidak boleh dibaca, tetapi, ader manusia yang hanya daripada pemerhatian dalam diam diam mampu membaca kita…ia mungkin aneh bagi sesetengah orang, tetapi bagi orang yang didalam hidup mereka wujud manusia begini, ianya bukan sesutau yang pelik…
berbual dengan seseorang yang bergelar sahabat itu – buatkan dier lebih banyak ader sebab untuk menjadi lebih manusia…aper yang kacau dan gulau dalam jiwa ditanyakan pada sahabat itu – dengan harapan segalanya lebih mudah apabila dier punya seseorang untuk bertukat cerita…dan, sahabat itu tidak pernah gagal dalam meminjamkan sedikit sel otak untuk membantu dier dalam aper sahaja…

dan bila intuisi dier menyentuh terus ke jawapan yang mahu dismpaikan kemas, dier memang sebahagian daripada manusia yang kamu tidak ingin hilang atas dunia ini…
“ cinta sejati bukanlah hanyalah dari sebelah pihak – bahkan ia adalah kerja keras dua pihak yang belajar tentang antara satu sama lain dan tidak pernah berputus asa “

Tuesday, July 17, 2012

buih tidak akan selamanya berwarna...

ditinggalkan mungkin satu perkara biasa…
meninggalkan mungkin juga satu perkara biasa…

dier pernah lalui kedua dua benda…
walaupun hakikatnya, dier ditinggalkan terlebih dahulu kali pertama…
ditinggalkan secara tidak rasmi sebenarnya…
dan dier meninggalkan untuk lebih jelas cerita…
sakit yang dier hadapi sewaktu ditinggalkan buat kali pertama membuatkan dier menjadi takut untuk memulakan sesuatu buat kali kedua…jarak masa yang diperuntukkan untuk mengubat jiwa adalah sekian lama walaupun akhirnya dier akur dan mulakan hidup baru dengan manusia lain yang mencuri jiwa…kesakitan itu terbayang dan walaupun berhati hati, dier jatuh hati lagi dengan manusia yang hampir serupa…ketawa besar dier apabila ditinggalkan tanpa sepatah kata…kali ini lebih kejam dan terasa maruah nya seperti di injak injak…nanar barangkali jiwa nya tatkala itu…aper kah dosa yang dibuat sehingga kan dier diperlakukan sedemikian rupa???...
kali kedua ditinggalkan, dier bangun kembali…bangun dalam erti kata, dier mahukan hidup yang lebih baik, tanpa dier perlu ketap bibir dan bunuh jiwanya kembali – bersabar dengan pelbagai masalah dan hidup bagaikan tiada benda yang buat dier sakit hati tanpa rasa…malangnya, kenapa kejadian yang sama berulang kembali tanpa dier minta…dier ibarat mainan yang bila perlu akan diambil, dan bila bosan akan ditinggalkan serta kembali apabila mainan lain mula melalaikan…yer, dier seperti itu – sehinggakan dier sudah mangli dengan senyuman penuh pura…perjalanan jauh hanya diisi dengan pemikiran khayal – merangsang rasa suka dengan bahan yang dier tahu bakal memusnahkan jiwa…tapi, dier suka…
“ kalau kita menangisi masalah, masalah kita akan bertambah dua kali ganda dan mungkin lebih daripada aper yang kita jangka…tapi, jika kita belajar untuk ketawa apabila menghadapi masalah, insyaALLAH kita mampu untuk mengharunginya dan masalah itu akan hilang bagaikan buih “

dan, tidak ader salahnya untuk meninggalkan sesuatu yang menyakitkan…
dier tidak akan pernah terlintas kekesalan…