menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, November 20, 2012

hari yang gelap...

tidur pun tidak lena...entrh berapa kali terjaga, berpusing pusing, guling guling atas ranjang hijau sambil perhatikan dinding biru...aper yang dier risaukan pun dier kurang pasti...satu demi satu keperluan dier senaraikan dalam kepala...mungkin senarai yang dier jengah semalam buat dier jadi separuh gila...mungkin juga – walaupun bukan senarai dier...tumpang tengok senarai orang pun boleh jadi seriau...merepek sungguh perangai...

banyak benda ganggu kepala...semalam bukanlah hari yang terlampau baik – walaupun dier rasa menjelang petang suasana bertambah gembira...rasa disebabkan suntikan kafein dalam badan – membuatkan aper yang dihadapi sejak pagi beransur hilang dengan sendirinya...tak tahu mengapa, satu demi satu dugaan muncul...manusia yang tak dikenali muncul dengan tidak diketahui niat...tapi maaflah, dier tidak dapat melunaskan permintaan kalian (kecuali seorang terlepas tapi dier terpaksa potong kembali)...sebab, kalau niat kalian baik, sewajarnya kalian hulur dulu salam perkenalan – dan bukan muncul secara diam...aneh barangkali buat dier...

(tekan kepala nak bagi tune)

Perut sakit bila mengenangkan ader kah aper yang dilalui semua ini adalah mainan atau mimpi...tapi bagai aper yang dinyatakan oleh seseorang, ini semua adalah magis...magis yang sendiri tidak akan sangka tetapi melaluinya dengan senyuman sahaja...mungkin betul, langkah yang tepat adalah bukan bersendirian sahaja...pastinya ader lagi tangan yang membantu, kaki yang melangkah bersama...seorang diri mungkin baik, tetapi dengan bantuan sekali sekala, aper yang dimahukan mungkin menjadi lebih jelas daripada sendirian tanpa mahu difikirkan sebab dan akibat...

(perut sakit, tangan sejuk)

pernahkan kamu jumpa seseorang yang duduk meraikan majlis seorang diri???menghabiskan masa minum sendirian tanpa sedar bahawa dirinya buka lagi seperti dahulunya???

banyak benda yang kadangkala kita lupa
luap bahawa tak semua orang sama dengan kita
lupa bahawa aper yang kita suka, tak semestinya orang suka 

yer
manusia itu lupa
ego hingga kepala batu
bila ditegur, melenting panas tak tentu
ahhh, bencinya perkara sebegitu
 
rabak jiwa
buang masa
penuh cela
 
“ sudah tiba waktu melangkah jauh “

Monday, November 19, 2012

yang dikongsi kerana minat tanpa paksa...

tuntutan kerja tidak sama...
bidang pekerjaan juga berbeza...
yang seorang boleh duduk diam buat kerja...
yang seorang lagi memekak marah bila ader tidak kena...
tetapi kedua dua tidak terlepas dari tekanan jiwa...

manusia diciptakan sama...
tetapi setiap manusia ader keunikan mereka...
seorang tinggi sedikit, kulit gelap dan kecil badannya...
seorang lagi rendah, putih dan berbadan tegap...
tapi siapa tahu jika hati boleh bertaut cinta???

kadangkala mahu saja dikirim cerita...
buat mulut manusia yang suka mengata...
yang lebih gemar mencela...
perbezaan itu menjadikan manusia kenal Pencipta...
bukan sesuka hati membanding beza...
dengan merasakan diri mereka lebih bagus daripada sesiapa...
aper kelayakan yang kamu ader???
serupa...
dalam banyak perbezaan, ader benda yang sama...
yang dikongsi kerana minat tanpa paksa...
satu aroma...

terima kasih...
atas nikmat ketagih...
dua manusia boleh duduk tersengeh...
nikmati kopi yang terhidang dengan gigih...
 
“ senyuman yang terukir bukan petanda yang sama dengan jiwa yang melalui...pernahkah kamu terfikir manusia yang paling kuat senyuman adalah manusia yang sedang tanggung paling banyak derita??? “

Sunday, November 18, 2012

kesempurnaan - itu kan fizikal kurniaan Tuhan...

awak…
manusia memang aneh…
selalu ambil berat benda remeh…
walaupun diri sendiri sememeh…

awak...
dier seorang yang tinggi…
tapi awak tolak dier pergi…
sebab awak kata kalau tinggi, susah nanti…
bila ditanya kenapa awak buat begini…
awak kata sukar mencari seluar bila tinggi…
apatah lagi baju hinggalah ke peralatan rumah terkini…
dier awak tinggal kan sepi…

awak…
dier seorang yang cerah…
menarik kulitnya, putih merah…
macam kumpulan Korea yang awak berbunuh marah…
siapa yang lihat dier pasti menoleh, ghairah…
tapi awak tolak dier mentah mentah…
dier hairan dengan sikap awak yang buatkan hatinya musnah…
dier tanya awak kenapa sambil tahan lelah…
awak kata terlampau putih seperti berpenyakit parah…
macam Pontianak Twilight awak menyampah…
awak benci Edward Cullen tapi lepaskan pada dier, sampah!!!

awak…
dier seorang yang kurus…
awak kata dier amcam orang tak terurus…
bagaimana orang suka makan boleh jadi lurus…
tegak tanpa potongan badan, terlampau halus…
tergamam dier dengan kenyataan awak yang terturus…
tusuk ke dalam jiwa dier yang mendengar, hati bagaikan direbus…

awak…
si dier yang kurus, cerah dan tinggi berlalu pergi…
tinggalkan awak supaya awak cari pengganti…
bahkan dier bina hidup yang lebih bahagia tanpa awak di sisi…
dier pandang awak dari jauh semoga awak gembira nanti…

awak…
perjalanan hidup awak teruskan…
satu demi satu manusia jadi persinggahan…
awak teruskan permainan…
untuk memulkan satu perhubungan…
dan akhirnya awak terhenti, jumpa seorang teman…

awak…
dier seorang yang gelap kulitnya…
hitam berlengas mungkin sesuai menggambarkan rupa…
tapi orang lain pandang dier cantik bergaya…
pada awak kulit dier hitam macam Afrika…
tapi awak lupa satu perkara…
ader Afriak yang putih kulit, mulus rupa…
awak benci dengan dier kerana dier hitam muka…
awak kata nanti rosak keturunan, baka keluarga…

awak…
dier seorang yang rendah badan…
pendek, bantut adalah sesuatu yang orang permainkan…
padahal saiznya adalah normal bagi Asia punya ukuran…
tapi awka tetap tolak dier bagaikan sebuah permainan…
bila dier Tanya dengan airmata berlinangan…
aper yang dier terima adalah sakitnya jawapan…
awak kata ini untuk kebaikan keturunan…
pendek sangat tak baik untuk kesihatan…
awak, dier terpempan…

awak…
dier seorang yang gemuk…
dier selalu dihina dengan perkataan yang teruk…
tapi dier tidak pernah mengamuk…
walaupun hatinya bagaikan dijeruk…
awak tolak dier dengan jerit dier bagaikan beruk…
dier tertanya mengapa awak bertindak begitu buruk…
awak kata tubuh gemuk, hanya akan bikin peluh busuk…
walaupun kenyataannya dier tidak begitu – hatinya tercucuk…
jiwa dier kosong bagaikan ditebuk…
dengan sikap awak yang serupa tenuk…

awak…
si dier yang gemuk, pendek dan gelap pergi…
dier berjalan menjauhkan diri…
hati dier patah untuk bersama lagi…
kata hinaan awak buat dier rendah hati…
dier bertekad enggan mahu kembali…

awak..
sebelum dier bergerak pergi, dier tinggalkan awak satu pertanyaan…
aper kah awak adalah Tuhan???
awak hina setiap fizikal yang dikurnia, penuh kesempurnaan…
aper kah awak sempurna hingga tiada celaan…
kalaulah awak ingat aper yang tajam dalam pemikiran…

awak…
dalam banyak benda yang awak nilaikan…
kenapa awak tidak amhu manusia yang bijak akal fikiran???
bukankah itu lebih bagus dalam merancang keturunan…
ataupu fizikal itu lebih penting dari aspek keagamaan???
hidup awak, awak tentukan…
“ terlampau runsing…
kepala pening…
selamat datang ke kawasan asing…
putarkan gasing “

hebatnya perempuan itu...

satu…
terhentak kepala di bucu…
seperti ledakan picu…
terkejut dan terpaku…
darah menitis, mulut membisu…
kaku…

dua…
dikelilingi manusia…
yang kadangkala bikin separuh gila…
tapi tak kurang juga yang membentuk dier..
untuk menjadi lebih dewasa…
kalaupun bukan tubuh, tapi isi kepala…
sekurangnya dier tidak bikin celaka…
pada manusia lainnya…

tiga…
dier sedar banyak benda…
manusia barangkali banyak cerita…
baik, buruk, sopan, dan celaka…
yang baik, dier lihat dan ambil rasa…
yang buruk, ambil pengajaran katanya…
yang sopan, dibilang suruh ikut setiap tapak pakai kepala…
yang celaka, dier enggan mahu mencela…
kan nama nya manusia…

empat…
kaki disusun rapat…
dier benci mahu mendengar orang mengumpat…
bukan kerana dier penat…
barangkali sebab enggan subahat…
bondanya bising lagi tentang aurat…
katanya, beliau rasa terjerat…
dengan pakaian yang kononnya hebat…
tutup, balut sana sini, pusing berlipat…
tapi hakikatnya ader bahagian yang ketat…
makanya, bonda enggan terheret sama di akhirat…
itu yang bisingnya selagi anak tidak pamerkan wajah kelat…

lima
hentak kepala…
manusia hanya pandai hamburkan kata…
cuba lihat duduk dalam situasi sama…
aper barangkali mereka boleh terima…
lihat aper yang diusahakan dikata nista…
sabar manusia bukankah ader takah dan tahapnya…
mana boleh hambur segala…
biarkan dier bertahan dengan segala cela…
tanam senyuman lekat di muka…
amboi, cantiknya…
mari sini tukar tempat dengan dier…
jangan mengadu sakit pula…
 
hey!!!
dier bukan perempuan gagah…
yang kamu setiap kali bersedia untuk marah…
dier bukan segalanya tahan disergah…
yang kamu boleh ligan sampai makan tanah…

kadangkala dier mahu juga menangis…
mahu juga hamburkan segala rasa sadis…
kongsi cerita dari gembira hingga tragis…
hidup dier bukannya indah macam alam magis…
tapi…
dier sedar banyak waktu hatinya mati…
kuat mana dier tahan, dier akan menangis sendiri…
dihempas badan ke ranjang, dan tekup bantal dari tepi…
biar bantal lencun, tapi tiadamakhluk dengar esak sunyi…

walaupun dier kadangkala tewas…
tapi dier syukur jiwanya tidak pernah mahu sentiasa lawas…
yer, macam perut mengamuk ganas…
dier degil dan kadagkala buas…
mahu kalah tidak mungkin, dier akan cuba sampai puas…
ternyata, kadangkala dier masih tangkas…

perempuan…
itu orang kenal dier…
cemuh dier…
hina dier…
aper sahaja pada dier yang tiada cela???
kewujudan dier hanya mainan kata…
hamburan nista itu makanan – penyangga nyawa…

jatuh…
bangun tanpa mengaduh…
itu prinsip dier yang bikin lelaki kata dier sekuat nyatuh…
tapi itu hanya gurauan buat gaduh…
sekuat mana nyatuh, dilenjan orang sampai jatuh…
jadi tiang, perabot – entah aper lagi, bodoh!!!
ahhh, gurauan mulut, tiada hati yang tersentuh…
 
dier jenis suka pulangkan segalanya pada Maha Pencipta…
kalau hari ini orang mengata muka – dier biarkan sahaja…
tidak perlu dier rendahkan dirinya…
sebab dier tahu ciptaan Tuhan, Maha Sempurna…

perempuan gagah…
sesekali dier mahu diagah…
dimanjakan bagai dier dibesarkan dengan kasih sayang yang mewah…
bukan tanda dier gedik, tapi hati dier mahu juga diluah…
dilamar dengan penuh maruah…
perempuan namanya…
bila dewasa digelar wanita…
dari yang bujang hingga sudah digelar bonda…
mereka punya tangan yang menggoncang dunia…
ataupun kadangkala dengan senyuman bahagia…

yer…
Tuhan itu ader…
jahat macam mane pun dier…
dier tahu Tuhan adalah tempat kembalinya…
kalau manusia buang dier, bukankah Maha Besar itu juga Maha Kaya???
tidak mungkin dier akan dipersia…
ujian yang datang pasti mampu ditanggungnya…
bukankah itu janji Yang Maha Esa???

“wanita adalah hiasan dunia…seindah hiasan adalah wanita solehah “

Monday, November 5, 2012

dua perkataan...

dua perkataan…
kadangkala lebih dari perbuatan…
walaupun sekadar satu percakapan…
pemula bicara yang ader sedikit kejanggalan…
ataupun pemati perbualan…

dua perkataan yang sering saja dilontarkan sejak sedikit dewasa ini barangkali membentuk kita sebagai manusia…lihat sahaja, dalam banyak benda yang kita selalu uacapkan – pastinya ader dua perkataan yang tidak akan terlepas dari bibir…yer, kita sebut terima kasih kalau orang buat baik ataupun menolong kita…ader kita maki orang yang tolong kita??? ader juga – kalau orang tue tolong menjahanamkan masa hadapan dan kerjaya kita – memang terima kasih itu jarang kedengaran…cacian, makian atau aper sahaja yang luncur langsung terus dari mulut…benar bukan???
 
jadi, aperkah dua perkataan yang sering disebut orang…

TERIMA KASIH…
ini benda yang dier dengar setiap hari…daripada pagi sehinggalah petang…ucapan terima kasih Miss Amyza dah jadi benda biasa (tetapi masih lagi bermakna) untuk orang macam dier…mungkin ader yang kurang sedar – ucapan terima kasih jarang kita dapat daripada orang – hatta penjual makanan sekalipun…sampai satu tahap – kalau dier beli barang/makanan – dier akan cakap terima kasih pada orang yang menjual walaupun orang tue pandang pelik…ala, aper salahnya dier ucapkan terima kasih pada makcik yang sediakan makanan nie kan makcik???

JAGA DIRI…
dah lame tak dengar pesanan begini…baca selalu jugalah kot??? selalu pesan pada orang juga…ala, kita semua pesan benda begini pada kesayangan kita semua kan??? hatta pada rakan rakan atau sesiapa sahaja yang kita suka…

SAYANG AWAK...
ecececeh!!!
tak nak mengaku ker selalu sebut begini???

kadangkala kita sering sebut sayang ibu, sayang abah, sayang abang, sayang kakak, sayang adik dan sebagainya (walaupun pada hakikatnya dier hanya mempunyai seorang adik)…konsepnya sama…ehhh, tak nak terima juga???

heh!!!
sebenarnya ader benda lagi panjang yang mahu dikongsikan tapi memandangkan dier terikat dengan jadual yang boleh bikin jiwa rengsa atas beberapa perkara, dier terpaksa berhenti disini…
“ hidup tidak semudah seperti yang di sangkakan…jangan sesekali kita menyalahkan takdir atas aper yang berlaku, terima dengan hati yang terbuka…tetapi, cara perpisahan itu yang membuatkan dier menjadi manusia pendendam “