menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, January 29, 2014

minit kedua belas...

banyak perkara yang Tuhan berikan pada kita untuk kita lihat kembali---untuk kita mengkaji adakah kita hambaNya yang bersyukur atau sekadar terima tanpa ada rasa apa – apa…mungkin, kita menerima dan membawanya sedaya upaya tanpa menyedari setiap daripadanya adalah ujian kecil yang kita perlu tahu keadaan diri (dengan lebih lagi)…

satu benda yang aku cuba buat untuk memahami dalam kehidupan yang aku lalui adalah bagaimana untuk melakukan semua benda yang diamanahkan dengan tidak menyakiti hati sesiapa walaupun aku terpaksa berperang dengan jiwa sendiri atas pilihan yang aku buat…duduk dan perhatikan setiap satu daripadanya---aku yakin yang aku perlu bersyukur sebab aku tak menghadapinya sendirian…dalam erti kata lain, cabaran satu demi satu muncul, tapi Allah berikan aku seorang teman yang akan sedaya upaya bantu aku…pasangan aku…
melihatkan perjalanan sampai ke minit dua belas, buat kan aku seklai lagi terfikir bahawa, perjalanan masih panjang dan aku kena yakin bahawa semangat yang kuat diperlukan agar aku tidak kecundang dengan cabaran yang mendatang…bila kesihatan menjadi taruhan, keselamatan diri sebagai satu permainan---tak akan aku mahu pandang enteng dan korbankan segalanya demi untuk memuaskan keperluan orang lain semata, bukan???

“minti kedua belas---disini segalanya bermula “
“sayang abang”
“rindu abang sepenuh hati”

Tuesday, January 21, 2014

kembali ke asal...

as salam...
itu bukanlah sesuatu yang mudah…
kembali ke kawasan di mana kita mulakan segalanya, belajar dari segala asas yang dipelajari dan digunakan untuk menjalani hidup---terlampau banyak kenangan yang bias buat kita tersangkut dengan kenangan dan enggan melepaskan kehidupan itu pergi…

sama…
seperti mana aku yang kembali ke garis permulaan, lihat segala apa yang aku tinggalkan demi kehidupan lain yang aku belum pasti keadaanya, aku hanya mampu berharap aku dapat menghargainya sebagai kenangan dan tidak akan mati dalam ingatan...mungkin satu hari nanti akan bakal kembali ke sana…bukan seperti aku yang sekarang, barangkali dengan menjadi manusia, penterjemah yang lebih baik…

jadi, bila aku kembali ke sana---sekadar melawat, aku dapat rasakan bahawa kasih sayanh yang aku curahkan di sana terlampau mendalam…tempat pertama, bagaimana apa pun aku lalui, aku sangat menyukainya…zon selesa aku barangkali…aku sebahagian daripaa mereka, mereka sebahagian daripada aku, bagaikan keluarga kedua aku…rumah kedua aku selepas rumah kediaman keluarga aku…banyak masa aku berjaga dihabiskan di sana…
selamat mulakan kehidupan…
susah bagaimana sekalipun, tegakkan kepala…
pandang dengan gembira...
selamat memulakan langkah baru… 

Sunday, January 12, 2014

kerana dia...

as salam…
aku rasa, sampai sekarang aku boleh hadap apa saja dalam hidup, adalah disebabkan aku punya mereka yang sangat kuat sebagai penyangga hidup aku…kuat macam mana sekalipun orang pandang aku (mungkin), aku selalu mengingatkan diriku dua manusia yang tidak pernah tinggalkan aku sejak aku wujud dalam dunia…

ya…
ibu dan abah…
Puan Mulia dan Ketua Keluarga terbaik…


sekarang ada suami…
jadi, ada tiga kini…

tapi sekarang ini, aku hanya mahu berkongsi tentang yang lebih dekat dengan hati…syurga aku---dimana dia yang menentukan halal atau sebaliknya setiap langkahku…yang kena dengan situasi aku, emosi aku saat ini…barangkali, terlampau banyak benda yang mahu aku fikirkan dalam satu masa, berkadar langsung dengan emosi serta suasana dari aku mula bekerja, aku fikir, bila dinilai kembali, kawan---teman paling setia---dan sahabat aku yang paling akrab adalah suami…

isteri kepada suami…
kawan aku pernah kata aku tidak punya kawan lain selain suami…jujurnya, suami adalah tempat aku bercerita segalanya…apa saja yang aku lakukan mesti akan terlintas pemikiran tentang suami sendiri…memandangkan suami aku terpaksa mencari rezeki jauh beribu batu dilaut sana…jadi, setiap kali aku mahu lakukan sesuatu, aku mesti teringatkan suami…terfikirkan bagaimana reaki suami kalau suami dapat tahu dan sebagainya…dalam beberapa situasi,kalau aku rasa suami akan benci perkara tersebut, aku akan tinggalkan sahaja…biar pun aku sendiri akan rasa kecewa…
mudah…
dengan suami, aku banyak bercerita benda…
siapa kata berjauhan dengan suami tidak boleh meluahkan segala rasa, malah aku rasa suami lebih memahami aku…dari hal kerja, membawa kepada hampir setiap benda yang aku rasa boleh berkongsi dengan suami…jadi, bila berbual dengan suami malam tadi melalui telefon (italk) tentang benda yang dekat dengan hati, aku tekankan kaki aku ke lantai, kepal telefon gengam ku dengan kuat, tahan air mata dari mengalir dan cuba berlagak dengan nada suara tenang sedaya upaya yang aku boleh…ya, aku manusia yang sedemikian rupa…yang sejak dahulunya memang berfikiran dangkal (mengikut ukuran pemikiran orang lain)---memandangkan pada aku, kegembiraan aku bergantung kepada kegembiraan suami…menyakiti dia, umpama menyakiti aku secara langsung…

ya…
naïf eh???
peduli pula aku…
membuatkan dia tersentuh, masam muka mencuka---kau bakal berdepan dengan aku yang kalau amarahnya tidak terkawal, mungkin aku buka lagi isteri yang berikan senyuman paling cantik (walaupun hati dicarik-carik) pada kau…mudah sahaja…mudah berurusan dengan aku, memandangkan, aku punya lelaki yang paling hebat di mata aku di jiwa aku…

“abg, kalau orang tak suka kita camna?”
“kita jangan tak suka orang”

“kalau orang tetap tak suka kita?”
“mungkin kita ada rasa tak suka pada orang…bersihkan jiwa dari ada rasa macam tu pada orang lain”

“tapi kalau kita takda benci pada orang, tapi orang benci juga pada kita?”
“itu ujian Allah pada kita…nak tahu sejauh mana sabar kita”

“sabar pun ada had juga abg”
“abg tahu…tapi, benda begini kita tak boleh jangka…Allah buat sesuatu kan bersebab…banyakkan istighfar…doa…solat hajat…moga Allah tunjukkan cara”

itu suami…
tatkala aku separa mamai dipenuhi dengan darah muda, panas menggelegak dan rasa mahu marah semata, dia ada untuk beritahu aku bahawa segala perasaan itu boleh dikawal dengan senjata yang bertunjangkan agama…doa…amalan-amalan mulia…baik wajib, sunat segala…supaya, isteri yang setiap kali ada bersama dia ini mampu kawal marah (walaupun seringkali hampir jadi pengganas).

senyum…
dalam segala urusan, ada kata-kata suami buatkan aku lebih menghargai apa yang aku cuba buat dan lakukan..mungkin dengan teguran yang garang, yang buatkan aku sering tertanya-tanya mengapa, mengapa, mengapa---kini aku dapat jawapan yang aku dambakan…

setiap apa yang suami lakukan ada justifikasi dia sendiri yang tidak perlu diberitahu kepada aku isterinya secara lisan…satu hari, dia akan mengerti…dan kini, aku mengerti setiap tindak tanduk yang suami lakukan (sekurangnya).

suami…
terima kasih atas segalanya…
sekurangnya, malam tadi, sewaktu letak kepala atas bantal, aku boleh atur semula banyak benda dalam kepala…apa yang dicari hari ini, dikutip demi masa hadapan yang lebih baik bukan untuk keperluan sendirian semata…bukan sekadar mencari di mana hilangnya jiwa---tapi mengukuhkan diri agar tabah menghadapi apa sahaja…

senyum…

terima kasih, abg…
selamanya suami hebat…
“aku tidak punya berjuta kawan alam maya…
aku tidak punya beribu kenalan…
aku tidak punya sahabat baik…
tapi aku dikurniakan...
PUNYA SEORANG SUAMI HEBAT!”

"bila segalanya tidak seperti yang kita fikirkan, rancangkan---jangan pernah berputus asa…biar kalah mencuba daripada duduk diam dan pujuk diri untuk pasrah (Amyza Nazlan, 13 Januari 2014)"

Wednesday, January 8, 2014

aku bersuamikan mamat offshore...


alhamdulillah…

aku sudah selamat mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati yang Allah s.w.t pilihkan untuk aku…pilihan Dia sudah tentunya yang terbaik…

aminnn…

terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat jauh dekat, sanak saudara yang datang memeriahkan majlis aku dengan kiriman hadiah dan doa untuk aku dan suami melangkah kealam baru…

tetapi, disebalik itu ada cerita yang ingin aku kongsikan bersama kalian diluar sana yang mungkin takdir kita dan jodoh kita BERSUAMI KAN MAMAT OFFSHORE…

bercinta --- bertunang ---kahwin/tinggal sebumbung…
sejak dari aku mula bercinta sehingga aku bertunang dan sekarang sudah bergelar suami isteri, ada kenalan – kenalan yang kurang senang barangkali aku bersuamikan mamat offshore…bertanya kan soalan – soalan yang kurang cerdik aku andaikan…

mamat offshore? tak takut curang ke? kata di offshore, rupa nya dirumah bini no 2!
hey, tuhan kah kalian? jodoh, ajal, maut semuanya ditangan tuhan…jangan kata hubungan jarak jauh saja boleh curang, malahan sama tempat kerja juga suami boleh kahwin satu lagi…ada kisah di tempat kerja aku sepasang suami isteri mencari rezeki dalam institusi yang sama cuma berlainan bangunan…kemana kemari bersama, makan tengahari juga berdua, datang dan balik kerja juga bersama…dikurniakan 3 orang anak yang semuanya perempuan…dalam sedar tak sedar si suami boleh kahwin satu lagi dan sudah mempunyai seorang anak lelaki…paling mengujakan si isteri kedua itu juga bekerja dalam institusi yang sama…kalian nampak? curang tidak mengira jarak dan tempat…satu lagi yang aku ingin ingatkan, semua itu takdit Allah s.w.t…satu saja yang boleh aku kata kan, suami kalian tidak cari lain pun sudah cukup baik…

offshore? balik sebulan sekali je kan? baik tak yah kahwin…
kolot nya manusia macam ni…hallo, zaman sekarang dunia dihujung jari tau…jangan kata nya suami di offshore, malah ada juga pasangan yang tinggal di luar negeri…tinggalkan isteri dan anak demi mencari rezki di negara orang atau menimba ilmu disana tetap boleh berhubung tiap – tiap masa…tiap – tiap masa okeh, bukan tiap – tiap hari tau…

heh suami offshore! duit banyak tapi tak de kehidupan…
sapa kata tak de kehidupan…sekali turun darat, jumpa isteri dan anak – anak boleh pergi bercuti bukan? honeymoon entah kali yang keberapa ratus kali, almaklum jelah duit banyak…sehari kat laut dpt rm200 – rm300 sehari malah yang bertahun – tahun bley sampai beribu satu hari…sapa nak bagi…tu belum lagi di campur dengan gaji tetap…kalau kat darat gaji macam tu, tak sampai sebulan dah tak sabar nak tunggu gaji yang akan datang…huh, sapa kata bersuamikan mamat offshore tak best…shopping! barang – barang yang berjenama saja okeh, handbag, kasut, pakaian beli jer…tak payah tunggu diskaun…

kahkahkah, bersuami kan mamat offshore confirm bercerai nanti!
sedap nya mulut, nak aku ladakan mulut kalian…suami kat atas offshore cari duit minyak penuh atas kepala macam bangla, bagi duit kat isteri…isteri pulak habiskan duit dengan jantan lain! nak aku katakan disini, manusia kan lain – lain…jadi, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga…habis tu semua mamat offshore tu duda la yer? soalan apakah ini kalian…cuba fikir dengan fikiran yang waras…kalian ingat isteri yang suaminya sentiasa disisi tak curang ka? huh, kampong nya kalian…

mamat offshore ni bukan nya betul sangat, otak gila pasal tinggal kat laut lama – lama…
kalian ingat yang tinggal kat darat tak de yang gila ka? kat laut tu memang bosan sebab nya siang malam asyik tengok laut jer, nak cakap telefon gan isteri pun susah disebabkan kena beratur panjang tunggu giliran…tapi tak delah sampai gila…sekarang ni masa cepat je berlalu, pejam celik dah cukup sebulan…dah nak turun darat, jumpa anak bini…

cukup sampai sini dulu aku bercerita, sebenarnya banyak lagi yang ingin aku kongsikan…tapi kekangan masa yang buatkan aku terbatas untuk berblogging macam dulu…ada masa aku akan bercerita lagi…
gaji mamat offshore banyak ke? macam tak je? pangkat apa yer? grade gaji berapa?
kahkahkah, soalan paling bangang yang pernah aku terima? tak penting pun untuk kalian tau bukan, tak de kena mengena pangkat dan gaji dia dalam hidup kalian…kenapa tetiba tanya pasal gaji ya, cemburu ke? orang yang normal tidak akan bertanya kan 3 soalan pada sesiapa saja yang dia jumpa…pertama : dah kahwin ke belum (terguris la hati dia klu jodoh dia belum sampai)…kedua : dah ada anak ke (kalian ingat dia tahu ker bila tarikhnya dia akan melahirkan)…ketiga : gaji berapa? (lantak dia la gaji dia berapa)…soalan ni nampak simple tapi dalam makna nya tau…kalau korang rajin membaca, memang mana - mana buku yang berkaitan pun akan bagi tiga soalan ni adalah soalan yang kalian jangan tanyakan pada sesiapa…aku juga ingin kata kan, memang ya aku beruntung bersuami kan mamat offshore sebab gaji nya sgt banyak…puas hati kalian, hahaha…

buat kalian yang tak senang aku bersuami kan mamat offshore :-
  • korang cemburukan aku sebenar nya…
  • korang tak tahu betapa bernilainya perhubungan jarak jauh tu…

ada masa aku akan bercerita lagi, tentu nya! aku belum puas hati lagi bercerita mengenai offshore ni…tapi mungkin dalam nada yang agak tenang sebabnya aku suka bersuamikan mamat offshore…wassalam…jumpa lagi kalian...