menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, February 17, 2014

selamat hari jadi kopi - saya belajar buat Kopi sedap setiap hari...

setiap hari belajar untuk buat Kopi sedap…proses yang diambil mungkin lebih lambat daripada orang lain…tiada mesin khas – tiada kelas khas untuk itu semua…tapi belajar dengan bersungguh – sungguh demi memastikan Kopi yang bakal dinikmati nanti adalah Kopi yang terbaik…mungkin bukan untuk orang lain, tapi memadailah untuk orang yang tersayang…Kopi bukanlah minuman rasmi bagi sesetengah orang – bahkan boleh menyebal sakit kepala barangkali, tapi bagi manusia lain, Kopi adalah penerus kelangsungan hari mereka…

Kopi O sedap rasanya…suka minum yang jenis dikisar khas dan bukan yang sudah tersedia…barangkali sebab nikmatnya berbeza…barangkali juga menghirup setiap titisan yang ke rongga memberikan kesegaran sempurna – nikmat yang hanya penggemar sahaja yang kenal rasa…jadi, Kopi O dan segala tulisan serta kepingan gambar yang bersusun memberikan kelainan pada peminum lain…
Frappucino mungkin sejuk…tapi tidak beku seperti ais ketul yang tidak diusik…sedikit demi sedikit Frappucino mula diletakkan bersama minuman panas macam Kopi O…Americano mungkin sesuai untuk Kopi O – sebab yang pastinya Kopi O tidak mahu label espresso…dia tidak pekat begitu – bahkan kepahitan dan kemanisannya seimbang…espresso mungkin lebih pahit tapi dalam sedap dan manisnya Frappucino – dia tetap mahu ditembak sedikit espresso…mahu lebih dekat perasaan pada Kopi O…

“mesin espresso tue nampak bagus”
“awak teringin juga ker?”

“awak kan suka Kopi?”
“memanglah suka…saya memang nak belajar buat Kopi”

“jadi nak beli mesin tue?”
“sedang fikir lagi…harganya sangat berbaloi”

“dah tue nak ker?”
“memang lah nak…awak nak ker?”

“saya takdelah gila sangat Kopi..tapi ada tempat nak letak”
“saya takde tempat nak letak…bukan ada rumah sendiri”

“jadi, kita fokus cari mana nak letak mesin tu dulu ya?”
“maksud awak, rumah?”

Kopi O diletakkan di atas meja…
ditunggu tangga hingga jam dua…
dari panas meruap hingga sejuk kebas rasa…
kelibatnya muncul dan Frappucino tarik nafas lega…
Kopi O direngguk ke tekak dan titisan akhir dicicip bahagia…

kadangkala pahit…
kadangkala manis…
kadangkala panas…
kadangkala sejuk…

seimbang lebih baik…
 buat Kopi terhebat

jatuh bangun…
senyuman dia tidak tergugat sedikit pun…

susah payah…
dia belum jumpa sebab untuk goyah…

dia mungkin lemah…
bukan buat segalanya kerana Allah…
dalam pemikiran dia hanya untuk suami Kopi tersayang…
oleh itu, dia tidak akan mengalah…

yang dia kejar dalam dunia ini ada dua…
satu bahagia…
dua redha Kopi…
itu sahaja…

terima kasih atas segala kurnia Maha Pencipta…
dia masih hidup dalam sebuah nyawa…
hitung pendeknya sebuah nyawa…
sebelum hari perhitungan tiba…

buat Kopi yang disayangi…
terima kasih atas penerimaan dan pemberian limpahan budi…

buat Kopi yang sentiasa di sisi…
walaupun buruknya Frappucino, terima kasih masih menemani…

buat Kopi peneman setia sampai mati…
doa Kopi lebih daripada cukup untuk Frappucino berani…

buat Kopi yang mengirim pesanan dari pagi…
Kopi antara penyebab perjuangan Frappucino tidak akan terhenti…

buat Kopi tercinta…
pastikan tahun depan kita tidak berdua lagi…

hehehe…

SELAMAT HARI JADI KOPI KU TERSAYANG
- suami terbaik buat saya

DARIPADA FRAPPUCINO
- isteri abg, sentiasa disisi until jannah

Monday, February 10, 2014

diam - jangan meracuni pawana hati lara seorang wanita muda...

senyap dan sunyi menyelubungi semester yang indah berseri
aku hirup wangian yang indah menanti setiap kunjungan cinta yang hadir dalam diri
dalam hati
sendiri

aku manusia yang tahu erti sepi
aku manusia yang faham erti sendiri
jangan kamu kocak dengan ketenangan yang aku dirikan dengan peluh yang memercik di dahi
jangan buat begini
pilu hati 
berdiri
tegak, jangan senget ke kanan atau ke kiri
biarkan takhta hati disirami air sejuk yang membeku pawana hati
hati mahu senyum lagi
bibir mahu dikucup sekali
dengan si pemanis hati yang gemar dicumbui
bayi

aku mungkin lemah dalam erti kata dicuri dari rusuk kiri
tapi pernahkah hati itu kamu dasari?
pernahkah kamu memungkinkan satu pengembaraan dan mencari?
pergolakan, persengketaan ditolak ke tepi
biar ia mati
 
masih sedang pegang bayi
menggendong bayi
wajah suci
hati murni
bayi

bukan bayi tuan punya diri
tidak, tolong jangan salah erti
maaf, aku mahu undur diri

kalian masih punya dua hari
sebelum tarikh pertandingan tamat seperti yang telah dijanji
pelukan, ciuman kasih sayang buat mereka yang di sana
setia pada kasih, ikatan hati

amyzanazlan : eh, adakah kalian perasan bahawa penulisan aku kali ini diakhiri dengan huruf i sahaja? hati aku tertawa dengan kebetulan yang mungkin naïf ini…
  


setia - tiada tara...

akhirnya aper yang diharapkan musnah begitu sahaja…ada harga bagi kesetian rupanya…dan harga yang perlu dibayar juga tinggi…bukan calang – calang orang mampu membeli dan bukan mudah rupanya mahu dirampas pergi bila harga jualan melambung tinggi…ya, kesetiaan itu tidak ternilai…sama duduknya dengan kepercayaan dan boleh ditambah dengan manisan kasih sayang… celakanya manusia yang mengkhianati kepercayaan, bayarannya penuh darah apabila sekeping hati dipecah, dihiris berdarah dan cedera ditinggalkan tanpa belas kasihan manusia jahanam sedemikian rupa…

kadangkala, kita tidak boleh menyalahkan manusia lain apabila mereka mengecewakan kita…bahkan, kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana terlalu mengharapkan pada mereka…salah kita sendiri juga menyandarkan harapan, impian bergunung tinggi pada mereka, sedangkan mereka hanya manusia biasa…nah, salah siapa apabila kita menggantungkan kesetiaan, menyemaikan kasih sayang dan akhirnya mereka berlalu pergi begitu sahaja tanpa ada istilah penghargaan? kesetiaan yang kita berikan ibarat secebis sampah yang tiada nilai (tapi orang sekarang lupa, sampah pun ada nilai sebab kita boleh kitar semula)...
 
bila minum kopi kadangkala kita mabuk sendiri…
tenggelam dalam aroma dan nikmat kopi…
sehingga apa yang terluah tidak disedari…
mungkin bahagia bila kita lihat kembali…
tetapi kesannya membunuh diam hati…
benda yang kita sangka hanya jenaka manusiawi…
rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri…
hidup, tapi separuh mati…
menahan tangisan dan air mata di pipi…
dan engkau termangu sepi…

dalam mengekalkan kesetiaan sebenarnya kita terlupa suatu perkara…kita tidak boleh mempersoalkan pilihan seseorang tanpa mendengar alasan mereka…dan malangnya, perkara yang kita sering dengar apabila berlaku kecurangan, adalah tiada kefahaman antara satu sama lain…tidak begitu aneh kalau pasangan yang baru bercinta setahun dua boleh berpisah, tetapi jujurnya aku rasa ada yang tidak berapa sedap apabila pasangan yang sudah berkahwin empat puluh tahun boleh bercerai dengan alasan tiada kesefahaman…nah, apa yang berlaku dalam empat puluh tahun tersebut sebenarnya? setia? terpaksa…hanya mereka yang ada jawapannya…

ya…
kita memang perlu setia dalam hubungan…tidak kira dalam persahabatan, percintaan ataupun perkahwinan…kesetiaan yang bertunjangkan nilai kepercayaan itu memang penting tetapi, jangan sampai orang menjadikan kita sebagai satu bentuk pilihan terakhir…pastikan mereka tahu bahawa kita adalah pilihan terbaik yang mereka akan kesal jika terlepas…
hanya kerana mata dia tidak mengalirkan airmata
jangan kau sangka hatinya tidak menangis
hanya kerana dia cukup kuat untuk berdiri dengan kuat dan tabah
jangan kau sangka dia anggap semuanya baik belaka

amyzanazlan : jangan biarkan kehidupan mengubah matlamat hidup kita…kerana dengan matlamat sebenarnya mampu megubah kehidupan yang kita lalui (amyza nazlan, 10 Februari 2014)

Saturday, February 8, 2014

madu - itu sepatutnya rasa manis...

madu itu sepatutnya rasa manis…
bukannya hamis…
ataupun mendera perasaan menjadi sadis…
hati sakit seperti digilis…

madu itu sepatutnya dikaitkan dengan betapa cantiknya sebuah perkahwinan…ya, kebahagiaan dan kegembiraan yang dirasai antara dua manusia yang berkongsi rasa, dan lebih daripada itu sebenarnya, mencambahkan kesenangan manusia…itu sepatutnya yang diperkatakan tentang madu, kemanisan dalam berumahtangga…

madu itu kalau dalam perkahwinan, sering dikaitkan dengan kewujudan orang ketiga, keempat atau entah keberapa – biasanya ia bergantung kepada penerimaan, mungkin ada yang manis, mungkin ada yang rasa pahit seperti hempedu, ada yang membuatkan terbunuh seperti tercekik arsenik, tapi begitulah…ia berganting kepada manusia itu sendiri, dan bagi yang sedang dan pernah bermadu, mereka lebih arif tentunya…aku rasa, disebabkan aku sendiri kurang pakar…

bukan akhi yang sesuai untuk bicarakan sesuatu seperti ini.
masih banyak lagi khilaf dan entah apa lagi…

tapi, kalau setakat kau menjalinkan hubungan tanpa sah seperti hanya bercinta (dan mungkin juga bertunang), aku tidak pasti mana penggunaan madu dibenarkan dalam hubungan sedemikian rupa…adakah dengan kehadiran orang lain dalam hidup kau dan dia, kau anggap itu latihan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan? menerima kewujudan manusia lain kononnya dengan hati terbuka, tapi hati kau bertempik menyatakan jalang tanpa henti…
 
itu bukan madu…
itu hempedu…

kau cuba menyatakan semuanya baik dengan harapan kebaikan kau akan dibalas dengan kebaikan juga pada akhirnya…tapi kau tidak menyedari, kau sedang buka ruang kelemahan untuk dimasuki oleh manusia yang sanggup buat apa sahaja asalkan keinginan dia dipenuhi walaupun kau akan dia sakiti…ya, manusia sedemikian rupa, tiada rasa malu walaupun perlu berjalan tanpa seurat benang atas muka bumi – jika dengan melakukan sedemikian, segala hajatnya akan termakbul…dan berhentilah jadi sedikit bebal dengan percaya manusia akan baik sahaja kalau kau baik dengan mereka…tidak salah kurang percaya dengan orang lain…

bukankah berhati – hati itu bagus?
Puan Mulia pernah beritahu aku satu benda buat aku terfikir suatu benda, katanya segala benda atas dunia ini tidak diperolehi dengan mudah…maaf kalau aku silap, tapi begini bunyinya :  

"bila kita buat baik dan dibalas baik, itu perkara biasa"
"bila kita buat buruk tetapi dibalas buruk, itu perkara biasa"
"bila kita buat baik, tetapi dibalas buruk, itu juga perkara biasa"
"tetapi, bila kita buat buruk, tetapi dibalas dengan benda baik, itu perkara luar biasa"
 
jadi, aku sendiri tidak pasti, bila kau buat pilihan untuk lihat sahaja manusia lain mahu memcemarkan hubungan yang kau bina setengah mati, apakah yang sedang bermain dalam fikiran kau…terlalu lembut atau sudah terlampau penat barangkali?


amyzanazlan : hidup ini bagaikan sebuah buku…tidak perlu kita melangkau ke muka surat terakhir untuk melihat pengakhiran sebuah perjalanan…lebih baik kita penuhi setiap satu halaman dengan benda yang baik dan bermanfaat. (amyza nazlan, 9 Februari 2014)

Sunday, February 2, 2014

"mana ada benda senang di dunia ini? apatah lagi mencari rezeki" itu kata Kopi aku...

apa kau ingat semua benda senang di dunia ini?
susah kawan…
lebih – lebih lagi pekerjaan yang memerlukan tenaga yang kuat sekaligus otak yang sihat…

senyum…
mana ada benda senang kawan?

jadi, bila kau terasa bila aku menulis tentang “aku bersuami kan mamat offshore” kau kata---bosan lah perkahwinan jarah jauh, jarang berjumpa---kau tak rindu suami kau ke---senang hidup kau bukan, kahwin tapi macam tak kahwin je---ada lagi kerja lain gaji tinggi dan senang, kenapa suami kau tak pilih kerja tue jer – susah payah berpanas berhujan di lautan sana kenapa?...kau tiba – tiba mahu sentap dan melatah, ada aku kisah? aku menutup pengenalan diri kau dengan bersahaja, tidak aku dedah kan kau siapa kepada umum…alasan aku mudah, aku masih punya rasa kasihan pada kau walaupun kau mengeluarkan pernyataan yang semua orang baca pun rasa menyampah…macam sampah…
kau : kenapa kau bercerita pasal pekerjaan suami kau di blog?

aku : aku cuma berkongsi kisah pekerjaan suami aku yang aku rasakan lain dari yang lain…kenapa?

kau : aku rasa kau sengaja nak perli aku sebab nya suami aku hanya pemandu lori…

aku : adakah? selama ni aku tak pernah tahu pun yang suami kau pemandu lori…kau bukan kenalan rapat aku, aku tak pernah ambil kisah pasal orang lain termasuk kau…

kau : tapi aku terasa…

aku : (tercengang seketika) maaf kawan, menulis adalah terapi buat aku…aku cuma mahu berkongsi kepada sesiapa yang ingin tahu sahaja…kalau kau tidak suka dengah penulisan aku, sila abaikan blog aku…senang bukan?

kau : tapi aku suka baca setiap dari penulisan kau, terasa dekat di hati aku…tapi entry kau pasal pekerjaan suami kau buatkan aku terasa…

aku : aku minta maaf sekali lagi untuk kau, walau pun aku tak tahu apa salah aku…aku tiada niat untuk nak sakit kan hati sesiapa dengan setiap penulisan aku…aku menulis cuma untuk mengisi masa terluang aku…lagi satu, suami aku suka aku menulis…bila dia balik kedarat nanti dia akan baca setiap tulisan aku…dia suka aku menulis dan bercerita, ini secara tidak langsung aku menulis untuk menghiburkan hati suami aku…

kau : adakah aku salah?

aku : aku tak tahu, kau fikirlah sendiri

kau : (tiada lagi balasan text selepas itu)

ketawa…
buat Kopi (panggilan manja aku untuk suami aku dalam setiap penulisan aku)…
saya adalah (mungkin manusia pertama) yang memandang tinggi nilai pekerjaan Kopi…kerjaya yang saya rasakan banyak menyumbang kepada sektor ekonomi pada masa sekarang…ada kenalan saya katakan, kerjaya Kopi unik dan luas…ia juga sedikit sebanyak sudah berubah Kopi menjadi seorang yang lebih matang dalam meneruskan kehidupan bila Kopi bertapak dalam kerjaya ini…ini kerjaya mulia, saya lebih suka Kopi mengambil pendekatan seperti sekarang “setiap apa yang Kopi lakukan adalah kerana allah dah pilih Kopi menyumbang tenaga dalam pekerjaan sekarang…semasa dilaut, tidak ada apa yang Kopi fikirkan selain dari untuk mencari rezeki demi keluarga dan isteri Kopi…orang tak suka tak apa, masih ramai lagi yang sudi memegang jawatan dalam kerjaya Kopi ini” betapa indah nya kata – kata Kopi buat saya…
ini antara pesanan Kopi buat aku

tidak ada jalan pintas…
alangkah telur pun ambil masa menetas…
jangan nampakkan sangat yang kita tidak cerdas…
bila ditembak berdas-das..

jangan kata itu kesukaan bila berbicara…
nanti itu akan mengundang celaka…
bukan setakat pada masa hadapan negara…
lebih – lebih lagi pada anak harapan bangsa…
jangan musnahkan impian lain manusia…
dengan sikap kita yang akan mengundang orang rasa kecewa

aku : dalam proses akhir menulis untuk sesuatu…masih lagi membawa satira reality sebuah kehidupan yang meralitkan diri serta mematangkan pemikiran dalam menongkah sebuah arus cabaran…hidup ini sesuatu yang indah, lebih membahagiakan bila sudah punya Kopi yang amat memahami…