as
salam…
sudah
hampir empat purnama rupanya aku punya putera yang mendambakan perhatian setiap
masa…lebih-lebih lagi apabila aku tiada depan mata, dia punya menangis ---
macam nak runtuh langit dunia…
dalam
masa empat bulan ini, ternyata aku tidak bisa lagi untuk pentingkan diri
sendiri…kalau dulu, bila penat aku boleh rebahkan diri dan menikmati waktu
istirehat dengan aman…segala yang aku mahu lakukan, boleh sahaja aku tangguh…tapi
kini, kalau aku dapat tidur dua jam tanpa terganggu sahaja sudah cukup bertuah…rasa
mahu sujud syukur…bukan merungut, tetapi itu bagaimana hidup aku sudah berubah…begitu
juga dengan membaca buku…bila dia tidur, masa itulah yang aku mahu kejar buat
benda lain, sampai buku sudah mula menjadi menara…
aku
dulu bukannya jenis orang yang kalau nampak bayi akan teruja mahu pegang,
timang…memang bukan aku disebabkan aku sangat takut kalau bayi orang lain jatuh
dan sebagainya…kalau orang letak bayi atas pangkuan aku, memang sampai sudah
aku akan kaki langsung tidak bergerak…hanya bila aku sudah punya wan nadzrin,
baru aku pegang bayi – secara mudahnya, memang aku kelek anak aku sendiri
sahaja…
aku
masih dalam proses belajar banyak benda dalam hidup…dengan adanya wan nadzrin,
aku meneruskan proses pembelajaran itu…bila dia sakit, berkejar ke klinik seawal
pagi…sanggup tunggu waktu doktor pakar kanak-kanak yang selalu merawat wan
nadzrin datang semata-mata untuk mendapat rawatan dari dia sahaja…kerana dia
sudah faham kerenah wan nadzrin yang sememangnya sejak dilahirkan lagi, dialah doktor
pakar bagi anak aku…semuanya demi anak…padahal bila diri sendiri sakit, nak
makan ubat pun malas…payah dipaksa sebab aku jenis susah makan ubat, hahaha…
ada
orang kata, untuk manusia berubah, selain keinginan mereka untuk berubah, mesti
ada orang lain sebagai factor penyumbang…dalam hidup aku kini, selain aku
nampak lebih jelas fungsi keluarga --- terima kasih ibu, abah, adik aku, yang
aku nampak punyai suami dan kini, anak adalah mengapa, aku mungkin bukan aku
yang boleh redah semua sekali macam dulu…tanpa peduli sangat apa yang bakal
berlaku…
aku
sekarang dah macam hati ayam…heh, kalau dulu, jika ke pantai, aku berlari mahu
menikmati ombak menghempas ke kaki, tapi kini langkah aku terhenti di tepi ---
memikirkan wajarkah aku melangkah, kasut masuk pasir dan kaki basah atau aku
hanya perlu menikmati pemandangan dari jauh sahaja…
ah…
ada
tangan kecil yang menarik baju supaya aku berhenti menulis…kaki kecilnya sudah
menendang tanda kurang puas hati Mummy nya tidak beri perhatian…aku undur diri
dahulu…
nota
kaki :
maaf
buat mereka yang aku lambat balas soalan di inbox blog…ada juga yang masih
rajin menghantar email – yang tanya kenapa blog aku tidak diupdate…sekarang
soalan itu sudah terjawab bukan? tetapi segala soalan yang diajukan akan aku
balas secepat yang boleh…