menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, August 11, 2012

bila milikan bertukar pemilik...

bila benda yang bukan milikan lagi disebut sebut orang, pastinya ader hati yang tidak dapat tidak mengenangkan betapa payahnya melalui kehidupan sukar bagi memperjuangkan milikan itu suatu ketika dahulu…banyak yang dilakukan, dikorbankan semata mata untuk mempertahankan hak tetapi akhirnya, perlu akur bahawa takdir dan perjalanan hidup manusia ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa…sejauh mana kuat berusaha, tapi tanpa izinNya, segala tidak akan terjadi seperti yang dirancang…bukankah Dia adalah sebaik baik perancang buat hambaNya…

tiada istilah kesal pastinya bila mengenangkan kehidupan yang sudah menghampiri takah semakin tua…dalam erti kata lain, nyawa semakin pendek dan perlu sentiasa bersedia untuk dipanggil pada bila bila masa…walaupun setiap manusia mempunyai perancangan untuk mengejar kebahagiaan sebagai salah satu syarat daripada hidup mereka – pastinya aper yang berlaku seterusnya, mereka tidak akan ketahui…manusia yang perlu sentiasa perlu bersedia…

malam semalam berbual dengan seorang rakan semasa kami sama sama menuntut  di institusi pengajian tinggi pada peringkat pengajian ijazah sarjana muda dahulu – yang mahu menjemput menghadiri majlis bahagianya…perkhabaran baik itu sudah dicanang di mukabuku, dan sebagai mungkin jemputan rasmi – dier menghubungi rakan nya ini setelah sekian lama dier tidak berbuat demikian walaupun hanya untuk berbual kosong – mungkin disebabkan oleh kekangan masa agaknya…tidak mengapa, itu cuma perkara kecil sahaja…terima kasih kepada laman sosial – orang kadangkala lupa nak guna telefon sebab laman sosial percuma…yer bukan???...

“ tahniah dah nak jadi isteri orang “
“ cuma tunang saja dulu “

“ tunang adalah satu langkah pertama “
“ tunang adalah langkah bahaya sebenarnya “

“ tapi, lepas tunang kan kamu pilih nikah pada hari yang sama “
“ betul “

“ jadi, aper yang bahaya??? “
“ kamu tak tahu cerita ker??? “

“ cerita aper???saya lama tak dengar cerita kamu“  
“ tak pelah, benda dah lepas “

“ kamu tak nak cite takpe “
“ nanti datang yer…cuma kenduri kecil kecilan sahaja “

“ kamu kahwin dengan H yer???lepas lama bercinta, akhirnya “
“ errrrr, dengan H dah lama dah putus tunang “

“ aper??? “  
“ yer, saya bertunang dengan orang lain – orang baru “

“ aper jadi dengan H??? “  
“ dier ader jalan hidup deir sendiri yang dier pilih“  

“ kamu camne??? “  
“ saya teruskan hidup baru “

“ maaf sangat sebab saya tak tahu “
“ takpa, kalau kamu pun terkejut macam nie…orang lain akan lebih terkejut sebab H bukan orangnya “

“ tapi nama sama“  
“ yer, nama panggilan memang sama…cuma nama penuh berbeza “

“ sebab tue takde gambar bukan??? “
“ biar kawan kawan tengok sendiri masa majlis “

“ aper pun, tahniah “
“ terima kasih…satu saja saya minta pada kamu“  

“ aper dier??? “
“ jangan datang seorang diri lagi, saya tak nak kamu rasa kosong bila semua orang layan suami atau anak mereka“  

“ bukan saya tak biasa “
“ saya dah lama sangat perhati…bawalah sesiapa teman kamu, hatta biseksual pun boleh “

“ kamu dah kenapa??? “
“ your eyes didn’t show that “  

“ LOL“  
“ bring someone okey???i reserved two seats for you “

“ I’ll seats on the both seats“  
“ you must be joking “

“ my handbag need a good chair “
“ demmit girl“  
 
bila tahu dier boleh teruskan hidup tanpa manusia yang dier cintai hampir dua belas tahun – diri ini tahu dier boleh lakukan dengan baik kali ini…anak yang kami semua pernah ketuk pintu biliknya – panjat balkoni hatta minta kunci pendua daripada warden asrama akibat kecewa dengan perangai teman lelaki yang pernah menjadi tunangannya – akhirnya akan berkahwin dengan seseorang yang hanya dikenali dalam masa sebulan sahaja melalui keluarga…
tahniah awak…walaupun mungkin ramai yang akan terkejut semasa majlis nanti – diri ini tahu kamu akan tabah hadapi aper sahaja…bukan sedikit yang kamu lalui…siri cemuhan yang kamu terima selama beberapa tahun – diganggu dengan kekasih hati yang kamu cintai – hidup sama seperti bermadu walaupun kamu tak sudi serta bermacam lagi – tahniah kerana kamu telah berjaya melarikan dan membawa kehidupan sebdiri ker satu tahap yang lebih baik…

dan pastinya, kamu layak untuk hidup gembira…
betul…  

Wednesday, August 8, 2012

bayangan diri...

kadangkala, orang yang kita paling suka tengok itulah yang akan buatkan kita jadi seperti bayang bayang mereka…tanpa mereka, mungkin sebahagian daripada kita kosong – mayat hidup yang berjalan mencari arah tujuan dan berlari pergi daripada sinaran cahaya terang (walaupun tanpa cahaya matahari – mana nak dapat bayang kan)…
mungkin hidup ader banyak sangat warna…
tetapi kita perlu pilih warna mana paling sesuai untuk kita…

mungkin banyak sangat sumber kata…
tapi kita lebih senang tenung muka tanpa bicara…

mungkin ader banyak kamera…
menimbun digital, tapi kita masih pilih analog sebab suka…

ader sebab kenapa perlu duduk minum kopi semeja…
ader sebab kenapa senyuman itu tidak untuk semua…
ader sebab kenapa hati berbunga tapi tarik muka…
ader sebab kenapa kamera dibiar terbuka…
ader sebab kenapa panggilan hidup sahaja…
ader sebab kenapa itu dibuat belaka…
 
yer…
sebab suka…
sebab itu bahagia…
sebab itu buat diri yakin akan segala…
terima kasih atas semua rasa…

permulaan pertama...

yer, langkah pertama dalam setiap perhubungan adalah mungkin perkenalan…macam kita membaca buku bahagian yang kita nampak dulu adalak pengenalan walaupun dier percaya sesetengah daripada kita suka melangkaui bahagian tersebut…entah kenapa walaupun harus diakui itu bahagian yang dier paling suka baca sebab ia akan menerangkan keseluruhan aper yang bakal berlaku dalam jalan cerita seterusnya…

aper yang selalu diperkatakan, langkah pertama yang diatur dengan baik – insyaallah, akan membawa kepada kesudahan yang baik…itu yang dinyatakan oleh seorang pensyarah dier semasa dier mengajar accounting/perakaunan dulu…secara asasnya – langkah pertama selalu melibatkan mereka yang lebih banyak pengalaman serta pengamalan…percayalah, dua benda ini berkaitan memandangkan daya penglihatan sesetengah orang adalah boleh dikaburi oleh perasaan…

fikiran yang dikuasai oleh perasaan memungkinkan kita melupakan aper yang terhidang dihadapan mata…sesetengah orang mungkin masih lagi dapat menggunakan logik akal – tetapi sesetengahnya masih lagi suka menggunakan kata hati yang acapkali menyeleweng bila dihijab oleh perasaan yang tebal entah berapa inci…hakikatnya, manusia mudah untuk menerima perkara yang mereka suka berbanding dengan aper yang mereka benci…setuju???...

itu yang membawa kita kepada perkenalan…saling kenal mengenal antara satu sama lain…mungkin selama ini hanya kenal gambar ataupun hanya berhubung melalui telefon gengam, tetapi apabila bertemu, mungkin aper yang dilihat selama ini agak menyimpang daripada realiti…tidak mustahil untuk dua orang yang tidak pernah bertemu untuk menjalin perasaan hati…sebab itu ader pendapat yang mengatakan bahawa – hati manusia itu aneh…kita tidak akan dapat mengagak aper yang seketul darah merah boleh bawa kita…yer, seketul darah yang berharga…

persoalannya – aper kah langkah pertama disusuli dengan langkah seterusnya ataupun dibiarkan sahaja tergantung tanpa tindakan yang sewajarnya???...pastinya usaha dan doa tekun mohon semuanya berjalan dengan lancar tanpa ader masalah supaya kebahagiaan itu mendekati dan kegembiraan itu menjadi hak milik setiap insane yang hadir dalam sesi pertemuan…bukan kah hati yang bertaut kerana allah itu lebih baik berbanding dengan perkenalan sia sia yang tidak membawa kemana mana???...
“ usia perkenalan bukan suatu jaminan kita mengenali seseorang “

Monday, August 6, 2012

kenapa mahu mengalah pada kehidupan...

kadangkala aper yang kita mahukan, tidak mempu kita miliki…sejauh mana kita berusaha, itu sahajalah yang kita mampu dapat dan capai…bukan kita tidak meletakkan sedaya upaya, cuma itu bukan rezeki kita…jadi, aper yang perlu kita lakukan jika perkara sedemikian berlaku???...duduk diam semata mata dan terus mengalah pada kehidupan???...

pastinya tidak bukan???...

kadangkala ramai yang mengatakan bahawa kita layak untuk mendapat yang terbaik dalam hidup…tidak kira dalam aspek aper sekalipun – tetapi ia akan membuatkan kita tertanya tanya dan menduga, mengapa mereka berkata demikian tapi mereka tidak mahu memberi aper yang terbaik pada kita???…jujurnya, benda begini bukan urusan manusia…bukankah kita semua bersetuju bahawa, usaha bagaimana sekalipun – di penghujungnya – masih terletak belas ihsan Maha Pencipta…

kenapa mahu mengalah pada kehidupan???...
bukankah manusia adalah pejuang pada diri sendiri…
aper kah sudah tidak mahu hidup dalam dunia lagi???...
bila Kopi O dan Frappucino bertemu…
hidangan kopi panas tidak dapat dijamu…
hanya ader peluang duduk berbual di ruang tamu…

Sunday, August 5, 2012

tulisan manusia beku...

entah kenapa, aper yang ditulis, diterjemah dalam bentuk tulisan – menebar rasa, berkongsi cerita serta mendidik diri sendiri untuk tekun menulis sudah jadi nanah bagi sesetengah manusia…aperkah dengan cubaan menjadi diri sendiri – melampiaskan perasaan yang acapkali tidak teratur mampu bunuh manusia lain yang tiada kena mengena???...dier seringkali tertanya tanya tentang itu – yang malangnya, tulisan juga mampu merenggut hati hati manusia lain yang membaca…itulah kata pujangga, hebatnya hujung mata pena…
 
yer…
tulisan jujur…bercerita sebab dier percaya semua manusia punya jalan hidup sendiri…cerita mereka sendiri – bahkan, ader cerita yang mereka dapati daripada pengalaman yang tidak boleh ditukar dengan wang melata…ahhhhh, kalau sahaja kamu tidak punya peranan dalam cerita yang disusun hambur tanpa nista, untuk aper kamu merempan tidak tentu hala seperti dier kenal kamu siapa…bahkan anehnya, tulisan telanjang – tulisan tanpa berselindung atau menutup aper aper tentang kehidupan, kamu pula mlenting bagai dibogelkan…pelik…

mengapa mahu mencari masalah tatkala dier tidak menyentuh sisi kehidupan orang lain – dan dier cuma cerita tentang diri sendiri…tidak perlu hantar gerombolan manusia yang dier tidak kehendaki dalam cerita hidup dier yang kosong dan hanya bertikam lidah membunuh perkataan sepi…kebodohan aper yang cuba dihidangkan bila cerita dier kamu pusingkan diluar sana???...dier bahkan bukan sesiapa – jika mahu disusn atas tangga kebanggaan manusia lain seperti kamu barangkali…berdiri ditepi tangga juga dier mungkin tidak mampu, apatah lagi mahu impikan berdiri cecah anak tangga…

tulisan telanjang – kalau ader cerita sekalipun, ia hanya cerita tentang dier…tentang hidup dier yang berkongsi kamar tenang seorang diri – renung luar jendela dan panggung kepala merenung langit…mengira kebahagiaan yang dier perolehi – sujud syukur dengan aper dier miliki…aperkah yang kamu mahu bising pada kehidupan sederhana kamu ini???...bahkan dier tidak punya aper aper yang mahu bikin orang lain iri hati…

ahhhhh, bosan…
kenapa senyuman dier mahu kamu renggut pergi???...
aper dulunya kamu kekurangan kasih sayang duniawi???... 
“ dier percaya bila kamu benci diri dier – itu hanya petanda dier wujud dalam dunia…aneh – kamu benci tapi kamu masih menagih membaca lagi…ader kah tulisan dier adalah dadah yang kamu perlu hirup setiap hari??? “