menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, August 16, 2011

sape kata penulis blog tiada kehidupan sosial di alam realiti...


ader orang kata penulis blog tiada kehidupan di alam reality…
hidup hanya tertumpu di dunia maya disebabkan dunia reality disisihkan…
pandangan mereka menyatakan, alam maya ini sebagai satu cara bagi mengelak kesengsaraan di alam realiti di mana mungkin mereka tidak diterima oleh orang di sekeliling nya…
maka, menulis blog sebagai satu tempat pelarian…
melarikan diri daripada kehidupan dan kesakitan di dunia nyata…

kalau tiada realiti, mana datang maya???...
kalau tiada kehidupan, ader kah minda mampu mencerna???...
ader kah akal laju bergerak dan menongkah segala urusan yang menyerabutkan???...
tuduhan aper kah itu???...
realiti atau maya - itu juga satu bentuk kehidupan…
ini bukan penafian dalam diri…
ini bukan…

jangan pernah melaungkan jika tidak mengerti…
menulis itu satu terapi…
bukan tidak menghargai aper yang ader di sisi, tetapi lebih kepada kepuasan peribadi…
kehidupan sosial teras dalam masyarakat, tebal dalam jati diri…
ia membentuk peribadi…


nah, kalau dunia maya jugak menyajikan seperti itu, salahkan meluaskan minda dan menjalin hubungan mesra sesama manusia yang mempunyai minat yang sama???...
tiada istilah penafian kewujudan alam reality…
tiada alasan tidak memperakui kewujudan diri yang hakiki...



jalan untuk memburu cinta...

  
cinta itu indah bukan…hadir nya tanpa dirancang, bahagia nya tanpa pernah di bayangkan…

pilih pasangan yang sesuai…
wang dan rupa bukan lah sesuatu yang dapat menjadik titik tolak dalam mencarik cinta sejati…terlalu banyak pasangan memilih teman hidup sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segala galanya…janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang berpotensi…secara jujur tanya lah pada diri sendiri “ dapat kah saya mencintai dier dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah “…jika tidak, buat lah keputusan yang bijak untuk mencarik cinta yang luhur…

usah terburu – buru…
cinta berlandaskan nafsu semata – mata tidak menjamin kebahagiaan yang kekal abadi…jangan terlalu menurut kehendak nafsu kerana ianya hanya akan merosakkan lagi hubungan yang di bina…pasangan yang melakukan hubungan terlarang akan mencipta suatu keintiman dan boleh menuju ke arah kekecewaan…sebagai golongan yang matang, usah usah terburu – buru dengan mengikut nafsu tetapi bercintalah secara ihklas dan jujur…haruslah kamu menghormati setiap pasangan kamu dan menjaga kehormatannya…

terima kelemahannya…
dalam sesuatu hubungan, sikap tolak ansur dan percaya antara satu sama lainadalah penting…itu merupakan kunci kepada kebahagiaandalam hubungan bercinta…jika kepercayaan tersebut pudar, tanamkan semula perasaan itu agar ia tidak terus terpadam…belajar lah menerima kelemahan yang ader pada dirinya kerana cinta bukan hanya menuntut untuk menerima kelebihan dan kebolehan semata – mata…tanya lah semula pada dirisendiri “ ader kah saya bersedia sepenuh nya untuk membina komitmen “…cuba libat kan diri dalam aktiviti kegemarannya agar dier berasa lebih selesa untuk berkomunikasi…
simpan rahsia…
jangan sesekali mendedahkan atau menceritakan keburukan serta kelemahan pasangan kepada rakan – rakan…bertanggungjawab dalam mengungkap perasaan kamu terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain…cara begini dpat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan hubungan emosional kamu berdua…jujurlah dalam membina hubungan walaupun masih awal kerana ia mencerminkan peribadi kamu setelah mendirikan rumah tangga kelak…

terima seadanya…
ini merupakan perkara yang perlu di ambil kira dalam membina sesebuah hubungan…terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas…segala kelebihan dan kelemahan yang ader pada dirinya, cuba jadik kan ia sebagai perkara paling manis dalam perhubungan…terima diri pasangan seadanya bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan waktu berbulan madu…tetapi amal kan “ date night “ sekali seminggu…ini akan menyemarakkan lagi hubungan cinta kamu berdua…

jadi pemerhati…
bersikap pemerhatiterhadap pasangan…cuba perhatikan dan memahami tingkah laku serta pemikirannya…aper yang penting ialah sentiasa mengambil berat setiap aper yang berlaku terhadap dirinya…ini dapat mengelakkan daripada pasangan kamu berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan…

beri tumpuan padanya…
untuk mencipta keadaan yang indah dalam hubungan, berikan tumpuan serta focus pada setiap perkara yag dier katakana…adakalanya berlaku percanggahan pendapat tetapi haruslah selesaikan dengan cara yang betul…jangan cepat melenting, cuba berbincang baik – baik bagaimana caranya untuk meylesaikan maslah tersebut…jika kedua – duanya tidak mehu mengalah, ianya akan memburukkan lagi keadaan...

lupa kan cerita lama…
lupakan segala sejarah silam dan kenangan yang pernah wujud satu ketika dulu…mulakan kehidupan dengan cinta yang baru…

bukan perigi cari timba…
dalam dunia serba moden ini, tiada lagi istilah “ perigi mancarik timba “…untuk memiliki dan memelihara cinta sejati, wanit jugak perlu memainkan peranan yang sama dengan lelaki…jangan hanya menuggu dengan cinta yang tidak pasti sebaliknya  berusahalah agar semua nya berjalan seperti yang di harapkan…tidak salah andainya wanita mencuba lebih dalam hubungan asal kan tidak keterlaluansehingga si lelaki pula mengambil kesempatan…toleransi dan interaksi adalah di tuntut dalam sesebuah hubungan…

hargai diri sendiri dan pasangan…
hubungan yang sihat akan meningkatkan pernghargaan kepada diri dan pasangan…untuk memperolah hubungan yang lebih harmoni, setiap pasanagn perlu menghargai diri mereka dengan mengungkapkan kata – kataromantis atau sesekali lakukan kejutanterhadap dirinya…perasaansayang akan terbit setiap kali ungkapan – ungkapan manis di ucapkan kepada pasanagn…diri akan lebih disayangi dan dihargai oleh pasangan…dan jangan lupa berbuat demikian kepada sidia…

Monday, August 15, 2011

kenapa kadangkala kita benci mimpi...

  
setiap orang bermimpi…
mempunyai impian yang kadangkala kita sendiri tidak dapat pastikan hinggalah kita terjaga dari tidur dan cuba menggapainya, ia hilang begitu sahaja…yer, hidup ini memang aneh dan menyimpan pelbagai persoalan…kita yang perlu merungkainya walaupun acapkali kita bertindak menjauhkan diri dengan alasan - sakit kecewa itu bukan sedikit atau ringan tanggungannya…

kita dihidangkan dengan sajian penuh nikmat daripada dapur yang dikatakan lazat…
kita hidu bau aroma hidangan dengan penuh semangat…
tapi, bila saat mahu mencuba, kita liat…
kita takut hidup jadik tidak sempurna…

satu tahap dalam kehidupan kita, pastinya kita mengharapkan mimpi-mimpi yang datang dalam lena kita menjadi kenyataan…sudah tentunya, mimpi itu mimpi yang baik…mimpi yang membuatkan kita terjaga dari tidur dengan senyuman penuh di wajah walaupun kurang lima minit selepas itu kita mula mengukir wajah duka…benda yang kita harapkan menjadik realiti rupanya fantasi akibat hormon yang saling berperang tatkala kita kepenatan seharian dan terlena sendirian…

dan, kita terjaga hanya untuk menyedari perbualan penuh bahagia itu hanya satu cebisan mimpi yang menyentak tidur dari terus berpanjangan…penggera berbunyi mematikan lamunan dan muka diraup – meninggalkan tempat tidur sambil terkenangkan mimpi sewaktu mengosongkan fikiran yang letih bekerja sepanjang hari sebelumnya… 

kita layak bermimpi…setiap orang layak punya impian masing-masing…setiap dari kita mengimpikan sesuatu yang baik dalam hidup…aper yang kita perlukan untuk mengejar mimpi dan impian tersebut???...kita perlu memahami aper kah sebenarnya impian tersebut dan bekerja keras untuk mendapatkannya…ingat satu benda iaitu selagi kita percaya bahawa tiada benda yang mustahil, kita akan berjaya…

salahkah kita untuk bermimpi???...
tidak…

impian kita ibarat mimpi indah yang kita mahukan dalam menyempurnakan hidup kita… impian itu bagaikan bintang yang walaupun kelihatan mustahil untuk kita sentuh dan pegang, tetapi jika kita mengikutinya dan kekal berada di landasan yang betul…tidak mustahil kita akan berjaya menggapainya…

dan saya mungkin sedang bermimpi saat ini…
satu pinta saya, jangan kejutkan saya dari mimpi ini…ia mungkin akan jadik pengakhiran yang bukan seperti yang diidam kan…
aneh, saya masih suka mimpi siang hari…
ketawa geli hati...

“ sesuatu yang sangat menarik mengenai mimpi adalah ia sebenarnya satu sempadan antara lena dan jaga, dan kita kadangkala tidak dapat mengasingkan antara realiti dan fantasi dan kita tidak tahu sama itu adalah sekadar mimpi atau sebaliknya hingga kita tersedar dan lihat mana sebenarnya kita berada “

cinta itu anugerah allah...jaga lah ia dengan sebaik nya...



saya suka tengok jari makwe saya…cantik betul…sungguh!!!sampai takut nak pegang…bukan takut patah…tapi takut nnti jari kitaorang tak boleh tolong each other di satu hari yang gile forever depan yang maha Esa…

saya suka tengok rambut makwe saya…cantik betul…sungguh!!!sebab tue saya belikan tudung…bukan sebab jeles orang lain tengok jugak…tapi takut nnti terbakar dek api neraka di suatu hari yang gile forever…

saya suka tengok body makwe saya…cantik betul…sungguh!!!sebab tue asaya beli kan dier telekung supaya masa dier jumpa dengan Kekasih Nya Yang Utama dier lagi cantik dan berseri menghadapNya…saya pon tumpang dapat pahala…

saya sedih tengok makwe saya tk tido, tk makan rindu kt saya…saya pon mcm tue jugak, ader problem yang sama…dier tanya aper ubat nya…saya pon bagi dier Quran untuk penenang jiwa…semoga lebih cintakan Nya dari saya…

saya sedih tengok makwe saya selalu pesan mcm mcm dekat saya…makan, minum, gada diri tau…nnti awak sakit saya susah hati kata nya dan mcm mcm lagi…tapi bila tengok movie same sameburn asar maghrib tapi dier tk kata satu aper pon…berdosa nya saya… 

kesimpulannya, saya memang sayang dier…nak jumpa dier gile forever…yang forever punya forever…di dunia dan akhirat terutamanya, janji nk share heaven sama sama…bahagia selamanya…semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pon infiniti…nak tanggung dosa dier lagik plak lepas nie…semoga kami menginsafi diri…Ya Allah ampunkanlah kami…semoga kami dapat bersama selamanya nnti…

Sunday, August 14, 2011

izin kan saya menjadi diri saya...

saya tidak pernah minta harta benda melimpah ruah,
cukup sekadar untuk menampung hidup kita…

saya tidak akan pernah minta rumah besar,
cukup sekadar untuk kita sekeluarga berteduh …

saya tidak pernah minta kereta mewah,
cukup sekadar untuk kegunaan dan keperluan harian kita……

jugak bukan wang ringgit yang saya mahukan,
cukup sekadar aper yang kita ader…

tetapi…
cuma dua sahaja yang saya minta…
izin kan saya menjadik diri saya sendiri…
dan jugak, jangan banding kan saya dengan sesapa…
itu sahaja permintaan saya…

“ kadang – kadang dalam hidup ini…aper yang kita ucap kan sebenar nya bukan lah datang dari hati kita…tetapi ianya datang dari perasaan marah kita pada ketika itu…saya faham akan keadaan itu “