menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, August 5, 2012

persamaan antara kopi dan cinta...

usai mengerjakan aper yang perlu, dier duduk membaca sebentar sambil mendengar lagu yang dier langsung tidak faham butir bicara…sudah menjadi kebiasaan, dier memiliki lagu lagu bahasa asing dan bukan pertuturan apabila membaca…supaya otak nya kekal fokus tanpa terikut ikut lagu berkenaan (yang setelah beberapa lama akan ditukar apabila mula lekat di kepala)…jari menyelak satu demi satu halaman – tetapi sebelah tangan gagal meneguk secawan kopi panas sambil bersilih ganti dengan air masak biasa…entah, mungkin mahu menyeimbangkan rasa ataupun mendapatkan tegukan sempurna…

ader warna hijau muncul di paparan samsung galaxy tab dan bunyi kelentang kelentung dari telefon gengam memberhentikan pembacaan…senyumam terukir membaca pesanan dan dier dengan tangkas menjawab soalan demi soalan – terhibur dengan si polan yang jauh dari tangan – dipisahkan dengan jarak dan dilapisi cermin kaca bila berhadapan…dier senyum sahaja – walaupun sesekali menarik muka – bergurau dengan yang berada di hadapan mata…suka dier bersama si polan itu yang jauh di mata tetapi begitu dekat di hati…si polan yang jauh, tapi dapat berkongsi suka duka bersama – teman yang paling mengambil berat…sampai bila bila dier rasa dier tidak mungkin akan dapat si polan yang begitu lagi…yer, sampai bila bila – dier yakin…

tapi kadangkala dier serik dengan hubungan jarak jauh…jauh di mata, di sangkakan setia – berjanji sehidup semati…menghitung hari menunggu pertemuan semula setelah janji diukir…menunggu dan terus menunggu – kepercayaan yang tiada galang ganti…dan akhirnya putus begitu sahaja tanpa khabar berita – tanpa sepatah kata…pergi nya tanpa pesan…dier takut perkara yang sama berulang lagi…kepercayaan cinta jarak jauh hampir menghilangkan kepercayaan dier…tapi itu lah kata orang, lain orang lain perangai nya…bagi yang setia, cinta jarah jauh menguatkan lagi hubungan…melahirkan rasa rindu yang tidak bertepi…entah lah, dier cuma insan biasa biasa…

dier sedang belajar…
si polan sedang belajar…

untuk kenal hati masing masing…untuk lebih tahu aper yang masing masing perlukan dalam hidup ini…mungkin terlampau banyak kenangan lampau yang banyak membantu mereka – untuk jadi lebih kuat dan tabah dan mencapai aper mereka hajatkan…mungkin sahaja – siapa tahu ader rezeki untuk duduk minum kopi berdua selamanya – menikmati secangkir kebahagiaan bersama…
kopi dan cinta sama…
ia dalam keadaan terbaik sewaktu panas…

terima kasih untuk hari hari yang ceria…
terima kasih untuk senyuman bahagia…

terima kasih, Kopi O
dari Frappucino

Thursday, August 2, 2012

hebat nya wanita itu...

lagu itu berkumandang kuat malam tadi…kurang seminit dier mngundang panggilan itu…mendengarkan suara seorang wanita yang dier kagumi dan hormati dalam diam walaupun hanya ader beberapa kali sahaja pertemuan – akan tetapi setiap pertemuan yang dirancang dan tidak dirangcang itu terasa sangat bermakna…menyambut panggilan ituhampir sahaja buat dier rapuh dengan keputusan yang dier buat…tapi seperti yang diingatkan oleh sahabat-baik-pijak-kepala-sampai-mati, dier perlu tegas dengan aper yang dier mahu…

alhamdullilah, dier rasa dier sudah menggunakan ayat paling baik dengan tidak melukakan hati sesiapa dan wanita tersebut menerimanya…bahkan, dengan siri pertanyaan yang panjang dan tidak berhenti serta jawapan dier menerangkan aper yang berlaku – wanita itu tidak lupa menyelitkan nasihat supaya dier terus tabah meneruskan hidup…soalan wanita itu yang mungkin sedikit lirih dier dengar :

“ myza baik tak nie??? “
tentu dier baik baik sahaja…kalau dier kurang baik dari segi emosi dan mental serta fizikal, mungkin dier sudah lama rapuh dengan segala yang melanda…bahkan dier sebenarnya lebih risau akan keadaan wanita hebat berkenaan…tahu banyak yang sudah wanita itu tanggung dan episode yang menyentuh hatinya buat masa ini – tidak perlu sebenarnya dier hadapi itu saat ini di ssaat bulan mulia…entah, dier hanya dapat berdoa supaya aper yangwanita itu hadapi di kurang kan bebanannya…

ader sesuatu yang paling dier setuju dengan wanita hebat itu semalam…sesuatu yang sudah lama dier sematkan dalam hati dalam mengajar diri supaya terus tabah hadapi aper sahaja walaupun hakikatnya dier perlu korbankan kehendak diri dan banyak benda lagi…

kita boleh kenal ramai orang…tapi kita tak boleh kawal jodoh…mungkin kita kuat berusaha tapi kita dipertemukan dengan orang yang tidak pernah mahu hargai…cari kebahagiaan myza sendiri…itu penting buat masa ini…sudah cukup myza derita selama ini
tapi macam yang dier cakap dengan wanita tersebut – dier tidak anggap itu derita…itu cubaan, ujian yang dier dengan wanita hebat itu terima – situasi yang sama cuma peranan kami berbeza…wanita itu bahkan punya peranan yang lebih penting dan wanita itu pastinya terluka lebih banyak daripada dier yang bukan sesiapa dalam sebuah bulatan yang kita panggil keluarga…dier hanya orang luar yang mungkin terselit di dalam sebuah cerita…

aper pun, dier jujur sayang wanita hebat itu…
amat…

maafkan myza…myza buat keputusan begini lepas saya fikirkan banyak perkara…myza memilih untuk pilih dan cari kenahagiaan diri sendiri dan dengan aper yang berlaku – seperti myza ingatkan pada anak gadis itu, kamu tetap di kedudukan yang sama, tidak berubah sama sekali

orang mungkin sering lihat senyuman di muka manusia lain…di mukanya sentiasa terukir senyuman dan manusia di sekeliling meluahkan rasa cemburu dan sakit hati mengapa senyuman tidak pernah padam pada wajahnya…tetapi, dier mungkin senyum bukan kerana hidupnya sempurna…bahkan mungkin senyuman itu sebagai satu symbol dier kuat mahu hadapi aper sahaja…senyuman itu untuk dier terus tabah berjalan atas dunia tanpa perlu hadam tekanan yang tidak pernah padam…

“ jika seseorang mahu bersama dengan kamu, tiada aper yang mampu membuatkan mereka menjauhkan diri…mereka akan melakukan aper sahaja asalkan mereka dapat bersama kamu…malangnya, sesetengah manusia lebih selesa memilih untuk mengabaikan sahaja dan berharap agar hubungan kekal nilai yang sama tanpa usaha “

Tuesday, July 31, 2012

terdidik sejak mula, tabah berusaha...

bila kita kata dalam hidup ini, kita perlu bergerak ke hadapan – itu bukan bermaksud kita tidak patut menoleh ke belakang…bukan untuk tenggelam dalam ingatan dan kenangan, tetapi untuk belajar sesuatu agar kesilapan yang sama tidak akan berulang kembali…

kadangkala kesakitan kali pertama belum pernah mematangkan kita…kita mencuba untuk kali kedua – dan walaupun pengakhirannya masih tetap sama tetapi jalan ceritanya sudah berubah daripada yang pertama…mungkin lebih banyak masalah sudah dihadapi dan berjaya diatasi sebelum memilih keputusan yang berat sedemikian rupa…

tetapi, bagaimana untuk terus bergerak ke hadapan apabila kenangan menghantui dan bagaikan mengekori rapat seperti bayang bayang, ramai yang mula berputus asa dan membiarkan diri tenggelam dalam kesakitan…serasa lebih baik sakit dan derita daripada mulakan segalanya semula kerana takut untuk mengecewakan manusia lain yang ader dalam jalan cerita walaupun kehadiran mereka tidak membantu langsung diri…

yer, kadangkala manusia lain yang mempunyai watak tertentu dalam hidup kita akan membantu kita melalui segalanya…tetapi, tidak mustahil mereka hanya sekadar watak tempelan yang kita boleh abaikan…sesetengah orang merasakan, mengambil berat hal orang lain adalah kewajipan sosial mereka…kira macam khidmat percuma untuk masyarakat…baik, memang baik selepas segalanya berakhir – kamu boleh lagi berhubung dengan mereka…
 
tetapi, jangan jadikan alasan kehadiran mereka membuatkan kamu terperangkap dalam situasi lama…kenapa mahu terus menanggung kesakitan dan hadam kesengsaraan semata mata mahu menjaga hati orang lain???...diri percaya setiap daripada kita berhak menentukan kebahagiaan sendiri, memilih jalan hidup yang kita mahukan kerana kita yang menjaga hati dan kenal dengan diri…kamu boleh terus meletakkan orang lain di tempat paling tinggi dan menginjak hati sendiri guna kaki, tapi siapa yang akan tanggung sakit nanti???...

kamu sendiri tahu jawapannya…
it takes a strong heart to forgive, but it takes an even stronger heart to say, “I’ve had enough” and walk away for good

“ sesetengah manusia suka membiarkan diri mereka terperangkap dalam waktu silam tanpa mahu mengasihani diri sendiri yang mereka laungkan mereka sayang sepenuh hati “

Monday, July 30, 2012

setiap benda ader tarikh luput bukan...

bukan roti sahaja ader tarikh luput…
bukan makanan sahaja boleh mereput…
bukan rambut sahaja boleh menjadi kusut…
tapi perasaan juga boleh merosot…

kadangkala kita perlu sedar…
tidak semua benda kita boleh sambar…
tidak semua benda kita boleh langgar…
kerana manusia ader had sabar…
ader suatu ketika kita perlu berhenti…
kerana segalanya tidak akan kembali…
ader yang datang dan kekal di sisi…
ader yang muncul dan berlalu pergi…

hakikatnya, kesakitan itu akan wujud dalam diri…
kesengsaraan bakal merayau dalam arteri…
membunuh perasaan dengan sakit tidak bertepi…
hanya demi kelangsungan nyawa atas bumi…

sebab itu segalanya ader permulaan…
dan jika ader permulaan, pastinya ader pengakhiran…
tidak semua nya kan berkekalan…
itu lumrah kehidupan…
“ hanya kerana orang buat baik pada kamu, itu tidak bermaksud kamu boleh ambil kesempatan pada dier “

Sunday, July 29, 2012

keputusan beserta jawapan...

kadangkala kita tidak perlukan jawapan yang ditunggu sekian lama…kita cari jawapan sendiri menggunakan gerak hati dan naluri yang kita percaya…kerana akhirnya, sekuat mana kita berusaha tetapi tiada hasilnya – kita juga yang akan terdetik rasa kesal dan kecewa…walaupun begitu, kegembiraan dan bahagia itu ader di mana mana – yang berusaha mencari akan temui dan hidup dalam senyuman bukan pura pura…berapa lama lagi mahu hias wajah dengan senyuman palsu demi tanam kesakitan dan penderitaan yang tidak berkesudahan – hadam segala kepahitan dan teruskan lakonan???...

sampai satu peringkat kita akan lebih lelah…letih dengan segalanya…ader pilihan untuk rehat atau berhenti sahaja…jangan dikorbankan diri sehingga akhirnya memakan diri sendiri…setiap manusia layak untuk bahagia dengan manusia lain atas dunia dan ternyata, peluang kalau tidak dihargai, kita sendiri juga yang akan rugi…
“ salah satu keputusan yang sukar untuk dilakukan dalam hidup adalah sama ader untuk memilih untuk berlalu pergi ataupun usaha lebih keras lagi  “

selalunya manusia akan pilih untuk berusaha terlebih dahulu sebelum mereka memutuskan untuk berlalu pergi selepas aper yang diusahakan tidak berhasil dan hanya menambah kerunsingan jiwa…jadi, bagaimana pula dengan diri sendiri???...
“ kadangkala kita sudah ader jawapan dan keputusan, tetapi kita masih degil untuk halang diri daripada percaya diri sendiri “