menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, February 10, 2014

setia - tiada tara...

akhirnya aper yang diharapkan musnah begitu sahaja…ada harga bagi kesetian rupanya…dan harga yang perlu dibayar juga tinggi…bukan calang – calang orang mampu membeli dan bukan mudah rupanya mahu dirampas pergi bila harga jualan melambung tinggi…ya, kesetiaan itu tidak ternilai…sama duduknya dengan kepercayaan dan boleh ditambah dengan manisan kasih sayang… celakanya manusia yang mengkhianati kepercayaan, bayarannya penuh darah apabila sekeping hati dipecah, dihiris berdarah dan cedera ditinggalkan tanpa belas kasihan manusia jahanam sedemikian rupa…

kadangkala, kita tidak boleh menyalahkan manusia lain apabila mereka mengecewakan kita…bahkan, kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana terlalu mengharapkan pada mereka…salah kita sendiri juga menyandarkan harapan, impian bergunung tinggi pada mereka, sedangkan mereka hanya manusia biasa…nah, salah siapa apabila kita menggantungkan kesetiaan, menyemaikan kasih sayang dan akhirnya mereka berlalu pergi begitu sahaja tanpa ada istilah penghargaan? kesetiaan yang kita berikan ibarat secebis sampah yang tiada nilai (tapi orang sekarang lupa, sampah pun ada nilai sebab kita boleh kitar semula)...
 
bila minum kopi kadangkala kita mabuk sendiri…
tenggelam dalam aroma dan nikmat kopi…
sehingga apa yang terluah tidak disedari…
mungkin bahagia bila kita lihat kembali…
tetapi kesannya membunuh diam hati…
benda yang kita sangka hanya jenaka manusiawi…
rupanya mampu menjadikan manusia mayat berdiri…
hidup, tapi separuh mati…
menahan tangisan dan air mata di pipi…
dan engkau termangu sepi…

dalam mengekalkan kesetiaan sebenarnya kita terlupa suatu perkara…kita tidak boleh mempersoalkan pilihan seseorang tanpa mendengar alasan mereka…dan malangnya, perkara yang kita sering dengar apabila berlaku kecurangan, adalah tiada kefahaman antara satu sama lain…tidak begitu aneh kalau pasangan yang baru bercinta setahun dua boleh berpisah, tetapi jujurnya aku rasa ada yang tidak berapa sedap apabila pasangan yang sudah berkahwin empat puluh tahun boleh bercerai dengan alasan tiada kesefahaman…nah, apa yang berlaku dalam empat puluh tahun tersebut sebenarnya? setia? terpaksa…hanya mereka yang ada jawapannya…

ya…
kita memang perlu setia dalam hubungan…tidak kira dalam persahabatan, percintaan ataupun perkahwinan…kesetiaan yang bertunjangkan nilai kepercayaan itu memang penting tetapi, jangan sampai orang menjadikan kita sebagai satu bentuk pilihan terakhir…pastikan mereka tahu bahawa kita adalah pilihan terbaik yang mereka akan kesal jika terlepas…
hanya kerana mata dia tidak mengalirkan airmata
jangan kau sangka hatinya tidak menangis
hanya kerana dia cukup kuat untuk berdiri dengan kuat dan tabah
jangan kau sangka dia anggap semuanya baik belaka

amyzanazlan : jangan biarkan kehidupan mengubah matlamat hidup kita…kerana dengan matlamat sebenarnya mampu megubah kehidupan yang kita lalui (amyza nazlan, 10 Februari 2014)

No comments:

Post a Comment