untuk orang macam kami…
hanya kami yang kenal sendiri…
yang hidup punya satu niat
dalam hati…
untuk cari kegembiraan abadi…
orang macam kami…
tak perlu kekayaan tidak bertepi…
bukan sanjungan yang kami nanti…
tapi sedikit penghargaan sebagai
bukti…
orang macam kami…
bukan kisah paras rupa yang diagungi…
bukan kisah ukuran badan tinggi
atau rendah…
yang kami mahu hanyalah paras
budi…
yang tidak akan dilupakan sampai
mati…
orang macam kami…
tiada lagi tangisan – sudah berhenti…
yang kami kenal cuma baiknya hati…
yang kami tahu cuma gembirakan
diri…
supaya kesakitan itu bakal lenyap
kini…
orang macam kami…
sedihnya cuma sesekali…
sifat pura – pura sudah lama kami
tenggelami…
air mata sudah lama kami buang
dari jadi saksi…
supaya kami tegak berdiri…
tabah walau apa jua cabaran dihadapi…
supaya kami tidak tua menjadi
apa yang kami disakiti…
orang macam kami…
memilih hidup sendiri…
supaya kami tidak ulangi…
kebencian yang dilemparkan buat
kami…
yang tidak pernah minta jadi begini…
amyzanazlan…
alor setar – bedong – kemamam…
3 Jun 2014...
No comments:
Post a Comment