menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, December 2, 2012

separuh mati...

kebisuan barangkali membunuh manusia…
tetapi bingit juga bahaya…

tidak pernah ader satu pun boleh bikin telagah…
barangkali punya hati hati dalam melangkah…
untuk aper bertelingkah…
jika semuanya didapati dengan bersusah payah…

dalam kesenyapan…
selalunya muncul ujian…
hadapi dengan perlahan…
kerana barangkali akan ader keputusan…
sama ader kecundang tanggung kekalahan…
ataupun menjulang kemenangan…

berdiri antara dua pihak…
semuanya bagaikan saling terhentak…
menunggu masa untuk retak…
walaupun kaki mahu menolak…
tetapi akal enggan menolak…
masih mahu pikul beban berat bagai balak…
semata enggan mahu disorak…
itu boleh bikin rosak otak…

seringkali jiwa disinggahi rasa pilu…
entah kenapa boleh tiba tiba sayu…
buan mengenangkan masa lalu…
kadangkala perasaan rasa nyilu…
tahan rasa sebu…

ketab bibir dan teruskan membisu...
walaupun hatinya bagaikan dipalu…
dier tetap kekal kan senyuman seperti selalu…
biarkan jiwa menggunung rasa malu…
sebab dier percaya pada yang satu…

Frappu : saya rindu awak separuh mati…
Kopi : jangan…nanti dua kali rindu dah mati…

“ ader kah kamu betul betul boleh melangkah jauh tanpa sedikit pun menoleh ke belakang??? kadangkala curi lihat itu perlu supaya kita ingat bagaimana kita berada di tahap sekarang (ceritadunia-amyza, 2 Disember 2012) “