menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, November 28, 2011

salahkah bercinta dengan suami orang...

dalam keadaan yang agak sejuk pada pagi itu, saya dengan ringan tulang menekses pesanan elektronik dari kenalan kenalan…yahoo mail messages adalah penghubung antara saya dengan kenalan kenalan semua yang jauh di mata tapi begitu dekat di hati…itulah lumrah kehidupan bukan…

dalam lambakan pesanan itu, ader sesutu yang menarik perhatian saya…pesanan dari seorang kawan lama sewaktu di zaman pengajian dahulu…rasa nya tidak begitu rapat, cuma kembali bertegur sape disebabkan dier membaca blog saya secara tidak sengaja…seperti yang dier minta, saya titipkan nombor telefon sebagai balasan surat elektronik yang panjang berjela…
 
kenalan : kamu dah baca aper yang saya tulis???...
saya : dah…
kenalan : aper pendapat kamu???...
saya : kamu serius dengan keputusan kamu???...
kenalan: yer…
saya : soalan ini mungkin agak klise, tapi dah tiada lelaki bujang ker???...
kenalan : dah banyak kali bercinta dengan lelaki bujang, tapi malangnya tiada penyudah yang baik…
saya : mungin kamu terjumpa orang yang salah…
kenalan : berapa kali lagi saya asyik kena jumpa dengan orang yang salah sebelum saya jumpa yang betul???...saya dah jumpa banyak dah, sampai saya tak larat…
saya : kalau kamu dah kata begitu, tapi kamu tak kesian dengan isteri dier???...
kenalan : isteri dier yang beri keizinan…
saya : setelah dier tahu kamu bersama kan???...
kenalan : memang, tapi sekurang – kurangnya kami berterus terang…
saya : kamu dah habis fakir???...benda nie masa depan kamu, masa depan keturunan dan sebagainya…tiada jalan patah balik…kalau kamu patah balik sekalipun, keadaan dah tak sama…
kenalan : saya nak tanya satu benda…
saya : aper dier???...
kenalan : kenapa orang mesti pandang rendah pada orang yang berkahwin dengan suami orang???...
saya : bukan pandang rendah, cuma, masyarakat kita masih ader stigma pada orang sedemikian rupa…alasan yang diberikan kepada orang yang berkahwin dengan suami orang ini kadangkala sukar diterima…mungkin sebab harta atau aper sahaja…
kenalan : saya nak kahwin dengan dier sebab cinta…
saya : siapa yang kahwin bukan atas dasar cinta???...kecuali orang yang kena kahwin paksa…
kenalan : dier dah kahwin berapa tahun, belum dapat zuriat…isteri dier benarkan dier kahwin lagi…kebetulan dier dan aku pernah menjalinkan cinta monyet zaman sekolah dahulu…salahkan???...
saya : maaf, saya tak boleh hukum kamu salah atau betul…itu terpulang pada kalian…cuma………..
kenalan : cuma aper???...
saya : dah bersedia nak menghadapi keluarga???...masyarakat???...
kenalan : nak takut aper pada mereka???...bukan mereka yang beri saya makan…
saya : memang bukan mereka yang beri kamu makan, pakai – cuma itulah, kita hidup bermasyarakat…benda – benda begini kita perlu ambil kira…kalau tak kisah itu semua, terpulang…saya cma tnya sebab saya tak nak kamu tertekan sendirian dikemudian hari…
kenalan : saya percaya saya boleh hadapi semua ini…saya dan dier bersedia…kami juga sudah buat perjanjian antara kami bertiga, saya, lelaki itu dan isteri dier…
saya : ohhhhh, sampai begitu sekali…
kenalan : untuk menjamin keadilan, begitu lebih baik saya rasa…
saya : terpulang…
kenalan : jadi, kamu akan mendoakan kami???...
saya : untuk kamu pilih yang terbaik, semoga pilihan kamu tepat…jalan yang dilalui dipermudahkan, saya hanya dapat doakan yang baik – baik sahaja…
kenalan : kamu tak pandang rendah pada saya kan Myza???...
saya : dengan harapan rumahtangga kamu harmoni dan poligami itu membawa keberkatan pada kalian semua…kalau keadilan dapat ditegakkan, saya tumpang gembira dengan itu semua…
saya bukan orang yang layak untuk menyatakan boleh atau tidak kahwin dengan suami orang (mungkin juga isteri orang) disebabkan saya sendiri tidak punya pengalaman sedemikian dan minta dijauhkan…biarlah kalau kepunyaan saya, hanya kepunyaan saya dan saya memang tabik kepada orang yang sanggup berkongsi rasa dengan wanita lain dalam melayari bantera rumahtangga…kalau ianya dibina dengan persetujuan bersama, dengan rukun yang baik, saya percaya, tidak mustahil untuk kekal bahagia sehingga beberapa keturunan sekalipun…

cuma, kalau kebahagiaan itu dibina atas penderitaan dan air mata orang lain, sendiri mau ingat yer???...hukum karma itu berlaku walaupun konsep nya mungkin ader yang mengatakan dari agama lain…yang penting, sisinya, benda baik dibalas baik, benda jahat, buruk padahnya…tidak, bukan saya menulis disebabkan dendam atau aper, cuma, saya percaya dengan janji Maha Pencipta Ynag Maha Bijaksana…kamu mungkin boleh mengaku diri kamu hebat dan pandai, tapi siapa Yang Maha Genius???...bukan kamu…
senyum…

“saya cuma mampu berharap agar setiap orang menemui kegembiraan yang mereka cari dan dambakan dalam hidup ini…saya???...yer, saya sudah jumpa dengan kebahagiaan hidup saya…harap harap berkekalan hendaknya”

( terima kasih yang sudi berinteraksi dengan saya di halaman cinta dan kehidupan-amyza…maaf kalau saya terlewat sedikit membalas komentar ataupun aper yang kalian titipkan…ohhhhh, buat yang bertanya sama ader boleh berkongsi pautan blog mereka di situ atau tidak, silakan sahaja…senyum )

“hidup ini bagaikan masa menunggu kenderaan awam…bila kita menunggu terlalu lama, tiada satu aper pun yang datang…bila kita mahu berlalu pergi, ajaibnya beberapa kenderaan datang ke sisi…aneh bukan???...”

 

Wednesday, November 23, 2011

awak, kadangkala mimpi itu membunuh si dier...

awak...
dalam mengejar impian, si dier terfikir akan sesuatu...
ader kah si dier mampu???...
untuk berdiri sama tinggi walaupun tidak sama paras bahu???...
untuk duduk sama rendah walaupun mungkin akan disiku???...
untuk mengekori bagaikan bayang – bayang yang muncul selalu???...
entah, si dier tidak tahu...

awak...
si dier terjaga dari lena...
si dier mimpi benda yang buatkan si dier tersenyum bahagia...
si dier mimpi benda yang buatkan hatinya gembira...
tapi rasa itu tidak lama...
si dier terfikir, aper kah harapan tinggi bakal mengundang bencana???...
aper kah syurga yang diidamkan akan bertukar neraka???...
ahhhhh, si dier mula rasa sakit kepala...
awak...
kalaulah awak mengerti...
kalaulah awak memahami...
kalaulah awak memerhati...
kalaulah awak menyayangi...
kalaulah awak merindui...
kalaulah awak sedia berkongsi...

awak...
mimpi itu memang indah...
khayalan yang dicipta memang meriah...
angan yang dikarang bersama memang tiada yang susah...
segala yang dicitakan tidak ader erti payah... 

awak...
setiap hari si dier menyakinkan diri...
bahawa hanya awak yang si dier cintai...
bahawa hanya awak yang si dier rindui...
bahawa hanya awak yang si dier mahukan sebagai pasanagn hidup ini...
bahawa hanya awak yang si dier mahu nikahi...
bahawa hanya awak yang si dier mahukan wahai kekasih hati...

awak...
ader kah ini yang dinamakan ujian???...
ader kah ini yang dinamakan cabaran???...
ader kah ini yang dinamakan dugaan???...
ader kah ini yang dinamakan kesukaran???...
ader kah ini yang dinamakan kepayahan???...

awak...
untuk terus bersama, si dier sanggup kesat air mata...
untuk terus bersama, si dier sanggup kekal berpura...
untuk terus bersama, si dier sanggup senyum palsu sentiasa...
untuk terus bersama, si dier sanggup berlakon ketawa...
untuk terus bersama, si dier sanggup bersandiwara...

awak...
si dier mahu awak mendengar masalah si dier...
si dier mahu awak lihat awak beri perhatian walaupun hanya dengan lirikan mata...
si dier mahu awak yakinkan si dier bahawa segalanya akan baik sahaja...
si dier mahu awak beritahu si dier bahawa itu cuma ujian yang mampu diatasi bersama...
si dier mahu awak cakap dan senyum ceria...
itu lebih bermakna...

awak...
awak sayang si dier...
awak cinta si dier...
awak mahu bersama si dier...
awak mahu jadi pasangan si dier...
cuma mungkin awak tidak luahkan di muka si dier...
itu yang si dier tanamkan dalam minda...

awak...
si dier tidak hanya mahu jadi kekasih...
si dier tidak hanya mahu jadi buah hati...
si dier tidak hanya mahu jadi bakal pasangan hidup...
si dier tidak hanya mahu jadi kawan baik...
si dier mahu jadi segalanya – dalam satu...

awak...
supaya awak menyedari, si dier sudah bersedia...
untuk pikul segalanya bersama...
bukan hanya cari si dier demi meluangkan waktu gembira...
tetapi tetap berkongsi waktu duka...
mengharungi segalanya demi mengejar mimpi yang terbina...
 
awak...
awak tahu aper yang buat si dier bahagia???...
bila awak ader bersama si dier...
walaupun sekadar sekelumit cuma...

awak...
awak tahu aper yang buat si dier gembira???...
bila awak lepaskan sebentar kerja...
dan duduk dengar si dier...
awak...
awak tahu aper yang buat si dier tersernyum manja???...
bila awak bercakap dengan si dier...
walaupun ia cuma usikan nakal bersahaja...

awak...
awak tahu aper yang mampu buat si dier ketawa???...
bila awak tegur si dier macam bayi yang tidak ceria...
sebab si dier tahu, pujian daripada awak adalah bermakna...

awak...
tapi awak tahu sesuatu yang buat si dier kecewa???...
itu semua hanya mimpi si dier...
 yang membunuh sebab si dier mengharapkan ianya menjadi nyata...
 dalam diam si dier mati begitu sahaja...

“hari dan dunia yang panjang semoga makin mematangkan dan memudahkan segalanya...disambut dengan senyuman, dilalui dengan penuh redha dan tabah demi aper yang dipanggil kejayaan”

“bentuk penghormatan terbaik adalah hormat kepada diri sendiri...berikanlah kepada diri sendiri, dan orang lain tidak akan punya masalah untuk menerimanya bila kita mampu hormat diri sendiri...maka kita akan lebih hormat pada mereka”

Tuesday, November 22, 2011

tiada sebab lain, sebab awak impian si dier...

dalam diam si dier sebenarnya memendam rasa...
awak menoleh ke belakang dan si dier sentiasa ader...
awak mengiring ke tepi dan si dier masih mengikuti dengan bersahaja...
awak berkalih tempat si dier masih sempat ketawa...
awak tertanya – tanya...
kenapa si dier masih mengekori setia???...

awak mungkin tidak mengerti bahawa pada si dier, awaklah dunia...
awak mungkin tidak mengerti bahawa pada si dier, awaklah teman mencipta bahagia...
awak mungkin tidak mengerti bahawa pada si dier, awaklah pasangan yang si dier damba...
awak mungkin tidak mengerti bahawa pada si dier, awaklah sebahagian cita – cita...
awak mungkin tidak mengerti aper – aper...
 
awak adalah impian si dier...
yang si dier akan kejar sampai bila – bila...
dan tidak akan dilepaskan begitu sahaja...

“satu benda yang saya sedari sejak kebelakangan ini adalah senyuman boleh direnggut bila –bila masa oleh orang yang sama walaupun saya cuba nafikan yang itu adalah dari kelemahan manusia...anehnya, saya masih paksa diri untuk sama – sama ketawa bagai semuanya baik sahaja”

 

Monday, November 21, 2011

awak, kadangkala si dier mahukan lebih perhatian...

awak...
si dier cuma dengar dengusan nafas...
si dier cuma dengar hembusan udara panas...
si dier cuma dengar dengupan jantung yang berdetik...
si dier cuma dengar papan kekunci diketuk pantas...

awak...
dalam diam, si dier ketuk dinding jantung hati...
aper yang si dier sembunyikan, hanya si dier sahaja yang tahu...
si dier cuma raih perhatian awak yang diam membisu...
si dier teringin beritahu segala tapi si dier malu...
hati si dier bertambah pilu...
bila si dier sedar jasad awak wujud, tapi hati awak tiada di situ...

awak...
aper yang awak sedang lalukan???...
aper kah awak sedang berikan perhatian???...
aper kah awak sedar yang si dier mahukan sedikit layanan???...
 
awak...
si dier sebenarnya rindu...
si dier sebenarnya mahu awak hentikan waktu...
biar awak dan si dier dapat menikmati masa bersama tanpa silu...
tanpa ader kelibat orang yang berlalu...
tanpa sesiapa yang akan buat tuduhan melulu...
dan kebahagiaan itu tidak diganggu...
yer, itu yang si dier mahu...

awak...
kadangkala awak mungkin pelik...
entah kenapa si dier bersikap sedikit jelik...
entah kenapa si dier macam agak terburu – buru...
entah kenapa si dier jadikan dunia mahu terbalik...
bersikap melulu macam mahu semua nya seperti sediakala...

awak...
sedarkah awak kadangkala si dier berubah???...
pada awak, si dier yang dikenali seorang yang sangat tabah...
si dier yang terima semua benda tanpa membantah...
si dier seorang yang anggup kepala pasrah...
si dier seorang yang ligat dan bermulut petah...

awak...
tapi si dier mula lari sedikit demi sedikit bagaikan ader yang mencelah???...
kenapa kebahagiaan yang dibina seakan mahu rebah???...
kenapa kegembiraan bagaikan dikikis musnah???...
kenapa dahan tempat berpaut mahu patah???...
ader kah si dier sudah berubah???...
ataupun awak yang berubah???...
dan masing – masing tetap mahu berpura tabah???...

awak...
si dier tetap sayang...
kasihnya tidak pernah goyang...
hatinya tidak pernah bergoncang...
kerana si dier mahu kekal menjadi bayang...
pada awak, manusia yang buatkan si dier kenal aper itu jiwa melayang...
pada awak, manusia yang buat si dier kenal aper itu mabuk kepayang...
pada awak, manusia yang buatkan si dier kenal aper itu kasih sayang...

awak...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier suka...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier gembira...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier enggan berduka...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier mahu kekal bersama...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier tetap setia...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier tidak pernah gagal panjatkan doa...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier sentiasa mengigati awak setiap masa...

awak...
tapi semuanya tidak diluahkan...
si dier lebih banyak melayan perasaan...
si dier biar kan otak menerawang mencari jawapan...

awak...
kepalanya sesak dengan soalan...
kenapa awak biarkan si dier rasa keseorangan...
kenapa awak hilang dan pergi meninggalkan...
kenapa awak diam dan tidak tunjuk sama ader awak punya perasaan...
ader kah itu cara awak berikan perhatian???...

awak...
dan si dier kaku dan kekal diri disalahkan...
si dier tidak akan menuding jari pada awak, pasti buakn...
si dier melayan pelbagai jawapan...
yang bersusun atas kepala bagaikan awan...

awak...
walaupun tanpa suara...
walaupun tanpa butir bicara...
walaupun tanpa pesanan berjela...
walaupun tanpa meluahkan rasa...
walaupun hanya dengan detakan aksara...

awak...
si dier mahu awak tahu yang si dier tetap cinta...
si dier mahu awak tahu yang si dier tetap menunggu awak di tempat yang sama...
si dier mahu awak tahu yang si dier tetap akan berusaha...
untuk menjadi seseorang yang mampu buat awak bangga...

awak...
sebagai seorang yang awak suka...
sebagai seorang yang awak cinta...
sebagai seorang yang awak mahu hidup bersama...
sebagai seorang yang awak mahu cinta hidup selamanya...
sebagai seorang yang awak tanamkan benih bahagia...

awak...
terima kasih atas segalanya...
awak belum pernah gagal membuatkan si dier senyum ceria...
walaupun itu semua gunakan banyak tenaga...
awak tetap yang terbaik dalam hidup si dier...

“ senyum dalam keadaan yang entah terkawal ataupun tidak...menelusuri hidup yang semakin lama semakin menakutkan kenyataan, saya sudah belajar cara untuk tidak cepat melatah apabila berdepan dengan keadaan yang sukar”

 

awak, kadangkala si dier mahu luahkan rasa hati...

awak...
si dier sudah penat bersedih...
si dier sudah penat melayan hati lirih...
si dier sudah penat melawan rasa pedih...

awak...
dalam bersama awak, si dier gunakan banyak tenaga...
dalam bersama awak, si dier gunakan banyak masa...
dalam bersama awak, si dier gunakan banyak air mata...
dalam bersama awak, si dier gunakan banyak usaha...
dalam bersama awak, si dier gunakan banyak segala nya...

awak...
dalam diam, si dier memendam rasa...
dalam diam, si dier memerhati sambil hurai kan tanda tanya...
dalam diam, si dier memikirkan aper kah salah silap menyilam rasa...
dalam diam, si dier menghapuskan rasa sakit dengan ketawa...
dalam diam, si dier mencipta khayalan dan teruskan berpura – pura...
dalam diam, si dier menolak segala benda buruk yang terlintas dalam kepala...

awak...
ader kah awak tahu si dier sukar mahu menerima semua???...
ader kah awak tahu yang si dier berhempas pulas untuk berfikiran terbuka???...
ader kah awak tahu yang si dier lakukan segalanya untuk biar kan hubungan tidak retak???...
ader kah awak tahu senyuman si dier sudah tiada rasa???...
ader kah awak tahu yang si dier pertahankan awak depan sahabat sahabat awak???...
ader kah awak tahu yang si dier menepis semua kata kata nista tentang awak daripada sahabat sahabat awak???...
ader kah awak tahu yang si dier sanggup buat aper sahaja???...
demi lihat kelibat awak yang tersenyum bahagia???...

awak...
kenapa mahu mendiamkan diri???...
kenapa mahu mgnhilangkan diri???...
kenapa mahu menbisukan diri???...
kenapa mahu duduk diam sahaja dan memerhati???...

awak...
ader kah awak sedang menguji???...
adetr kah awak sedang melihat sejauh mane si dier boleh pergi???...
ader kah awak sedang berseronok tengok si dier mencari???...
ader kah awak sedang tersenyum hingga nampak gigi???...
ader kah awak sedang ketawa melihat si dier berusaha separuh mati???...
hanya untuk pasti kan kemana awak lari???...

awak...
kalau si dier tiada di sisi, ader kah awak teringat kan si dier???...
kalau awak punya masalah, ader kah awak mahu kehadiran si dier???...
kalau awak perlukan sesuatu, ader kah awak akan minta bantuan si dier???...
kalau awak perlukan seseorang untuk kongsi bicara, ader kah awak akan menghubungi si dier???...

awak...
si dier benci untuk jadi manusia tipikal...
si dier benci untuk jadi manusia sinikal...
si dier benci untuk jadi manusia kritikal...

awak...
si dier enggan mengawal keadaan...
si dier mahu segalanya berjalan ikut perancangan...
si dier hendak segalanya menuju impian...
si dier tidak mahu mengongkong dalam percintaan...
si dier sedar masih panjang lagi perjalanan...
untuk awak dan si dier bersama sebagai pasangan...

awak...
si dier mahu awak bahagia...
si dier mahu awak gembira...
si dier mahu awak ceria...
si dier mahu awak tersenyum mesra...
si dier mahu awak tiada gundah gulana...
si dier mahu awak rasa suka bila bersama si dier...

awak...
walaupun si dier tidak sentiasa luahkan si dier suka, si dier sebenarnya cinta...
walaupun si dier tidak sentiasa bermanja, si dier sebenarnya gembira...
walaupun si dier tidak sentiasa bersama, si dier sebenarnya perlukan awak juga...
walaupun si dier tidak sentiasa mengada, si dier sebenarnya mahu dimesra...
walaupun si dier tidak sentiasa ketawa, si dier sebenarnya sangat bahagia...
walaupun si dier tidak sentiasa faham segalanya, si dier sebenarnya masih mahu belajar semua...

awak...
walaupun awak jauh, si dier tetap awak punya...
walaupun awak bukan di depan mata, si dier tetap ingat setiap masa...
walaupun awak menjauhkan diri, si dier tetap menunggu awak muncul depan mata...
walaupun awak tidak berada di sisi, si dier tetap dapat rasakan cinta...
 walaupun awak hilang begitu sahaja, si dier masih penuggu yang setia...
walaupun awak tidak selalu luahkan rasa, si dier duduk diam dan tunggu awak berkata...
walaupun awak kutuk si dier, si dier tetap ukir senyum dan ketawa...

awak...
sebab aper???...
sebab awak dunia si dier...
sebab awak dunia si dier yang kedua...
 

“entah kenapa sejak akhir – akhir ini saya suke mengantikan panggilan diri sendiri dengan panggilan “si dier”...si dier itu menunjukkan kata ganti diri saya sendiri”

“demi kelangsungan sebuah nyawa, saya masih mahu menulis...menulis kerana seorang teman rapat sejak dari dahulu lagi pernah beritahu saya, “teruskan menulis, kerana dengan menulis itu, cara awak luahkan rasa hati, cara ekspresi diri”...terima kasih sahabat sejati...saya tidak akan pernah berhenti”

...walaupun blog tempat untuk saya luahkan aper yang terbuku di hati, tetapi blog juga bukan tempat untuk saya humban semua nya segala tentang hidup saya...kerana saya juga punya privasi sendiri...

Sunday, November 20, 2011

awak, hubungan jarak jauh itu apa...

awak… 
si dier duduk termangu…
matanya memerhatikan setiap orang yang lalu…
hatinya sedingin salju…
walaupun mentari memancar terik hingga menghanguskan bulu roma…

awak…
ader yang tersenyum sipu…
ader  yang muka merah malu…
ader  yang buat tidak tahu…
ader  yang perhatikan si dier balik - seperti si dier dungu…
ader  yang buat muka sayu…
ader  yang mencebik bagaikan dier mengganggu…
tetapi si dier hanya buat muka seperti tiada aper yang berlaku…

awak…
hubungan jarak jauh ader kah satu halangan???...
hubungan jarak jauh ader kah satu ujian???...
hubungan jarak jauh ader kah satu cabaran???...
hubungan jarak jauh ader kah satu rintangan???...
hubungan jarak jauh ader kah satu beban???...
hubungan jarak jauh ader kah satu kebolehan???...
hubungan jarak jauh ader kah satu tapak menguji keyakinan???...

awak…
kasih sayang itu penguat percintaan…
percintaan bermula dengan persahabatan…
salahkah dalam percintaan masih mampu mengekalkan persahabatan???...

awak…
dalam percintaan, si dier belajar aper itu keyakinan…
yakin untuk terus menunggu awak yang mungkin hanya bayangan…
yakin untuk terus percaya yang dirinya tidak akan dipersiakan…
yakin untuk terus berdoa agar kekal menjadi pasangan…
yakin untuk terus berusaha menggapai impian…
yakin untuk terus mengejar kejayaan…
 
awak…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai kesetiaan…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai kerinduan…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai keyakinan...
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai pertahanan…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai kesabaran…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai kesakitan…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai kebahagiaan…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai kesedihan…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai kegembiraan…
dengan jarak yang jauh, si dier tahu aper nilai setiap perasaan…

awak…
si dier anggap hubungan jarak jauh - sebagai cabaran…
si dier anggap hubungan jarak jauh - ader kelebihan…
si dier anggap hubungan jarak jauh - kurang bertemu sebagai satu keistimewaan…
si dier anggap hubungan jarak jauh - satu usaha berterusan…
si dier anggap hubungan jarak jauh - menjadikan kata-kata orang hanyalah dengungan…
si dier anggap hubungan jarak jauh - percintaan yang perlu dikekalkan…
si dier anggap hubungan jarak jauh - menjadikan si dier lebih matang dalam membuat keputusan…

awak…
si dier berterima kasih pada teknologi…

menghubungi awak yang jauh di mata, bukanlah benda yang rugi…
berbual dengan awak semudah si dier bangun pagi…
bercakap dengan awak bagaikan awak dan si dier berkongsi bantal dan mimpi…
menatap satu sama lain hanya ditapis oleh paparan nipis lutsinar beberapa inci…
menghantar ciuman terbang (baca : flying kisses) sentiasa hingga masing-masing senyum nampak gigi…
dan banyak lagi…

awak…
si dier masih lagi bertahan…
si dier masih lagi enggan mahu lihat orang kata kasihan…
si dier masih lagi pandai berpura tahan kepahitan…
si dier masih lagi tahu bagaimana mahu mengecapi kegembiraan…
si dier masih lagi mahu ukir senyuman…

awak…
si dier mohon agar awak tidak pernah mahu meluka…
si dier mohon agar awak tidak pernah mahu biarkan si dier menderita…
si dier mohon agar awak tidak pernah mahu merosakkan segala…
si dier mohon agar awak tidak pernah mahu meninggalkan si dier…
si dier mohon agar awak tidak pernah mahu putus cinta…
si dier mohon agar awak tidak pernah mahu lupakan rasa bahagia…

awak…
si dier mohon agar awak dan dan si dier serasi bersama…
sentiasa….
 
“si dier yang di maksud kan ader kah diri saya sendiri...moga moga allah merestui segala nya”

“membuat pilihan untuk berdiam diri bukanlah sesuatu yang mudah…menjaga hati manusia disekeliling rupanya membuatkan tenaga berlebihan disalurkan hingga mahu bernafas juga sudah agak payah”