menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, December 28, 2011

ini kisah kita...

ini kisah kita...
ini cinta kita...
ini cerita kita...
tiada lagi duka nestapa...
tiada lagi deraian airmata...
tiada lagi yang menyinga...
segala derita mampu kita hadapi bersama...
akhirnya semua keluarga seiklas menerima...
kita kini mencipta bahagia...
awak...
saya tak selalu ucap sayang...
tapi jiwa saya sentiasa melayang...
wajah awak selalu terbayang...
saya bagaikan mabuk kepayang...
awak...
saya tak selalu ucap rindu...
bukan nya sebab hati saya sekeras batu...
tapi percayalah, setipa kali saya beradu...
senyuman awak yang saya buru...
semuanya kerana satu...
kerana cinta kita sentiasa disitu...

awak...
dalam berjauhan, kita menyulam cinta...
dalam berjauhan, kita temui bahagia...
dalam berjauhan, kita menghargai rasa suka...
dalam berjauhan, kita sering menghitung masa...
supaya kita dapat bersua...
sama-sama meluahkan rasa...

awak...
awak tempat saya luahkan segala benda...
awak tempat saya bercerita tentang segala-gala...
awak mampu menjadi pendengar setia...
awak bahkan menasihatkan saya cara bagaimana mahu hapus derita...
walaupun kadangkala awak yang terpaksa menanggung aksara...
kerana awak tidak sanggup lihat saya berduka...
sentiasa mahu saya menjalani hidup dengan rasa cinta...
walaupun dengan jelas, lelah awak yang tersiksa...

awak...
setiap hari saya panjatkan doa tanpa lelah...
agar masa derpan kita sentiasa cerah...
moga hidup kita akan berubah...
supaya kita mampu bangkit tanpa berserah...
tanpa rasa gundah...
kedapa dugaan demi dugaan yang mencelah...
kerana itu hukum karma yang telah diselah...

awak...
kita harus mampu bertahan...
kerana impian kita setinggi awan...
jiwa kita harus sehebat Nabi Isa a.s seorang pahlawan...
supaya kita mampu menepis segala penderitaan...
menjawab semua soalan dengan jawapan...
hidup kita , kita yang tentukan...

awak...
saya masih lagi seorang yang awak kenal dulu...
saya masih lagi seorang yang ulat buku...
saya masih lagi seorang yang gelikan ulat bulu...
saya masih lagi seorang yang pemalu...
tapi saya cuma mahu awak tahu...
dalam semua perkara, awak yang saya utamakan dahulu...

awak...
masa berlalu begitu pantas...
saya kini bergelar tunangan awak dengan carta teratas...
mahu selalu ader dihati awak seperti belangkas...
hidup saya kini terbatas...
kerana saya milik awak seorang...
dengan janji dan sumpah setia bukan sekadar diatas kertas...
percayalah, hidup, cinta dan sayang saya hanya untuk awak hingga berakhirnya nafas...

“akui bertuah kerana dapat bersama awak untuk selamanya...terima kasih sayang...”

Wednesday, December 14, 2011

setiap orang mempunyai kisah cinta yang berbeza...


awak…
sudah masa nya untuk buka mata…
awak dan dier patut duduk bincang bersama…
aper kah kebaikan dalam meneruskan hubungan bersama???...
aper kah denagn berpura tabah dapat selesaikan segala???...
aper kah senyuman dan lakonan sudah tidak bermakna???...
demi kasih sayang yang masih tersisa…

awak…
kisah jiwa yang penuh suka duka…
terkadang awak melebihkan keluarga, dier boleh terima…
lagipun, itu tanggungjawab yang sangat berharga…
bahkan dier sememangnya bangga…
sebab awak mampu buat semua…
sehingga awak buang dier…
ahhhhh, dier bagaikan mahu putus nyawa…

awak…
kisah jiwa penuh cerita…
awak melebihkan kawan daripada dier…
ader majlis penting, kepentingan dier awak terlupa…
padahal itu majlis penting yang bakal menyatukan awak dan dier serta melibatkan keluarga…
anehnya awak tidak rasa aper – aper…
sekadar suruh dier redha sahaja…
ahhhhh, dier sudah macam mahu putus asa…

awak…
kisah cinta setiap orang berbeza…
dier sedar itu semua…
dier tunggu awak setiap hari untuk luang masa…
tapi awak tidak muncul seperti yang awak sudah pasang kata…
awak keluar dengan orang lain silih berganti bagai tukat baju…
awak kata itu semua kawan sahaja…
tapi awak mainkan peranan menggoda…
dier risau, aper kah layanan seorang kawan patut terima???...
hatta dier sebagai kekasih tidak merasa…
awak…
kisah semua orang tidak sama…
awak jadikan dier sebagai medan tunjuk tenaga…
tersilap sedikit, dier sudah jadi mangsa…
tangan awak hayun bagaikan mahu menggoncang dunia…
tunjuk lagak hanya untuk pastikan dier akur tanpa suara…
dier menggangguk diam dan ikut semata…
katanya dier tetap cinta…
katanya dier tetap suka…
sebab awak nyatakan itu semua tanda awak tidak hipokrit atau berpura…
awak jadi diri sendiri, tapi serupa aper…
aper manusia tiada harga???...

awak…
hanya sebab dier tidak berpelajaran tinggi, awak pandang sebelah mata…
awak kata perbelanjaan entah mampu tidak dier menyara…
awak konon nya mahu dier belajar demi bahagia…
tapi awak gunakan itu sebagai alasan untuk lari dari dier…
dengan kenyataan bahawa mahu menunggu dier lama…
dan bila habis belajar, entah bila mahu bekerja…
ahhhhh awak, hebatkah sangat diri awak sebagai manusia???...
awak…
kenapa mahu cepat sangat terasa???...
tidak bolehkah awak buka hati dan anggap itu cuma gurauan sahaja???...
dier sebenarnya mahu bermanja…
mahu tarik perhatian agar awak lihat dier…
tapi awak anggap sebaliknya…
awak membentak dan mahu rahsia segala…
mana janji awak pada dier mahu berkongsi rahsia???...
hanya disebabkan dier penat dan tidak faham cerita???...
awak buang dier bagaikan tidak berharga…
jadi mana kebaikan sebelum ini yang dier mendengar setia???...
hilang dan sirna???...

awak…
kisah semua orang memang tidak serupa…
terpulang pada awak dan dier…
bagaimana mahu berikan yang terbaik dalam mencari bahagia…
moga jalan yang dirancang penuh gembira…
moga tercapai aper yang awak dan dier mahu bina…

"doa juga merupakan satu usaha...jangan pernah berhenti untuk berdoa"
 

Monday, December 5, 2011

awak, itu semua buat kita bertambah gembira...

awak…
ajaibnya sebuah rasa…
sebaris ayat beku di telefon sudah mampu buat dier ceria…
sebaris ayat tanpa suara…
sebaris ayat yang buatkan dier gembira…
yang buatkan dier lupa segala duka…
sebaris ayat yang cukup bermakna…

awak…
ajaibnya sebuah rasa…
hanya awak yang mampu buat dier bahagia…
dengan hanya perbuatan awak walau dalam senyap mahupun terbuka…
dengan perbualan awak walau kadangkala dier bermasam muka…
tapi ketawa riang awak buatkan dier terlupa…
muka cemberut bertukar ceria…

awak…
dier mampu hadapi segala…
dengan kehadiran awak di sisi dier…
walaupun bukan secara nyata…
walaupun buakan bertentang mata…
walaupun bukan bertemu bahu, bersentuh kepala…
sebab hati dier dapat merasa…
kehadiran awak dalam jiwa…

awak…
kadangkala datang rindu dier…
dalam keadaan terpuruk sakit, dier perlukan seseorang untuk bermanja…
dalam keadaan tertekan, dier perlukan seseorang untuk meluahkan rasa…
dalam keadaan terburuk, dier perlukan seseorang untuk berkongsi cerita…
dan ia mungkin mengakibatkan dier bertindak luar biasa…
menjadikan awak sasaran mahu beritahu semua…
tapi malangnya awak tiada…
dan dier kecewa…

awak…
awak buatkan dier tumbuh sebagai seorang yang penuh warna…
awak buatkan dier mampu hadapi dunia…
awak buatkan dier jadi seseorang yang dier sendiri tidak jangka…
awak buatkan dier menyayanyi awak sebagaimana dier sayangkan keluarga…
awak buatkan dier mahu terus hidup di sisi awak dan mengejar bahagia…
awak buatkan dier enggan pernah berputus asa…

awak…
dier masih lagi manusia yang serupa…
manusia yang diam bila ader sesuatu yang melanda…
manusia yang gulung masalah dengan ketawa…
manusia yang senyum bila sedang berduka…
manusia yangh tabah bila musibah menjelama…

awak…
tapi dengan awak, dier belajar berkongsi rasa…
tapi dengan awak, dier belajar buka rahsia…
tapi dengan awak, dier belajar erti bersama…
tapi dengan awak, dier belajar masalah bukan untuk peribadi semata…
awak…
sayangnya dier pada sebuah perasaan…
pada dier, awak bukannya mainan…
tapi seseorang yang layakdier mahu jadi pasangan…
yang dier mahukan sebagai peneman…
pasangan hidup sepanjang zaman…

awak…
dalam gembira, ader duka…
dalam ketawa, ader terselit air mata…
dalam bahagia, ader tersulam derita…
tapi itulah makn hidup penuh warna…
tapi, itulah makna hidup penuh ceritera…
awak…
walaupun awak dan dier sedang menghitung masa…
walaupun awak dan dier jarang berjumpa…
walaupun awak dan dier selalu berjauhan…
walaupun awak dan dier masih jauh terpisah di mata…
dier tahu awak dan dier berusaha…
kekal berusaha untuk bersama…

awak…
dier sayang awak sentiasa…
dier sayang awak selamanya…
dier sayang awak yang dier cinta…
“dalam senyuman palsu, sebenarnya kekuatan hidup bertambah dengan ader nya benda lain untuk mengalihkan tumpuan dari terus berduka…bukankah hidup perluterus ceria tidak mengira aper dugaan yang melanda???”

“walaupun sayan manusia beku, saya masih ader perasaan lagi melihat sebahagian daripada manusia tidak beraksi sebagaimana manusia lainnya…ahhhhh, sukarkah untuk jalani hidup yang biasa – biasa sahaja???...kenapa mesti pilih jalan derita???”

Saturday, December 3, 2011

kita semua layak untuk menikmati kegembiraan...

kita semua layak gembira…
kita semua layak untuk menikmati hidup atas dunia…
kenapa mesti buat sesuatu yang menyebabkan kita sendiri menderita???...
aper kah sudah bosan dengan kurniaan nyawa???...

kita semua layak gembira…
kita semua layak untuk senyum bahagia…
kita semua layak untuk ketawa…
kita semua layak untuk mempunyai rasa suka…
tapi kenapa ader lagi yang memilih sengsara???...
aper kah sengsara itu satu bentuk hadiah berharga???...
yang menjadikan gembira jiwa???…
pertanyaan yang diajukan kadangkala buatkan saya terfikir, aper kah manusia ini dangkal dalam menilai diri sendiri, hati sendiri sehinggakan enggan lihat aper yang sedang terjadi…susah sangatkah untuk duduk sebentar dan menilai kembali aper yang dimahukan dalam hidup???...

entah…
saya tidak layak untuk menghakimi manusia…
bahkan saya tidak layak untuk menghakimi sesiapa atas dunia…
siapalah saya jika dibandingkan dengan mereka – mereka???…
saya hanya hamba ciptaan Yang Maha Esa…
kejamkah saya sebagai manusia???...
mungkin juga…

memuaskan hti orang sentiasa, itu pilihan yang saya ader…
tapi saya menolak dan enggan mahu percaya…
sebab saya tahu, saya masih punya rasa…
kerana saya manusia…
 
“ader sesuatu bdalam perancangan…moga akan terlaksana dengan jaya nya…saya harap kan yang baik baik sahaja hendaknya”
 

awak, dia sudah penat menangis...

awak…
tubir mata itu semakin digenangi…
air mata tidak berhenti…
terus mengalir di pipi…
dier seka ke tepi…

awak…
dier rela kan hati disakiti…
dier relakan air mata yang tidak berhenti…
dier relakan segalanya dengan harapan awak akan kembali…
pulang ke sisi…

awak…
dier sudah tidak tahu mahu buat aper…
dier sudah rasa serba tidak kena…
hati sebak setiap kali wajah awak menjelma…
dier usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira…
dengan harapan semuanya kembali seperti sediakala…
seperti biasa…
 
awak…
dier sudah tidak kenal diri…
dier sudah tidak hiraukan kesihatan diri…
dier sudah tidak kisahkan penampilan peribadi…
hidup dier bergolak kini…
pecahnya jiwa dan hati…
dier sedang usaha mengubati…
lagi…

awak…
dier sendri tahu dier kesunyian…
dier sendiri tahu dier kesepian…
dier sendiri tahu dier keseorangan…
awak sendiri tahi dier hanya ader awak sebagai teman…
tapi, awak tetap buat dier dalam kesakitan…

awak…
dier tidak akan menyalahkan…
bukan awak yang dier akan tuding jari atau tangan…
dier pilih diri sendiri untuk tanggung penyesalan…
walaupun dier sendiri jelas akan keadaan…
cuma dier enggan mulakan pertengkaran…
kerana itu bakal lebih menyakitkan…

awak…
dier bersandar di katil dan renung dinding lagi…
telefon sentiasa di tangan kiri…
tangan kanan menyeka air mata yang membasahi…
kepala dier sudah berpusing hingga dier tidak mampu berdiri…
mata membengkak hingga dier malu sendiri…
tapi pilunya air mata tidak mahu berhenti…
sakit dier menusuk ke ulu hati…
  
awak…
dier seperti enggan percaya…
awak berubah sekelip mata…
kurang seminit, awak hilang begitu sahaja…
tidak muncul walaupun dier merayu bagai orang gila…
dier terpinga pinga…
tidak tahu aper salahnya…
terkapar – kapar mencari jawapan bagi yakinkan diri ini semua sementara…
awak…
dier rasa kasihan dengan diri sendiri…
setiap hari dier perlu dipaksa untuk kekal berdiri…
lakonan atas dunia perlu diteruskan supaya dier tidak mati…
walaupun cerah, terang, dier masih sepi…
tarian tetap diatur, walaupun air mata mengalir dipipi…
senyuman tetap diukir walaupun sakitnya hati…
dier perlu kuat demi mendapatkan awak kembali…
muncul disisi…

awak…
awak boleh ambil masa hingga infiniti…
dier tetap akan berusaha mencari..
kembalikan awak ke sisi…
dier tetap akan menanti…
walaupun ia lebih kepada membunuh diri…
mengabaikan diri hingga hampir mati…
asalkan awak kembali…

awak…
dier tahu betapa dier sayangkan awak…
dier tahu betapa dier cintakan awak…
dier tahu betapa dier mahukan awak…
dier tahu betapa dier rindukan awak…
dier jelas segalanya dan rasa layak…

awak…
dier mohon awak kembali…
walaupun sebentar ke sisi…
cukup untuk dier seka air mata di pipi…
cukup untuk dier gembira sedikit lagi…
cukup untuk dier lupakan kesakitan diri…
cukup untuk dier kekal berdiri…

awak…
bolehkan permintaan itu dipenuhi???...
mengabulkan permintaan dier ini???...
dier menanti…
setiap malam, sepanjang hari…
kerana dier enggan menangis lagi…
 
“benda paling sukar dalam dunia adalah memahami diri sendiri – bukan memahami orang lain yang ader di sisi ataupun yang dating menjengah sesekali…sekadar satu lambaian tangan sahaja sudah cukup untuk buat kita kenal orang lain, tetapi kita masih tidak memahami diri sendiri di depan cermin”

“ujian datang dalam perbagai bentuk…mengahadapinya dengan senyuman walaupun sakit jatuh terduduk…tiada lagi istilah mahu duduk terpuruk…masa untuk beraksi memulakan aper yang diperjuangkan supaya diri tidak rasa teruk”

 

Monday, November 28, 2011

salahkah bercinta dengan suami orang...

dalam keadaan yang agak sejuk pada pagi itu, saya dengan ringan tulang menekses pesanan elektronik dari kenalan kenalan…yahoo mail messages adalah penghubung antara saya dengan kenalan kenalan semua yang jauh di mata tapi begitu dekat di hati…itulah lumrah kehidupan bukan…

dalam lambakan pesanan itu, ader sesutu yang menarik perhatian saya…pesanan dari seorang kawan lama sewaktu di zaman pengajian dahulu…rasa nya tidak begitu rapat, cuma kembali bertegur sape disebabkan dier membaca blog saya secara tidak sengaja…seperti yang dier minta, saya titipkan nombor telefon sebagai balasan surat elektronik yang panjang berjela…
 
kenalan : kamu dah baca aper yang saya tulis???...
saya : dah…
kenalan : aper pendapat kamu???...
saya : kamu serius dengan keputusan kamu???...
kenalan: yer…
saya : soalan ini mungkin agak klise, tapi dah tiada lelaki bujang ker???...
kenalan : dah banyak kali bercinta dengan lelaki bujang, tapi malangnya tiada penyudah yang baik…
saya : mungin kamu terjumpa orang yang salah…
kenalan : berapa kali lagi saya asyik kena jumpa dengan orang yang salah sebelum saya jumpa yang betul???...saya dah jumpa banyak dah, sampai saya tak larat…
saya : kalau kamu dah kata begitu, tapi kamu tak kesian dengan isteri dier???...
kenalan : isteri dier yang beri keizinan…
saya : setelah dier tahu kamu bersama kan???...
kenalan : memang, tapi sekurang – kurangnya kami berterus terang…
saya : kamu dah habis fakir???...benda nie masa depan kamu, masa depan keturunan dan sebagainya…tiada jalan patah balik…kalau kamu patah balik sekalipun, keadaan dah tak sama…
kenalan : saya nak tanya satu benda…
saya : aper dier???...
kenalan : kenapa orang mesti pandang rendah pada orang yang berkahwin dengan suami orang???...
saya : bukan pandang rendah, cuma, masyarakat kita masih ader stigma pada orang sedemikian rupa…alasan yang diberikan kepada orang yang berkahwin dengan suami orang ini kadangkala sukar diterima…mungkin sebab harta atau aper sahaja…
kenalan : saya nak kahwin dengan dier sebab cinta…
saya : siapa yang kahwin bukan atas dasar cinta???...kecuali orang yang kena kahwin paksa…
kenalan : dier dah kahwin berapa tahun, belum dapat zuriat…isteri dier benarkan dier kahwin lagi…kebetulan dier dan aku pernah menjalinkan cinta monyet zaman sekolah dahulu…salahkan???...
saya : maaf, saya tak boleh hukum kamu salah atau betul…itu terpulang pada kalian…cuma………..
kenalan : cuma aper???...
saya : dah bersedia nak menghadapi keluarga???...masyarakat???...
kenalan : nak takut aper pada mereka???...bukan mereka yang beri saya makan…
saya : memang bukan mereka yang beri kamu makan, pakai – cuma itulah, kita hidup bermasyarakat…benda – benda begini kita perlu ambil kira…kalau tak kisah itu semua, terpulang…saya cma tnya sebab saya tak nak kamu tertekan sendirian dikemudian hari…
kenalan : saya percaya saya boleh hadapi semua ini…saya dan dier bersedia…kami juga sudah buat perjanjian antara kami bertiga, saya, lelaki itu dan isteri dier…
saya : ohhhhh, sampai begitu sekali…
kenalan : untuk menjamin keadilan, begitu lebih baik saya rasa…
saya : terpulang…
kenalan : jadi, kamu akan mendoakan kami???...
saya : untuk kamu pilih yang terbaik, semoga pilihan kamu tepat…jalan yang dilalui dipermudahkan, saya hanya dapat doakan yang baik – baik sahaja…
kenalan : kamu tak pandang rendah pada saya kan Myza???...
saya : dengan harapan rumahtangga kamu harmoni dan poligami itu membawa keberkatan pada kalian semua…kalau keadilan dapat ditegakkan, saya tumpang gembira dengan itu semua…
saya bukan orang yang layak untuk menyatakan boleh atau tidak kahwin dengan suami orang (mungkin juga isteri orang) disebabkan saya sendiri tidak punya pengalaman sedemikian dan minta dijauhkan…biarlah kalau kepunyaan saya, hanya kepunyaan saya dan saya memang tabik kepada orang yang sanggup berkongsi rasa dengan wanita lain dalam melayari bantera rumahtangga…kalau ianya dibina dengan persetujuan bersama, dengan rukun yang baik, saya percaya, tidak mustahil untuk kekal bahagia sehingga beberapa keturunan sekalipun…

cuma, kalau kebahagiaan itu dibina atas penderitaan dan air mata orang lain, sendiri mau ingat yer???...hukum karma itu berlaku walaupun konsep nya mungkin ader yang mengatakan dari agama lain…yang penting, sisinya, benda baik dibalas baik, benda jahat, buruk padahnya…tidak, bukan saya menulis disebabkan dendam atau aper, cuma, saya percaya dengan janji Maha Pencipta Ynag Maha Bijaksana…kamu mungkin boleh mengaku diri kamu hebat dan pandai, tapi siapa Yang Maha Genius???...bukan kamu…
senyum…

“saya cuma mampu berharap agar setiap orang menemui kegembiraan yang mereka cari dan dambakan dalam hidup ini…saya???...yer, saya sudah jumpa dengan kebahagiaan hidup saya…harap harap berkekalan hendaknya”

( terima kasih yang sudi berinteraksi dengan saya di halaman cinta dan kehidupan-amyza…maaf kalau saya terlewat sedikit membalas komentar ataupun aper yang kalian titipkan…ohhhhh, buat yang bertanya sama ader boleh berkongsi pautan blog mereka di situ atau tidak, silakan sahaja…senyum )

“hidup ini bagaikan masa menunggu kenderaan awam…bila kita menunggu terlalu lama, tiada satu aper pun yang datang…bila kita mahu berlalu pergi, ajaibnya beberapa kenderaan datang ke sisi…aneh bukan???...”

 

Wednesday, November 23, 2011

awak, kadangkala mimpi itu membunuh si dier...

awak...
dalam mengejar impian, si dier terfikir akan sesuatu...
ader kah si dier mampu???...
untuk berdiri sama tinggi walaupun tidak sama paras bahu???...
untuk duduk sama rendah walaupun mungkin akan disiku???...
untuk mengekori bagaikan bayang – bayang yang muncul selalu???...
entah, si dier tidak tahu...

awak...
si dier terjaga dari lena...
si dier mimpi benda yang buatkan si dier tersenyum bahagia...
si dier mimpi benda yang buatkan hatinya gembira...
tapi rasa itu tidak lama...
si dier terfikir, aper kah harapan tinggi bakal mengundang bencana???...
aper kah syurga yang diidamkan akan bertukar neraka???...
ahhhhh, si dier mula rasa sakit kepala...
awak...
kalaulah awak mengerti...
kalaulah awak memahami...
kalaulah awak memerhati...
kalaulah awak menyayangi...
kalaulah awak merindui...
kalaulah awak sedia berkongsi...

awak...
mimpi itu memang indah...
khayalan yang dicipta memang meriah...
angan yang dikarang bersama memang tiada yang susah...
segala yang dicitakan tidak ader erti payah... 

awak...
setiap hari si dier menyakinkan diri...
bahawa hanya awak yang si dier cintai...
bahawa hanya awak yang si dier rindui...
bahawa hanya awak yang si dier mahukan sebagai pasanagn hidup ini...
bahawa hanya awak yang si dier mahu nikahi...
bahawa hanya awak yang si dier mahukan wahai kekasih hati...

awak...
ader kah ini yang dinamakan ujian???...
ader kah ini yang dinamakan cabaran???...
ader kah ini yang dinamakan dugaan???...
ader kah ini yang dinamakan kesukaran???...
ader kah ini yang dinamakan kepayahan???...

awak...
untuk terus bersama, si dier sanggup kesat air mata...
untuk terus bersama, si dier sanggup kekal berpura...
untuk terus bersama, si dier sanggup senyum palsu sentiasa...
untuk terus bersama, si dier sanggup berlakon ketawa...
untuk terus bersama, si dier sanggup bersandiwara...

awak...
si dier mahu awak mendengar masalah si dier...
si dier mahu awak lihat awak beri perhatian walaupun hanya dengan lirikan mata...
si dier mahu awak yakinkan si dier bahawa segalanya akan baik sahaja...
si dier mahu awak beritahu si dier bahawa itu cuma ujian yang mampu diatasi bersama...
si dier mahu awak cakap dan senyum ceria...
itu lebih bermakna...

awak...
awak sayang si dier...
awak cinta si dier...
awak mahu bersama si dier...
awak mahu jadi pasangan si dier...
cuma mungkin awak tidak luahkan di muka si dier...
itu yang si dier tanamkan dalam minda...

awak...
si dier tidak hanya mahu jadi kekasih...
si dier tidak hanya mahu jadi buah hati...
si dier tidak hanya mahu jadi bakal pasangan hidup...
si dier tidak hanya mahu jadi kawan baik...
si dier mahu jadi segalanya – dalam satu...

awak...
supaya awak menyedari, si dier sudah bersedia...
untuk pikul segalanya bersama...
bukan hanya cari si dier demi meluangkan waktu gembira...
tetapi tetap berkongsi waktu duka...
mengharungi segalanya demi mengejar mimpi yang terbina...
 
awak...
awak tahu aper yang buat si dier bahagia???...
bila awak ader bersama si dier...
walaupun sekadar sekelumit cuma...

awak...
awak tahu aper yang buat si dier gembira???...
bila awak lepaskan sebentar kerja...
dan duduk dengar si dier...
awak...
awak tahu aper yang buat si dier tersernyum manja???...
bila awak bercakap dengan si dier...
walaupun ia cuma usikan nakal bersahaja...

awak...
awak tahu aper yang mampu buat si dier ketawa???...
bila awak tegur si dier macam bayi yang tidak ceria...
sebab si dier tahu, pujian daripada awak adalah bermakna...

awak...
tapi awak tahu sesuatu yang buat si dier kecewa???...
itu semua hanya mimpi si dier...
 yang membunuh sebab si dier mengharapkan ianya menjadi nyata...
 dalam diam si dier mati begitu sahaja...

“hari dan dunia yang panjang semoga makin mematangkan dan memudahkan segalanya...disambut dengan senyuman, dilalui dengan penuh redha dan tabah demi aper yang dipanggil kejayaan”

“bentuk penghormatan terbaik adalah hormat kepada diri sendiri...berikanlah kepada diri sendiri, dan orang lain tidak akan punya masalah untuk menerimanya bila kita mampu hormat diri sendiri...maka kita akan lebih hormat pada mereka”