menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, December 23, 2013

laluan diri...

 
as salam…
salah satu benda yang aku belajar setakat mendirikan rumah tangga adalah setiap keputusan yang aku mahu lakukan --- aku sudah tidak boleh mementingkan diri sendiri…kalau sebelum ini, segala keinginan aku, aku akan pastikan dipenuhi dengan berusaha sedaya upaya tanpa mengira bagaimana cara, sekarang ini aku perlu lebih banyak tenangkan diri fikirkan dari banyak segi…

ya…
setiap daripada kita mana ada yang serupa…aku orang yang tidak obses dengan diri sendiri…sentiasa merasakan diri aku wujud sebab ada orang masih mahu bercakap dengan aku, jadi kalau tiada orang berbual dengan aku --- aku fikir aku adalah manusia yang mati…aneh bukan???tapi begitulah aku memandang komunikasi dan disebabkan itulah, aku bersyukur dengan kenyataan klon manusia adalah haram…tak nak aku ada seorang lagi yang serupa dengan aku --- penuh cacat cela aku sendiri…

hah…

kau mungkin pernah terfikir mahu melarikan diri daripada semua orang…tinggalkan segala benda yang menyakitkan dan membunuh perasaan kacau bilau…tenangkan diri daripada semua gangguan demi teruskan kehidupan…tapi, pernahkan kau merasakan yang kau perlu kekal berdiri di tempat ini dan hadapi segalanya dengan muka penuh yakin demi memburu bahagia?
 
laluan hidup ini, kau yang perlu pilih…
untuk hapuskan perasaan sedih…
untuk sembuh dan cepat pulih…
ubati perasaan sedih…

mengapa mesti lihat prejudis manusia???
mereka tidak mengerti apa yang aku rasa…
kau dan mereka tidak berada dalam kasut serupa…
enyah sahaja perasaan kurang senang dengan mereka…
kau pilih jalan yang kurang dosa…
yang bawa gembira…

kalau kau sendiri tidak mahu teruskan…
tiada siapa akan bantu buat perubahan…

ingat janji Tuhan J

Sunday, December 22, 2013

pengalaman baru sebagai isteri...

 
as salam semua…

sejak mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang telah dinikahi ----- walaupun kenal tidak sampai setahun ketika berkahwin, aku banyak belajar benda baru…banyak belajar tentang bagaimana hidup yang selama ini, tengok orang lain lakukan, tapi tertanya – tanya sama ada aku mampu hadapi ataupun tidak dengan keupayaan diri…

lain orang, lain kisahnya…
kan???

tinggal berjauhan dengan suami…
salama ini, lihat kawan – kawan yang setiap kali khamis menjelma, sama ada terus bergerak pulang bertemu suami ataupun menunggu suami pulang dengan gembira…ada yang ambil cuti rehat jika suami punya cuti yang lebih dari mereka…sebagai penghargaan adanya mereka yang dikasihi di sisi…rakan – rakan lelaki juga kebanyakannya begitu…pulang menemui isteri walaupun jarak yang jauh harus ditempuhi…memanglah orang akan kata setakat Kedah – Terengganu, apalah sangat kan???tapi dengan kekangan waktu dan kesibukan kerja, masih boleh berjumpa, aku rasa itu cukup gembira dah…bagi isteri macam aku, sebulan sekali bertemu suami buatkan aku sentiasa menghitung hari…bersuami kan “orang minyak” atau “mamat offshore” buatkan aku rasa sangat unik…apa uniknya???nanti aku ceritakan dipost yang lain ya…
pergi ke acara yang disukai bersama – sama…
kalau aku dengan minat aku pada buku, pada seni yang dihadiri oleh kelompok kecil tapi menyenangkan hati walaupun dihiasi dengan nyanyian puisi, dikiran muzik, serta hembusan asap sigar dilentuk oleh udara cemar motokar --- encik suami pula lebih kepada benda kesukanan dan elemen yang berarah kepada kecegasan…nampak macam sangat berbeza, tapi dengan benda yang aku suka, dan dia suka --- sebenarnya, ada nilai persamaan yang mampu dikongsi bersama…
sudah lama menjadi impian aku menghadiri majlis – majlis seni bersama dengan lelaki yang disukai, supaya dia tahu dari mana aku mulakan langkah aku yang dia sendiri kenali, yang kadangkala tenggelam dengan pembacaan dek khayalnya aku pada aksara…kalau dia sering kata aku dikenali oleh manusia lain yang aku sendiri tidak kenal, aku mahu dia tahu --- dikenali disebabkan aku tenggelam dalam benda yang aku suka…
beli baju honeymoon bersama…
mungkin orang lain masa bercinta dah buat benda begini, tapi orang macam kami yang --- diam cari perkataan --- “noob” bak kata suami, lepas kawin baru buat semua perkara yang selama ini pasangan kekasih tanpa ikatan nikah buat…ha ha ha…

cari baju honeymoon dalam kesesakan orang, memandangkan dalam musim cuti sekolah sememangnya cabaran…nasib baik pergi pagi…kalau pergi petang, mungkin aku dah jadi anak kecil yang duduk sahaja menahan rajuk…ya, teman suami cari baju honeymoon dia memandangkan aku ada banyak baju baru yang belum dipakai…

itu sahaja buat masa ini…
lain kali cerita lagi J



Saturday, June 15, 2013

dia bakal menantu keluarga...

kadangkala kita akan terfikir sesuatu…
mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?

kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi?
mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayang?
mengapa bukan kawan itu yang kita cintai?
mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dier lebih memahami?

dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita sering tertanya – tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada…setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang setia…kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia…

kadangkala awak akan terfikir sesuatu…
bila keluarga berkumpul dan berbual, nama sia dia yang terpacul di dalam kelompok keluarga…nama si dia yang dikaitkan dengan awak…nama dia yang sering disebut, buatkan awak tertanya, apakah ini yang dinamanya jodoh? dalam senyuman dan gelak ketawa awak bersama keluarga, akal awak mencari jawapan bagi persoalan yang tercetus di minda…kenapa dia berjaya menambat hati keluarga…

kadangkala awak renung langit sendiri…
awak cuba cari makna setiap perkara yang berlaku dalam hidup awak…
akal nakal awak pantas menyenaraikan kebaikan dan kelemahan si dia…
pada masa yang sama awak tidak mampu kekang akal awak dari senaraikan perkara yang sama yang melibatkan antara tingkah laku si dia dan citarasa awak terhadap pasangan awak…

awak diselubungi rasa berbunga – bunga…
berterima kasih kepada diri sendiri kerana jatuh hati pada manusia yang begitu sempurna dimata keluarga…sedangkan hakikat manusia, tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi…awak rasionalkan diri dengan menganggap itu adalah takdir yang terindah dalam hidup awak…awak tahu, hanya si kekasih yang begitu memahami bagaimana mahu mengawal awak yang sering rendah diri berbanding manusia sekeliling…

awak tahu dengan jelas kenapa awak bersama dengan kekasih…
awak tahu dengan jelas batasan awak bersama dengan kawan baik…
kerana mereka mempunyai dua fungsi yang berbeza…
kerana mereka mempunyai peranan dan sifat yang tidak akan sama…
dan lebih penting, mereka berdua mempunyai perasaan yang istimewa…

kawan baik akan kekal kawan baik…
itu sahaja yang awak perlu ingat…
kawan…

“janji bermaksud segalanya…tetapi bila janji dimusnahkan, maaf sudah tidak membawa apa – apa erti lagi…segalanya tidak akan sama seperti kali pertama “

“tetapi satu yang pasti nya --- DIA BAKAL MENANTU KELUARGA”

Tuesday, June 11, 2013

terima kasih...

untuk semua doa…
untuk semua ucapan…
untuk semua sokongan…

hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan…

daripada sekadar anak yang menulis di sini, menjadikan blog sebagai satu terapi, aku berkongsi segala jenis tulisan aku, daripada bersifar peribadi ataupun sebagai refleksi mata memerhati…tidak kurang ada yang suka dan lambakan yang membenci, aku masih dengan cara aku menulis sehingga aku mampu menghasilkan beberapa tulisan yang diterbitkan walaupun sekadar indie…

ahhh…
anak macam aku, perlukan doa daripada kalian untuk yang baik – baik…demi kekuatan yang barangkali kalian sering kata aku berikan --- bahkan, kalian yang datang membaca adalah sumber kekuatan aku untuk terus menulis dalam ruangan ini…dunia aku sendiri yang barangkali ada yang mengerti, ada yang terus campak ke tepi…bagaimana mungkin aku puaskan hati dan keinginan setiap orang kan?

maaf jika aku tidak dapat berblogging hampir setiap hari…
jujurnya barangkali kerana aku sendiri banyak menguruskan persiapan sendiri sambil berkejar dengan urusan pekerjaan yang menimbun banyaknya…di blog tiada apa yang aku kongsikan, mungkin sekadar penulisan aku dengan dengan label KOPI sahaja…ia ditulis sebagai satu pengiraan aku bakal melangsungkan perkahwinan dan aku tahu, ramai yang tidak menyedarinya…

ahhh…
kalian kenal aku bukan?
benda begini aku kurang gemar mahu hebahkan…
barangkali aku segan…

(tarik nafas --- paling dalam)
teruskan senyuman…
setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan…
setiap daripada kita layak merasa kebahagiaan…

aku mengambil selangkah ke hadapan…
dalam merasai kehidupan…

menterjemah impian…

Sunday, May 12, 2013

termangu dari riaksi...

bercakap sesuatu isu dengan orang yang memahami situasi kita seringkali menjadikan segalanya lebih baik dan tenang berbanding merungut dengan orang yang tidak mngerti aper – aper…mereka yang tidak melalui benda yang serupa menjadikan kita akan termangu dengan reaksi yang diberikan…aper kah itu penyelesaian ataupun sekadar jawapan untuk memuaskan pertanyaan?

begitulah barangkali yang sesetengah dari kita rasakan…
meluahkan rasa sakit dengan sesuatu perkara dengan mereka yang lebih mengerti menjadikan beban itu bagaikan diangkat dari bahu…mendendangkan rasa kelegaan apabila aper yang dirungutkan mendapat salah satu cadangan penyelesaian…mana mungkin mahu digalas beban ke sana ke mari sehingga menyusahkan diri sendiri?
kerana itu, manusia itu unik dan tersendiri…
berhentilah dari mencari kesalahan mereka yang kau sendiri tidak ketahui hujung pangkalnya…hanya berdasarkan pemerhatian dan rasa sakit hati kau yang entah aper – aper, kau menanamkan rasa benci kepada yang lain juga…kalau itu membuatkan kau menerima penghormatan yang tinggi dalam usaha kau menjadikan diri kau dilihat oleh orang lain, dipersilakan…setiap daripada manusia yang ader di dunia ini mengerti manusia lain yang wujud dan kekurangna kasih sayang…

merampas hak orang lain bukan jalan penyelesaian…
itu hanya  menjadikan kehidupan kau lebih perit dari aper kau bayangkan…

satu demi satu dilalui dengan menahan kekuatan daripada digunakan di tempat yang tidak sepatutnya…cuba memahami bahawa dalam memilih jalan hidup yang sedikit berbeza dengan orang lain, aku perlu tabah dalam memilih aper yang aku mahu atau aku percaya…
sehingga kebenaran itu dibukakan untuk aku --- aku cuma diam dan kirimkan doa agar segalanya bakal baik – baik sahaja…barangkali aku sudah terlalu tegar atau tepu dengan segala benda yang dihadapi buat amsa ini…bila punya ruang untuk aku rehat, aku rebahkan diri di pembaringan dan enggan mahu ambil tahu tentang aper – aper…

biarlah…
badan sudah terlalu banyak kali digunakan sehingga tahap layu…lembik, dan tidak berdaya tetapi atas sebab tidak mahu menghampakan permintaan orang lain, digagahkan juga…masih bangun dengan bertongkatkan lengan dan tampal senyuman bagaikan tiada aper yang terbazir dalam setiap pergerakan…biarlah…

senyuman yang paling berharga sudah lama hilang ditelan masa…yang tinggal barangkali senyuman paksa demi meneruskan kelangsungan hidup…sudah lama tidak ketawa kerana benar – benar gembira..tidak dapat dijangka dengan wujudnya manusia yang perlu dihadap sepanjang usia --- keletihan itu lebih sukar dibendung…perasaan berbaur dengan rasa hormat yang semakin menipis tetapi berusaha untuk dikekalkan…positif itu penting tetapi bila diuji barangkali – ahhh, alangkah pemadam juga menipis bila dilanyak setiap kali, apatah lagi hati manusia kan???

ujian bakal menjelma lagi…
entah kuat atau lemah nak menghadapi benda begini…
buat masa ini ---
kekalkan senyuman dan doa perasaan negative mati…
dan biarkan mulut itu berhenti…

Monday, May 6, 2013

perjalanan...


orang kata benda yang perlu dilalui setiap hari adalah asam garam kehidupan…semua orang memang ader kehidupan masing – masing tapi ader kah mereka terbuka dalam menerimanya? entah aku sudah semakin tua ataupun aku sudah jadi endah tidak endah bila memikirkan bahawa sebaik mana kita cuba untuk jadi, semakin banyak dugaan yang datang untuk menjatuhkan kita semula…

aku memilih untuk terus senyum bagaikan tiada aper yang berlaku…
pura – pura?

itu lebih baik daripada menimbulkan kekecohan dan membiarkan banyak pihak terluka…kerana pada akhirnya, dengan mencederakan perasaan dan jiwa manusia yang kau sayangi, kau sendiri yang akan sakit tidak terperi melihatkan penderitaan yang mereka tanggungi atas kesilapan terlalu mengikut perasaan amarah sesuka hati…
 
mengalah bukan bererti kalah…
mengalah bukan bermaksud akan terus rebah…

mungkin juga dengan mengalah sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk masa hadapan yang cerah…kehidupan yang lebih membahagiakan dan senyuman yang lebih murah…bukan muka cemberut bagaikan ader najis sentiasa di bawah hidung, dia atas wajah…sukarnya menghadapi dugaan bahawa aper yang kau sukai dihalang oleh pertalian darah merah…barangkali itu yang terjadi bila empangan kesabaran pecah, manusia mula naik gila dan banyak darah tumpah…ahhh, segalanya penuh sumpah seranah…

perjalanan masih panjang…
baru satu hari dikorbankan…

ader kah bunyi itu, bunyi genderang perang?

dalam kehidupan manusia, kadangkala laluan yang kita nampak dekat sebenarnya panjang dan tidak terduga aper yang akan berlaku walaupun sedetik kemudiannya…perjalanan yang pada orang mudah tetapi orang lain yang melaluinya terkadangnya payah…dilihat dengan mata kasar segalanya baik – baik sahaja, penuh kisah gembira, tetapi hati yang melalui mungkin juga susah…
satu demi satu takah dilalui sehinggalah menemui aper yang dicari…bagaikan sebuah persembahan yang mahu dijalankan secara cemerlang, kesukaran yang dihadapi, kepayahan yang dilalui, cabaran yang mendatang dilalui dengan segala kekuatan dalam diri…fasa persediaan menghadapi hai persembahan itu yang meletihkan dan membuatkan diri acapkali tersenak melihat aper yang berlaku dihadapan…

persetankan?
mungkin boleh, jika hati membenarkan…

tapi, siapa kita yang mahu lari dari kenyataan?
hadapi segalanya dengan senyuman…
kuatkan kaki dan teruskan perjalanan…

Tuesday, March 26, 2013

simpan...

ader satu tahap yang dier fikirkan, dier sudah jadik sedikit dewasa dalam sifir kematangan…baik buruk perbuatan, semua dier sudah susun akal – buat keputusan…malangnya, aper yang dier laksana mengundang pertengkaran…

satu demi satu…
dier benci perjalanan waktu…
walaupun hakikatnya begitu…
dier bercakap bagaikan dengan batu…
mahu dibaling – hatinya sakit dan pilu…
mahu digalas – sakitnya bahu…

dier tidak punya sesiapa…
bila dalam urusan perasaan – dier sebatang kara…
deir sedar dier masih punya Tuhan Maha Esa…
bahkan dier bersyukur dier masih hamba…
cma dier masih perlukan manusia…
untuk dengarkan dier – tepuk bahu, lap air mata…

sedikit sebanyak dier akur dengan kesakitan…
mereput dalam hingga hilang pertimbangan…
menyakitkan hatinya sendiri bukan satu pilihan…
mahu melampias sakit pada orang lain – dier enggan…
dier junjung sahaja kepayahan…
agar dier terus hilang dari pandangan…

simpan…
memang dier simpan segala kenangan…
segalanya dier humban…
terus masuk dalam peti simpanan…
tanpa perlu dier selidiki setiap kepingan…
kerana segalanya punya penceritaan…
yang dier – enggan dedahkan…
dier…
sudah enggan jadi boneka…
hanya ukir senyuman di muka…
tetapi hakikatnya dier terpaksa…
robek jiwa…
tiangkan kelopak mata…
supaya tiada aliran air – cakap orang, tulikan telinga…
demi nampak kuat atas dunia…

hentikan…
segalanya dier mahu simpan…
biarkan permainan diteruskan…
dier enggan ambil bahagian…
dalam perjuangan nyawa penuh kesakitan…
p/s : atas permintaan seorang kenalan lama yang mahukan aku menulis tentang kisah hidupnya, aku sudah tunai kan permintaan kamu wahai sahabat…bersabar lah dan terus kan bersabar, dunia adalah sebagai pentas lakonan…dan kita adalah pelakonnya, buat kamu yang tabah - teruskan kehidupan, kumbang bukan seekor…walaupun aku tidak selalu boleh menemani kamu, tetapi doa ku sentiasa bersama sama kamu selalu…

 - sahabat, carilah penganti agar kamu gembira lagi -

Monday, March 25, 2013

ingat lupa...

hidup ini kadangkala cantik sehingga kita terlupa akan ader waktu ia akan berubah wajah sekelip mata…terlampau asyik dan khayal menikmati suatu benda acapkali buat kita lupa bahawa satu saat nanti kita juga akan lenyap dan luput dari atas dunia…yang tinggal barangkali hanya kenangan dan nama kita…itu pun kalau ader yang mahu ingat…

orang di ladang epal pernah berkata – “ petiklah seberapa banyak epal yang ader di sini…semuanya manis”…
ternyata – di antara yang manis, rangup, ader juga yang masam dan langsung tidak boleh dikunyah serta dimamah…masam sampai kita lemparkan sahaja ke bawah pohon – ditinggalkan dan cari lain yang manis…sangat mengingatkan dier kepada kehidupan itu sendiri…kadangkala hidup kita penuh dengan benda manis, ---indah belaka dengan perkara gembira dan kita melaluinya dengan penuh suka…segala yang dilalui, dihadapi --- dijadikan kenangan, kerana ia benda yang menarik untuk diingati…

tetapi adakala dalam hidup --- ader benda yang pahit, masam, kelat hingga kita tak boleh telan…mahu dihadam tetapi kita juga akan sengsara sendiri…jalan terbaik, kita tinggalkan  - belajar sesuatu daripadanya, pandang ke hadapan dan teruskan kehidupan…

jadi, untuk mereka mereka yang eprnah muncul sebagai dugaan dan cabaran dalam hidup dier, dier mahu katakan terima kasih kerana pernah wujud, mencabar deir hingga tahap dier berada sekarang ini…walaupun sakit, payah, jatuh dan rebah…

---anak ini tetap bangun semula walaupun payah… 

awak dan jantung hati...

awak…
siapa kata dier tidak sayang?
siapa kata dier garang?
siapa kata arah tuju tersasar bagai bola tak masuk gawang?

awak…
dier begitu memahami, dier rasa terlalu disayangi…perasaan tidak pernah berbelah bagi, walaupun kadangkala pertelingkahan terjadi…ader sahaja bahan bakar api, tetapi kepala tidak pernah pusing dan hati tidak pernah panas…dalam perhubungan, tiada istilah pentingkan diri…perlu turunkan ego sedikit cecah bumi…kerana, demi menjaga hubungan yang disayangi dan kerana demi memelihara kasih sayang yang disanjungi…

awak…
tidak susah bukan untuk mengenal hati budi, buka ruang bincang dan saling berkongsi…jangan terus memendam supaya tiada sakit dihati…jangan terus mendongkol sepi, supaya tiada sunyi dihati…bukankah kita sudah berjanji yang kita akan sehidup semati…

awak…
percintaan itu ibarat bahan bacaan, setiap inci perkataan harus diamati dan digunakan…bahan bacaan berlambah, bertaburan…begitu juga dengan nilai sesebuah perhubungan itu, pilih yang punya nasihat – yang mampu dijadikan panduan…supaya senang untuk membuat keputusan, hingga tidak timbul pertelingkahan…

awak…
sepanjang perkenalan, perhubungan tiada istilah pergaduhan…tidak pernah faham aper maksud pertempuran, tidak pula pernah meraskan diri menjadi bahan permainan…setiap ego, harus diserasikan…perlu tundukkan sedikit keras kepala yang bakal makan hati, lembutkan sedikit diri supaya sentiasa rasa dimanjai…tidak perlu pentingkan diri, kemahuan sentiasa dibelai dan disayangi bukan?

awak…
aper pun yang terjadi, awak tetap si jantung hati…dier sayang awak sampai mati, menunggu awak pulang setiap hari…menyayangi awak dari pagi sampai dinihari, kerana awak insan yang patut dier kenangi dan sayangi…

Sunday, March 24, 2013

reput...

satu benda aneh terjadi…buat ramai senyum sendiri…reput iwa manusia, rosak hati yang katanya penuh ilmu dunia…yang tunggang langgang kejar ilmu agama, tetapi lupa belajar cara amalannya…bila pangkat dijunjung tinggi, bila manusia lemah dipandang sepi…bila lupa ukur baju di badan sendiri, putus tali pengukur bila puas mahu ditarik sana sini…reput, rosak sifat insani…bila nafsu jahat merajai…

pandangan yang jelas nyata dikaburi, lebih daripada kepuasan nafsu sendiri…katanya – pergi jahanam dengan mansia lain yang tidak setaraf…siapa mereka untuk diiktiraf…langsung tidak layak berganding bahu, berkongsi saf…berjalan bersama juga boleh merencat saraf…katanya lagi – ukuran manusia dilihat dari paras luaran bakal menjadi cermin dalaman…pantulan terus tegak bertunjangkan kekayaan, lebih tinggi menara kemewahan – lebih tinggi sanjungan…

ha ha ha…
ketawa penuh pura, bergema dalam ruang kecil – pantul sini sana…masih lagi wujud manusia dangkal rupanya, nilai manusia diukur dari sisi yang boleh diubah manusia…yang boleh ditipu, dicanang dan diubah fakta…yang elok depan mata, dipersia…

reput…
jiwa manusia sudah semakin serabut, hati mereka penuh rasa takut…rasa ketidakcukupan dengan duniawi buat mereka kedekut, walhal hati mereka yang sering merungut…

rosak…
kain orang lain dijengah, lupa kain sendiri koyak…menjulang tinggi nafsu duniawi sehingga lupa akhlak…mana pergi ilmu yang dituntut – tahan mata kantuk sampai rabak? hilang sudah hanyut arus deras laksana putus tali kayak?

manusia…
kadangkala kita lupa, bermula dari bawah penuh pancaroba…bila berada di tengah, mula hilang punca…baru dikelilingi oleh manusia lain berharta…kita sudah gelap mata, padahal harta itu bukan kita yang punya…itu pinjaman Tuhan buat mereka...

manusia…
itu baru ader di tengah – antara susah dan daki dunia…belum sehingga menjadi milikan sendiri itu harta, padahal diri sendiri juga belum capai tahap sedemikian rupa…bukankah sudah capai umur dewasa? mahu menyalahkan pengaruh rakan sebaya? mana pendinding segala ilmu – tonggang – langgang – pecah – kepala?

kadangkala…
hati tidak mahu menoleh ke belakang dan ambil masa, untuk lihat dari mana bermula…untuk belajar bersyukur atas segala…bukan terus jadi tamak dan tempah neraka, tipikal manusia…

kita?
jangan lupa siapa diri dan dari mana..
supaya jangan ikut berjemaah rosakkan dunia…

mereka?
doakan sahaja…
moga terbuka hijab penghalang mata…
biar kenal mana yang dipelajari tapi tidak diamalkan – tiada berguna…

siapa yang tidak takut?
bila nilai manusia semakin reput…
rapuh macam biskut…
seperti manusia yang tidak habis habis kedekut…

Wednesday, March 20, 2013

kamu, lelaki terhebat...

buat lelaki paling hebat…
buat cinta hati ini…
buat dier yang disayangi selamanya…

terima kasih sayang kerana ader nya kamu…
tahniah dan syukur diucapkan atas penantian selama ini…
diri ini mungkin tidak pandai menzahirkan kasih sayang, menunjukkan rasa cinta pada kamu dan sering ‘merajuk’ bak kata kamu, tapi Insyaallah, akan sentiasa berusaha memenangi kasih sayang, menjadi carta hati yang terbaik dan tidak berpaling dari janji taat setia…
 
buat cinta hati…
buat kamu yang sentiasa menyayangi saya…
terima kasih tidak cukup untuk segala pengorbanan…aksara yang dicoretkan ini bukan aper aper bahkan mungkin tidak sampai kepada maksud sebenar barangkali…tetapi, itu sahaja yang diri ini mampu luahkan untuk manusia yang sentiasa memikirkan diri ini – cinta hati kamu yang kadangkala bagus, kadangkala perangai keanak anakan…

buat kamu…
maaf atas segalanya…
terima kasih kerana selalu menghadiahkan senyuman paling manis setiap masa apabila bersama kamu…senyuman kamu tatkala bersama sudah cukup buat diri ini lega dan gembira…terhibur hari hari kita bila bersama…maaf tidak dapat bersama kamu selalu kerana tuntutan kerja kita berbeza…tetapi kita selalu bersama, kita bersama kerana kita memandang awan yang sama…
semoga yang terbaik buat kamu disana nanti...
amin…
diri ini sentiasa menunggu kamu di sini…
walaupun jauh pandangan mata, tetapi diri ini yakin kamu tetap setia…

salam sayang,
dari : carta hati…

Monday, March 18, 2013

sebab itu manusia berbeza...

sejak kebelakangan ini, ader benda yang kurang menarik berlaku…mungkin apabila kita ternampak sesuatu yang mencuit hati dengan cara orang membenci tetapi masih berlagak suci – kita hanya akan senyum dan ketawa bila manusia sedemikian semakin menjadi jadi…ahhhhhh, hanya sekadar sebaris dua ayat gurauan dengan orang lain, terus dijaja dan dijadikan bahan untuk mengeji…tidak mengapa – anggap sahaja ujian disebabkan oleh sebegini memang wujud sejak berzaman lagi…


mungkin kadangkala mahu marah, mahu lepaskan aper yang terbuku dalam hati secara membabi buta tapi mengenangkan aper yang dipesan oleh sahabat-baik-sampai-mati-pijak – kepala pernah beritahu, tanggungjawab sosial itu menjadikan diri mengulum sahaja kepayahan dengan salakan dan tempikan beruang beruang yang kehausan…sepatutnya kena buka kasut dan ambilkan air  - tapi dalam sesetengah situasi, mungkin ader benarnya, membiarkan ia terus menyalak ader lah lebih baik – sebab mungkin ia sedang gembira akan sesuatu yang bahagia ataupun terjumpa kelemahan mangsa  - dan dier akan berhenti bila penat nanti.


semua itu membawa mengenangkan kembali cerita yang ditonton suatu ketika dahulu…juga mengenai beruang yang taat setia dan sangat memahami keadaan sekeliling…bila ader benda yang ia tak suka – ia akan jauhkan diri tanpa ader aper aper riaksi…begitu juga kalau ia suka, ia hanya akan mengangkat telinga dan suka sahaja…berlainan dengan sekumpulan beruang lain yang sama – ia hanya hidup dengan menerima aper yang berlaku dalam hidupnya dengan gembira…tajuk nya sudah lupa barangkali buat masa ini…


aper pun, kembali kepada persoalan asal – itu sebab manusia berbeza…dalam erti kata lain, untuk menyenangkan hati orang yang langsung tidak ader kaitan hidup mati dengan kita berbanding orang lain yang memberikan nilai sangat bermakna – dier percaya seperti yang dikatakan oleh kawan baik dier – pilih keutamaan kita…sebab kita sendiri tahu keutamaan kita dan aper yang penting dalam suatu jalinan hubungan dengan masyarakat…sebenarnya, ia bergantung pada keadaan juga kan???...kalau benda itu melibatkan pungutan derma ataupun kerja amal – kita patut tolong walaupun mungkin benda itu tiada kaitan dengan kita…tapi dari segi kemanusiaannya, yer, kita perlu…

 
“ salah satu sebab kenapa dier nak mesin pembuat espresso (ader beza antara mesin pembuat kopi dengan espresso) daripada LOBO…masih memikirkan tawaran lumayan tersebut “


seperti yang dier faham, dier setuju bahawa setiap satu daripada biji kopi yang ader di dunia ini berbeza…bergantung kepada jenis biji kopi, penyediaan dan sebagainya…dan begitu juga dengan selera manusia…tak ader yang sama…ader yang suka kopi kosong semata…ader yang suka pekat dan dari hasil yang pertama…ader yang mahu dicampurkan susu, gula, karamel dan entah aper aper lagi…makanan dan minuman dalam seni yang tersendiri…kopi salah satu daripadanya – pendapat peribadi dier tentunya…


jadi, bagaimana mahu mendapatkan kopi yang sedap???...sudah tentu dengan belajar mengenai kopi lebih baik daripada sebelumnya…bohonglah kalau Kopi O dan Frappucino sama rasa walaupun mungkin daripada biji kopi dan mesin yang sama…kesedapan dua benda berbeza bakal memuaskan salah satu daripada dua tetapi bagaimana kalau kita gabungkan berdua???...
Kopi O sedap ketika panas

Frappucino sedap ketika sejuk


tetapi

kebelakangan ini

misteri


anehnya Kopi O lebih sejuk dari Frappucino

mungkin itu yang menjadikan kesedapan ia tiada tara