satu
benda aneh terjadi…buat ramai senyum sendiri…reput iwa manusia, rosak hati yang
katanya penuh ilmu dunia…yang tunggang langgang kejar ilmu agama, tetapi lupa
belajar cara amalannya…bila pangkat dijunjung tinggi, bila manusia lemah
dipandang sepi…bila lupa ukur baju di badan sendiri, putus tali pengukur bila
puas mahu ditarik sana sini…reput, rosak sifat insani…bila nafsu jahat merajai…
pandangan
yang jelas nyata dikaburi, lebih daripada kepuasan nafsu sendiri…katanya –
pergi jahanam dengan mansia lain yang tidak setaraf…siapa mereka untuk
diiktiraf…langsung tidak layak berganding bahu, berkongsi saf…berjalan bersama
juga boleh merencat saraf…katanya lagi – ukuran manusia dilihat dari paras luaran
bakal menjadi cermin dalaman…pantulan terus tegak bertunjangkan kekayaan, lebih
tinggi menara kemewahan – lebih tinggi sanjungan…
ketawa
penuh pura, bergema dalam ruang kecil – pantul sini sana …masih lagi wujud manusia dangkal
rupanya, nilai manusia diukur dari sisi yang boleh diubah manusia…yang boleh
ditipu, dicanang dan diubah fakta…yang elok depan mata, dipersia…
reput…
jiwa
manusia sudah semakin serabut, hati mereka penuh rasa takut…rasa ketidakcukupan
dengan duniawi buat mereka kedekut, walhal hati mereka yang sering merungut…
rosak…
kain
orang lain dijengah, lupa kain sendiri koyak…menjulang tinggi nafsu duniawi
sehingga lupa akhlak…mana pergi ilmu yang dituntut – tahan mata kantuk sampai
rabak? hilang sudah hanyut arus deras laksana putus tali kayak?
manusia…
kadangkala
kita lupa, bermula dari bawah penuh pancaroba…bila berada di tengah, mula
hilang punca…baru dikelilingi oleh manusia lain berharta…kita sudah gelap mata,
padahal harta itu bukan kita yang punya…itu pinjaman Tuhan buat mereka...
manusia…

kadangkala…
hati
tidak mahu menoleh ke belakang dan ambil masa, untuk lihat dari mana
bermula…untuk belajar bersyukur atas segala…bukan terus jadi tamak dan tempah
neraka, tipikal manusia…
kita?
jangan
lupa siapa diri dan dari mana..
supaya
jangan ikut berjemaah rosakkan dunia…
mereka?
doakan
sahaja…
moga
terbuka hijab penghalang mata…
biar
kenal mana yang dipelajari tapi tidak diamalkan – tiada berguna…
siapa
yang tidak takut?
bila
nilai manusia semakin reput…
rapuh
macam biskut…
seperti
manusia yang tidak habis habis kedekut…
No comments:
Post a Comment