kenapa
mesti jadi pengecut dan penakut jika betul aper yang kamu mahukan dalam hidup…aper
perlunya kamu cari gaduh, timbulkan masalah dengan orang lain sedangkan kamu
baru hidup baik baik dalam kelompok kamu?
hidup
ini cantik…susah manapun hidup seseorang itu, masih ader benda yang buatkan
mereka masih kental dan tabah untuk meneruskan kehidupan kecuali mereka sudah
berputus asa dan cabut nyawa sendiri…tapi, kenapa kamu perlu tunjuk kuat dan
gagah dengan menindas orang lain? menghina mereka sehingga mereka jatuh…buat
mereka berjauh hati dan tinggal terpuruk sendiri, sepi enggan bangkit kembali…
aderkah
itu kemenangan yang kamu cari? dengan pandang rendah orang lain dan cerca
mereka? kamu mungkin hebat atas dunia…kamu mungkin hebat dengan penyokong serta
pendukung kamu atas dunia…dengan terbahak, kamu kental sebarkan cerita buruk, tabur
fitnah dengan rasa bangga seperti kamu adalah mangsa…

itu
bukan tanda kamu kuat, gagah perkasa tetapi tanda mereka sudah enggan mahu
campur urusan dunia…kamu boleh teruskan dansa…mereka mahu hidup dalam dunia
indah dan menikmati manisnya senyuman gembira…
“
senyuman awak manis…alangkah indahnya kalau senyuman awak yang saya pandang
setiap pagi dan malam? hari saya pastinya akan baik baik sahaja “
setiap
dari kita punya impian, harapan dalam kehidupan…kalau tidak tinggi melangit,
yang rendah pun menarik juga…itulah, kita semua memang tinggal dalam impian dan
harapan…jiwa itu masih belum tercemar…selamatkan dier, moga senyuman dier tidak
akan mati lagi begitu sahaja…ader kah kamu sudah bersedia untuk hadapi aper
sahaja?
amyza
: kamu tahu aper yang menjadikan hidup ini payah? ia apabila kamu bunuh
perasaan berbaik sangka dengan manusia lain di sekeliling kamu…( amyza, 18 Mac
2013)
No comments:
Post a Comment