awak…
sejak kebelakangan ini dier
kurang jiwa…
kurang stabil dengan urusan
harian…
kurang dapat luangkan masa…
paling menjengkelkan, dier
mudah terasa…
awak…
mungkin awak kenal dier tidak
lama…
mungkin usia percintaan belum
matang lagi agaknya…
maka awak kurang mengenali
dier…
jadi sekilas perbuatannya
awak kurang peka…
tapi, itu bukan salah awak –
hanya dier hilang atma…
awak…
sikap degilnya masih terbawa…
sifat berdikarinya tidak
dapat dikikis dari jadi pelindung utama…
sikap lantang bersuara…
sifat sembunyikan kesakitan
yang dirasa…
awak…
hadam sendiri mungkin sudah
biasa…
selesaikan sendiri mungkin
sudah lali baginya…
jari menekan senyuman bagi
tanam rahsia…
itulah sebab kenapa dier
masih wujud sebagai manusia…
awak…
maafkan dier…
bukan dier mahu berahsia…
tapi hati awak mahu dier jaga…
dier enggan awak terluka…
dengan dier yang cepat terasa…
hatta dengan benda berkaitan
kerjaya…
dier rasa dirinya cukup
celaka…
awak…
jangan risau satu perkara…
kebendaan atas dunia bukan
perkara utama…
walaupun awak mungkin risau
dengan sikap berdikari dier…
tapi yakinlah bahawa dier
hanya sayang awak sahaja…
lebih tepat, hanya awak yang
dier cinta…
yer, awak yang mungkin
membaca…
awak…
katakan awak terbaca…
dier mahu beritahu satu
perkara…
dier rindu dengar suara…
segera…
“ kadangkala kita jadi
terlampau mementingkan diri sendiri bila enggan mahu pasangan kita terluka dengan
sikap kita yang cepat terasa bila keruh, mendung jiwa tidak dapat diluahkan segala
“
“ terima kasih awak kerana
hadir di saat dier memerlukan seseorang yang memahami untuk dier meluahkan rasa…kepentingan
peribadi di tolak ketepi takkala awak diperlukan untuk dier mengisi kekosongan
hati – dengan ikhlas awak hulurkan tanpa kata…terima kasih sekali lagi kerana awak
ader untuk manusia beku ini - Mr. H “