menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, September 30, 2012

awak...hakikatnya, manusia memang tidak sempurna...

  
awak…
bila awak kata yang awak suka dier, dier hanya tersenyum…
bibir bergerak, senyuman menguntum…
mahu bicara tetapi lidah terkulum…

awak…
awak mencari manusia yang sempurna…
yang cantik paras rupa…
yang indah tutur kata…
yang langsung tiada cela…
yang kaya dengan harta…
dan menidakkan kehadiran dier…
yang tidak memenuhi citarasa awak…

awak…
paras rupa boleh bawa kemana???
bukankah bila umur meningkat, ia bakal dimamah masa???
bukankah dengan peredaran waktu, ia akan ditelan usia???
sebanyak mana suntik dadah bagi tegang segala…
awak tak boleh nafikan yang ia tidak sama…
dengan kecantikan kali pertama…
awak…
indah bahasa…
manis bicara…
siapa yang tidak suka???
tapi bagaimana kalau ia hanya bila menghadap bersama???
di belakang penuh dengan sumpah celaka…
di sisi penuh dengan kata nista…
ahhh, kalau terlampau manis, hanya undang bahaya…

awak…
bagaimana awak mahu yang tiada cela???
adakah manusia biasa langsung tiada dosa???
kalau tidak besar, yang kecil mungkin ader…
adakah awak cukup baik untuk minta sebegitu rupa???
sampai kelemahan orang awak jadikan bahan senda…
adakah itu tanda hebat nya awak sebagai manusia  ???
sudah boleh sampai tahap lawan Yang Maha Esa???
 
awak…
harta memang boleh buat gembira…
tanpa harta manusia mungkin melarat dihina…
tapi harta bukan segalanya…
awak mencemuh dan kata itu sangat klise bagai drama…
tapi adakah awak tahu harta juga boleh bikin celaka???
dengan harta yang banyak – manusia boleh lupa asal usul mereka…???
dan hubungan bukan aper yang dipanggil berharga…
tetapi lebih kepada pmerdagangan manusia…

awak…
memang tidak salah mahu cari yang bagus belaka…
bahkan itu dituntut dalam agama…
bahkan itu juga fitrah manusia…
mana ader yang suka yang lemah segala???
mestilah mahu mencari yang kelemahan diri terpelihara…
dapat melengkapkan diri yang kurang sempurna…

awak…
tetapi, perlukah awak hina dier sedemikian rupa???
hanya kerana dier memiliki ciri ayng awak suka???
dengan anggapan yang awak terlalu sempurna…
awak lupa…
ader lagi yang lebih hebat dari awak di atas sana
“ kadangkala hati akan mati dengan cepat tapa diketahui “

“ kalau kamu tidak kenal hati sendiri, bagaimana mahu orang lain kenal kamu dengan ikhlas??? “

No comments:

Post a Comment