bercakap
sesuatu isu dengan orang yang memahami situasi kita seringkali menjadikan
segalanya lebih baik dan tenang berbanding merungut dengan orang yang tidak
mngerti aper – aper…mereka yang tidak melalui benda yang serupa menjadikan kita
akan termangu dengan reaksi yang diberikan…aper kah itu penyelesaian ataupun
sekadar jawapan untuk memuaskan pertanyaan?
meluahkan
rasa sakit dengan sesuatu perkara dengan mereka yang lebih mengerti menjadikan
beban itu bagaikan diangkat dari bahu…mendendangkan rasa kelegaan apabila aper
yang dirungutkan mendapat salah satu cadangan penyelesaian…mana mungkin mahu
digalas beban ke sana
ke mari sehingga menyusahkan diri sendiri?
kerana
itu, manusia itu unik dan tersendiri…
berhentilah
dari mencari kesalahan mereka yang kau sendiri tidak ketahui hujung pangkalnya…hanya
berdasarkan pemerhatian dan rasa sakit hati kau yang entah aper – aper, kau menanamkan
rasa benci kepada yang lain juga…kalau itu membuatkan kau menerima penghormatan
yang tinggi dalam usaha kau menjadikan diri kau dilihat oleh orang lain,
dipersilakan…setiap daripada manusia yang ader di dunia ini mengerti manusia
lain yang wujud dan kekurangna kasih sayang…
merampas
hak orang lain bukan jalan penyelesaian…
itu
hanya menjadikan kehidupan kau lebih
perit dari aper kau bayangkan…
satu
demi satu dilalui dengan menahan kekuatan daripada digunakan di tempat yang
tidak sepatutnya…cuba
memahami bahawa dalam memilih jalan hidup yang sedikit berbeza dengan orang
lain, aku perlu tabah dalam memilih aper yang aku mahu atau aku percaya…
sehingga
kebenaran itu dibukakan untuk aku --- aku cuma diam dan kirimkan doa agar
segalanya bakal baik – baik sahaja…barangkali aku sudah terlalu tegar atau tepu
dengan segala benda yang dihadapi buat amsa ini…bila punya ruang untuk aku
rehat, aku rebahkan diri di pembaringan dan enggan mahu ambil tahu tentang aper
– aper…
biarlah…

senyuman
yang paling berharga sudah lama hilang ditelan masa…yang tinggal barangkali
senyuman paksa demi meneruskan kelangsungan hidup…sudah lama tidak ketawa
kerana benar – benar gembira..tidak dapat dijangka dengan wujudnya manusia yang
perlu dihadap sepanjang usia --- keletihan itu lebih sukar dibendung…perasaan
berbaur dengan rasa hormat yang semakin menipis tetapi berusaha untuk
dikekalkan…positif itu penting tetapi bila diuji barangkali – ahhh, alangkah
pemadam juga menipis bila dilanyak setiap kali, apatah lagi hati manusia kan ???
ujian
bakal menjelma lagi…
entah
kuat atau lemah nak menghadapi benda begini…
buat
masa ini ---
kekalkan
senyuman dan doa perasaan negative mati…
dan
biarkan mulut itu berhenti…
No comments:
Post a Comment