kadangkala
kita akan terfikir sesuatu…
mengapa
kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
mengapa
kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
mengapa
kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
mengapa
kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?
kadangkala
kita terfikir bila suatu benda terjadi?
mengapa
bukan kawan baik itu yang kita sayang?
mengapa
bukan kawan itu yang kita cintai?
mengapa
bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
mengapa
bukan kawan baik itu, sedangkan dier lebih memahami?

kadangkala
awak akan terfikir sesuatu…
bila
keluarga berkumpul dan berbual, nama sia dia yang terpacul di dalam kelompok
keluarga…nama si dia yang dikaitkan dengan awak…nama dia yang sering disebut,
buatkan awak tertanya, apakah ini yang dinamanya jodoh? dalam senyuman dan
gelak ketawa awak bersama keluarga, akal awak mencari jawapan bagi persoalan
yang tercetus di minda…kenapa dia berjaya menambat hati keluarga…
kadangkala
awak renung langit sendiri…
awak
cuba
cari makna setiap perkara yang berlaku dalam hidup awak…
akal
nakal awak pantas menyenaraikan kebaikan dan kelemahan si dia…

awak
diselubungi rasa berbunga – bunga…
berterima
kasih kepada diri sendiri kerana jatuh hati pada manusia yang begitu sempurna
dimata keluarga…sedangkan hakikat manusia, tiada siapa yang sempurna di atas
muka bumi…awak rasionalkan diri dengan menganggap itu adalah takdir yang
terindah dalam hidup awak…awak tahu, hanya si kekasih yang begitu memahami
bagaimana mahu mengawal awak yang sering rendah diri berbanding manusia
sekeliling…
awak
tahu dengan jelas kenapa awak bersama dengan kekasih…
awak
tahu dengan jelas batasan awak bersama dengan kawan baik…
kerana
mereka mempunyai dua fungsi yang berbeza…
kerana
mereka mempunyai peranan dan sifat yang tidak akan sama…
dan
lebih penting, mereka berdua mempunyai perasaan yang istimewa…
kawan
baik akan kekal kawan baik…
itu
sahaja yang awak perlu ingat…
kawan…
“janji bermaksud segalanya…tetapi bila
janji dimusnahkan, maaf sudah tidak membawa apa – apa erti lagi…segalanya tidak
akan sama seperti kali pertama “
“tetapi satu yang pasti nya --- DIA BAKAL
MENANTU KELUARGA”
No comments:
Post a Comment