menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, December 3, 2011

awak, dia sudah penat menangis...

awak…
tubir mata itu semakin digenangi…
air mata tidak berhenti…
terus mengalir di pipi…
dier seka ke tepi…

awak…
dier rela kan hati disakiti…
dier relakan air mata yang tidak berhenti…
dier relakan segalanya dengan harapan awak akan kembali…
pulang ke sisi…

awak…
dier sudah tidak tahu mahu buat aper…
dier sudah rasa serba tidak kena…
hati sebak setiap kali wajah awak menjelma…
dier usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira…
dengan harapan semuanya kembali seperti sediakala…
seperti biasa…
 
awak…
dier sudah tidak kenal diri…
dier sudah tidak hiraukan kesihatan diri…
dier sudah tidak kisahkan penampilan peribadi…
hidup dier bergolak kini…
pecahnya jiwa dan hati…
dier sedang usaha mengubati…
lagi…

awak…
dier sendri tahu dier kesunyian…
dier sendiri tahu dier kesepian…
dier sendiri tahu dier keseorangan…
awak sendiri tahi dier hanya ader awak sebagai teman…
tapi, awak tetap buat dier dalam kesakitan…

awak…
dier tidak akan menyalahkan…
bukan awak yang dier akan tuding jari atau tangan…
dier pilih diri sendiri untuk tanggung penyesalan…
walaupun dier sendiri jelas akan keadaan…
cuma dier enggan mulakan pertengkaran…
kerana itu bakal lebih menyakitkan…

awak…
dier bersandar di katil dan renung dinding lagi…
telefon sentiasa di tangan kiri…
tangan kanan menyeka air mata yang membasahi…
kepala dier sudah berpusing hingga dier tidak mampu berdiri…
mata membengkak hingga dier malu sendiri…
tapi pilunya air mata tidak mahu berhenti…
sakit dier menusuk ke ulu hati…
  
awak…
dier seperti enggan percaya…
awak berubah sekelip mata…
kurang seminit, awak hilang begitu sahaja…
tidak muncul walaupun dier merayu bagai orang gila…
dier terpinga pinga…
tidak tahu aper salahnya…
terkapar – kapar mencari jawapan bagi yakinkan diri ini semua sementara…
awak…
dier rasa kasihan dengan diri sendiri…
setiap hari dier perlu dipaksa untuk kekal berdiri…
lakonan atas dunia perlu diteruskan supaya dier tidak mati…
walaupun cerah, terang, dier masih sepi…
tarian tetap diatur, walaupun air mata mengalir dipipi…
senyuman tetap diukir walaupun sakitnya hati…
dier perlu kuat demi mendapatkan awak kembali…
muncul disisi…

awak…
awak boleh ambil masa hingga infiniti…
dier tetap akan berusaha mencari..
kembalikan awak ke sisi…
dier tetap akan menanti…
walaupun ia lebih kepada membunuh diri…
mengabaikan diri hingga hampir mati…
asalkan awak kembali…

awak…
dier tahu betapa dier sayangkan awak…
dier tahu betapa dier cintakan awak…
dier tahu betapa dier mahukan awak…
dier tahu betapa dier rindukan awak…
dier jelas segalanya dan rasa layak…

awak…
dier mohon awak kembali…
walaupun sebentar ke sisi…
cukup untuk dier seka air mata di pipi…
cukup untuk dier gembira sedikit lagi…
cukup untuk dier lupakan kesakitan diri…
cukup untuk dier kekal berdiri…

awak…
bolehkan permintaan itu dipenuhi???...
mengabulkan permintaan dier ini???...
dier menanti…
setiap malam, sepanjang hari…
kerana dier enggan menangis lagi…
 
“benda paling sukar dalam dunia adalah memahami diri sendiri – bukan memahami orang lain yang ader di sisi ataupun yang dating menjengah sesekali…sekadar satu lambaian tangan sahaja sudah cukup untuk buat kita kenal orang lain, tetapi kita masih tidak memahami diri sendiri di depan cermin”

“ujian datang dalam perbagai bentuk…mengahadapinya dengan senyuman walaupun sakit jatuh terduduk…tiada lagi istilah mahu duduk terpuruk…masa untuk beraksi memulakan aper yang diperjuangkan supaya diri tidak rasa teruk”

 

No comments:

Post a Comment