menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, December 5, 2011

awak, itu semua buat kita bertambah gembira...

awak…
ajaibnya sebuah rasa…
sebaris ayat beku di telefon sudah mampu buat dier ceria…
sebaris ayat tanpa suara…
sebaris ayat yang buatkan dier gembira…
yang buatkan dier lupa segala duka…
sebaris ayat yang cukup bermakna…

awak…
ajaibnya sebuah rasa…
hanya awak yang mampu buat dier bahagia…
dengan hanya perbuatan awak walau dalam senyap mahupun terbuka…
dengan perbualan awak walau kadangkala dier bermasam muka…
tapi ketawa riang awak buatkan dier terlupa…
muka cemberut bertukar ceria…

awak…
dier mampu hadapi segala…
dengan kehadiran awak di sisi dier…
walaupun bukan secara nyata…
walaupun buakan bertentang mata…
walaupun bukan bertemu bahu, bersentuh kepala…
sebab hati dier dapat merasa…
kehadiran awak dalam jiwa…

awak…
kadangkala datang rindu dier…
dalam keadaan terpuruk sakit, dier perlukan seseorang untuk bermanja…
dalam keadaan tertekan, dier perlukan seseorang untuk meluahkan rasa…
dalam keadaan terburuk, dier perlukan seseorang untuk berkongsi cerita…
dan ia mungkin mengakibatkan dier bertindak luar biasa…
menjadikan awak sasaran mahu beritahu semua…
tapi malangnya awak tiada…
dan dier kecewa…

awak…
awak buatkan dier tumbuh sebagai seorang yang penuh warna…
awak buatkan dier mampu hadapi dunia…
awak buatkan dier jadi seseorang yang dier sendiri tidak jangka…
awak buatkan dier menyayanyi awak sebagaimana dier sayangkan keluarga…
awak buatkan dier mahu terus hidup di sisi awak dan mengejar bahagia…
awak buatkan dier enggan pernah berputus asa…

awak…
dier masih lagi manusia yang serupa…
manusia yang diam bila ader sesuatu yang melanda…
manusia yang gulung masalah dengan ketawa…
manusia yang senyum bila sedang berduka…
manusia yangh tabah bila musibah menjelama…

awak…
tapi dengan awak, dier belajar berkongsi rasa…
tapi dengan awak, dier belajar buka rahsia…
tapi dengan awak, dier belajar erti bersama…
tapi dengan awak, dier belajar masalah bukan untuk peribadi semata…
awak…
sayangnya dier pada sebuah perasaan…
pada dier, awak bukannya mainan…
tapi seseorang yang layakdier mahu jadi pasangan…
yang dier mahukan sebagai peneman…
pasangan hidup sepanjang zaman…

awak…
dalam gembira, ader duka…
dalam ketawa, ader terselit air mata…
dalam bahagia, ader tersulam derita…
tapi itulah makn hidup penuh warna…
tapi, itulah makna hidup penuh ceritera…
awak…
walaupun awak dan dier sedang menghitung masa…
walaupun awak dan dier jarang berjumpa…
walaupun awak dan dier selalu berjauhan…
walaupun awak dan dier masih jauh terpisah di mata…
dier tahu awak dan dier berusaha…
kekal berusaha untuk bersama…

awak…
dier sayang awak sentiasa…
dier sayang awak selamanya…
dier sayang awak yang dier cinta…
“dalam senyuman palsu, sebenarnya kekuatan hidup bertambah dengan ader nya benda lain untuk mengalihkan tumpuan dari terus berduka…bukankah hidup perluterus ceria tidak mengira aper dugaan yang melanda???”

“walaupun sayan manusia beku, saya masih ader perasaan lagi melihat sebahagian daripada manusia tidak beraksi sebagaimana manusia lainnya…ahhhhh, sukarkah untuk jalani hidup yang biasa – biasa sahaja???...kenapa mesti pilih jalan derita???”

No comments:

Post a Comment