menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, November 21, 2011

awak, kadangkala si dier mahukan lebih perhatian...

awak...
si dier cuma dengar dengusan nafas...
si dier cuma dengar hembusan udara panas...
si dier cuma dengar dengupan jantung yang berdetik...
si dier cuma dengar papan kekunci diketuk pantas...

awak...
dalam diam, si dier ketuk dinding jantung hati...
aper yang si dier sembunyikan, hanya si dier sahaja yang tahu...
si dier cuma raih perhatian awak yang diam membisu...
si dier teringin beritahu segala tapi si dier malu...
hati si dier bertambah pilu...
bila si dier sedar jasad awak wujud, tapi hati awak tiada di situ...

awak...
aper yang awak sedang lalukan???...
aper kah awak sedang berikan perhatian???...
aper kah awak sedar yang si dier mahukan sedikit layanan???...
 
awak...
si dier sebenarnya rindu...
si dier sebenarnya mahu awak hentikan waktu...
biar awak dan si dier dapat menikmati masa bersama tanpa silu...
tanpa ader kelibat orang yang berlalu...
tanpa sesiapa yang akan buat tuduhan melulu...
dan kebahagiaan itu tidak diganggu...
yer, itu yang si dier mahu...

awak...
kadangkala awak mungkin pelik...
entah kenapa si dier bersikap sedikit jelik...
entah kenapa si dier macam agak terburu – buru...
entah kenapa si dier jadikan dunia mahu terbalik...
bersikap melulu macam mahu semua nya seperti sediakala...

awak...
sedarkah awak kadangkala si dier berubah???...
pada awak, si dier yang dikenali seorang yang sangat tabah...
si dier yang terima semua benda tanpa membantah...
si dier seorang yang anggup kepala pasrah...
si dier seorang yang ligat dan bermulut petah...

awak...
tapi si dier mula lari sedikit demi sedikit bagaikan ader yang mencelah???...
kenapa kebahagiaan yang dibina seakan mahu rebah???...
kenapa kegembiraan bagaikan dikikis musnah???...
kenapa dahan tempat berpaut mahu patah???...
ader kah si dier sudah berubah???...
ataupun awak yang berubah???...
dan masing – masing tetap mahu berpura tabah???...

awak...
si dier tetap sayang...
kasihnya tidak pernah goyang...
hatinya tidak pernah bergoncang...
kerana si dier mahu kekal menjadi bayang...
pada awak, manusia yang buatkan si dier kenal aper itu jiwa melayang...
pada awak, manusia yang buat si dier kenal aper itu mabuk kepayang...
pada awak, manusia yang buatkan si dier kenal aper itu kasih sayang...

awak...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier suka...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier gembira...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier enggan berduka...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier mahu kekal bersama...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier tetap setia...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier tidak pernah gagal panjatkan doa...
dalam senyap sunyi, si dier mahu beritahu yang si dier sentiasa mengigati awak setiap masa...

awak...
tapi semuanya tidak diluahkan...
si dier lebih banyak melayan perasaan...
si dier biar kan otak menerawang mencari jawapan...

awak...
kepalanya sesak dengan soalan...
kenapa awak biarkan si dier rasa keseorangan...
kenapa awak hilang dan pergi meninggalkan...
kenapa awak diam dan tidak tunjuk sama ader awak punya perasaan...
ader kah itu cara awak berikan perhatian???...

awak...
dan si dier kaku dan kekal diri disalahkan...
si dier tidak akan menuding jari pada awak, pasti buakn...
si dier melayan pelbagai jawapan...
yang bersusun atas kepala bagaikan awan...

awak...
walaupun tanpa suara...
walaupun tanpa butir bicara...
walaupun tanpa pesanan berjela...
walaupun tanpa meluahkan rasa...
walaupun hanya dengan detakan aksara...

awak...
si dier mahu awak tahu yang si dier tetap cinta...
si dier mahu awak tahu yang si dier tetap menunggu awak di tempat yang sama...
si dier mahu awak tahu yang si dier tetap akan berusaha...
untuk menjadi seseorang yang mampu buat awak bangga...

awak...
sebagai seorang yang awak suka...
sebagai seorang yang awak cinta...
sebagai seorang yang awak mahu hidup bersama...
sebagai seorang yang awak mahu cinta hidup selamanya...
sebagai seorang yang awak tanamkan benih bahagia...

awak...
terima kasih atas segalanya...
awak belum pernah gagal membuatkan si dier senyum ceria...
walaupun itu semua gunakan banyak tenaga...
awak tetap yang terbaik dalam hidup si dier...

“ senyum dalam keadaan yang entah terkawal ataupun tidak...menelusuri hidup yang semakin lama semakin menakutkan kenyataan, saya sudah belajar cara untuk tidak cepat melatah apabila berdepan dengan keadaan yang sukar”

 

No comments:

Post a Comment