menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, November 13, 2011

maaf kan saya sebab selalu degil...

pengakuan ikhlas…
perlu diakui saya memang jarang membaca blog orang lain kecuali saya adalah peminat tegar blog tersebut hingga saya sudah hafal pautan ke blog mereka…dan yer, walaupun sekarang saya sudah serasi dengan mainan dunia blog dan sering bersosial dialam maya…tetapi di alam nyata jugak saya tetap seperti dulu…ingin kan berkawan, kasih sayang, berkeluarga… 

maaf…maaf…maaf…

disebabkan ini blog ceritadunia-amyza, blog tempat saya menulis segala benda yang saya suka tanpa dipedulikan oleh sesiapa…saya rasa lebih santai dan tenang…tapi tidak semua kisah hidup saya dan kehidupan yang saya jalani sehari hari saya humban ke sini…sebab saya jugak punya privasi saya sendiri…walau pun saya tidak dikenali di dalam dunia maya dan dunia luar bukan satu masalah bagi saya…bahkan satu anugerah…

ader orang tulis macam-macam benda bila marah dan gembira…
ader orang tulis macam-macam benda bila bahagia dan berduka…
ader orang tulis macam-macam benda bila dia hilang rasa…

jadik, bila saya duduk membaca segala status di mukabuku, twitter ataupun di e-mail…saya hanya tersenyum melihat orang meluahkan aper yang mereka rasa…ciri-ciri pasangan mereka, tidak kira lelaki ataupun perempuan…masing-masing meletakkan sesuatu yang buat saya mahu menulis sesuatu...
terlampau mengambil berat hingga tahap mengongkong…
menjadi sifat perempuan, mengambil berat semua benda…setiap daripada maklumat yang dier dengari akan menjadi satu memori…keberkesanan berapa lama memori itu akan tinggal dalam sistem adalah bergantung kepada berapa pentingnya maklumat tersebut pada diri…sebagai contoh, ulang tahun setiap ahli keluarga, ulang tahun si dier, segala jenis tarikh yang pada diri bermakna, tempat tinggal kawan-kawan, dan pelbagai lagi, hatta aper yang mereka pakai sepanjang minggu termasuk minggu sebelumnya… 

itu baik… 
tapi setiap benda baik, jika terlampau banyak…boleh mengakibatkan kesan buruk… seperti juga dadah…kalau kita makan dadah sedikit, ubat batuk atau panadol sebagainya dalam kuantiti yang dibenarkan doktor, insyaALLAH, penyakit akan sembuh…tapi kalau diambil secara berlebihan hingga ketagih, memang boleh membunuh…jadi, ader kah situasi di bawah berlaku pada diri???...

yer, terlampau mengambil berat sehingga selalu tersasar daripada matlamat asal dalam soalan…silap-silap boleh menimbulkan pergaduhan disebabkan perkara yang kecil… pakaian aper yang dipakai semua mahu diketahui sehingga juga mungkin kasut jenis aper yang di pakai nya jugak di ambil berat…ehhh, lelaki suka pakai sandle atau kasut sukan yer???... mana-mana pun boleh la…awas kalian, boleh ambil berat, tapi jangan sampai mengongkong…

perkataan yang disebut tanpa berhemah…
tiada masalah kalau mahu meluahkan aper yang terbuku tidak berpuas hati dalam hati… daripada terus dipendam, hingga boleh mengakibatkan kesan buruk, beritahu pasangan dengan baik adalah perlu demi kesejahteraan hubungan dan juga kesihatan diri sendiri… sudah tentu diri tidak mahu diserang sakit jantung atau tekanan perasaan disebabkan menjeruk hati sendiri yang tiada nilai pasaran…hati yang dijeruk tidak dijual di dalam balang-balang pasar raya…ehhh…

diri juga mungkin sudah penat mahu mengalah…
pada diri, mengalah itu kalah…
dan diri tidak mahu pasrah…

ader pendekatan dan cara yang baik bagi memberitahu sesuatu yang diri kurang gemari… sebagai contohnya, diri kurang gemar si dier memakai baju bewarna hitam disebabkan dier akan kelihatan segak dan semua perempuan lain akan memandang dier…untuk mengelakkan (kononnya) perempuan lain menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu, diri bercadang menegur dier…

bukankah situasi itu lebih baik???...

kuat merajuk tidak tentu hala…
ini antara sikap yang menjadi pilihan sesetengah perempuan…
merajuk bila aper yang mereka perlukan tidak dipenuhi…ader baiknya juga merajuk sesekali sekala, sebab diri mungkin dapat melihat sama ader lelaki itu mengambil berat atau tidak…tapi, kalau sentiasa merajuk, sentap tidak tentu hala bagaikan ader sahaja yang tidak kena…diri sebenarnya sedang menempah kepada bala…bukan sahaja teman lelaki boleh sakit kepala, orang di sekeliling juga mungkin akan geleng kepala dan berlalu dari hidup kita… 

 

jadi, bagaimana hendak menghadapi situasi orang yang merajuk tidak tentu hala bagaikan cuaca yang tidak menentu ini???...baru sahaja nak bergelak ketawa, dier sudah tarik muka, hentak kaki dan pandang dinding tanpa sebarang rasa… 
  • pujuk - selagi mampu, pujuklah…cakap baik-baik, moga hati yang keras macam batu itu akan luntur ibarat dicurah dengan bahan kimia yang tajam dan berkuasa…kalau boleh, biarlah ader bau wangi selepas itu ibarat menggunakan Downy ataupun Softlan
  • biarkan dier sejuk - ader orang masa marah, masa merajuk, langsung tidak boleh disentuh…makin disentuh, makin panas hati dier…kalau ader barang di sekeliling, ader harapan segalanya berterbangan dan porak peranda macam budak baru nak 'up' (BBNU) buat vandalisme…tinggalkan dier buat sementara, buat kerja lain, lepas tu, datang pujuk semula…berapa lama mahu ditinggalkan untuk keadaan reda, adalah bergantung kepada bagaimana diri kenal pasangan sendiri…
  • pujuk diri sendiri - dah kalau dipujuk pun, tidak mahu berganjak dan keras kepala, biarlah dier pujuk hati sendiri…bagilah dier merajuk sepuas hati dier…nanti dah baik, elok semula, datang kembali mungkin rasanya…biarkan dier layan merajuk sampai dier pun bosan dengan diri sendiri…segala nya mungkin bukan…
degil…
ader banyak kedegilan manusia…malas mandi mungkin satu kedegilan juga…degil dan tidak mendengar nasihat yang baik, bolehlah bikin hati agak panas sesekali sekala…lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang penting sehingga menjejaskan kesihatan… 

 

bak kata diri sendiri, "saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan, setahun sahaja. kalau boleh saya nak hidup dengan awak lama…mungkin tak lama mana, 5 hingga 6 dekad pun dah memadai asalkan kita bersama hingga akhirnya"

5 hingga 6 dekad tue dalam 50 hingga 60 tahun kan???...

“kita mungkin bersama disebabkan kita mempunyai ikatan dan persamaan yang nyata…tetapi, disebabkan perbezaan, kita dapat melihat dunia yang lebih indah dan penuh warna”

 

No comments:

Post a Comment