"cakaplah dengan saya, aper-aper sahaja"
"takpelah"
"ader yang awak pendam nie"
"takde"
"aper salah saya?"
"awak tak salah aper-aper"
"pasal saya senyap ker? awak marah?"
"tak…saya dah biasa"
"sebab awak tunggu saya lama sangat?"
"tak lah."
"betul?"
"saya dah biasa sangat"

saya percaya sesetengah daripada sesiapa yang mempunyai hubungan, ader kalanya perlu beralah demi memastikan segalanya baik…segalanya menjadik…mengetepikan hati sendiri, demi memastikan senyuman terus terukir…tetapi, memendam terlampau lama juga tidak baik sebenarnya…sendiri yang akan sakit, sendiri yang akan terpuruk geram…
jadik, aper yang penting dalam situasi sedemikian rupa, adalah dengan…
berbincang dengan pasangan…
yer, luahkan aper yang terbuku di hati dengan memberikan rasional atas tindakan yang kita lakukan…elakkan daripada marah tidak tentu hala dan mengakibatkan hubungan menjadi lebih teruk…sudah tentu tiada siapa yang enggan berada dalam situasi yang membimbangkan diri sendiri bukan…
berikan yang terbaik demi kebaikan diri dan si dier…

ruang peribadi masing-masing…
kenali pasangan kita dengan memberikan ruang peribadi…percayalah, kalau lelaki main permainan hingga terleka…bukan dier mahu mengabaikan kita, cuma dier perlukan ruang untuk melepaskan tekanan…yang perempuan kalau asyik dengan kerja membeli belah, dier sebenarnya sedang berusaha menenangkan jiwa…tetapi, dalam kita memberikan ruang peribadi kepada pasangan agar mereka selesa, jangan lupa untuk dapatkan masa berkualiti bersama…
saya sayang awak…
yer awak…
No comments:
Post a Comment