menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, November 15, 2011

perempuan perlu bercakap tentang perasaan mereka...

 

kadangkala semuanya baik…
kadangkala semuanya biasa-biasa sahaja…
tapi entah bagaimana, sehari hari boleh dengar pasangan yang baik berpisah, sahabat baik berpatah arang ataupun keluarga bahagia berpecah belah…termangu melihat perkara sedemikian rupa bagaikan ader kah selama ini hanya satu persembahan semata-mata pada dunia…biar di mata orang lain nampak gembira, padahal dalam diam, memendam duka nestapa…

lelaki dan perempuan…
dua jantina berbeza dan mempunyai sifat berbeza…jadi, sebagai seorang perempuan saya suka untuk menulis tentang bagaimana saya melihat perempuan sebagai ciptaan yang unik…bukan saya kata lelaki tidak unik...lelaki juga unik, tetapi nanti mungkin saya layak menulis tentang perempuan buat masa ini…memandangkan secara tersiratnya, saya sedang menjawab persoalan yang diajukan pada saya…kalau kamu baca, mungkin kamu tahu yang saya menjawab pertanyaan kamu wahai sahabat sahabat di alam maya dan juga sahabat sahabat di alam realiti…

perempuan, secara asasnya mahukan perhubungan yang selamat…kebanyakan daripada nya mempunyai pemikiran tipikal bahawa perempuan biasanya yang ditunggu, yang diberikan perhatian serta diperlukan…ader suatu naluri dalam diri yang menyatakan sedemikian - bahawa, wanita perlu dijaga…jadi, mungkin disebabkan itu, wanita paling mudah untuk rasa tidak selamat dalam perhubungan… 

cinta sebagai contohnya…perempuan sentiasa mahukan keadaan yang tidak terjejas dalam melalui suatu perhubungan…kalau tidak, ianya boleh lihat perempuan itu bekerja keras untuk berpura-pura yang semuanya dalam keadaan baik dan menyembunyikan keadaan yang dier rasakan tidak selesa dan berunsur negative…

bila seorang perempuan itu merasakan bahawa dirinya tidak selamat dalam sesuatu perhubungan itu, antara yang mudah dikesan adalah dier akan mengelakkan melakukan perkara yang diperlukannya - keluar bersama, bergayut di talifon dan menyalurkan ketegangan diri melalui gila buat sesuatu perkara lain…terlalu menjaga hubungan, gila bekerja, terlampau mengambil berat, ataupun membeli belah dan sebagainya…sebagai satu laluan keluar agar dier akan melupakan tekanan rasa tidak selamat tersebut…tetapi, dalam keadaan sedemikian juga, akibat tekanan terlampau - terlalu memikirkan sesuatu - ia akan menjejaskan kesihatan dan membawa akibat yang lebih buruk…

 
 yer…
macam yang dituliskan di awal tadi…boleh di lihat sekeliling, orang yang tidak pernah bertengkar boleh berakhir di ruang mahkamah syariah dengan menuntut penceraian… pasangan yang bahagia dan tiba-tiba dengar dimadukan dengan alasan bosan ataupun bermain kayu tiga dan sebagainya…dalam kebanyakan kisah tersebut, kebanyakan perempuan biasanya menyimpan perasaan tidak selamat mereka, memendam rasa kurang senang - hanya untuk mengelakkan pertengkaran…demi untuk hidup baik-baik sahaja, dalam diam, mereka sudah jadi lali, hingga hilang rasa untuk mencintai dan dicintai…hilang nilai kasih sayang dan yang tinggal mungkin perasaan kosong semata-mata…

dan, aper jadi apabila yang negatif mengatasi yang positif???...
perasaan kurang senang melebihi rasa kasih sayang???...
cinta mati…
kasih sayang hilang…
bahagia berlalu pergi…

perlu diakui bahawa mengelakkan pertengkaran itu perkara baik tetapi apabila ia dipendam hingga tertekan sehingga meletus pada suatu masa yang kurang sempurna, ia pastinya membawa kepada perkara yang lebih buruk pada penghujungnya…mengalah juga baik, tetapi perlu ditimbal balik dengan meluahkan secara berdepan…komunikasi dua pihak untuk mengelakkan ader hati yang terluka…

jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini???...
  • perempuan perlu bercakap tentang perasaan mereka tetapi awas, jangan sampai disalah ertikan…yer, meluahkan dalam erti kata, membersihkan diri daripada perasaan kurang enak - muhasabah diri mungkin lebih tepat…
  • pasangan boleh memberikan sokongan moral  dengan mendengar serta menyedari bahawa, mungkin dengan pertengkaran itu, sebenarnya hanyalah cara si perempuan itu mahu diri dier didengari…luahan dier tidak dianggap sebagai bebelan yang menyakitkan hati…mungkin, dengan memberikan sokongan sedemikian rupa, ia akan membantu lelaki merasa lebih bebas daripada bebanan akibat terlalu memikirkan, kenapa perempuan bersikap sedemikian rupa…
  • perempuan perlu memahami bahawa dengan bersikap menyimpan dan meluah kan perasaan tidak tentu hala, boleh menyebabkan lelaki rasa dikongkong dan cepat bosan…bercakap dengan baik dapat membantu lelaki untuk lebih merasa aper yang dialami oleh perempuan sebenarnya…dan, perlu ingat bahawa, sesetengah lelaki kurang gemar perempuan beritahu aper yang perlu mereka lakukan…
ader pelbagai cara lain, mengikut situasi sebenarnya, tetapi ini sahaja yang saya mampu kongsi buat masa ini…maaf, kesibukan melanda membuatkan saya cuma mampu membalas pertanyaan dengan ayat yang kurang sempurna dan mungkin pendek sahaja…

 

“keadaan yang dijangka sudah muncul semula…tegarkah untuk berkelakuan baik dan anggap semuanya baik-baik sahaja???...entahlah…tengok keadaan dan keperluan saya rasa”

“perlu banyakkan bersabar…benda yang baik hanya akan berlaku pada keadaan yang baik dan kalangan yang baik dan betul sahaja”

 

No comments:

Post a Comment