menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, September 30, 2012

dier bukan segala nya, mungkin juga bukan citarasa...

awak…
sejak kebelakangan ini dier kurang jiwa…
kurang stabil dengan urusan harian…
kurang dapat luangkan masa…
paling menjengkelkan, dier mudah terasa…

awak…
mungkin awak kenal dier tidak lama…
mungkin usia percintaan belum matang lagi agaknya…
maka awak kurang mengenali dier…
jadi sekilas perbuatannya awak kurang peka…
tapi, itu bukan salah awak – hanya dier hilang atma…
awak…
sikap degilnya masih terbawa…
sifat berdikarinya tidak dapat dikikis dari jadi pelindung utama…
sikap lantang bersuara…
sifat sembunyikan kesakitan yang dirasa…

awak…
hadam sendiri mungkin sudah biasa…
selesaikan sendiri mungkin sudah lali baginya…
jari menekan senyuman bagi tanam rahsia…
itulah sebab kenapa dier masih wujud sebagai manusia…
dengan telan kesakitan pahit rasa bagai gula…

awak…
maafkan dier…
bukan dier mahu berahsia…
tapi hati awak mahu dier jaga…
dier enggan awak terluka…
dengan dier yang cepat terasa…
hatta dengan benda berkaitan kerjaya…
dier rasa dirinya cukup celaka…

awak…
jangan risau satu perkara…
kebendaan atas dunia bukan perkara utama…
walaupun awak mungkin risau dengan sikap berdikari dier…
tapi yakinlah bahawa dier hanya sayang awak sahaja…
lebih tepat, hanya awak yang dier cinta…
yer, awak yang mungkin membaca…

awak…
katakan awak terbaca…
dier mahu beritahu satu perkara…
dier rindu dengar suara…
segera…
“ kadangkala kita jadi terlampau mementingkan diri sendiri bila enggan mahu pasangan kita terluka dengan sikap kita yang cepat terasa bila keruh, mendung jiwa tidak dapat diluahkan segala “

“ terima kasih awak kerana hadir di saat dier memerlukan seseorang yang memahami untuk dier meluahkan rasa…kepentingan peribadi di tolak ketepi takkala awak diperlukan untuk dier mengisi kekosongan hati – dengan ikhlas awak hulurkan tanpa kata…terima kasih sekali lagi kerana awak ader untuk manusia beku ini - Mr. H “

awak...hakikatnya, manusia memang tidak sempurna...

  
awak…
bila awak kata yang awak suka dier, dier hanya tersenyum…
bibir bergerak, senyuman menguntum…
mahu bicara tetapi lidah terkulum…

awak…
awak mencari manusia yang sempurna…
yang cantik paras rupa…
yang indah tutur kata…
yang langsung tiada cela…
yang kaya dengan harta…
dan menidakkan kehadiran dier…
yang tidak memenuhi citarasa awak…

awak…
paras rupa boleh bawa kemana???
bukankah bila umur meningkat, ia bakal dimamah masa???
bukankah dengan peredaran waktu, ia akan ditelan usia???
sebanyak mana suntik dadah bagi tegang segala…
awak tak boleh nafikan yang ia tidak sama…
dengan kecantikan kali pertama…
awak…
indah bahasa…
manis bicara…
siapa yang tidak suka???
tapi bagaimana kalau ia hanya bila menghadap bersama???
di belakang penuh dengan sumpah celaka…
di sisi penuh dengan kata nista…
ahhh, kalau terlampau manis, hanya undang bahaya…

awak…
bagaimana awak mahu yang tiada cela???
adakah manusia biasa langsung tiada dosa???
kalau tidak besar, yang kecil mungkin ader…
adakah awak cukup baik untuk minta sebegitu rupa???
sampai kelemahan orang awak jadikan bahan senda…
adakah itu tanda hebat nya awak sebagai manusia  ???
sudah boleh sampai tahap lawan Yang Maha Esa???
 
awak…
harta memang boleh buat gembira…
tanpa harta manusia mungkin melarat dihina…
tapi harta bukan segalanya…
awak mencemuh dan kata itu sangat klise bagai drama…
tapi adakah awak tahu harta juga boleh bikin celaka???
dengan harta yang banyak – manusia boleh lupa asal usul mereka…???
dan hubungan bukan aper yang dipanggil berharga…
tetapi lebih kepada pmerdagangan manusia…

awak…
memang tidak salah mahu cari yang bagus belaka…
bahkan itu dituntut dalam agama…
bahkan itu juga fitrah manusia…
mana ader yang suka yang lemah segala???
mestilah mahu mencari yang kelemahan diri terpelihara…
dapat melengkapkan diri yang kurang sempurna…

awak…
tetapi, perlukah awak hina dier sedemikian rupa???
hanya kerana dier memiliki ciri ayng awak suka???
dengan anggapan yang awak terlalu sempurna…
awak lupa…
ader lagi yang lebih hebat dari awak di atas sana
“ kadangkala hati akan mati dengan cepat tapa diketahui “

“ kalau kamu tidak kenal hati sendiri, bagaimana mahu orang lain kenal kamu dengan ikhlas??? “

Tuesday, September 25, 2012

bersama awak...


awak…
perjalanan dengan awak baru sahaja bermula…
tetapi aper yang dirasai bagaikan sudah lama…
bagaikan sudah lama bersama…
banyak sudah warna…

awak…
dalam masa yang singkat, kita belajar banyak benda…
tentang kegemaran, tentang perangai yang tidak sama…
tentang gaya hidup yang mungkin sama…
ataupun kegilaan yang sama…
awak…
bersama awak memenuhi impian dier…
impian mahu buat banyak benda…
dengan manusia yang dier suka…
sesuatu yang istimewa…

awak…
ader orang anggap awak dan dier pelik…
tetapi dier senyum sahaja pada kata kata jelik…
dier tahu semuanya baik…
ahhh, enggan mahu layan benda merapik…

awak…
bila keluar bersama…
awak dan dier masing masing guna teknologi yang dipercayai…
dier memandu dan awak teman dier…
dier bukan bagus sangat tapi dier cuba
dan awak duduk sebelah, beri semangat dan bercerita…

awak…
kadangkaal teknologi juga memperdaya…
yang betul dikatakan dusta…
yang salah dikatakan laluan sebenarnya…
dan awak dan dier sama sama lalui segala…
masuk simpang sini, keluar entah laluan mana…

awak…
dier jenis manusia gelabah puyuh gila…
awak pula jenis tenang dan rasional kepala…
dier pening dan awak senyum sahaja…
awak kata – pilih sahaja laluan nombor tiga…
biasa takkan sesat punya…
awak…
dier tahu dier bersama dengan orang yang benar rasa…
bila sesat – awak lebih tenang dari dier…

“ kadangkala kita perlu sesat hanya untuk habiskan lebih banyak masa bersama “

Tuesday, September 18, 2012

sebagaimana segalanya bermula dengan baik...

awak…
aper khabar awak di sana???...
saya harap awak sihat sejahtera…
walau dimana awak berada…

awak…
hidup nie terlalu singkat untuk bersedih…
sekali gagal bukan bermakna selamanya kita gagal…
kadang kadang allah sengaja temukan kita dengan kegagalan berulang ulang kali…
kerana aper???...
kerana allah mahu jadi kan kita manusia yang hebat jiwanya…
sejauh mana awak melangkah…
seberapa banyak awak temui jalan kegagalan…
itu bukan bermakna pengakhiran bagi hidup…
siapa sangka dengan tercipta nya masalah…
maka terjalinlah hubungan ini tanpa kita sedar…
akan tetapi - percayalah…
disetiap segala kekusutan akan tiba jua bahagia…
awak…
dalam persahabatan ader hubungan…
dalam hubungan ader perkonsian…
dalam perkongsian ader persamaan…
dalam persamaan ader kebiasaan…
yang akhirnya sudah jadi rutin harian…

awak…
kekalnya benda begitu bukan masalah…
bahkan kadangkala boleh bikin hari jadi indah…
siapa yang tidak gemar jadi perhatian kasih sayang tumpah…
siapa yang tidak gembira bila hati tidak lagi gundah…

awak…
kebiasaan itu benda yang manis…
kenapa mahu abaikan benda yang hidupkan suasana bagai magis…
kebiasaan itu tidak mengundang tragis…
mengapa kebiasaan mahu dilihat sebagai pengundang tragis???...
sadis bukan???...

awak…
ader benda yang dikongsi kita akan iri…
ader benda yang bila dikongsi kita akan sakit hati…
ader benda yang bila dikongsi kita akan dilukai…
ader benda yang bila dikongsi kita akan rasa dikhianati…
ader benda yang bila dikongsi kita akan rasa dicurangi…

awak…
ader sejarah yang sepatutnya disimpan…
ader kisah yang sepatutnya sudah jadi bahan pameran…
ader cerita yang tidak lagi jadi bahan pendengaran…
ader tulisan yang tidak perlu lagi jadi coretan…
itu juga kebiasaan…

awak…
sebagaimana segalanya bermula dengan baik…
pastinya semuanya mahu diakhiri tanpa rasa jelik…
kerana kita semua tahu bagaimana rasa dipandang pelik…

awak…
mungkin ader benda yang akan mengekori ke mana sahaja…
mungkin ader benda yang tidak dapat dibuang sekelip mata…
mungkin ader benda yang akan kekal selamanya…
mungkin ader benda yang bakal hilang dalam perjalanan masa…

awak…
teruskan sahaja kalau benda itu suntik bahagia…
sebab itu akan buat awak gembira…
kita tetap seperti kita sekarang dengan aper yang dikongsi bersama…
kebiasaan awak dan saya…
kita terima seadanya…

awak…
selamat menjalani hidup ceria bersama…
memulakan perjalanan hidup baru kita yang bahagia…
terima kasih atas pengorbanan itu…
meluputkan semua kenangan dulu…
“ bila sesat tapi awak masih mampu tersenyum dan tenangkan saya yang mengelabah – saya tahu saya bersama dengan orang yang betul…terima kasih untuk hujung minggu yang mendamaikan serta memberikan kenangan indah…kamu janji kan bahagia, saya janji kamu tak akan terluka “

Saturday, September 8, 2012

perbezaan itu membuatkan kita lebih bermakna...

bukan kah dier pernah kata bahawa perbezaaan yang menyatukan manusia???...perbezaan yang mendekat kan dua manusia yang langsung tidak pernah kenal diri ataupun rupa???...yer, perbezaan yang mengikat dua hati yang selama ini hanya saling melihat tapi tidak pernah memerhati…dalam diam, bertahun tapi rupanya hati mereka sedang berkongsi tanpa mereka sedari…
 
mereka saling tidak sama…
baik dari fizikal yang bagai bumi dengan angkasa…
ataupun dari segi limpahan jiwa…

dier pernah tumpah air mata…
kerana takut kehilangan rasa…
hilang pergi tanpa dier sempat jamah banyangnya…
entah aper lagi yang dier risau dan berjaga jaga…

awak…
kalau dier kata suka, aper yang bermain dalam otak???...
bukan dier mahu berlagak…
tetapi manusia macam dier kadangkala tidak tahu berlawak…
yang ader hanya jadi manusia patuh tidak bergerak…
kadangkala benda yang nampak lama lebih bermakna…
daripada benda baru tetapi tidak diguna…