as
salam…
aku
rasa, sampai sekarang aku boleh hadap apa saja dalam hidup, adalah disebabkan
aku punya mereka yang sangat kuat sebagai penyangga hidup aku…kuat macam mana
sekalipun orang pandang aku (mungkin), aku selalu mengingatkan diriku dua
manusia yang tidak pernah tinggalkan aku sejak aku wujud dalam dunia…
ya…
ibu
dan abah…
Puan
Mulia dan Ketua Keluarga terbaik…
sekarang
ada suami…
jadi,
ada tiga kini…
tapi
sekarang ini, aku hanya mahu berkongsi tentang yang lebih dekat dengan hati…syurga
aku---dimana dia yang menentukan halal atau sebaliknya setiap langkahku…yang
kena dengan situasi aku, emosi aku saat ini…barangkali, terlampau banyak benda
yang mahu aku fikirkan dalam satu masa, berkadar langsung dengan emosi serta
suasana dari aku mula bekerja, aku fikir, bila dinilai kembali, kawan---teman
paling setia---dan sahabat aku yang paling akrab adalah suami…
isteri
kepada suami…
kawan
aku pernah kata aku tidak punya kawan lain selain suami…jujurnya, suami adalah
tempat aku bercerita segalanya…apa saja yang aku lakukan mesti akan terlintas
pemikiran tentang suami sendiri…memandangkan suami aku terpaksa mencari rezeki
jauh beribu batu dilaut sana…jadi, setiap kali aku mahu lakukan sesuatu, aku
mesti teringatkan suami…terfikirkan bagaimana reaki suami kalau suami dapat
tahu dan sebagainya…dalam beberapa situasi,kalau aku rasa suami akan benci
perkara tersebut, aku akan tinggalkan sahaja…biar pun aku sendiri akan rasa
kecewa…
mudah…
dengan
suami, aku banyak bercerita benda…
siapa
kata berjauhan dengan suami tidak boleh meluahkan segala rasa, malah aku rasa
suami lebih memahami aku…dari hal kerja, membawa kepada hampir setiap benda
yang aku rasa boleh berkongsi dengan suami…jadi, bila berbual dengan suami
malam tadi melalui telefon (italk) tentang benda yang dekat dengan hati, aku
tekankan kaki aku ke lantai, kepal telefon gengam ku dengan kuat, tahan air
mata dari mengalir dan cuba berlagak dengan nada suara tenang sedaya upaya yang
aku boleh…ya, aku manusia yang sedemikian rupa…yang sejak dahulunya memang
berfikiran dangkal (mengikut ukuran pemikiran orang lain)---memandangkan pada
aku, kegembiraan aku bergantung kepada kegembiraan suami…menyakiti dia, umpama
menyakiti aku secara langsung…
ya…
naïf
eh???
peduli
pula aku…
membuatkan
dia tersentuh, masam muka mencuka---kau bakal berdepan dengan aku yang kalau
amarahnya tidak terkawal, mungkin aku buka lagi isteri yang berikan senyuman
paling cantik (walaupun hati dicarik-carik) pada kau…mudah sahaja…mudah
berurusan dengan aku, memandangkan, aku punya lelaki yang paling hebat di mata
aku di jiwa aku…
“abg, kalau orang tak suka kita camna?”
“kita jangan tak suka orang”
“kalau orang tetap tak suka kita?”
“mungkin kita ada rasa tak suka pada orang…bersihkan jiwa
dari ada rasa macam tu pada orang lain”
“tapi kalau kita takda benci pada orang, tapi orang benci
juga pada kita?”
“itu ujian Allah pada kita…nak tahu sejauh mana sabar kita”
“sabar pun ada had juga abg”
“abg tahu…tapi, benda begini kita tak boleh jangka…Allah
buat sesuatu kan
bersebab…banyakkan istighfar…doa…solat hajat…moga Allah tunjukkan cara”
itu
suami…
tatkala
aku separa mamai dipenuhi dengan darah muda, panas menggelegak dan rasa mahu
marah semata, dia ada untuk beritahu aku bahawa segala perasaan itu boleh
dikawal dengan senjata yang bertunjangkan agama…doa…amalan-amalan mulia…baik
wajib, sunat segala…supaya, isteri yang setiap kali ada bersama dia ini mampu
kawal marah (walaupun seringkali hampir jadi pengganas).
senyum…
.jpg)
setiap
apa yang suami lakukan ada justifikasi dia sendiri yang tidak perlu diberitahu
kepada aku isterinya secara lisan…satu hari, dia akan mengerti…dan kini, aku
mengerti setiap tindak tanduk yang suami lakukan (sekurangnya).
suami…
terima
kasih atas segalanya…
sekurangnya,
malam tadi, sewaktu letak kepala atas bantal, aku boleh atur semula banyak
benda dalam kepala…apa yang dicari hari ini, dikutip demi masa hadapan yang
lebih baik bukan untuk keperluan sendirian semata…bukan sekadar mencari di mana
hilangnya jiwa---tapi mengukuhkan diri agar tabah menghadapi apa sahaja…
senyum…
terima
kasih, abg…
selamanya
suami hebat…
“aku tidak punya berjuta kawan alam maya…
aku tidak punya beribu kenalan…
aku tidak punya sahabat baik…
tapi aku dikurniakan...
PUNYA SEORANG SUAMI HEBAT!”
"bila segalanya tidak seperti yang kita fikirkan,
rancangkan---jangan pernah berputus asa…biar kalah mencuba daripada duduk diam
dan pujuk diri untuk pasrah (Amyza Nazlan, 13 Januari 2014)"
No comments:
Post a Comment