menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, March 16, 2015

berhenti sejenak...

as salam…

sudah hampir empat purnama rupanya aku punya putera yang mendambakan perhatian setiap masa…lebih-lebih lagi apabila aku tiada depan mata, dia punya menangis --- macam nak runtuh langit dunia…

dalam masa empat bulan ini, ternyata aku tidak bisa lagi untuk pentingkan diri sendiri…kalau dulu, bila penat aku boleh rebahkan diri dan menikmati waktu istirehat dengan aman…segala yang aku mahu lakukan, boleh sahaja aku tangguh…tapi kini, kalau aku dapat tidur dua jam tanpa terganggu sahaja sudah cukup bertuah…rasa mahu sujud syukur…bukan merungut, tetapi itu bagaimana hidup aku sudah berubah…begitu juga dengan membaca buku…bila dia tidur, masa itulah yang aku mahu kejar buat benda lain, sampai buku sudah mula menjadi menara…

aku dulu bukannya jenis orang yang kalau nampak bayi akan teruja mahu pegang, timang…memang bukan aku disebabkan aku sangat takut kalau bayi orang lain jatuh dan sebagainya…kalau orang letak bayi atas pangkuan aku, memang sampai sudah aku akan kaki langsung tidak bergerak…hanya bila aku sudah punya wan nadzrin, baru aku pegang bayi – secara mudahnya, memang aku kelek anak aku sendiri sahaja…

aku masih dalam proses belajar banyak benda dalam hidup…dengan adanya wan nadzrin, aku meneruskan proses pembelajaran itu…bila dia sakit, berkejar ke klinik seawal pagi…sanggup tunggu waktu doktor pakar kanak-kanak yang selalu merawat wan nadzrin datang semata-mata untuk mendapat rawatan dari dia sahaja…kerana dia sudah faham kerenah wan nadzrin yang sememangnya sejak dilahirkan lagi, dialah doktor pakar bagi anak aku…semuanya demi anak…padahal bila diri sendiri sakit, nak makan ubat pun malas…payah dipaksa sebab aku jenis susah makan ubat, hahaha…

ada orang kata, untuk manusia berubah, selain keinginan mereka untuk berubah, mesti ada orang lain sebagai factor penyumbang…dalam hidup aku kini, selain aku nampak lebih jelas fungsi keluarga --- terima kasih ibu, abah, adik aku, yang aku nampak punyai suami dan kini, anak adalah mengapa, aku mungkin bukan aku yang boleh redah semua sekali macam dulu…tanpa peduli sangat apa yang bakal berlaku…

aku sekarang dah macam hati ayam…heh, kalau dulu, jika ke pantai, aku berlari mahu menikmati ombak menghempas ke kaki, tapi kini langkah aku terhenti di tepi --- memikirkan wajarkah aku melangkah, kasut masuk pasir dan kaki basah atau aku hanya perlu menikmati pemandangan dari jauh sahaja…

ah…
ada tangan kecil yang menarik baju supaya aku berhenti menulis…kaki kecilnya sudah menendang tanda kurang puas hati Mummy nya tidak beri perhatian…aku undur diri dahulu…

nota kaki :

maaf buat mereka yang aku lambat balas soalan di inbox blog…ada juga yang masih rajin menghantar email – yang tanya kenapa blog aku tidak diupdate…sekarang soalan itu sudah terjawab bukan? tetapi segala soalan yang diajukan akan aku balas secepat yang boleh… 

1 comment:

  1. Тут по ссылке: проститутки Киев оболонь

    Нежная, сексапильная девушка подарит незабываемый вечер и ночь... Звоните. Милый в цену за часик входит секс и минетик. Об остальных услугах можешь узнать позвонив мне…. В делах первостепенной важности самое главное — стиль, а не искренность.

    ReplyDelete