menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, July 7, 2012

jatuh bangun, jatuh bangun...sahabat itu tetap ader...

panggilan telefon suara ceria Si Sahabat Karib (SSK) malam tadi yang berjaya tiba di kampung halaman setelah pulang dari bercuti buat kan saya cemburu…hidup di perantauan memang begitu situasi nya, kampung halaman ader lah tempat yang paling dirindui…walau pun SSK pernah berjauhan dari kampong halaman nya sebelum ini, tetapi riak wajah nya sudah tergambar akan kepuasan apabila berada berdekatan dengan keluarga tersayang…walau pun hanya seketika, tetapi peluang yang ader di gunakan dengan sebaik baik nya…saya terlalu rindukan SSK memandangkan hanya dier sahaja yang faham akan aper yang saya alami selama ini…

jatuh, bangun…
jatuh, bangun…
jatuh, bangun saya SSK tetap ader…

tapi, suara ceria nya kali ini…tidak dapat saya sambut dengan kegembiraan – kami tidak sempat bertemu hatta ditambah dengan kenyataan saya sedang bergelut dengan kerja yang tidak habis habis…memang lah membantutkan semua rancangan serta keinginan untuk bertemu dengan SSK…
#              selain itu, salah seorang daripada penulis buku yang juga rakan sepengajian saya semasa di universiti dulu - akan melangsungkan ikatan pertunangan pada hari ini, jadi sedikit sebanyak saya yang bertungkus lumus kerja boleh terfikirkan sesuatu…sebab penulis buku itu sebaya saya, makanya rasa cemburu dengan tidak sengaja…bukan cemburu dalam erti kata perasaan yang bukan bukan itu, tapi dier berjaya mendahului kami semua rakan rakan penulis dalam tahap mencari bahagia…sebagai rakan, terntunya saya gembira…tahniah!!!...

#              bukan hanya kawan penulis buku, bahkan sepupu saya sendiri – seorang lelaki akan bernikah minggu hadapan pada usia 23 tahun…jadi, sebagai sepupu yang berusia 27 tahun, saya kagum dengan keberanian dier untuk menjadi ketua keluarga dalam usia yang saya anggap cukup muda…saya sendiri umur 27 tahun masih mencari tapak dalam hidup, dalam soal jodoh – tapi dier bahkan lebih baik daripada saya…tahniah buat sepupu…

#              saya manusia yang percaya kepada ketentuan Allah…sebab saya sendiri sudah hadapi banyak perkara dalam hidup yang membuatkan saya sedar, betapa kuat saya berusaha sekalipun, tapi tidak diizinkan oleh Allah, saya tetap akan kecundang jua…memang usaha itu penting, tapi sejauh mana saya untuk melawan benda yang sudah tertulis di atas sana ???...

#              bila saya sudah berhenti berharap dan belajar untuk buka buku baru, mulakan hidup baru dengan aper sahaja yang ader dalam hidup – timbul lagi dugaan satu persatu…mengapa mesti membunuh hasrat yang saya bina dalam diam tanpa perlu kamu rabakkan jiwa saya dengan sebaris kata???...kadangkala itu yang saya mahu menyumpah seranah pada manusia yang hanya pakai topeng manusia, tapi bertubuhkan kebohongan – mereka fakir manusia hanya satu pameran yang boleh dilawati dan singgah bila mereka suka…
“ masa orang lain sedang bertunang, berkahwin (hatta bercerai) – saya masih disini…terperangkap ditengah tengah kerja saya sendiri “
 

Wednesday, July 4, 2012

kekecewaan yang bukan sedikit...

setiap manusia ader kelemahan…tiada manusia yang sempurna walaupun mengejar kesempurnaan adalah impian setiap daripada kita…tipulah kalau kita tidak mendambakan kehidupan bahagia dan kegembiraan sentiasa…yer, manusia memang tamak dalam mencari kegembiraan kerana penderitaan adalah perkara terakhir yang boleh difikirkan apabila berdepan dengan situasi yang mencengkam jiwa…tetapi, suatu perkara yang perlu diingat adalah, kelemahan bila diatasi akan menjadikan kita manusia yang lebih baik – lebih kuat untuk menghadapi aper sahaja…

kita mungkin pernah kecewa dengan semua benda dalam hidup…sama ader percintaan, persahabatan, peperiksaan, hubungan dengan keluarga, manusia manusia disekeliling kita – hatta dengan diri sendiri yang tidak mampu menjadi manusia yang boleh berbangga sebagai seorang khalifah atas dunia…tapi, sejauh mana kita pernah berhenti untuk belajar dan terima kelemahan sebagai sesuatu yang berharga dan memperbaikinya ???...
yer, diri dipertemukan dengan manusia manusia yang perbagai jenis dalam hidup dan setiap daripada mereka membentuk siapa diri saat ini…perlu dikatakan diri cukup bertuah mempunyai seorang sahabat yang sangat memgambil berat ( dan yer, dier baca blog ini )…memberikan kata kata semangat supaya tabah menghadapi aper sahaja…yer, dier sumber inspirasi untuk diri kekal senyum atas dunia – menerima segala kelemahan dalam diri sebagai suatu kekuatan untuk terus melangkah…dier sahabat sehidup semati…

terima kasih kepada sahabat sehidup semati yang buat diri sedar bahawa diri masih punya harapan dalam hidup untuk menjadi lebih baik dan yer – diri tiba tiba rasa perjalanan membesar dan menimba ilmu bersama sahabat sehidup semati buatkan diri lebih menyukai aper yang diri ader dengan gembira…
“ cinta sejati adalah mengetahui kelemahan seseorang dan tidak mengambil kesempatan terhadap mereka…tahu kekurangan mereka dan menerima mereka seadanya tanpa perlu menghakimi kononnya kita terlampau sempurna “

buku baru...

tutup buku lama…
buka buku baru…

habiskan ayat di muka surat terakhir…
mulakan tulisan baru dengan penuh zikir…

hasbiskan catatan lama dengan perasaan ragu…
mulakan catatan baru dengan perasaan malu…

mungkin catatan amalan dalam buku itu banyak ditulis oleh penjaga sebelah kiri berbanding sebelah kanan…terlampau banayak kelemahan, kesilapan dan kemungkaran yang telah dilakukan sepanjang setahun ini…tetapi dalam diam, moga disebelah kanan juga menulis tentang aper yang dibuat tanpa perlukan hebahan…bukankah sifat manusia ( sesetengah ) – yang buruk dibongkar hebat tetapi yang kebaikan ditutup bagaikan tidak bermakna aper aper ???...

ahhhhh, yang baik itu kita simpan sendiri sahaja…yang buruk kita jangan ulangi semula…
“ salam Nisfu Sya’aban…semoga buku baru yang bakal bermula akan membawa kepada kehidupan lebih sempurna “

kebenaran akan menjelma jua...

untuk penghantar message melalui telefon gengam saya – dan untuk pemberi komen tanpa nama yang saya sendiri tidak pasti aper tujuan kamu cuba melagakan saya dengan manusia yang saya sayang secara peribadi suatu ketika dahulu, saya harap kalian tahu aper yang kalian lakukan…sekarang kalian sudah berjaya dengan usaha kalian untuk memecah belahkan hasil hasutan kalian…syabas saya ucapkan, moga hidup kalian bahagia…allah tahu akan kebenaran nya walau pun sekarang saya seolah olah tidak berada dipihak yang benar…tetapi allah akan tunjuk kan jua kebenaran itu…mungkin kalian cemburu agak nya…sedang kan kalian tahu bukan, kalian adalah pengecut tanpa nama - menceroboh ruangan peribadi komentar blog ini dengan hasutan kalian supaya saya segera beredar dari perhubungan itu…

untuk yang meninggal kan komentar dengan berani beseerta nama walaupun tujuannya masih sama – kalian sebenar nya buat saya ketawa…sebab kalau betul kalian adalah kawan baik pada dier – saya cuma mahu katakana yang kalian ader lah kawan terbaik buat dier…tetapi tidak perlu saya menulis tentang benda bersifat peribadi ( terlalu peribadi sebenarnya )…untuk kalian, saya menulis kerana saya ingin menulis…kelapangan masa saya, saya isi kan dengan menulis melalui blog…dan tidak perlu kalian putar belitkan cerita cerita di dalam blog ini…semua nya tiada kena mengena dengan keseluruhan hidup saya, cuma saya sekadar berkarya…saya juga tahu, kawan akan menang kan kawan – tetapi kalian pelik sebab kalian cuba untuk memutuskan ikatan yang telah kawan kalian bina…aper kah ini, sudah habiskah kalian berfikir???...hukum karma itu tetap ader, aper yang kita lakukan hari ini…kita akan dapat jugak suatu hari nanti dengan perbuatan yang sama yang kalian lakukan pada orang lain…

maaf…
maaf…
maaf…

saya tidak perlu mengeledah jauh untuk cari benda yang saya tidak suka ( dan akan melukakan di penghujungnya??? )
dan saya percaya – yang kalian tidak tahu cerita sebenar saya…kalian tidak faham akan saya yang sebenarnya…pernah kah kalian bertemu dan bergurau mesra dengan saya untuk mengenali saya dengan lebih rapat lagi??? tiada bukan??? jadi, kenapa kalian beranggapan sedemikian rupa…menghakimi tanpa ader bukti yang kukuh…aper kah kalian faham akan perasaan kami???...saya percaya tidak – jadi saya mohon jauhkan diri daripada urusan kami…macam dier pernah katakan pada saya dalam urusan terakhir kami sebelum ini – kamu jaga perhubungan ini dengan baik kerana saya begitu sayangkan hubungan ini…

sekurang – kurangnya, berikan saya hidup dengan baik dan ceria serta sihat selepas melalui penderitaan yang bukan sedikit…saya tidak perlukan simpati, tapi saya perlukan ruang…sila tinggalkan saya sendiri untuk mengatur hidup saya dan yer – saya benci bila saya sudah bersedia sedaya upaya di bilik sejuk untuk dicucuk lengannya tapi diminta pulang kerana kesihatan saya berubah dengan mendadak…banyak lagi benda yang saya nak fikirkan dalam hidup…
“ malangnya, komentar komentar yang kalian berikan bukanlah salah satu daripadanya…hidup baik baik manusia tanpa nama ( baca : anonymous ) sekalian “

Tuesday, July 3, 2012

tidak sama kembali seperti dulu...

sesetengah benda yang kita lalui – tidak akan berulang kembali dan kalaupun ia berulang semula, perasaan untuk kali pertama semestinya tidak akan sama seperti yang dialami sebelumnya…kalau mendengarkan lagu yang berputar di radio sahaja sudah mampu mengalirkan air mata, mungkin barangkali bukan disebabkan lagu itu yang menyentuh jiwa, tetapi manusia pertama yang terlintas dalam fikiran kamu yang menyebabkan hal sedemikian rupa berlaku…
“ itulah kali pertama kami bertemu “
“ jadi bagaimana ??? “

“ mungkin ader manis, ader pahitnya “
“ kesal ??? “

“kenapalah sebelum dier melangkah keluar, pertemuan itu tidak diakhiri dengan baik ???”
“ maksudnya??? “

“ mungkin dengan satu pelukan selamat tinggal “
“ terlalu mendesak barangkali jiwa kamu “

“ kalaupun dengan pelukan, pastinya ia kenangan baik persahabatan “
“ sebab tanpa rasa “

“ kadangkala ader sebab kukuh kenapa saya sukar keluar dengan orang yang sedemikian rupa “
“ rasa selamat “

“ yer, kerana selera cinta manusia itu tidak sama “