menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, August 24, 2011

bola, Chelsea dan Lampard...



Frank James Lampard Jr…di lahir kan di Romford, Inggris…pada 20 Julai 1978 dan berumur 32 tahun…Lampard adalah seorang pemain sepak bola Inggris yang bermain bersama Chelsea setelah sebelumnya bergabung dengan West Ham United dan Swansea City…Lampard adalah  penyerang yang dikenal kerana tendangan jauhnya yang keras dan keterampilannya menghasilkan gol dari sudut tengah padang… 

Lampard asal nya adalah orang Romford, Havering, Inggris…ia adalah putera dari Frank Lampard Sr. yang juga bekas pemain sepak bola Inggris dan pernah memenangi Piala FA sebanyak dua kali selama bergabung dengan West Ham United…salasilah keluarganya juga berkait rapat dengan keluarga pemain sepak bola terkenal lainnya, iaitu keluarga Redknapp…

sebagai pemain senior dalam Timnas Inggris, Lampard dikenal sebagai salah satu pemain sepak bola terbaik di Inggris dalam tiga tahun terakhir…ia telah memenangi Liga Premiership sebanyak dua kali (dengan Chelsea musim 2004-2005 dan 2005-2006), dua kali memenangkan Piala Liga (dengan Chelsea tahun 2005 dan 2007)…sekali memenangkan FA Community Shield (dengan Chelsea tahun 2005)…sekali memenangkan Piala Intertoto UEFA (dengan West Ham United tahun 1999), dan sekali meraih Piala FA (dengan Chelsea tahun 2007)…

pada November 2005, ia menjadi pemenang kedua dalam senarai penghargaan Pemain sepak bola Eropah Tahun 2005 setelah gelandang asal Brazil, Ronaldinho…sebulan kemudian ia kembali menduduki peringkat kedua, sekali lagi di bawah Ronaldinho, dalam senarai penghargaan Pemain Dunia FIFA Tahun 2005…ia juga berhasil meraih penghargaan Pemain sepak bola FWA 2005…


Tuesday, August 23, 2011

tahukah kamu kecantikan itu bagaimana...


tidak cantik = rendah diri dan jarang disukai orang…
cantik =  berkeyakinan , terkenal dan disukai banyak orang…

itulah sekelumit formula yang ader dalam fikiran wanita…sebuah formula yang  simple namun amat berbahaya…dari manakah asal nya formula  ini???...mungkin dari media mahupun pandangan masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya terbatas pada luaran sahaja…yang cantik adalah yang berkulit putih, tinggi, hidung mancung, bibir merah dan sebagainya…
akibatnya banyak kaum hawa yang ingin kelihatan cantik seperti yang digambarkan… mereka tergoda untuk membeli kosmetik yang dapat mewujudkan mimpi-mimpi…mereka lalai tentang syariat yang telah mengatur batasan-batasan untuk tampil cantik…

mereka ingin kelihatan secantik model dan bintang filem…perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya… mereka sibuk mencalit bedak pada kulit tanpa peduli pada hati mereka yang kian gersang…
tujuannya???...

jelas, untuk menambah deretan peminat dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup… alangkah naifnya…fakta menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan adalah dari wanita – wanita yang cantik…jadik, kaitan antara cantik dan kejayaan hidup!!!...

orang yang berjaya dalam perkahwinan, walaupun tidak cantik tetapi keperibadiannya amat menyenangkan…mereka tidak hanya fokus pada luaran sahaja tetapi mereka lebih peduli pada recovery iman yang nampak jelas dalam sikap dan prinsip hidup mereka, kukuh tidak goyah…pun, jika ader yang berwajah elok, mereka  menutupinya  supaya kecantikannya tidak menjadi fitnah  dan hanya dipersembahkan untuk  suami sahaja…

prinsip hidup mereka, bersyukur pada aper yang telah Allah berikan tanpa meminta lebih lagi…redha dengan bentuk tubuh dan wajah yang dianugerahkan Allah…kerana inilah bentuk terbaik menurut-Nya, bukan menurut  fikiran dangkal kita…kalau kita boleh memilih, mempunyai wajah dan keperibadian yang cantik itu memang lebih baik, tetapi tidak semua orang dianugerahkan  seperti itu…itulah maha keadilan Allah, ader kelebihan dan kekurangan pada diri setiap orang…dan satu perkara yang pasti, tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka…jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki…begitu juga yang terjadik pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizik semata – mata…

banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum…
kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga…
tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu…
banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik…
kerana memiliki hati yang cantik…
dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya…
kerana kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi aper yang ader didalam dada…

“ maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang “

Monday, August 22, 2011

apa pun yang terjadi...senyumlah...


belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
belajarlah TAAT walau BERAT
belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
belajarlah MENGASIHI walau kamu DISAKITI
belajarlah TENANG walau kamu sedang GELISAH
belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolong kamu


…berterima kasihlah pada orang yang telah…
 MELUKAI HATI kamu kerana dier telah membuat HATIMU KUAT
MEMBOHONGI kamu kerana dier membuat HIDUP kamu makin BIJAKSANA
 MEMBENCI kamu kerana dier yang MENGASAH KETEGARAN kamu
 dan MENYAYANGI kamu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidup kamu

senyumlah andai diri kamu dilukai
senyumlah andai diri kamu dilupai
senyumlah andai diri kamu dikhianati
senyumlah andai diri kamu ditindasi
senyumlah andai diri kamu dibebani
senyumlah andai diri kamu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya

fahami erti disebalik kesetiaan...


ramai insan yang masih lagi tidak faham akan aper kah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan…ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita???...

disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ader yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih…

kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadik kan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih…

alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya???...tidakkah ia sama dengan penipuan???...jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas… jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita jugak akan dipermainkan…

dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya…setiap aper yg kita lakukan pasti ader balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

“ hamparkanlah kesetiaan kamu seadanya kepada si dier, kamu tidak akan rugi walaupun sedikit kerana kesetiaan merupakan tiang percintaan “

“ entry copy paste dari mana tak ingat dah “

kamu 24 jam saya...

 
jam 04.00 - 05.00 pagi...
kamu adalah mimpi saya...setiap mimpi saya, pasti ader kamu...dan kamu jugak lah yang menemani saya di setiap senyuman pagi saya...

jam 06.00 – 07.00 pagi...
kamu ibarat sinar matahari pagi saya...indah nya pagi saya dengan kamu memberi semangat dan energi untuk saya menjalani hari dengan lebih baik...

jam 08.00 – 12.00 tengahari...
kamu adalah hasil kerja keras saya dan selalu membuat kan saya rasa bangga dengan aper yang saya usaha kan...


jam 01.00 – 16.00 petang...
kamu bagai kan pengubat keringat saya...kamu sentiasa beri saya semangat, saya berdiri dengan bangga nya kerana semangat dari kamu itu...

jam 17.00 – 19.00 mlm...
kamu adalah senja saya...kamu selalu ingat kan saya bahawa jangan lupa beribadat dan beribadah pada kekasih kita yang satu...iaitu Allah Yang Maha Esa...setiap ibadat yang di lakukan hanya kerana Dier Yang Satu...

jam 20.00 – 24.00 malam...
kamu lah bulan yang menemani setiap malam saya...kamu buat kan yang saya bangga menjadik milik kamu dan saya bangga kamu menjadik milik saya...

jam 01.00 – 03.00 pagi...
kamu selalu menemani malam pekat dengan nyanyian lagu kegemaran saya dari kamu...kamu nyanyi dengan penuh ikhlas dan saya terhibur dengan kamu...akhir malam saya ader kamu menemani...dan kamu menghanyut kan khayalan saya sehingga mimpi menjelang...


” kamu 24 jam saya ”

”menemani saya dari detik ke detik menjadik kan saya lebih dewasa dan lebih sempurna”