menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, October 30, 2012

aneh nya manusia...

#              entah kenapa bila dier terbaca sesuatu bila bangun awal pagi tadi, hati dier runtun…sakit bila mengenangkan ader manusia, kelompok manusia yang entah kenapa suka sekali menyakiti tanpa sebab yang jelas…bila mahu ditanya, mereka dengan baculnya mngekang diri mereka dari disentuh, tanpa dapat diketahui mengapa…ahhh, sialan benar manusia manusia begini…kalau benar dier punya salah pada mereka, mengapa mereka tidak mahu beritahu sendiri??? mengapa mereka lebih suka nenanam rasa benci dalam hati – memberikan tanah subur buat iblis dan syaitan dalam diri untuk bertapak kukuh???

aneh nya manusia…

#              alhamdullilah…hari raya berlalu dengan berita yang disampaikan buat semua sanak saudara dan keluarga…benda baik haruslah dikongsikan bersama, lebih lebih lagi acara yang melibatkan keluarga…moga mereka ader kelapangan waktu bagi meraikan acara itu nanti…bahkan, suka duka, manis kehidupan memang dikongsikan dengan keluarga…dier eprcaya yang lainnya, berkongsi cerita gembira itu bersama – dalam kelompok kami sahaja…

ader yang senyum…ader yang ketawa…ader yang menangis gembira…reaksi berbeza tapi menunjukkan bahagia…

aneh nya manusia…
(tapi dari segi baik)

#              sudah terbiasa dalam zon selesa menyiapkan segalanya dengan keluarga serta saudara saudara lain yang dikasihi…bila mengenangkan ader manusia yang boleh hidup seperti tidak punya keluarga, dier merasakan aneh aneh sahaja, bagaimana hari kebesaran yang mulia tidak diraikan bersama…tolak ke tepi tanggungjawab tentang kerja, amanah yagn dipikul dan sebagainya sebab itu memang ader bahagian masing masing yang lebih utama, tetapi ini – punya cuti, punya waktu tetapi tidak bersama keluarga…masa hari kebesarandiraikan bersama dengan rakan rakan sahaja…aper tidak terlintas mahu pulang mengunjungi keluarga??? rapuh begitu sekali institusi kekeluargaan???

aneh nya manusia…

#             
terlampau banyak benda atas dunia…
kamu ragut satu demi satu tanpa sisa…
pernahkah kamu terfikir ader hati yang terluka???
pernahkah berhenti sejenak, periksa jika ader yang cedera???

tidak…
kamu tidak pernah berhenti sejenak…
mungkin kejahatan penuh hingga hati tidak berkocak…
tidak terlintas ader jiwa yagn koyak…
tidak terfikir jika ader yang rabak…
yang rosak…

kamu teruskan sahaja…
kamu bunuh segala yang didepan mata…
sialan benar hidup atas dunia…
kamu sajikan segala penuh cela…
kamu hadam segala bentuk celaka…
pada kamu, kamu yang berkuasa…
walaupun pengecut lebih tepat pada muka…

kamu boleh terus beraksi…
dengan bersembunyi…
dengan hanya berkuasakan papan kekunci…
kamu boleh laksanakan dan berlagak suci…
cuma jangan lupa, ader hari…
yang segalanya bakal terbukti…
kamu manusia yang lupa diri…
yang laju menulis di bahu kiri…
tegar, laju dengan saksi…

kamu menyakiti…
dan kamu hidup penuh iri…
moga kamu temui kegembiraan yang kamu cari…
sehingga tangan kamu perlu digari…
nanti…

“ terima kasih pernah hadir dan membentuk siapa dier hari ini…terima kasih tulus dari hati “

Monday, October 29, 2012

ini cerita seorang perempuan...

hidup sejak kebelakangan ini penuh sangat dengan cerita…ader yang manis, ader yang pahit serta ader juga yang tanpa rasa…tapi begitulah dier percaya, manusia melalui aper yang mereka perlu lalui – sama ada mahu ataupun tidak…dier memilih untuk terus berjuang dalam kehidupan dier walaupun ternyata benda ini sedikit sebanyak memakan kekuatan diri…tidak mengapa, terus, bangkit dan pertahankan aper yang dier miliki…

ternyata dalam menulis – walaupun sekadar blog picisan ( serta digelar sampah – dier tahu kalian baca ) – ader juga yang membenci…entah aper dalam diri manusia begini, deir mampu senyum sahaja…walaupun bukan dari pemerhatian dier sendiri – dan diberitahu oleh kawna kawna yang dier suka, ternyata orang begitu ketandusan kasih sayang – mungkin petanda suatu ketika dahulu sering dibuli ataupun mereka sendiri sebenarnya kaki pembuli – yang akhirnya, setelah dewasa – menjadikan internet sebagai ruang untuk mencari masalah dengan orang lain…aneh tapi doakan yang baik sahaja untuk mereka…

seperti kata H – mereka tak punya kuasa, tak punya aper – aper, yang mereka ader hanya laman sosial untuk melontarkan kata hina dan cela…terima kasih H sebab beritahu dier tentang benda begini, tapi dier rasa, bila A minta kamu tidak hirau kan mereka, itu yang kamu patut buat…sebab dier tidak rasa terjejas, dan kamu, walaupun seringkali untuk kekal jadi bayangan – kita berdua tahu perkara begini tidak perlu dilayan…manusia bongkak akan ditelan tanah juga suatu hari nanti…yer benar, mereka masih manusia…
“ kita sebagai manusia kadangkala terlupa ( yer, dier sendiri selalu begini ) – tentang kenyataan bahawa hidup dalam masyarakat ader benda yang walaupun kita enggan ambil tahu dan peduli, kita harus sahaja ambil berat supaya tidaklah tercangkut bila diberitahu sesuatu perkara “
 

Wednesday, October 24, 2012

tulisan itu...

orang macam dier hanya boleh menulis sesuatu yang dekat dengan diri dier barangkali…benda yang menjadi sebahagian daripada pengalaman atau entah aper lagi benda yang dier rasa dier sendiri tahu…yang menjadikan bagaimana ceritadunia-amyza mampu berjalan sehingga kini mungkin disebabkan itu sahaja…

bak kata seseorang yang paling dier ambil tahu yang sentiasa wujud dalam hidup dier,
 
“ blog kamu adalah sebahagian daripada hidup kamu…samada pengalaman kamu sendiri, pengalaman kawan kawan ataupun minimal sebahagian daripada penceritaan khayalan kamu seperti cerpen atau puisi…yang lainnya adalah hidup…hidup kamu…hidup kamu sebagai manusia yang tiada perasaan “
mungkin itulah yang dier suka tentang diri dier sendiri…dier dikawal dalam banyak perkara (dan dier tidak perlu merungut tentang itu) – jadi, satu satunya benda yang dier boleh menjadi siapa diri dier hanya dengan menulis…menulis walaupun sekadar melepaskan perasaan aygn marah ataupun terbuku yang dier tidak dapat luahkan kepada sesiapa…yer, itulah barangkali mengapa dier berusaha untuk menulis bagi projek kecil yagn dijemput oleh seorang rakan penulis…khabarnya bakal memasuki proses cetakan – dier harap nanti akan ader peluang untuk kalian baca…

sebahagian daripada penulisan yang mungkin kalian akan dapat baca :

“ ini kopi awak “
“ saya biasa minum espresso “

“ kenapa tak cuba frappucino??? “
“ tak kuat “

“ espresso boleh masuk dalam frappucino “
lelaki itu anggak kepala…tersenyum dengan kamera Pentax ME tergantung di leher – kegemaran yang lelaki itu tidak begitu mengerti…mungkin dirinya sudah terbiasa dengan digital – dari jam tangan hinggalah ke meter kereta – maka benda yang diperlukan penelitian mendalam serta kos yagn tinggi hanya dipandang penuh minat…

“ hang tak minum aper aper ker??? “
“ aku cuma suka minum kopi O “

Monday, October 22, 2012

bahagia durjana...

bila kamu bangun, terjaga dari mimpi yang indah…
kamu mungkin akan senyum tak sudah…
tolak ketepi semua benda susah…
kamu hargai nikmat mimpi meriah…
yang bikin kamu bahagia dalam resah…
dan hidup tidak bermakna pasrah…

kamu tidur lagi…
terjaga dengan mimpi buruk bagaikan mati…
kamu tersentak dan enggan tidur lagi…
otak mengganas memikir mimpi…
aper kah itu petanda hubungan ini
aper kah itu satu petunjuk tentang duniawi???
atau hanya mainan durjana penghuni neraka abadi???

kamu sayang dier…
dier umpama satu kurnia…
dier kamu ibaratkan bagaikan mimpi ceria…
dan engkau enggan terjaga…
dan biarkan segalanya hilang begitu sahaja…
bagi kamu dier adalah syurga dunia…

tapi bila dier menyeleweng, kamu marah gila…
mulalah kamu kata celakanya kamu sebab percaya…
pada sumpah dier…
pada janji dier…
pada manusia lain yang konon kawan semata…
walaupun nikmat tertipu itu hanya kamu yang rasa…
dier mula jadi neraka…

yer, mimpi ader indah bahagia…
yer, mimpi ader celaka durjana… 
“ I promise the moment I swear to you – benda begini kamu tak boleh bawa main…hati manusia bukan bahan mainan yang kamu boleh campak sesuka hati “

Sunday, October 14, 2012

awak mungkin kurang mengerti...

awak…
awak mungkin masih kurang mengerti…
mengapa sikap dier berubah sebegini…
sekejab nampak bahagia sampai ader yang iri…
sebentar lagi sudah berubah bagai kecil hati…

awak…
dengan awak mungkin dier senyum semata…
senyum dengan niat sembunyikan muka kecewa…
moga aper yang diperjuangkan tidak kelihatan duka…
senyuman sahaja yang menghapuskan sakit luka…
jadi, dier memilih untuk senyum sahaja…
asaklan awak nampak dier gembira…

awak…
dier mungkin jadi seperti sesetengah manusia…
di mulut kata tidak, padahal hati menjerit yer…
mengambil dadah sehingga terawang untuk suntikan bahagia…
demi senyuman yang dier mahu pelihara…

awak…
dier tidak pernah mahu jadi satu beban…
itu yang dier paling jaga dalam perhubungan…
dier tidak mahu menyusahkan…
sesiapa yang menjadi pasangan…
lebih lebih lagi awak yang hadir sebagai teman…

awak…
aper yang dier mahu katakan lagi???
dier tiada masalah dengan hati…
itu dier boleh ubati…
tampal itu ini…
pujuk sendiri…

awak…
dier sayang sungguh…
walaupun kadangkala dier nampak bodoh…
walaupun dier selalu nampak hodoh…
tapi hanya awak yang dier suka…

awak…
pernahkah awak tahu betapa awak yang dier suka???
sukanya dier hingga mengalirkan airmata…
walaupun dier tidak pasti beberapa perkara…
itu air mata duka…
ataupun hujanan gembira…
yang penting, awak ader…
sentiasa…
dalam hidup dier…
“ dier nampak proses kamu padam kenangan beku masa yang kamu pernah kongsikan dengan dier semalam…bukan dier tidak tahu – bukan dier tidan nampak – tapi daripada beberapa yang kamu simpan dan kongsikan – dier nampak siapa kamu yang cuba kamu sembunyikan…kadangkala kamu boleh terus menipu, tapi jangan kamu sakiti dier “