hidup
sejak kebelakangan ini penuh sangat dengan cerita…ader yang manis, ader yang
pahit serta ader juga yang tanpa rasa…tapi begitulah dier percaya, manusia
melalui aper yang mereka perlu lalui – sama ada mahu ataupun tidak…dier memilih
untuk terus berjuang dalam kehidupan dier walaupun ternyata benda ini sedikit
sebanyak memakan kekuatan diri…tidak mengapa, terus, bangkit dan pertahankan
aper yang dier miliki…
ternyata
dalam menulis – walaupun sekadar blog picisan ( serta digelar sampah – dier
tahu kalian baca ) – ader juga yang membenci…entah aper dalam diri manusia
begini, deir mampu senyum sahaja…walaupun bukan dari pemerhatian dier sendiri –
dan diberitahu oleh kawna kawna yang dier suka, ternyata orang begitu
ketandusan kasih sayang – mungkin petanda suatu ketika dahulu sering dibuli
ataupun mereka sendiri sebenarnya kaki pembuli – yang akhirnya, setelah dewasa
– menjadikan internet sebagai ruang untuk mencari masalah dengan orang
lain…aneh tapi doakan yang baik sahaja untuk mereka…
“ kita sebagai manusia
kadangkala terlupa ( yer, dier sendiri selalu begini ) – tentang kenyataan
bahawa hidup dalam masyarakat ader benda yang walaupun kita enggan ambil tahu
dan peduli, kita harus sahaja ambil berat supaya tidaklah tercangkut bila
diberitahu sesuatu perkara “




No comments:
Post a Comment