menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, October 1, 2012

kegelapan - itu bukan takut...

awak…
sejak akhir akhir ini banyak benda aneh…
persoalan yang awak kemukakan buat hati pedih…
mahu menjawab tapi rasa sedih…
walaupun hakikatnya hati mendidih…
macam rempah senang direneh…

awak…
awak kata dier takut…
awak kata mereka kecut…
hanya disebabkan mereka tidak menyebut…
awak hentam mereka seperti balingan sabut…
bersembunyi di timbunan, menyelit di balik rumput…
awak jerit lagi, tapi tidak bersahut…

awak…
dier bukan takut…
untuk aper dier gentar dengan istilah pengecut???
untuk aper dier layankan awak yang mencurut???
bising nyaring seperti cencurut???

awak…
dier percaya setiap manusia ader rahsia…
dier percaya setiap manusia ader cerita…
tidak semua benda boleh diberikan segala…
tidak semua perkara sedap didengar telinga…
tidak semua kisah enak ditatap mata…
awak masih tak mengerti aper makna???

awak…
bukan dier tidak mahu hebah…
tapi untuk aper dier buka cerita yang belum sah…
kalau aper jadi nanti, dier yang serba salah…

awak…
untuk aper dier rasa bersalah…
sedangkan dier hanya simpan rahsia yang tidak salah…
bukan dier takut benda itu dihebah…
cuma dier enggan segalanya menjadi helah…
bagaimana dier mahu sembunyikan resah???

awak…
bukan awak berada di tempat dier…
bukan awak melalui kehidupan yang sama…
bukan awak yang menatap cemuhan umpama neraka…
bukan awak yang menanggung sakit pedih cela…
tapi dier…

awak…
kalau awak belum pernah sakit, sila ke tepi…
dier enggan hilang kesabaran diri…
bukan dier mahu memaki…
dier lebih mahu tenangkan hati…
kerana dier mahu memahami…
aper yang sebenarnya dilalui…
aper yang sedang terjadi…

awak…
cukuplah mahu buat cerita…
aperkah awak tidak tahu aper itu karma???
hukumannya nanti awak enggan mahu percaya…
bila kita berkahwin kita berkahwin dengan 3 orang…
- dier yang kita sangka…
- diri dier sebenar…
- siapa dier jadi selepas berkahwin dengan kita…

yang ketiga ini paling penting disebabkan kita tidak akan tahu pada mulanya dan hanya akan tahu apabila sudah menjalani kehidupan bersama…

“ dan dier percaya yang kita perlu menerima kesemuanya sebagaimana kita menyukai diri kita sendiri “

No comments:

Post a Comment