menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, October 8, 2012

awak dan dier : kurang masa berkualiti...

awak…
dalam seminggu banyak benda berlaku…
dalam tujuh hari, banyak jumpa benda baru…
alangkah dalam sehari, hidup boleh menjadi lesu…
apatah lagi dengan gaya hidup yang tidak menentu…

awak…
hujung minggu pertama habiskan masa berdua…
awak dan dier menghadiri acara…
melakukan aktiviti bersama…
walaupun hanya dengan minum kopi sama rasa…
itu pun sudah lebih baik dari tiada…

awak…
hari kedua yang dipanggil hujung minggu…
lebih baik mungkin digelar permulaan minggu baru…
awak dan dier entah kenapa seperti tidak sebulu…
awak penat dan habiskan tidur memenuhi waktu…
dier pula bekerja sambil menunggu…
awak muncul sekali dua dan hilang selepas itu…
dier senyum sahaja walaupun hati sedikit menggerutu…
 
awak…
permulaan hari kerja…
kesibukan melanda…
perkara semalam sudah dilupa…
hujung  minggu yang hangat dan sejuk terbuai leka…
entah aper silapnya…
berlalu dengan begitu sahaja…
mungkin sibuk kerja ataupun urusan entah aper…
masing masing, awak dan dier…

awak…
dari sehari ke sehari…
seperti kurang masa berkualiti…
mungkin sebab sibuk kerja hingga lupa diri…
yang masih wujud adalah ucapan selamat pagi…
itupun kadangkala dier culas sebab sibuk menguruskan peribadi…
sebelum ke tempat kerja sambil berlari…

awak…
dier termenung sambil fikir satu perkara…
sudah lama tidak dengar suara…
sudah lama tidak ucap selamat malam sebelum tutup mata…
sudah banyak benda yang tidak dibuat bersama…
mungkin sebab awak dan dier sibuk bekerja…
sesekali ader bertukar pesanan dalam celahan masa…

awak…
aper mungkin dier lupa…
semua tentang awak, semua perkara…
kadangkala dier sunyi hingga buat perkara gila…
suntikan dadah banyak hanya untuk buatkan dier gembira…
mengingati masa yang diluangkan bersama…
kadangkala mahu menjerit atau melaung juga ader…
ahhh, hanya awak yang dier suka…
susah juga bila awak tiada…

awak…
awak juga mungkin sedari…
bahawa awak dan dier kurang masa berkualiti…
awak tanya dier – dan dier jawab dengan senang hati…
bahawa dier sudah terbiasa dari dulu sendiri…
bila dunia dier kosong, dier aka nisi…
walaupun dier terpaksa kosongkan poket kiri…
hanya untuk minum kopi…
demi mengingati…
awak dalam diri…

awak…
dier tanamkan dalm otak dier satu benda…
masa berkualiti bukan bermaksud berhubung sentiasa…
tetapi mas ayang diluangkan walaupun seketika…
itu yang dier rasa…
awak pula???
nota kaki : ini hanya cerita ilusi

“ adakah awak tahu bahawa masa minum kopi bersama adalah masa yang saya mahu curi daripada awak walaupun seketika cuma??? “
 

No comments:

Post a Comment