menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, September 12, 2011

jangan pernah mengalah bila kamu kecewa...

 

senyum…
ambil kain dan kesat air mata yang sedang mengalir keluar dari tubir mata itu…jangan menangisi seseorang yang tidak langsung layak ditangisi…kalau perlu menangis untuk melepaskan kesakitan sekalipun, berpadalah…tidak mahu sampai bengkak mata, bengkak jiwa melihatkan orang yang dilepaskan itu bahagia…biarlah dier dengan manusia yang dier cinta…yang kita-kita ini, mulakan sahaja sesuatu yang baru yer???...

“jangan pernah mengalah walaupun saya tahu kamu sedang disakiti dan dikhianati, tetapi perasaan itu akan pergi dengan sendirinya, air mata akan berhenti mengalir dan hati akan sembuh sendiri”


senyum lagi…
jangan pernah menangis lagi disebabkan kesakitan itu tidak akan dapat diubati jika terus dilayan dengan sepenuh hati…fikirkan benda lain boleh???...bila dier yang dikehendaki tiada di sisi, kadangkala boleh hilang nyawa diri…jangan ketawa sebab dier sedang menangis…
jangan tertawa…
jangan!!!...

dier pernah peluk kamu…
kamu pernah peluk dier…
tapi antara kita tidak pernah berpelukan…
mungkinkah kerana kita fikirkan masa bakal menunggu kita???...
mungkinkah!!!...

penipu!!!...
pendusta!!!...
pembohong!!!...
kamu kata kamu sudah belajar semua itu sejak dipangkuan bonda kamu…
kenapa bukan saat dipegang oleh pengamal perubatan???...
jangan salahkan keluarga!!!...

“manusia belajar melalui pengalaman yang telah berlalu, kekalahan dan kesalahan boleh dielakkan jika dapat bertahan pada waktu itu…tiada istilah kekalahan jika dapat bertahan dengan beban ketika itu”

hati selalu berasa runsing jika melihat langit sebelum keluar setiap pagi…
aderkah ini langit yang sama sedang ditatap oleh dier???...
aderkah saat ini langit itu bakal membawa bahagia atau sengsara???...

selalu terfikir wajarkah membawa payung atau tidak???...
sebenarnya hati dan minda sudah lama mengetahui iaitu tetap akan membawa paying…
mungkin kerana inilah, payung yang saya fikir membawa kebahagiaan dan kemenangan adalah beban yang lebih berat dari sangkaan saya… 

senyum…
ini cuma cebisan coretan biasa-biasa sahaja…

“sekalipun kamu dilukai, teruskan hidup ini…mungkin kamu akan menyedari bahawa sebenarnya kamu tidak berseorangan dan masih banyak peluang menanti”


No comments:

Post a Comment