menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, February 12, 2012

ini tarian diri ini sendiri...

dalam hidup, ader beberapa perkara yang diri ini takuti pernah muncul…
diri ini tahu, ader yang secara harfiahnya akan muncul dan buatkan diri ini terhenti pada tahap yang diri ini sendiri mungkin tidak mampu untuk bersembunyi… diri ini mamah kesakitan sendirian, tinggalkan alam realiti yang dihadapi setiap hari dengan sedikit doa agar, di alam maya, tempat tiada siapa kenal manusia beku yang menjalani kehidupan penuh cabaran diluar sana, akan mampu menghela nafas lega…

buat beberapa lama, tarian ini diri ini yang punya…
diri ini larikan adrenalin gembira diri ini dengan menulis sesuatu buat tatapan semua…
buat mereka yang mungkin berkongsi cerita yang sama…
kerana diri ini tahu, manusia tidak pernah sendirian atas dunia…
diri ini tidak kisah jika diri ini tidak punya pembaca berjuta…
diri ini bukan mengejar gelaran untuk jadi terkenal, kerana diri ini bukan sesiapa…
diri ini cuma mahu hidup dengan baik dalam dunia yang diri ini cipta…
yer, dunia cinta dan kehidupan-amyza…

tapi, bila ader kamu kamu yang mula buka mulut dan mentertawakan tempat yang diri ini sukai ini, diri ini rasa sedikit tercemar diri…
tempat diri ini luahkan segala benda yang diri ini sukai sudah tiada lagi…
tempat diri ini berkongsi aper yang diri ini lalui…
tempat prlindungan terakhir diri ini sudah dicerobohi…

ini tarian diri ini sendiri…
ini tarian janggal diri ini atas pentas peribadi…
ini tarian yang diri ini lupakan segala kesakitan setiap hari…

ini tempat yang kamu kamu sudah canang dan mencebik bibir dan biarkan diri ini bertungkus lumus menjauhi mati…
ini tempat yang kamu kamu sudah buka mulut dan cerita sesuka hati…
dan diri ini berfikir mahu mengundurkan diri…
supaya tiada istilah benci…
atau pun sakit hati…
…buat kamu kamu yang sentiasa diingati…

diri ini terpaksa memperibadikan ruang tulisan untuk diri ini sahaja…entahlah…ini bukan dasar penakut atau pun aper, tapi ruang selesa diri ini sudah mula terdedah…tiada lagi tempat selamat untuk diri ini berlindung dan pakaikan topeng pada wajah bila terlampau penat melayan kerenah dunia nyata…

diri ini rela puaskan hati kamu kamu yang kurang senang dengan blog dan tulisan tulisan ini…
ini post terakhir diri ini buat tatapan semua…
maaf kerana diri ini tidak mampu untuk memuaskan semua hati…
maaf juga kepada kamu kamu yang mengenali diri ini melalui blog sahaja…
diri ini tidak mampu untuk tunaikan permintaan kamu melalui private inbox blog ini untuk mendapat kan nombor talifon gengam diri ini…
kerana itu adalah ruang peribadi diri ini untuk yang terlalu dekat dengan diri ini…
buat semua yang diri ini kecewakan, diri ini mohon beribu kemaafan…
persahabatan alam maya yang dihulurkan amat amat diri ini hargai…
“ kadangkala, aper benda yang kita mahukan tidak akan tercapai…kadangkala, tidak mengira betapa kita mahukan sesuatu, kita terpaksa lepaskan keinginan itu…dan diri ini terpaksa melepaskan ruang istimewa dalam alam maya ini dengan duduk diam pada satu tahap yang diri ini sendiri pastinya tidak akan pernah rasa gembira lagi di ruang alam maya ini “

No comments:

Post a Comment