menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, February 11, 2012

itu adalah satu kekuatan rahsia sebenarnya...

”semua nya baik???…”
“semua nya baik sahaja…”

“kau dengan aku pun nak tipu???…”
“mana ader aku tipu???…”

“kau tengah sedih…”
“mungkin aku sedih, tapi semua nya baik sahaja…”
                                                
“kau menangis???…”
“tak…”

“tipu…kau menangis punya…”
“buat aper aku tipu…kau lebih kenal aku…”

“yer ker kau nie???…”
”aku berani sumpah lah…”

“baik, aku percaya cakap kau…”
“tapi jangan kau buat aku menangis pula…”

dalam hidup, aper sahaja yang berlaku pastinya ader sesuatu yang tersembunyi cerita yang diri sendiri tidak pasti bagaimana pengakhirannya…benda yang diri pertahankan, sembunyikan mampu terkeluar segala cerita tanpa disedari apabila langkah menjadi pincang…kadangkala dalam hidup, ader suatu ketika diri terpaksa mendengar kata hati dan menutup perasaan yang selama ini dipupuk, disemai disebabkan aper yang berlaku tiada penawar kesakitannya…

ader yang menggangap benda sedemikian adalah bodoh…bodoh dalam erti kata mengikut kata hati, percayakan hati berbanding rasional akal, perkara yang sudah terhidang di hadapan mata…tetapi, sesiapa yang mengalami perkara begitu sebenarnya tersepit dalam suatu keadaan berbeza dengan semua orang…setiap daripada manusia di dunia ini tidak serupa…mungkin dengan mengikut kata hati, diri akan menemui kebahagiaan dan menolak rasional mampu mengundang kecelakaan…yer, setiap daripada manusia ader alasan berbeza bagi setiap perbuatan yang dilakukan…itu sesuatu yang tidak dapat disangkal…
 
setiap orang adalah pelakon di atas dunia ini…sama ader ianya pelakon yang baik atau pun tidak, ia mungkin bergantung kepada watak aper yang ianya sedang lakonkan…watak yang mungkin disukai atau pun yang dipilih sendiri atau yang terpaksa dilakonkan atas desakan peribadi…tapi dalam hal ini, setiap manusia itu mampu memilih untuk bersikap telus dalam lakonan sendiri…telus dalm erti kata, jika ia sebuah lakonan semata-mata, ianya mampu untuk beritahu sama ader itu adalah sekadar mainan atau pun perkara rahsia…seperti yang lazim nya, semua manusia itu tidak sama walau pun ianya berkongsi banyak benda bersama…

seperti hukum Newton, setiap benda ader lawan masing-masing…
jika hari ini kita menangis, siapa tahu satu hari nanti kita akan ketawa???...
jika hari ini kita kesepian, siapa tahu satu hari nanti hidup kita akan terisi???...
jika hari ini kita penuh dengan kemarahan, siapa tahu nanti hati kita akan sejuk sendiri???...
jika hari ini kita diuji tanpa henti, siapa tahu satu hari nanti kita nampak hikmah tersembunyi???...

diri tidak akan pernah tahu aper yang akan terjadi pada saat berikutnya…dan saya percaya, setiap daripada manusia didunia ini kalau boleh, tidak mahu tahu aper yang akan terjadi pada saat berikutnya…mungkin ader yang mahu, tapi pada saya, biarlah saya lalui segalanya tanpa perlu mengetahui aper yang akan terjadi pada masa seterusnya…supaya aper yang saya sedang lakukandapat dibuat sebaik mungkin tanpa saya perlu ragui aper yang saya sudah buat…bunyinya kedengaran agak bodoh, tetapi saya mungkin manusia yang tidak perlukan mesin masa ke hadapan…masa hadapan adalah sesuatu yang saya tidak mahu lihat…bukan takut untuk berhadapan dengan reality kehidupan, cuma ianya akan dianggap kejutan pada masa hadalan…

kesakitan hari ini untuk pengajaran pada masa akan datang…
kesakitan lalu adalah pengubat untuk kesakitan pada waktu sekarang…
detik waktu penyembuhan di antara dua sela masa adalah sesuatu yang tiada galang…

ujian memang sentiasa akan datang…
tetapi bagaimana diri hadapinya, adalah benda yang terpaksa manusia rancang…

ia bukan perkara yang senang…
ia bukan perkara yang boleh dipandang…
ia bukan perkara yang dianggap senang lenang…
ia bukan perkara yang diuruskan sewenang…
ia bukan perkara yang diri dapat tidur di awangan…

ujian memang sentiasa ader…
adakah diri mampu tempuhi segala???...
pekakkan telinga???...
tutupkan mata???...
diamkan mulut dari bicara???...
tahan air masin mengalir dari tubik mata???...

itu adalah satu kekuatan rahsia…
itu adalah satu kekuatan yang mungkin diti tidak pernah sedar bagaimana…
tapi itulah yang membentuk diri sebagai manusia…

“ dalam hidup, kita akan bertemu dengan dua jenis manusia…manusia yang membentuk diri kita ke atas dengan cara mereka dan juga manusia yang akan meruntuhkan kita ke bawah, merobek perasaan kita tanpa secebis kasihan…tetapi percayalah, di akhir nanti, kita akan berterima kasih kepada kedua-duanya “

No comments:

Post a Comment