menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, August 11, 2012

bila milikan bertukar pemilik...

bila benda yang bukan milikan lagi disebut sebut orang, pastinya ader hati yang tidak dapat tidak mengenangkan betapa payahnya melalui kehidupan sukar bagi memperjuangkan milikan itu suatu ketika dahulu…banyak yang dilakukan, dikorbankan semata mata untuk mempertahankan hak tetapi akhirnya, perlu akur bahawa takdir dan perjalanan hidup manusia ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa…sejauh mana kuat berusaha, tapi tanpa izinNya, segala tidak akan terjadi seperti yang dirancang…bukankah Dia adalah sebaik baik perancang buat hambaNya…

tiada istilah kesal pastinya bila mengenangkan kehidupan yang sudah menghampiri takah semakin tua…dalam erti kata lain, nyawa semakin pendek dan perlu sentiasa bersedia untuk dipanggil pada bila bila masa…walaupun setiap manusia mempunyai perancangan untuk mengejar kebahagiaan sebagai salah satu syarat daripada hidup mereka – pastinya aper yang berlaku seterusnya, mereka tidak akan ketahui…manusia yang perlu sentiasa perlu bersedia…

malam semalam berbual dengan seorang rakan semasa kami sama sama menuntut  di institusi pengajian tinggi pada peringkat pengajian ijazah sarjana muda dahulu – yang mahu menjemput menghadiri majlis bahagianya…perkhabaran baik itu sudah dicanang di mukabuku, dan sebagai mungkin jemputan rasmi – dier menghubungi rakan nya ini setelah sekian lama dier tidak berbuat demikian walaupun hanya untuk berbual kosong – mungkin disebabkan oleh kekangan masa agaknya…tidak mengapa, itu cuma perkara kecil sahaja…terima kasih kepada laman sosial – orang kadangkala lupa nak guna telefon sebab laman sosial percuma…yer bukan???...

“ tahniah dah nak jadi isteri orang “
“ cuma tunang saja dulu “

“ tunang adalah satu langkah pertama “
“ tunang adalah langkah bahaya sebenarnya “

“ tapi, lepas tunang kan kamu pilih nikah pada hari yang sama “
“ betul “

“ jadi, aper yang bahaya??? “
“ kamu tak tahu cerita ker??? “

“ cerita aper???saya lama tak dengar cerita kamu“  
“ tak pelah, benda dah lepas “

“ kamu tak nak cite takpe “
“ nanti datang yer…cuma kenduri kecil kecilan sahaja “

“ kamu kahwin dengan H yer???lepas lama bercinta, akhirnya “
“ errrrr, dengan H dah lama dah putus tunang “

“ aper??? “  
“ yer, saya bertunang dengan orang lain – orang baru “

“ aper jadi dengan H??? “  
“ dier ader jalan hidup deir sendiri yang dier pilih“  

“ kamu camne??? “  
“ saya teruskan hidup baru “

“ maaf sangat sebab saya tak tahu “
“ takpa, kalau kamu pun terkejut macam nie…orang lain akan lebih terkejut sebab H bukan orangnya “

“ tapi nama sama“  
“ yer, nama panggilan memang sama…cuma nama penuh berbeza “

“ sebab tue takde gambar bukan??? “
“ biar kawan kawan tengok sendiri masa majlis “

“ aper pun, tahniah “
“ terima kasih…satu saja saya minta pada kamu“  

“ aper dier??? “
“ jangan datang seorang diri lagi, saya tak nak kamu rasa kosong bila semua orang layan suami atau anak mereka“  

“ bukan saya tak biasa “
“ saya dah lama sangat perhati…bawalah sesiapa teman kamu, hatta biseksual pun boleh “

“ kamu dah kenapa??? “
“ your eyes didn’t show that “  

“ LOL“  
“ bring someone okey???i reserved two seats for you “

“ I’ll seats on the both seats“  
“ you must be joking “

“ my handbag need a good chair “
“ demmit girl“  
 
bila tahu dier boleh teruskan hidup tanpa manusia yang dier cintai hampir dua belas tahun – diri ini tahu dier boleh lakukan dengan baik kali ini…anak yang kami semua pernah ketuk pintu biliknya – panjat balkoni hatta minta kunci pendua daripada warden asrama akibat kecewa dengan perangai teman lelaki yang pernah menjadi tunangannya – akhirnya akan berkahwin dengan seseorang yang hanya dikenali dalam masa sebulan sahaja melalui keluarga…
tahniah awak…walaupun mungkin ramai yang akan terkejut semasa majlis nanti – diri ini tahu kamu akan tabah hadapi aper sahaja…bukan sedikit yang kamu lalui…siri cemuhan yang kamu terima selama beberapa tahun – diganggu dengan kekasih hati yang kamu cintai – hidup sama seperti bermadu walaupun kamu tak sudi serta bermacam lagi – tahniah kerana kamu telah berjaya melarikan dan membawa kehidupan sebdiri ker satu tahap yang lebih baik…

dan pastinya, kamu layak untuk hidup gembira…
betul…  

No comments:

Post a Comment