menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, August 11, 2012

kesudahan bukan satu pengakhiran...

itu bukan pengakhiran kehidupan…
masa masih banyak lagi…

itu yang abah cakap dengan dier bila abah nampak muka dier yang gundah gulana…abah ketika usia 45 tahun (sekarang sudah 60 tahun) mengejar impian seperti mana dier yang belum 27 tahun ini mahukan…yer, abah sumber inspirasi terdekat – bagaimana seorang bapa pada dua orang anak mengejar impian dan membahagikan waktu dengan baik sekali…setiap hujung minggu pastinya abah akan kembali ke teratak kami walaupun dalam kesibukan dan bebanan tugas dalam mengejar impian abah…disebabkan itu jugalah sewaktu dier mulakan langkah pertama dalam kejar impian suatu ketika dahulu – abah suruh dier pulang setiap minggu ke rumah – sebagaimana abah mampu lakukan walaupun berjauhan dari kami…
abah memang tabah…
 
lebih baik menunggu dihadapan…
mungkin dalam kertas itu ader terselit kemarahan silam…

itu yang sahabat-baik-pijak-kepala dier nyatakan…dier hanya perlu beritahu dier satu ayat sahaja dan sahabat itu sudah mampu meneka aper yang berlaku pada dier…seorang sahabat yang dier pastinya tidak mahu hilang atas dunia…mungkin dier benar, sedikit sebanyak ader perasaan dan keinginan gila yang dier lampiaskan dalam timbunan kertas tersebut…ader benda yang dier amhu larikan dalam pencarian dan perjalanan impian yang memerlukan lebih banyak pengorbanan berbanding sebelumnya…

teruskan usaha…
mulakan dengan rujukan lebih banyak…
kumpul pengalaman lebih lama dan bermakna…

itu yang bekas pensyarah dier nyatakan…Tuan adalah sumber inspirasi dier juga dalam mengejar impian…kali pertama mengenali Tuan sejak tujuh tahun lepas – Tuan sudah meletakkan sesuatu dalam diri dier…untuk menjadi sebagus dan sehebat Tuan dalam perjalanan menjadi pendidik…mungkin tujuh tahun lepas dier adalah anak naïf yang memilih untuk gilakan ilmu lebih daripada benda lain – tetapi malangnya, sehingga kini, dier masih anak yang sedemikian rupa…pertemuan dier dengan Tuan buatkan dier sangat gembira pastinya…banyak benda yang boleh dibicarakan…walaupun Tuan kata kami mungkin sudah jadi seperti kawan – tapi Tuan pastinya tersenarai dalam orang yang dier kagumi…

selagi tidak berdarah, jangan dier akui yang dier pernah kecewa…

itu yang diperkatakan oleh si Dier – pendengar dan peneliti yang hebat…terima kasih atas sikap ambil berat itu…memang harus diakui sedikit kecewa pada mulanya, tapi yer, kata kata kamu betul…usaha perlu diteruskan walaupun ternyata kegilaan tidak mungkin akan dapat ditampung buat masa sekarang…aper pun kamu, dier akan tetap mengejar impian itu…Dier jangan risau yer???jejak langkah Dier akan sentiasa buat kan dier terasa dipunyai…memang betul yang sering dikatakan - janji Allah itu pasti...Allah akan gantikan dengan yang lebih baik - sekarang dier sudah punya Dier (kamu)...

mungkin kita ditakdirkan untuk belajar bersama…
mungkin perjalanan itu lebih baik berteman…
sokongan itu pasti sentiasa…

terima kasih untuk itu…terima kasih sebab keluarkan arahan tegas untuk duduk diam jadi budak baik dan memujuk dengan mengalihkan perhatian daripada benda sedih kepada benda lain yang lebih menggembirakan…perhubungan yang akrab tetapi dipisahkan dengan papan nipis kaca menimbulkan rasa gembira dalam duka…terima kasih atas kesedihan yang mampu dikongsi bersama…terima kasih kerana turut merasai aper yang dilalui dan kekal memberikan semangat dalam usikan supaya otak terus lupa…

terima kasih abah…
daripada kakak…

terima kasih sahabat…
daripada teman…

terima kasih Tuan Zulhazlin…
daripada Amyza…

terima kasih mr. L…
daripada saya…

terima kasih Kopi O…
daripada Frappucino…
 

2 comments: