menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Tuesday, September 18, 2012

sebagaimana segalanya bermula dengan baik...

awak…
aper khabar awak di sana???...
saya harap awak sihat sejahtera…
walau dimana awak berada…

awak…
hidup nie terlalu singkat untuk bersedih…
sekali gagal bukan bermakna selamanya kita gagal…
kadang kadang allah sengaja temukan kita dengan kegagalan berulang ulang kali…
kerana aper???...
kerana allah mahu jadi kan kita manusia yang hebat jiwanya…
sejauh mana awak melangkah…
seberapa banyak awak temui jalan kegagalan…
itu bukan bermakna pengakhiran bagi hidup…
siapa sangka dengan tercipta nya masalah…
maka terjalinlah hubungan ini tanpa kita sedar…
akan tetapi - percayalah…
disetiap segala kekusutan akan tiba jua bahagia…
awak…
dalam persahabatan ader hubungan…
dalam hubungan ader perkonsian…
dalam perkongsian ader persamaan…
dalam persamaan ader kebiasaan…
yang akhirnya sudah jadi rutin harian…

awak…
kekalnya benda begitu bukan masalah…
bahkan kadangkala boleh bikin hari jadi indah…
siapa yang tidak gemar jadi perhatian kasih sayang tumpah…
siapa yang tidak gembira bila hati tidak lagi gundah…

awak…
kebiasaan itu benda yang manis…
kenapa mahu abaikan benda yang hidupkan suasana bagai magis…
kebiasaan itu tidak mengundang tragis…
mengapa kebiasaan mahu dilihat sebagai pengundang tragis???...
sadis bukan???...

awak…
ader benda yang dikongsi kita akan iri…
ader benda yang bila dikongsi kita akan sakit hati…
ader benda yang bila dikongsi kita akan dilukai…
ader benda yang bila dikongsi kita akan rasa dikhianati…
ader benda yang bila dikongsi kita akan rasa dicurangi…

awak…
ader sejarah yang sepatutnya disimpan…
ader kisah yang sepatutnya sudah jadi bahan pameran…
ader cerita yang tidak lagi jadi bahan pendengaran…
ader tulisan yang tidak perlu lagi jadi coretan…
itu juga kebiasaan…

awak…
sebagaimana segalanya bermula dengan baik…
pastinya semuanya mahu diakhiri tanpa rasa jelik…
kerana kita semua tahu bagaimana rasa dipandang pelik…

awak…
mungkin ader benda yang akan mengekori ke mana sahaja…
mungkin ader benda yang tidak dapat dibuang sekelip mata…
mungkin ader benda yang akan kekal selamanya…
mungkin ader benda yang bakal hilang dalam perjalanan masa…

awak…
teruskan sahaja kalau benda itu suntik bahagia…
sebab itu akan buat awak gembira…
kita tetap seperti kita sekarang dengan aper yang dikongsi bersama…
kebiasaan awak dan saya…
kita terima seadanya…

awak…
selamat menjalani hidup ceria bersama…
memulakan perjalanan hidup baru kita yang bahagia…
terima kasih atas pengorbanan itu…
meluputkan semua kenangan dulu…
“ bila sesat tapi awak masih mampu tersenyum dan tenangkan saya yang mengelabah – saya tahu saya bersama dengan orang yang betul…terima kasih untuk hujung minggu yang mendamaikan serta memberikan kenangan indah…kamu janji kan bahagia, saya janji kamu tak akan terluka “

2 comments: