menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, November 18, 2012

hebatnya perempuan itu...

satu…
terhentak kepala di bucu…
seperti ledakan picu…
terkejut dan terpaku…
darah menitis, mulut membisu…
kaku…

dua…
dikelilingi manusia…
yang kadangkala bikin separuh gila…
tapi tak kurang juga yang membentuk dier..
untuk menjadi lebih dewasa…
kalaupun bukan tubuh, tapi isi kepala…
sekurangnya dier tidak bikin celaka…
pada manusia lainnya…

tiga…
dier sedar banyak benda…
manusia barangkali banyak cerita…
baik, buruk, sopan, dan celaka…
yang baik, dier lihat dan ambil rasa…
yang buruk, ambil pengajaran katanya…
yang sopan, dibilang suruh ikut setiap tapak pakai kepala…
yang celaka, dier enggan mahu mencela…
kan nama nya manusia…

empat…
kaki disusun rapat…
dier benci mahu mendengar orang mengumpat…
bukan kerana dier penat…
barangkali sebab enggan subahat…
bondanya bising lagi tentang aurat…
katanya, beliau rasa terjerat…
dengan pakaian yang kononnya hebat…
tutup, balut sana sini, pusing berlipat…
tapi hakikatnya ader bahagian yang ketat…
makanya, bonda enggan terheret sama di akhirat…
itu yang bisingnya selagi anak tidak pamerkan wajah kelat…

lima
hentak kepala…
manusia hanya pandai hamburkan kata…
cuba lihat duduk dalam situasi sama…
aper barangkali mereka boleh terima…
lihat aper yang diusahakan dikata nista…
sabar manusia bukankah ader takah dan tahapnya…
mana boleh hambur segala…
biarkan dier bertahan dengan segala cela…
tanam senyuman lekat di muka…
amboi, cantiknya…
mari sini tukar tempat dengan dier…
jangan mengadu sakit pula…
 
hey!!!
dier bukan perempuan gagah…
yang kamu setiap kali bersedia untuk marah…
dier bukan segalanya tahan disergah…
yang kamu boleh ligan sampai makan tanah…

kadangkala dier mahu juga menangis…
mahu juga hamburkan segala rasa sadis…
kongsi cerita dari gembira hingga tragis…
hidup dier bukannya indah macam alam magis…
tapi…
dier sedar banyak waktu hatinya mati…
kuat mana dier tahan, dier akan menangis sendiri…
dihempas badan ke ranjang, dan tekup bantal dari tepi…
biar bantal lencun, tapi tiadamakhluk dengar esak sunyi…

walaupun dier kadangkala tewas…
tapi dier syukur jiwanya tidak pernah mahu sentiasa lawas…
yer, macam perut mengamuk ganas…
dier degil dan kadagkala buas…
mahu kalah tidak mungkin, dier akan cuba sampai puas…
ternyata, kadangkala dier masih tangkas…

perempuan…
itu orang kenal dier…
cemuh dier…
hina dier…
aper sahaja pada dier yang tiada cela???
kewujudan dier hanya mainan kata…
hamburan nista itu makanan – penyangga nyawa…

jatuh…
bangun tanpa mengaduh…
itu prinsip dier yang bikin lelaki kata dier sekuat nyatuh…
tapi itu hanya gurauan buat gaduh…
sekuat mana nyatuh, dilenjan orang sampai jatuh…
jadi tiang, perabot – entah aper lagi, bodoh!!!
ahhh, gurauan mulut, tiada hati yang tersentuh…
 
dier jenis suka pulangkan segalanya pada Maha Pencipta…
kalau hari ini orang mengata muka – dier biarkan sahaja…
tidak perlu dier rendahkan dirinya…
sebab dier tahu ciptaan Tuhan, Maha Sempurna…

perempuan gagah…
sesekali dier mahu diagah…
dimanjakan bagai dier dibesarkan dengan kasih sayang yang mewah…
bukan tanda dier gedik, tapi hati dier mahu juga diluah…
dilamar dengan penuh maruah…
perempuan namanya…
bila dewasa digelar wanita…
dari yang bujang hingga sudah digelar bonda…
mereka punya tangan yang menggoncang dunia…
ataupun kadangkala dengan senyuman bahagia…

yer…
Tuhan itu ader…
jahat macam mane pun dier…
dier tahu Tuhan adalah tempat kembalinya…
kalau manusia buang dier, bukankah Maha Besar itu juga Maha Kaya???
tidak mungkin dier akan dipersia…
ujian yang datang pasti mampu ditanggungnya…
bukankah itu janji Yang Maha Esa???

“wanita adalah hiasan dunia…seindah hiasan adalah wanita solehah “

No comments:

Post a Comment