menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, November 18, 2012

kesempurnaan - itu kan fizikal kurniaan Tuhan...

awak…
manusia memang aneh…
selalu ambil berat benda remeh…
walaupun diri sendiri sememeh…

awak...
dier seorang yang tinggi…
tapi awak tolak dier pergi…
sebab awak kata kalau tinggi, susah nanti…
bila ditanya kenapa awak buat begini…
awak kata sukar mencari seluar bila tinggi…
apatah lagi baju hinggalah ke peralatan rumah terkini…
dier awak tinggal kan sepi…

awak…
dier seorang yang cerah…
menarik kulitnya, putih merah…
macam kumpulan Korea yang awak berbunuh marah…
siapa yang lihat dier pasti menoleh, ghairah…
tapi awak tolak dier mentah mentah…
dier hairan dengan sikap awak yang buatkan hatinya musnah…
dier tanya awak kenapa sambil tahan lelah…
awak kata terlampau putih seperti berpenyakit parah…
macam Pontianak Twilight awak menyampah…
awak benci Edward Cullen tapi lepaskan pada dier, sampah!!!

awak…
dier seorang yang kurus…
awak kata dier amcam orang tak terurus…
bagaimana orang suka makan boleh jadi lurus…
tegak tanpa potongan badan, terlampau halus…
tergamam dier dengan kenyataan awak yang terturus…
tusuk ke dalam jiwa dier yang mendengar, hati bagaikan direbus…

awak…
si dier yang kurus, cerah dan tinggi berlalu pergi…
tinggalkan awak supaya awak cari pengganti…
bahkan dier bina hidup yang lebih bahagia tanpa awak di sisi…
dier pandang awak dari jauh semoga awak gembira nanti…

awak…
perjalanan hidup awak teruskan…
satu demi satu manusia jadi persinggahan…
awak teruskan permainan…
untuk memulkan satu perhubungan…
dan akhirnya awak terhenti, jumpa seorang teman…

awak…
dier seorang yang gelap kulitnya…
hitam berlengas mungkin sesuai menggambarkan rupa…
tapi orang lain pandang dier cantik bergaya…
pada awak kulit dier hitam macam Afrika…
tapi awak lupa satu perkara…
ader Afriak yang putih kulit, mulus rupa…
awak benci dengan dier kerana dier hitam muka…
awak kata nanti rosak keturunan, baka keluarga…

awak…
dier seorang yang rendah badan…
pendek, bantut adalah sesuatu yang orang permainkan…
padahal saiznya adalah normal bagi Asia punya ukuran…
tapi awka tetap tolak dier bagaikan sebuah permainan…
bila dier Tanya dengan airmata berlinangan…
aper yang dier terima adalah sakitnya jawapan…
awak kata ini untuk kebaikan keturunan…
pendek sangat tak baik untuk kesihatan…
awak, dier terpempan…

awak…
dier seorang yang gemuk…
dier selalu dihina dengan perkataan yang teruk…
tapi dier tidak pernah mengamuk…
walaupun hatinya bagaikan dijeruk…
awak tolak dier dengan jerit dier bagaikan beruk…
dier tertanya mengapa awak bertindak begitu buruk…
awak kata tubuh gemuk, hanya akan bikin peluh busuk…
walaupun kenyataannya dier tidak begitu – hatinya tercucuk…
jiwa dier kosong bagaikan ditebuk…
dengan sikap awak yang serupa tenuk…

awak…
si dier yang gemuk, pendek dan gelap pergi…
dier berjalan menjauhkan diri…
hati dier patah untuk bersama lagi…
kata hinaan awak buat dier rendah hati…
dier bertekad enggan mahu kembali…

awak..
sebelum dier bergerak pergi, dier tinggalkan awak satu pertanyaan…
aper kah awak adalah Tuhan???
awak hina setiap fizikal yang dikurnia, penuh kesempurnaan…
aper kah awak sempurna hingga tiada celaan…
kalaulah awak ingat aper yang tajam dalam pemikiran…

awak…
dalam banyak benda yang awak nilaikan…
kenapa awak tidak amhu manusia yang bijak akal fikiran???
bukankah itu lebih bagus dalam merancang keturunan…
ataupu fizikal itu lebih penting dari aspek keagamaan???
hidup awak, awak tentukan…
“ terlampau runsing…
kepala pening…
selamat datang ke kawasan asing…
putarkan gasing “

No comments:

Post a Comment