menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Sunday, February 12, 2012

ini tarian diri ini sendiri...

dalam hidup, ader beberapa perkara yang diri ini takuti pernah muncul…
diri ini tahu, ader yang secara harfiahnya akan muncul dan buatkan diri ini terhenti pada tahap yang diri ini sendiri mungkin tidak mampu untuk bersembunyi… diri ini mamah kesakitan sendirian, tinggalkan alam realiti yang dihadapi setiap hari dengan sedikit doa agar, di alam maya, tempat tiada siapa kenal manusia beku yang menjalani kehidupan penuh cabaran diluar sana, akan mampu menghela nafas lega…

buat beberapa lama, tarian ini diri ini yang punya…
diri ini larikan adrenalin gembira diri ini dengan menulis sesuatu buat tatapan semua…
buat mereka yang mungkin berkongsi cerita yang sama…
kerana diri ini tahu, manusia tidak pernah sendirian atas dunia…
diri ini tidak kisah jika diri ini tidak punya pembaca berjuta…
diri ini bukan mengejar gelaran untuk jadi terkenal, kerana diri ini bukan sesiapa…
diri ini cuma mahu hidup dengan baik dalam dunia yang diri ini cipta…
yer, dunia cinta dan kehidupan-amyza…

tapi, bila ader kamu kamu yang mula buka mulut dan mentertawakan tempat yang diri ini sukai ini, diri ini rasa sedikit tercemar diri…
tempat diri ini luahkan segala benda yang diri ini sukai sudah tiada lagi…
tempat diri ini berkongsi aper yang diri ini lalui…
tempat prlindungan terakhir diri ini sudah dicerobohi…

ini tarian diri ini sendiri…
ini tarian janggal diri ini atas pentas peribadi…
ini tarian yang diri ini lupakan segala kesakitan setiap hari…

ini tempat yang kamu kamu sudah canang dan mencebik bibir dan biarkan diri ini bertungkus lumus menjauhi mati…
ini tempat yang kamu kamu sudah buka mulut dan cerita sesuka hati…
dan diri ini berfikir mahu mengundurkan diri…
supaya tiada istilah benci…
atau pun sakit hati…
…buat kamu kamu yang sentiasa diingati…

diri ini terpaksa memperibadikan ruang tulisan untuk diri ini sahaja…entahlah…ini bukan dasar penakut atau pun aper, tapi ruang selesa diri ini sudah mula terdedah…tiada lagi tempat selamat untuk diri ini berlindung dan pakaikan topeng pada wajah bila terlampau penat melayan kerenah dunia nyata…

diri ini rela puaskan hati kamu kamu yang kurang senang dengan blog dan tulisan tulisan ini…
ini post terakhir diri ini buat tatapan semua…
maaf kerana diri ini tidak mampu untuk memuaskan semua hati…
maaf juga kepada kamu kamu yang mengenali diri ini melalui blog sahaja…
diri ini tidak mampu untuk tunaikan permintaan kamu melalui private inbox blog ini untuk mendapat kan nombor talifon gengam diri ini…
kerana itu adalah ruang peribadi diri ini untuk yang terlalu dekat dengan diri ini…
buat semua yang diri ini kecewakan, diri ini mohon beribu kemaafan…
persahabatan alam maya yang dihulurkan amat amat diri ini hargai…
“ kadangkala, aper benda yang kita mahukan tidak akan tercapai…kadangkala, tidak mengira betapa kita mahukan sesuatu, kita terpaksa lepaskan keinginan itu…dan diri ini terpaksa melepaskan ruang istimewa dalam alam maya ini dengan duduk diam pada satu tahap yang diri ini sendiri pastinya tidak akan pernah rasa gembira lagi di ruang alam maya ini “

Saturday, February 11, 2012

itu adalah satu kekuatan rahsia sebenarnya...

”semua nya baik???…”
“semua nya baik sahaja…”

“kau dengan aku pun nak tipu???…”
“mana ader aku tipu???…”

“kau tengah sedih…”
“mungkin aku sedih, tapi semua nya baik sahaja…”
                                                
“kau menangis???…”
“tak…”

“tipu…kau menangis punya…”
“buat aper aku tipu…kau lebih kenal aku…”

“yer ker kau nie???…”
”aku berani sumpah lah…”

“baik, aku percaya cakap kau…”
“tapi jangan kau buat aku menangis pula…”

dalam hidup, aper sahaja yang berlaku pastinya ader sesuatu yang tersembunyi cerita yang diri sendiri tidak pasti bagaimana pengakhirannya…benda yang diri pertahankan, sembunyikan mampu terkeluar segala cerita tanpa disedari apabila langkah menjadi pincang…kadangkala dalam hidup, ader suatu ketika diri terpaksa mendengar kata hati dan menutup perasaan yang selama ini dipupuk, disemai disebabkan aper yang berlaku tiada penawar kesakitannya…

ader yang menggangap benda sedemikian adalah bodoh…bodoh dalam erti kata mengikut kata hati, percayakan hati berbanding rasional akal, perkara yang sudah terhidang di hadapan mata…tetapi, sesiapa yang mengalami perkara begitu sebenarnya tersepit dalam suatu keadaan berbeza dengan semua orang…setiap daripada manusia di dunia ini tidak serupa…mungkin dengan mengikut kata hati, diri akan menemui kebahagiaan dan menolak rasional mampu mengundang kecelakaan…yer, setiap daripada manusia ader alasan berbeza bagi setiap perbuatan yang dilakukan…itu sesuatu yang tidak dapat disangkal…
 
setiap orang adalah pelakon di atas dunia ini…sama ader ianya pelakon yang baik atau pun tidak, ia mungkin bergantung kepada watak aper yang ianya sedang lakonkan…watak yang mungkin disukai atau pun yang dipilih sendiri atau yang terpaksa dilakonkan atas desakan peribadi…tapi dalam hal ini, setiap manusia itu mampu memilih untuk bersikap telus dalam lakonan sendiri…telus dalm erti kata, jika ia sebuah lakonan semata-mata, ianya mampu untuk beritahu sama ader itu adalah sekadar mainan atau pun perkara rahsia…seperti yang lazim nya, semua manusia itu tidak sama walau pun ianya berkongsi banyak benda bersama…

seperti hukum Newton, setiap benda ader lawan masing-masing…
jika hari ini kita menangis, siapa tahu satu hari nanti kita akan ketawa???...
jika hari ini kita kesepian, siapa tahu satu hari nanti hidup kita akan terisi???...
jika hari ini kita penuh dengan kemarahan, siapa tahu nanti hati kita akan sejuk sendiri???...
jika hari ini kita diuji tanpa henti, siapa tahu satu hari nanti kita nampak hikmah tersembunyi???...

diri tidak akan pernah tahu aper yang akan terjadi pada saat berikutnya…dan saya percaya, setiap daripada manusia didunia ini kalau boleh, tidak mahu tahu aper yang akan terjadi pada saat berikutnya…mungkin ader yang mahu, tapi pada saya, biarlah saya lalui segalanya tanpa perlu mengetahui aper yang akan terjadi pada masa seterusnya…supaya aper yang saya sedang lakukandapat dibuat sebaik mungkin tanpa saya perlu ragui aper yang saya sudah buat…bunyinya kedengaran agak bodoh, tetapi saya mungkin manusia yang tidak perlukan mesin masa ke hadapan…masa hadapan adalah sesuatu yang saya tidak mahu lihat…bukan takut untuk berhadapan dengan reality kehidupan, cuma ianya akan dianggap kejutan pada masa hadalan…

kesakitan hari ini untuk pengajaran pada masa akan datang…
kesakitan lalu adalah pengubat untuk kesakitan pada waktu sekarang…
detik waktu penyembuhan di antara dua sela masa adalah sesuatu yang tiada galang…

ujian memang sentiasa akan datang…
tetapi bagaimana diri hadapinya, adalah benda yang terpaksa manusia rancang…

ia bukan perkara yang senang…
ia bukan perkara yang boleh dipandang…
ia bukan perkara yang dianggap senang lenang…
ia bukan perkara yang diuruskan sewenang…
ia bukan perkara yang diri dapat tidur di awangan…

ujian memang sentiasa ader…
adakah diri mampu tempuhi segala???...
pekakkan telinga???...
tutupkan mata???...
diamkan mulut dari bicara???...
tahan air masin mengalir dari tubik mata???...

itu adalah satu kekuatan rahsia…
itu adalah satu kekuatan yang mungkin diti tidak pernah sedar bagaimana…
tapi itulah yang membentuk diri sebagai manusia…

“ dalam hidup, kita akan bertemu dengan dua jenis manusia…manusia yang membentuk diri kita ke atas dengan cara mereka dan juga manusia yang akan meruntuhkan kita ke bawah, merobek perasaan kita tanpa secebis kasihan…tetapi percayalah, di akhir nanti, kita akan berterima kasih kepada kedua-duanya “

Thursday, February 9, 2012

adakah itu orang nya...

awak…
dier sudah penat mencari…
kelibat awak yang sering muncul dalam mimpi…
dalam diam, dier menahan sunyi…
ajar diri supaya jangan rasa sepi…

awak…
dier sudah penat mencari…
dier yang awak tidak mahu temui…
walaupun dier ajar diri supaya terus menanti…
gerangan manusia yang dier sendiri sudah tidak kenali…

awak…
dier sudah penat mencari…
kalau pun awak wujud, dier tidak mahu bergerak lagi…
sengaja dier mahu duduk diam kan diri…
supaya awak yang datang ke sisi…

awak…
mungkin awak adalah separuh hidup dier…
mungkin dier tidak terlepas dari jatuh cinta…
sekali awak melalui, dier harap awak akan menyapa…
supaya dier kenal bahawa awak lah orang nya…

awak…
mungkin sebenar nya awak adalah orang yang sentiasa disisi…
dier masih tidak sedar akan isi hati…
bahawa awak yang sedang menanti…
agar dier tahu yang dier tidak pernah sendiri…
cuma awak masih enggan berkongsi…
perasaan hati, luahan rasa peribadi…
awak masih mahu memerhati…

awak…
kalau lah awak yang sedang disamping dier sekarang ini…
awak berikan masalah supaya dier berdikari…
supaya dier konon nya belajar erti sunyi…
bila awak tiada disisi…
awak mahu dier belajar singkir rasa sepi…
supaya bila awak tiada, dier tidak akan menangisi…
tapi bagaimana kekosongan ini mahu di isi???...
dengan siapa yang awak sukai???...

awak…
kalau awak datang, datanglah bila dier sudah bersedia…
untuk mulakan segalanya…
bukan termenung begitu sahaja…
kalau pun dier rindu, awak tidak akan pernah tahu kan???...

“menyayangi orang sepenuh jiwa atau sepenuh hati kadangkala memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit…ader kah dier sudah bersedia untuk mencanai perasaan sendiri supaya kebal???”

( mengawal perasaan orang adalah lebih sukar daripada dier mangawal pengambilan makanan bagi perut sendiri…aper yang dier berikan ader sahaja yang pastinya tidak dapat memuaskan permintaan itu…senyum sahaja )