menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Saturday, June 15, 2013

dia bakal menantu keluarga...

kadangkala kita akan terfikir sesuatu…
mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?

kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi?
mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayang?
mengapa bukan kawan itu yang kita cintai?
mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dier lebih memahami?

dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita sering tertanya – tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada…setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang setia…kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia…

kadangkala awak akan terfikir sesuatu…
bila keluarga berkumpul dan berbual, nama sia dia yang terpacul di dalam kelompok keluarga…nama si dia yang dikaitkan dengan awak…nama dia yang sering disebut, buatkan awak tertanya, apakah ini yang dinamanya jodoh? dalam senyuman dan gelak ketawa awak bersama keluarga, akal awak mencari jawapan bagi persoalan yang tercetus di minda…kenapa dia berjaya menambat hati keluarga…

kadangkala awak renung langit sendiri…
awak cuba cari makna setiap perkara yang berlaku dalam hidup awak…
akal nakal awak pantas menyenaraikan kebaikan dan kelemahan si dia…
pada masa yang sama awak tidak mampu kekang akal awak dari senaraikan perkara yang sama yang melibatkan antara tingkah laku si dia dan citarasa awak terhadap pasangan awak…

awak diselubungi rasa berbunga – bunga…
berterima kasih kepada diri sendiri kerana jatuh hati pada manusia yang begitu sempurna dimata keluarga…sedangkan hakikat manusia, tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi…awak rasionalkan diri dengan menganggap itu adalah takdir yang terindah dalam hidup awak…awak tahu, hanya si kekasih yang begitu memahami bagaimana mahu mengawal awak yang sering rendah diri berbanding manusia sekeliling…

awak tahu dengan jelas kenapa awak bersama dengan kekasih…
awak tahu dengan jelas batasan awak bersama dengan kawan baik…
kerana mereka mempunyai dua fungsi yang berbeza…
kerana mereka mempunyai peranan dan sifat yang tidak akan sama…
dan lebih penting, mereka berdua mempunyai perasaan yang istimewa…

kawan baik akan kekal kawan baik…
itu sahaja yang awak perlu ingat…
kawan…

“janji bermaksud segalanya…tetapi bila janji dimusnahkan, maaf sudah tidak membawa apa – apa erti lagi…segalanya tidak akan sama seperti kali pertama “

“tetapi satu yang pasti nya --- DIA BAKAL MENANTU KELUARGA”

Tuesday, June 11, 2013

terima kasih...

untuk semua doa…
untuk semua ucapan…
untuk semua sokongan…

hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan…

daripada sekadar anak yang menulis di sini, menjadikan blog sebagai satu terapi, aku berkongsi segala jenis tulisan aku, daripada bersifar peribadi ataupun sebagai refleksi mata memerhati…tidak kurang ada yang suka dan lambakan yang membenci, aku masih dengan cara aku menulis sehingga aku mampu menghasilkan beberapa tulisan yang diterbitkan walaupun sekadar indie…

ahhh…
anak macam aku, perlukan doa daripada kalian untuk yang baik – baik…demi kekuatan yang barangkali kalian sering kata aku berikan --- bahkan, kalian yang datang membaca adalah sumber kekuatan aku untuk terus menulis dalam ruangan ini…dunia aku sendiri yang barangkali ada yang mengerti, ada yang terus campak ke tepi…bagaimana mungkin aku puaskan hati dan keinginan setiap orang kan?

maaf jika aku tidak dapat berblogging hampir setiap hari…
jujurnya barangkali kerana aku sendiri banyak menguruskan persiapan sendiri sambil berkejar dengan urusan pekerjaan yang menimbun banyaknya…di blog tiada apa yang aku kongsikan, mungkin sekadar penulisan aku dengan dengan label KOPI sahaja…ia ditulis sebagai satu pengiraan aku bakal melangsungkan perkahwinan dan aku tahu, ramai yang tidak menyedarinya…

ahhh…
kalian kenal aku bukan?
benda begini aku kurang gemar mahu hebahkan…
barangkali aku segan…

(tarik nafas --- paling dalam)
teruskan senyuman…
setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan…
setiap daripada kita layak merasa kebahagiaan…

aku mengambil selangkah ke hadapan…
dalam merasai kehidupan…

menterjemah impian…