menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Monday, March 25, 2013

awak dan jantung hati...

awak…
siapa kata dier tidak sayang?
siapa kata dier garang?
siapa kata arah tuju tersasar bagai bola tak masuk gawang?

awak…
dier begitu memahami, dier rasa terlalu disayangi…perasaan tidak pernah berbelah bagi, walaupun kadangkala pertelingkahan terjadi…ader sahaja bahan bakar api, tetapi kepala tidak pernah pusing dan hati tidak pernah panas…dalam perhubungan, tiada istilah pentingkan diri…perlu turunkan ego sedikit cecah bumi…kerana, demi menjaga hubungan yang disayangi dan kerana demi memelihara kasih sayang yang disanjungi…

awak…
tidak susah bukan untuk mengenal hati budi, buka ruang bincang dan saling berkongsi…jangan terus memendam supaya tiada sakit dihati…jangan terus mendongkol sepi, supaya tiada sunyi dihati…bukankah kita sudah berjanji yang kita akan sehidup semati…

awak…
percintaan itu ibarat bahan bacaan, setiap inci perkataan harus diamati dan digunakan…bahan bacaan berlambah, bertaburan…begitu juga dengan nilai sesebuah perhubungan itu, pilih yang punya nasihat – yang mampu dijadikan panduan…supaya senang untuk membuat keputusan, hingga tidak timbul pertelingkahan…

awak…
sepanjang perkenalan, perhubungan tiada istilah pergaduhan…tidak pernah faham aper maksud pertempuran, tidak pula pernah meraskan diri menjadi bahan permainan…setiap ego, harus diserasikan…perlu tundukkan sedikit keras kepala yang bakal makan hati, lembutkan sedikit diri supaya sentiasa rasa dimanjai…tidak perlu pentingkan diri, kemahuan sentiasa dibelai dan disayangi bukan?

awak…
aper pun yang terjadi, awak tetap si jantung hati…dier sayang awak sampai mati, menunggu awak pulang setiap hari…menyayangi awak dari pagi sampai dinihari, kerana awak insan yang patut dier kenangi dan sayangi…

Sunday, March 24, 2013

reput...

satu benda aneh terjadi…buat ramai senyum sendiri…reput iwa manusia, rosak hati yang katanya penuh ilmu dunia…yang tunggang langgang kejar ilmu agama, tetapi lupa belajar cara amalannya…bila pangkat dijunjung tinggi, bila manusia lemah dipandang sepi…bila lupa ukur baju di badan sendiri, putus tali pengukur bila puas mahu ditarik sana sini…reput, rosak sifat insani…bila nafsu jahat merajai…

pandangan yang jelas nyata dikaburi, lebih daripada kepuasan nafsu sendiri…katanya – pergi jahanam dengan mansia lain yang tidak setaraf…siapa mereka untuk diiktiraf…langsung tidak layak berganding bahu, berkongsi saf…berjalan bersama juga boleh merencat saraf…katanya lagi – ukuran manusia dilihat dari paras luaran bakal menjadi cermin dalaman…pantulan terus tegak bertunjangkan kekayaan, lebih tinggi menara kemewahan – lebih tinggi sanjungan…

ha ha ha…
ketawa penuh pura, bergema dalam ruang kecil – pantul sini sana…masih lagi wujud manusia dangkal rupanya, nilai manusia diukur dari sisi yang boleh diubah manusia…yang boleh ditipu, dicanang dan diubah fakta…yang elok depan mata, dipersia…

reput…
jiwa manusia sudah semakin serabut, hati mereka penuh rasa takut…rasa ketidakcukupan dengan duniawi buat mereka kedekut, walhal hati mereka yang sering merungut…

rosak…
kain orang lain dijengah, lupa kain sendiri koyak…menjulang tinggi nafsu duniawi sehingga lupa akhlak…mana pergi ilmu yang dituntut – tahan mata kantuk sampai rabak? hilang sudah hanyut arus deras laksana putus tali kayak?

manusia…
kadangkala kita lupa, bermula dari bawah penuh pancaroba…bila berada di tengah, mula hilang punca…baru dikelilingi oleh manusia lain berharta…kita sudah gelap mata, padahal harta itu bukan kita yang punya…itu pinjaman Tuhan buat mereka...

manusia…
itu baru ader di tengah – antara susah dan daki dunia…belum sehingga menjadi milikan sendiri itu harta, padahal diri sendiri juga belum capai tahap sedemikian rupa…bukankah sudah capai umur dewasa? mahu menyalahkan pengaruh rakan sebaya? mana pendinding segala ilmu – tonggang – langgang – pecah – kepala?

kadangkala…
hati tidak mahu menoleh ke belakang dan ambil masa, untuk lihat dari mana bermula…untuk belajar bersyukur atas segala…bukan terus jadi tamak dan tempah neraka, tipikal manusia…

kita?
jangan lupa siapa diri dan dari mana..
supaya jangan ikut berjemaah rosakkan dunia…

mereka?
doakan sahaja…
moga terbuka hijab penghalang mata…
biar kenal mana yang dipelajari tapi tidak diamalkan – tiada berguna…

siapa yang tidak takut?
bila nilai manusia semakin reput…
rapuh macam biskut…
seperti manusia yang tidak habis habis kedekut…

Wednesday, March 20, 2013

kamu, lelaki terhebat...

buat lelaki paling hebat…
buat cinta hati ini…
buat dier yang disayangi selamanya…

terima kasih sayang kerana ader nya kamu…
tahniah dan syukur diucapkan atas penantian selama ini…
diri ini mungkin tidak pandai menzahirkan kasih sayang, menunjukkan rasa cinta pada kamu dan sering ‘merajuk’ bak kata kamu, tapi Insyaallah, akan sentiasa berusaha memenangi kasih sayang, menjadi carta hati yang terbaik dan tidak berpaling dari janji taat setia…
 
buat cinta hati…
buat kamu yang sentiasa menyayangi saya…
terima kasih tidak cukup untuk segala pengorbanan…aksara yang dicoretkan ini bukan aper aper bahkan mungkin tidak sampai kepada maksud sebenar barangkali…tetapi, itu sahaja yang diri ini mampu luahkan untuk manusia yang sentiasa memikirkan diri ini – cinta hati kamu yang kadangkala bagus, kadangkala perangai keanak anakan…

buat kamu…
maaf atas segalanya…
terima kasih kerana selalu menghadiahkan senyuman paling manis setiap masa apabila bersama kamu…senyuman kamu tatkala bersama sudah cukup buat diri ini lega dan gembira…terhibur hari hari kita bila bersama…maaf tidak dapat bersama kamu selalu kerana tuntutan kerja kita berbeza…tetapi kita selalu bersama, kita bersama kerana kita memandang awan yang sama…
semoga yang terbaik buat kamu disana nanti...
amin…
diri ini sentiasa menunggu kamu di sini…
walaupun jauh pandangan mata, tetapi diri ini yakin kamu tetap setia…

salam sayang,
dari : carta hati…

Monday, March 18, 2013

sebab itu manusia berbeza...

sejak kebelakangan ini, ader benda yang kurang menarik berlaku…mungkin apabila kita ternampak sesuatu yang mencuit hati dengan cara orang membenci tetapi masih berlagak suci – kita hanya akan senyum dan ketawa bila manusia sedemikian semakin menjadi jadi…ahhhhhh, hanya sekadar sebaris dua ayat gurauan dengan orang lain, terus dijaja dan dijadikan bahan untuk mengeji…tidak mengapa – anggap sahaja ujian disebabkan oleh sebegini memang wujud sejak berzaman lagi…


mungkin kadangkala mahu marah, mahu lepaskan aper yang terbuku dalam hati secara membabi buta tapi mengenangkan aper yang dipesan oleh sahabat-baik-sampai-mati-pijak – kepala pernah beritahu, tanggungjawab sosial itu menjadikan diri mengulum sahaja kepayahan dengan salakan dan tempikan beruang beruang yang kehausan…sepatutnya kena buka kasut dan ambilkan air  - tapi dalam sesetengah situasi, mungkin ader benarnya, membiarkan ia terus menyalak ader lah lebih baik – sebab mungkin ia sedang gembira akan sesuatu yang bahagia ataupun terjumpa kelemahan mangsa  - dan dier akan berhenti bila penat nanti.


semua itu membawa mengenangkan kembali cerita yang ditonton suatu ketika dahulu…juga mengenai beruang yang taat setia dan sangat memahami keadaan sekeliling…bila ader benda yang ia tak suka – ia akan jauhkan diri tanpa ader aper aper riaksi…begitu juga kalau ia suka, ia hanya akan mengangkat telinga dan suka sahaja…berlainan dengan sekumpulan beruang lain yang sama – ia hanya hidup dengan menerima aper yang berlaku dalam hidupnya dengan gembira…tajuk nya sudah lupa barangkali buat masa ini…


aper pun, kembali kepada persoalan asal – itu sebab manusia berbeza…dalam erti kata lain, untuk menyenangkan hati orang yang langsung tidak ader kaitan hidup mati dengan kita berbanding orang lain yang memberikan nilai sangat bermakna – dier percaya seperti yang dikatakan oleh kawan baik dier – pilih keutamaan kita…sebab kita sendiri tahu keutamaan kita dan aper yang penting dalam suatu jalinan hubungan dengan masyarakat…sebenarnya, ia bergantung pada keadaan juga kan???...kalau benda itu melibatkan pungutan derma ataupun kerja amal – kita patut tolong walaupun mungkin benda itu tiada kaitan dengan kita…tapi dari segi kemanusiaannya, yer, kita perlu…

 
“ salah satu sebab kenapa dier nak mesin pembuat espresso (ader beza antara mesin pembuat kopi dengan espresso) daripada LOBO…masih memikirkan tawaran lumayan tersebut “


seperti yang dier faham, dier setuju bahawa setiap satu daripada biji kopi yang ader di dunia ini berbeza…bergantung kepada jenis biji kopi, penyediaan dan sebagainya…dan begitu juga dengan selera manusia…tak ader yang sama…ader yang suka kopi kosong semata…ader yang suka pekat dan dari hasil yang pertama…ader yang mahu dicampurkan susu, gula, karamel dan entah aper aper lagi…makanan dan minuman dalam seni yang tersendiri…kopi salah satu daripadanya – pendapat peribadi dier tentunya…


jadi, bagaimana mahu mendapatkan kopi yang sedap???...sudah tentu dengan belajar mengenai kopi lebih baik daripada sebelumnya…bohonglah kalau Kopi O dan Frappucino sama rasa walaupun mungkin daripada biji kopi dan mesin yang sama…kesedapan dua benda berbeza bakal memuaskan salah satu daripada dua tetapi bagaimana kalau kita gabungkan berdua???...
Kopi O sedap ketika panas

Frappucino sedap ketika sejuk


tetapi

kebelakangan ini

misteri


anehnya Kopi O lebih sejuk dari Frappucino

mungkin itu yang menjadikan kesedapan ia tiada tara

Sunday, March 17, 2013

pengecut...


kenapa mesti jadi pengecut dan penakut jika betul aper yang kamu mahukan dalam hidup…aper perlunya kamu cari gaduh, timbulkan masalah dengan orang lain sedangkan kamu baru hidup baik baik dalam kelompok kamu?

hidup ini cantik…susah manapun hidup seseorang itu, masih ader benda yang buatkan mereka masih kental dan tabah untuk meneruskan kehidupan kecuali mereka sudah berputus asa dan cabut nyawa sendiri…tapi, kenapa kamu perlu tunjuk kuat dan gagah dengan menindas orang lain? menghina mereka sehingga mereka jatuh…buat mereka berjauh hati dan tinggal terpuruk sendiri, sepi enggan bangkit kembali…
aderkah itu kemenangan yang kamu cari? dengan pandang rendah orang lain dan cerca mereka? kamu mungkin hebat atas dunia…kamu mungkin hebat dengan penyokong serta pendukung kamu atas dunia…dengan terbahak, kamu kental sebarkan cerita buruk, tabur fitnah dengan rasa bangga seperti kamu adalah mangsa…

kamu lupa satu benda…setiap daripada kita akan dihitung nanti di sana…skecil mana pun suatu perkara, tidak akan terlepas daripada hisap Maha Pencipta…kamu boleh lakukan aper sahaja dan mereka diam merelakan segala…

itu bukan tanda kamu kuat, gagah perkasa tetapi tanda mereka sudah enggan mahu campur urusan dunia…kamu boleh teruskan dansa…mereka mahu hidup dalam dunia indah dan menikmati manisnya senyuman gembira…

“ senyuman awak manis…alangkah indahnya kalau senyuman awak yang saya pandang setiap pagi dan malam? hari saya pastinya akan baik baik sahaja “

setiap dari kita punya impian, harapan dalam kehidupan…kalau tidak tinggi melangit, yang rendah pun menarik juga…itulah, kita semua memang tinggal dalam impian dan harapan…jiwa itu masih belum tercemar…selamatkan dier, moga senyuman dier tidak akan mati lagi begitu sahaja…ader kah kamu sudah bersedia untuk hadapi aper sahaja?

amyza : kamu tahu aper yang menjadikan hidup ini payah? ia apabila kamu bunuh perasaan berbaik sangka dengan manusia lain di sekeliling kamu…( amyza, 18 Mac 2013)