menghitung hari yang semakin pendek

Nemo Wagging Tail ...i love n miss u weet weet lalinggg...



rakan rakan saya :)

Wednesday, January 8, 2014

aku bersuamikan mamat offshore...


alhamdulillah…

aku sudah selamat mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati yang Allah s.w.t pilihkan untuk aku…pilihan Dia sudah tentunya yang terbaik…

aminnn…

terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat jauh dekat, sanak saudara yang datang memeriahkan majlis aku dengan kiriman hadiah dan doa untuk aku dan suami melangkah kealam baru…

tetapi, disebalik itu ada cerita yang ingin aku kongsikan bersama kalian diluar sana yang mungkin takdir kita dan jodoh kita BERSUAMI KAN MAMAT OFFSHORE…

bercinta --- bertunang ---kahwin/tinggal sebumbung…
sejak dari aku mula bercinta sehingga aku bertunang dan sekarang sudah bergelar suami isteri, ada kenalan – kenalan yang kurang senang barangkali aku bersuamikan mamat offshore…bertanya kan soalan – soalan yang kurang cerdik aku andaikan…

mamat offshore? tak takut curang ke? kata di offshore, rupa nya dirumah bini no 2!
hey, tuhan kah kalian? jodoh, ajal, maut semuanya ditangan tuhan…jangan kata hubungan jarak jauh saja boleh curang, malahan sama tempat kerja juga suami boleh kahwin satu lagi…ada kisah di tempat kerja aku sepasang suami isteri mencari rezeki dalam institusi yang sama cuma berlainan bangunan…kemana kemari bersama, makan tengahari juga berdua, datang dan balik kerja juga bersama…dikurniakan 3 orang anak yang semuanya perempuan…dalam sedar tak sedar si suami boleh kahwin satu lagi dan sudah mempunyai seorang anak lelaki…paling mengujakan si isteri kedua itu juga bekerja dalam institusi yang sama…kalian nampak? curang tidak mengira jarak dan tempat…satu lagi yang aku ingin ingatkan, semua itu takdit Allah s.w.t…satu saja yang boleh aku kata kan, suami kalian tidak cari lain pun sudah cukup baik…

offshore? balik sebulan sekali je kan? baik tak yah kahwin…
kolot nya manusia macam ni…hallo, zaman sekarang dunia dihujung jari tau…jangan kata nya suami di offshore, malah ada juga pasangan yang tinggal di luar negeri…tinggalkan isteri dan anak demi mencari rezki di negara orang atau menimba ilmu disana tetap boleh berhubung tiap – tiap masa…tiap – tiap masa okeh, bukan tiap – tiap hari tau…

heh suami offshore! duit banyak tapi tak de kehidupan…
sapa kata tak de kehidupan…sekali turun darat, jumpa isteri dan anak – anak boleh pergi bercuti bukan? honeymoon entah kali yang keberapa ratus kali, almaklum jelah duit banyak…sehari kat laut dpt rm200 – rm300 sehari malah yang bertahun – tahun bley sampai beribu satu hari…sapa nak bagi…tu belum lagi di campur dengan gaji tetap…kalau kat darat gaji macam tu, tak sampai sebulan dah tak sabar nak tunggu gaji yang akan datang…huh, sapa kata bersuamikan mamat offshore tak best…shopping! barang – barang yang berjenama saja okeh, handbag, kasut, pakaian beli jer…tak payah tunggu diskaun…

kahkahkah, bersuami kan mamat offshore confirm bercerai nanti!
sedap nya mulut, nak aku ladakan mulut kalian…suami kat atas offshore cari duit minyak penuh atas kepala macam bangla, bagi duit kat isteri…isteri pulak habiskan duit dengan jantan lain! nak aku katakan disini, manusia kan lain – lain…jadi, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga…habis tu semua mamat offshore tu duda la yer? soalan apakah ini kalian…cuba fikir dengan fikiran yang waras…kalian ingat isteri yang suaminya sentiasa disisi tak curang ka? huh, kampong nya kalian…

mamat offshore ni bukan nya betul sangat, otak gila pasal tinggal kat laut lama – lama…
kalian ingat yang tinggal kat darat tak de yang gila ka? kat laut tu memang bosan sebab nya siang malam asyik tengok laut jer, nak cakap telefon gan isteri pun susah disebabkan kena beratur panjang tunggu giliran…tapi tak delah sampai gila…sekarang ni masa cepat je berlalu, pejam celik dah cukup sebulan…dah nak turun darat, jumpa anak bini…

cukup sampai sini dulu aku bercerita, sebenarnya banyak lagi yang ingin aku kongsikan…tapi kekangan masa yang buatkan aku terbatas untuk berblogging macam dulu…ada masa aku akan bercerita lagi…
gaji mamat offshore banyak ke? macam tak je? pangkat apa yer? grade gaji berapa?
kahkahkah, soalan paling bangang yang pernah aku terima? tak penting pun untuk kalian tau bukan, tak de kena mengena pangkat dan gaji dia dalam hidup kalian…kenapa tetiba tanya pasal gaji ya, cemburu ke? orang yang normal tidak akan bertanya kan 3 soalan pada sesiapa saja yang dia jumpa…pertama : dah kahwin ke belum (terguris la hati dia klu jodoh dia belum sampai)…kedua : dah ada anak ke (kalian ingat dia tahu ker bila tarikhnya dia akan melahirkan)…ketiga : gaji berapa? (lantak dia la gaji dia berapa)…soalan ni nampak simple tapi dalam makna nya tau…kalau korang rajin membaca, memang mana - mana buku yang berkaitan pun akan bagi tiga soalan ni adalah soalan yang kalian jangan tanyakan pada sesiapa…aku juga ingin kata kan, memang ya aku beruntung bersuami kan mamat offshore sebab gaji nya sgt banyak…puas hati kalian, hahaha…

buat kalian yang tak senang aku bersuami kan mamat offshore :-
  • korang cemburukan aku sebenar nya…
  • korang tak tahu betapa bernilainya perhubungan jarak jauh tu…

ada masa aku akan bercerita lagi, tentu nya! aku belum puas hati lagi bercerita mengenai offshore ni…tapi mungkin dalam nada yang agak tenang sebabnya aku suka bersuamikan mamat offshore…wassalam…jumpa lagi kalian...

Monday, December 23, 2013

laluan diri...

 
as salam…
salah satu benda yang aku belajar setakat mendirikan rumah tangga adalah setiap keputusan yang aku mahu lakukan --- aku sudah tidak boleh mementingkan diri sendiri…kalau sebelum ini, segala keinginan aku, aku akan pastikan dipenuhi dengan berusaha sedaya upaya tanpa mengira bagaimana cara, sekarang ini aku perlu lebih banyak tenangkan diri fikirkan dari banyak segi…

ya…
setiap daripada kita mana ada yang serupa…aku orang yang tidak obses dengan diri sendiri…sentiasa merasakan diri aku wujud sebab ada orang masih mahu bercakap dengan aku, jadi kalau tiada orang berbual dengan aku --- aku fikir aku adalah manusia yang mati…aneh bukan???tapi begitulah aku memandang komunikasi dan disebabkan itulah, aku bersyukur dengan kenyataan klon manusia adalah haram…tak nak aku ada seorang lagi yang serupa dengan aku --- penuh cacat cela aku sendiri…

hah…

kau mungkin pernah terfikir mahu melarikan diri daripada semua orang…tinggalkan segala benda yang menyakitkan dan membunuh perasaan kacau bilau…tenangkan diri daripada semua gangguan demi teruskan kehidupan…tapi, pernahkan kau merasakan yang kau perlu kekal berdiri di tempat ini dan hadapi segalanya dengan muka penuh yakin demi memburu bahagia?
 
laluan hidup ini, kau yang perlu pilih…
untuk hapuskan perasaan sedih…
untuk sembuh dan cepat pulih…
ubati perasaan sedih…

mengapa mesti lihat prejudis manusia???
mereka tidak mengerti apa yang aku rasa…
kau dan mereka tidak berada dalam kasut serupa…
enyah sahaja perasaan kurang senang dengan mereka…
kau pilih jalan yang kurang dosa…
yang bawa gembira…

kalau kau sendiri tidak mahu teruskan…
tiada siapa akan bantu buat perubahan…

ingat janji Tuhan J

Sunday, December 22, 2013

pengalaman baru sebagai isteri...

 
as salam semua…

sejak mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang telah dinikahi ----- walaupun kenal tidak sampai setahun ketika berkahwin, aku banyak belajar benda baru…banyak belajar tentang bagaimana hidup yang selama ini, tengok orang lain lakukan, tapi tertanya – tanya sama ada aku mampu hadapi ataupun tidak dengan keupayaan diri…

lain orang, lain kisahnya…
kan???

tinggal berjauhan dengan suami…
salama ini, lihat kawan – kawan yang setiap kali khamis menjelma, sama ada terus bergerak pulang bertemu suami ataupun menunggu suami pulang dengan gembira…ada yang ambil cuti rehat jika suami punya cuti yang lebih dari mereka…sebagai penghargaan adanya mereka yang dikasihi di sisi…rakan – rakan lelaki juga kebanyakannya begitu…pulang menemui isteri walaupun jarak yang jauh harus ditempuhi…memanglah orang akan kata setakat Kedah – Terengganu, apalah sangat kan???tapi dengan kekangan waktu dan kesibukan kerja, masih boleh berjumpa, aku rasa itu cukup gembira dah…bagi isteri macam aku, sebulan sekali bertemu suami buatkan aku sentiasa menghitung hari…bersuami kan “orang minyak” atau “mamat offshore” buatkan aku rasa sangat unik…apa uniknya???nanti aku ceritakan dipost yang lain ya…
pergi ke acara yang disukai bersama – sama…
kalau aku dengan minat aku pada buku, pada seni yang dihadiri oleh kelompok kecil tapi menyenangkan hati walaupun dihiasi dengan nyanyian puisi, dikiran muzik, serta hembusan asap sigar dilentuk oleh udara cemar motokar --- encik suami pula lebih kepada benda kesukanan dan elemen yang berarah kepada kecegasan…nampak macam sangat berbeza, tapi dengan benda yang aku suka, dan dia suka --- sebenarnya, ada nilai persamaan yang mampu dikongsi bersama…
sudah lama menjadi impian aku menghadiri majlis – majlis seni bersama dengan lelaki yang disukai, supaya dia tahu dari mana aku mulakan langkah aku yang dia sendiri kenali, yang kadangkala tenggelam dengan pembacaan dek khayalnya aku pada aksara…kalau dia sering kata aku dikenali oleh manusia lain yang aku sendiri tidak kenal, aku mahu dia tahu --- dikenali disebabkan aku tenggelam dalam benda yang aku suka…
beli baju honeymoon bersama…
mungkin orang lain masa bercinta dah buat benda begini, tapi orang macam kami yang --- diam cari perkataan --- “noob” bak kata suami, lepas kawin baru buat semua perkara yang selama ini pasangan kekasih tanpa ikatan nikah buat…ha ha ha…

cari baju honeymoon dalam kesesakan orang, memandangkan dalam musim cuti sekolah sememangnya cabaran…nasib baik pergi pagi…kalau pergi petang, mungkin aku dah jadi anak kecil yang duduk sahaja menahan rajuk…ya, teman suami cari baju honeymoon dia memandangkan aku ada banyak baju baru yang belum dipakai…

itu sahaja buat masa ini…
lain kali cerita lagi J



Saturday, June 15, 2013

dia bakal menantu keluarga...

kadangkala kita akan terfikir sesuatu…
mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?

kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi?
mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayang?
mengapa bukan kawan itu yang kita cintai?
mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dier lebih memahami?

dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita sering tertanya – tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada…setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang setia…kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia…

kadangkala awak akan terfikir sesuatu…
bila keluarga berkumpul dan berbual, nama sia dia yang terpacul di dalam kelompok keluarga…nama si dia yang dikaitkan dengan awak…nama dia yang sering disebut, buatkan awak tertanya, apakah ini yang dinamanya jodoh? dalam senyuman dan gelak ketawa awak bersama keluarga, akal awak mencari jawapan bagi persoalan yang tercetus di minda…kenapa dia berjaya menambat hati keluarga…

kadangkala awak renung langit sendiri…
awak cuba cari makna setiap perkara yang berlaku dalam hidup awak…
akal nakal awak pantas menyenaraikan kebaikan dan kelemahan si dia…
pada masa yang sama awak tidak mampu kekang akal awak dari senaraikan perkara yang sama yang melibatkan antara tingkah laku si dia dan citarasa awak terhadap pasangan awak…

awak diselubungi rasa berbunga – bunga…
berterima kasih kepada diri sendiri kerana jatuh hati pada manusia yang begitu sempurna dimata keluarga…sedangkan hakikat manusia, tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi…awak rasionalkan diri dengan menganggap itu adalah takdir yang terindah dalam hidup awak…awak tahu, hanya si kekasih yang begitu memahami bagaimana mahu mengawal awak yang sering rendah diri berbanding manusia sekeliling…

awak tahu dengan jelas kenapa awak bersama dengan kekasih…
awak tahu dengan jelas batasan awak bersama dengan kawan baik…
kerana mereka mempunyai dua fungsi yang berbeza…
kerana mereka mempunyai peranan dan sifat yang tidak akan sama…
dan lebih penting, mereka berdua mempunyai perasaan yang istimewa…

kawan baik akan kekal kawan baik…
itu sahaja yang awak perlu ingat…
kawan…

“janji bermaksud segalanya…tetapi bila janji dimusnahkan, maaf sudah tidak membawa apa – apa erti lagi…segalanya tidak akan sama seperti kali pertama “

“tetapi satu yang pasti nya --- DIA BAKAL MENANTU KELUARGA”

Tuesday, June 11, 2013

terima kasih...

untuk semua doa…
untuk semua ucapan…
untuk semua sokongan…

hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan…

daripada sekadar anak yang menulis di sini, menjadikan blog sebagai satu terapi, aku berkongsi segala jenis tulisan aku, daripada bersifar peribadi ataupun sebagai refleksi mata memerhati…tidak kurang ada yang suka dan lambakan yang membenci, aku masih dengan cara aku menulis sehingga aku mampu menghasilkan beberapa tulisan yang diterbitkan walaupun sekadar indie…

ahhh…
anak macam aku, perlukan doa daripada kalian untuk yang baik – baik…demi kekuatan yang barangkali kalian sering kata aku berikan --- bahkan, kalian yang datang membaca adalah sumber kekuatan aku untuk terus menulis dalam ruangan ini…dunia aku sendiri yang barangkali ada yang mengerti, ada yang terus campak ke tepi…bagaimana mungkin aku puaskan hati dan keinginan setiap orang kan?

maaf jika aku tidak dapat berblogging hampir setiap hari…
jujurnya barangkali kerana aku sendiri banyak menguruskan persiapan sendiri sambil berkejar dengan urusan pekerjaan yang menimbun banyaknya…di blog tiada apa yang aku kongsikan, mungkin sekadar penulisan aku dengan dengan label KOPI sahaja…ia ditulis sebagai satu pengiraan aku bakal melangsungkan perkahwinan dan aku tahu, ramai yang tidak menyedarinya…

ahhh…
kalian kenal aku bukan?
benda begini aku kurang gemar mahu hebahkan…
barangkali aku segan…

(tarik nafas --- paling dalam)
teruskan senyuman…
setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan…
setiap daripada kita layak merasa kebahagiaan…

aku mengambil selangkah ke hadapan…
dalam merasai kehidupan…

menterjemah impian…